�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Friday 27 May 2011

last weekN

sesusah ku jejaki bumi UK 2007 yang lalu, sesusah itu jua hati meninggalkan jejak jejak akhir.... Aturan ILAHI hanya DIA yang tahu. 4 tahun lalu, hati gelodak menghitung hari untuk kembali, kini hati gelodak menyanggah masa pantas berlalu, menidakkan masa untuk pergi yang tak tahu bila kan kembali ke daerah ini lagi...

jangan mudah mengata bencu kerna ia pasti meninggal berkas di hati....

Sunday 22 May 2011

dalam hati ada buble..

perasaan bercampur baur. separuh rasa lega kerana beban digalas rasa nak terungkai disini. namun sedar perjalanan belum berakhir. separuh rasa sedikit sedih meninggalkan damai daerah ini. tapi kehidupan harus diteruskan........

Tuesday 17 May 2011

hati

disenja ini diri bertanya.. hitamkah hati ini. terlalu banyak yang sentiasa tidak dimengerti, terlalu banyak yang sentiasa tidak memenuhi tuntutan hati. terlalu banyak yang tidak dirasa perlu dihargai. hingga ke titik akhir ini tidakkah satu pun yang menjadi penyejuk diri.

sedih diri mengenangkan hati ini.........

Monday 16 May 2011

dalam pening, ada sedih

selesai asar yang dihujung-hujung. diluar renyai menyapa bumi. diri terasa pening dengan komen terkini. diri juga terasa sendu kerana masa semakin hampir. separuh jiwa terasa pergi kerana ternokhtah kini perjalanan ini. ianya pasti tinggal masa saja yang masih berteka teki. gelodak hati hanya yang telah merasai yang mengerti. selesai itu dicari tapi nokhtah itu juga beriring sedih.



** lagu tiada kena mengena cuma tajuk je sesuai.

Saturday 14 May 2011

dalam riuh hati, riuh kepala. aku menghampiri titik henti berada dibumi uk ini. perlu diingat, titik henti itu belum pasti untuk tugas yang digalas ini. tapi aku perlu akur dengan keperluan diri selain dari tanggungjawap ini. tinggi harapan jika aku mampu selesaikan segala sebelum ku labuhkan tirai ditanah ini.

sedih???............
sedih............ tapi aku perlu cuba tepis. aku perlu kuatkan diri.

takut??..........
takut.............. takut dengan laluan baru yang telah kuselami 4 tahun lalu.

aku dewasa sendiri, aku cekal sendiri, kini kembali mengalas segala yang aku tinggal sepi dulu.

aku bukan insan pertama menempuh arus ini. aku yakin aku mampu menangkis dan selami keadaan ini dengan masa.

sendiri dibumi asing yang bermula dengan pilu, sebenarnya beribu manis dan itulah mengajar aku cekal sendiri berdikari. umpama mimpi detik akhir mendekati diri...........

Saturday 7 May 2011

bila jiwa terasa muda

lokasi: sinki dapur rumah kenduri

Jemputan A: (sedang basuh pinggan)
Jemputan B: (datang nak basuh tanggan)
Jemputan A: (kunon ramah tapi rupanya rupa status)aunty mak Ali kan....(bukan nama sebenar)
Jemputan B: ha ah.. yea nama apa nie ...(cuba-cuba nak ingat nama jemputan A)
Jemputan A: tak pe saya memang tak pernah bersapa pun. saya Limah (bukan nama sebenar)
Jemputan B: oo buat apa kat sini.
Jemputan A: saya buat *****, sama dengan KAK PIAH..(bukan nama sebenar)
Jemputan B: ooo PIAH yea. dia ada contact dulu sebelum dia balik. lepas tu tak dengar cerita dah.
Jemputan A: oo Insya Allah tak lama lagi tu sampai la dia tu.

tamat episode pertama, Tapi selepas 1 1/2 @ 2 jam kejadian

lokasi: Depan Komputer office

Si Limah: picit2 kepala terasa pening sebab keluar dari zon yang selalu damai tu sampai lupa diri TIBA2

wei kira patut panggil si mak ali tu kakak la kan cz address KAK PIAH tu kakak, Kak Piah and mak ALI ni kengkawan sesama dulu. awat tang mak ALI aku panggey aunty.

Paaaaannnnnggggggggggggg terasa nak tampar muka sendiri...

ALasan no.2. lagi parah......wei awak pun bukan muda 20an tp 30an................... hahahahahahahahahahhahhahahahahahaha

Umur KAK PIAH = MAK ALI, beza antara si Limah dan mereka mungkin +/- 15 tahun.

matikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkssssssssssssssssss

sekian cerita diatas.

yang pasti Jemputan A sure kaget dengan peristiwa ini. Ni masalah bila sentiasa terasa muda belia................. hahahahahhahaahhahaha