�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Saturday 29 October 2011

18 hari berlalu, 7 hari cuma lagi....

18 hari berada di tanahair. dalam masa sesingkat ini berbagai perkara berlaku. Paling besar bila ia melibatkan hati dan perasaan. Mungkin berkat doa kedua orang tua dan keluarga, walau 13 tahun menyepi. mungkin kini kami berjodoh kembali.

mudah mulut menutur, tapi getar hati gelodak jiwa tidak mampu aku jelaskan. lebih kurang 7 hari lagi satu perjanjian awal akan termetri... segalanya pantas berlaku. aku seboleh mungkin berjalan seiring dengan masa walau kadang terasa tergelincir.

banyak ingin ku kongsi. namun, segala seakan terhenti kerana getar hati lebih menguasai diri. hanya yang tercoret ini yang mampu di lontar keluar dari kotak fikiran ini.

walau usia kian meningkat. walau jauh kaki melangkah. walau tegar nampak diri. namun kemelut dihati kadang tak mampu aku sembunyi. banyak yang ingin ku pastikan, namun terlintas dihati biarlah ia berlalu. banyak bicara mampu mengeruhkan keadaan yang kadang tenang kadang tegang..

doaku moga kami kuat menongkah arus... doaku agar kami mampu melapangkan segala kesukaran... doaku agar kami dipermudahkan.....

berkat doa semua jua, limpahan kasih sayang mak abah dan kedua keluarga, perihatin dan kesukaran yang digalas bersama oleh kedua keluarga.. Insya ALLAH jodoh kami bersama...

Thursday 27 October 2011

jodoh itu ditangan NYA

16 hari selepas kepulangan terakhir ku. kerja-kerja hakikiku, kerja-kerja tertangguhku belum sempat langsung ku pegang. aku pasrah dengan ketentuan masa ini. lagi ku cuba mencari ruang, lagi terasa sesak nafasku.

sudah hampir 10 hari juga kakak selamat menjalani pembedahan. hibaku mengatasi kasihku padanya. kekuatan yang dipamerkan sedikit sebanyak menyentuh naluriku. kasihnya pada ku mengatasi kesakitan dialaminya ku rasa. 4 hari selesai pembedahan dia sudah lincah bergerak pada tahap orang yang baru selesai pembedahan. membantu menguruskan suatu persiapan yang tidak pernah terlintas dibenak fikiranku. bukanlah aku tak pernah fikirankannya, tapi aku tak terfikir begini jalan ceritaku.

9 oct 2011, 10 hari selepas 29 sept 2011 aku dikejutkan dengan satu panggilan dari bonda. namun, aku mengambil langkah tidak mengindahkannya kerana sukar untuk aku percaya walau banyak gambaran telah kakak berikan padaku. kala itu aku baru saja mampu merasakan kebenaran perjalanan ku 4 tahun yang lalu. ranjau dirantauan, perit laluan perjalanan itu membuat aku seakan tidak percaya semuanya berakhir. sungguh aku sukar untuk menerima yang aku berjaya akhirnya. Allah sukar nak digambarkan perasaan itu. gembira berbaur sedih, terbayang raut keluarga yang ku tinggal terbayang banyak beban yang aku tidak galas sedangkan aku patut disana. aduhhh semua itu mengusai perasaan mengiringi rasa kegembiraan sebuah kejayaan.

atas dasar sepi yang ku lahirkan, ku rasa tidak kurang 10 pesanan kakak tinggalkan di talifon. selepas sehari baru ku bertindak. ku mulakan dengan jenaka tapi ku pasti kakak mengenali aku lebih dalam. ku cuba untuk mengelak cerita itu dan lebih untuk mengajak mereka gembira atas kejayaan ini. ku tahu diamku mengundang gundah di hati semua kerena jawapan ku amat penting. ketahuilah aku sangat panic. aku seakan tidak dapat merasa, banyak persoalan timbul, banyak kemusykilan timbul. aku rasa aku hilang tempat berbicara. saat itu kalau ku boleh hentikan masa, akan ku hentikan masa, kalau mampu ku batalkan kepulangan ku, akan ku lakukan. aku hanya ada 4 hari sebelum kaki ini menjejaki bumi malaysia. ku pasti keadaan akan lebih tegang bila masa itu muncul.

cerita yang telah lama sepi, dekat 13 tahun kini terungkai lagi. satu perjalanan yang pernah gagal kini dicuba lagi. namun, tiada pernah antara kami membicarakan cerita ini walau aku kadang takut jodohku benar dengannya. tapi aku selalu berjenaka dengan kakak, masih kah dia mengingatiku lagi. berjenaka tidak sama dengan keadaan nyata. bila kenyataan itu timbul diri rasa sesak nafas. aku kira orang sekeliling merasakan aku saja bermain dengan perasaan. aku saja menlengah jawapan. tapi kenyataannya aku takut. sangat takut.

antara persediaan diri yang aku lakukan sekembali selepas 4 tahun, adalah aturan kehidupanku. aku lebih bersedia untuk berjuang bersendirian. bukan ku kata aku tidak mahu hidup berkeluarga. tapi aku berkira aku patut bersedia untuk sendiri kerana aku tiada siapa untuk disisi untuk itu. jadi perkhabaran bonda dan kakak amat mengoncang seluruh hidupku.

sukar untuk ku berfikir. ku iktiar dengan berkongsi sangsi dengan dua rakan. rakan yang ku kira mampu membantu dari segi rohaniku. nyata panduan dari mereka ku bawa hingga kini. berpaksikan kenyataan-kenyataan mereka, yang pernah ku lempar kepada kakak cuba ku terap kepada diri. namun, aku manusia biasa masih sukar untuk menyulamnya dilubuk hati. dalam pada aku cuba kuatkan hati untuk berfikir, bulatkan hati untuk lahirkan satu jawapan, banyak juga mainan syaitan bermain di fikiran. yang pasti aku banyak menangis dalam berfikir... kerana aku sangat takut. takut yang tidak dapat ku gambarkan. lebih lagi kali terakhir kami bertemu pada 2006, pada hari perkahwinan adik.

13 tahun tanpa bicara, akhir bersua 2006 tetiba hasrat ingin hidup bersama... manusia mana mampu menerima tanpa kuathir menguasai minda...........

namun, atas dasar apa aku menolak .....

kerana dia elok agamanya, kerana dia elok akhlaknya, paling utama dia menjaga tiang agamanya. penolakan hanya akan mendatangkan fitnah.

atas dasar itu, aku harus terus berfikir tapi tiap kali ia berakhir dengan tangisan. aku tidaklah sewarak mana, aku bukanlah muslimah yang baik, tapi aku mencari yang mampu membimbingku, mengingatkan ku dan membuat aku lebih menghayati hidup atas jalannya. kerana aku cemburu dengan kekuatan mereka-mereka yang mampu mengimbangi duniawi dan rohani........

atas dasar itu, aku berdoa agar ILAHI bulatkan hati ini dan aku berdoa agar aku dikurniakan kesabaran dengan laluan jalan ini, dan aku bertawakal dengan ketentuan ILAHI ini.......

satu yang ku rasa perlu ku ingatkan diri sentiasa dalam aku menemui kesukaran dalam meneruskan perjalanan ini bila sesuatu yang terjadi itu .......

aku tidak menyukai sesuatu, aku harus bersabar kerana apa yang aku tidak sukai itu, padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak........ (alnisa-ayat7).

Tuesday 25 October 2011

selepas 14 hari tiba

alhamdulilah aku selamat tiba di tanah air 13 oct lalu. tapi hanya selepas 2 minggu baru mampu mencuri masa bersila disini. kepulangan kali ini terasa peritnya. kerana ku tahu entah bila kaki ini mampu melangkah ke sana lagi. niat besar untuk hadir di majlis graduation nanti, namun dalam tempoh ini banyak yang berlaku entah mampu tidak hasrat itu tertunai nanti.

syukur dan rasa sedih melihat wajah mak bila aku sampai. melihat dia tersenyum menyambut aku tiba tidak mampu menghilangkan rasa bersalah meninggalkan dia selama 4 tahun. aku paham aku pergi bukan bersuka, namun terasa diri meniggalkan keluarga itu tidak dapat ku padam. sabar mak menanti, setia kakak menunggu tidak ada galang ganti pengorbanan mereka ini.

namun semua kesayuan itu terlindung dengan celoteh si kecil nana... alhamdulilah adik ada bersama jika tidak nahas dia.... tapi kami berkumpul keesokkan nya. meraikan kepulangan dan hari lahir aku. aku dilahirkan 12 oct. jadi sedang elok meraikan kejayaan ini dan hari besar aku..

dalam penat banyak yang aku harus uruskan.. tapi semua terjadi diluar kawalan. yang dirancang berjalan lancar. yang tetiba muncul amat memerlukan kekuatan untuk aku menerima. ku kira aku catatkan dulu perjalanan kakak.

dalam jetlag pun belum hilang. dengan rumah riuh dengan sikecil. 17 oct kakak dimasukkan ke hospital untuk tujuan operation esoknya. dalam tempoh ini aku bersama kakak siang dan malam. hanya ingin memberi dorongan. penat badan usahlah cakap. perjalanan 14 jam lepas belum pun rasa hilang lelah, aku dah tido dibangku hospital. tiap pagi tepat 5 pagi pulang untuk bersihkan diri. jam 8 atau paling lewat 9 dah muncul semula.

alhamdullilah mak abah mampu uruskan diri. 18 oct kakak operate. 18 oct hari paling penat sebab dalam penat aku masih harus mempamer senyum. penat tau senyum. kakak diusung ke dewang pukul 11 pagi. dalam 2.30 petang selesai dan dia berada di ward. kakak manja tak tentu. namun nasib keluarga ada pada masa ini. kakak kuat semangat. tepat 2 hari selpas operate kami dah nak keluar. alhamdullilah progress kakak pun elok dan dibenarkan pulang.

sekarang dah seminggu dan luka luar nampak sembuh. luka dalam ambil masa la. tapi kakak ahad pun dah diangkut ke kl meronda. macam macam. kini kesan operation tu ok, tapi rasa kurang rehat buat dia mudah penat. tapi paling bersyukur kerana penyakit kakak bukan the BIG C tu...

walau penat dan aku berehat tak ingat khamis selepas kakak keluar kerana dia dijaga oleh keluarga. tapi sukur ku panjat pada Nya kerana semua berjalan lancar hingga hari ini. Alhamdullilah.............

Monday 10 October 2011

pagi 11 oct 2011

mata sudah mula berkedip seawal pagi. ku kira hanya lebih kurang 4 jam aku lena. dalam 1 pagi aku lena dalam sedih, bangkit jam 5. lantas ku terus mengemas apa yang patut. hari ini agak pack sebab semua perlu selesai hari ini. semua official matter paling utama, semua gathering paling utama, semua persiapan untuk melabuh tirai 4 tahun adalah paling utama. tiada lagi tunda masa kerana terleka bererti ada yang akan terkesan. berat untuk selesaikan namun masa berlalu terus memandu hati.....

hening subuh ini sehening lubuk hati......... not easy to let it go...

rasa hati

tiap lalauan yang ku lalui pasti ada membawa ku kisah lampau. tidak ada tidak pasti terselit cerita yang ku imbas pada tiap liku yang ku susuri. ku sulam angin semalam dengan senyum. sambil ditemani angin lalu dan senyum tawa mereka yang menghirup udara autumn....

satu ku pasti... indah sungguh aturan ILAHI. hatta kitaran 4 musim berbeza mampu menwarnai liku hidup kita dengan caranya tersendiri. pulang ke asal pasti ku simpan kemas kenangan indah di sini.

panjang umur, akan ku lewati lagi hari-hari yang ku tinggalkan pergi ini....

dua hari sebelum.........

malam ini ku catat rasa hati... ku kira kini jelas berakhir nokhtah aku disini. pergi ku ini entah bila kembali. perginya ku ini mensoyat rasa di hati. kini ku tinggalkan semua cerita silam 4 tahun yang lalu... pantas masa berlalu seakan baru semalam 2007 itu......

walau kenalan silih berganti namun daerah ini pasti tersimpan dilubuk hati. daerah ini menyumbang naluri aku kini. kadang diri rasa sebati dibumi asing ini. lantas berat hati meninggalkan laluan-laluan silam ini. tapi aku tahu masa akan terus berlalu.

ku benci diri yang mudah simpati. ku benci diri yang mudah meratapi. teraoyat hati dengan halus naluri yang dikurnikan oleh ILAHI.

............sukarnya aku yang bernama manusia ini.........

doakan, permudahkanlah perjalanan ku ini....... lapangkanlah hati ini dengan aturan mu ILAHI........

datang dan pergiku telah ditetapkan.... aku harus lebih berani menghadapi hari yang aku mendatang nanti........

aku pasti merindui tanah ini, ramah ini, suasana ini............

Thursday 6 October 2011

renyai itu menemani hati ............



ikhsan: google.com

diluar tingkat jelas renyai menyelubungi daerah ini, namun hatiku lebih lagi dari renyai itu

seminggu berlalu..........

terasa sesak nafasku ini......... ingin ku leraikan segalanya, namun ku perlu kekuatan untuk mulakannya... nampak mudah, namun ia tidak semudah yang dilihat....

bercakap mengenai rasa diri. entah mengapa terasa sebahagian diri kosong. seakan menanti apa akan tiba kemudian nanti. dalam pada itu, aku bersyukur dikurniakan rakan2 tak kira bangsa dan agama yang menghargai diri. walau hanya sekelumit, walau hanya lemparan senyum. namun, mereka tidak lokek mengucap tahniah. sangat tidak sangka, walau jauh dari keluarga namun masih ada yang ingat disini.

sedikit kesal bila apa yang kufikir benar terjadi. aku tidak ralat kunjugan tahniah tidak tiba. aku tidak ralat jika dendam kesumat terlempar kerna langkah diamku itu. cuma akal ku berkisar pada apa sebenarnya erti hormat menghormati dan menghargai. tapi benarlah jika ianya lakonan, segala tak akan kekal lama. apa erti hati itu jika amarah menguasai diri tanpa ada relevan untuk matikan api itu. jadi rentikan lakonan itu. aku lebih rela bercahayakan kebenaran walau pun pahit dari duduk memandang lakonan yang memualkan.

tapi dihujung aku bersyukur kerana laluan yang tercatat ini, pasti yang terbaik bagiku. Apa yang terjadi adalah pengajaran terbaik untuk diri. aku bersyukur...........

doaku, agar hati ini dapat dipandu, agar hati ini tidak sekedu hempedu, agar hati tidak ikut hasutan nafsu..................

Wednesday 5 October 2011

brand new day...............



Some kind of magic
Happens late at night
When the moon smiles down at me
And bathes me in it's light.

I fell asleep beneath you
In the tall blades of grass.
When I woke the world was new.
I never had to ask.

It's a brand new day.
The sun is shinning.
It's a brand new day.
For the first time in such a long, long time
I know I'll be okay.

Most kind of stories
Save the best part for last.
And most stories have a hero who finds
You make your past your past.
Yeah, you make your past your past.

It's a brand new day.
The sun is shinning.
It's a brand new day.
For the first time in such a long, long time
I know I'll be okay.

This cycle never ends.
You gotta fall in order to mend.

It's a brand new day.
It's a brand new day.
For the first time in such a long, long time
I know I'll be okay.

tanggal 29 sept 2011.........

hampir seminggu detik itu berlalu. alhamdullilah ia berakhir baik. aku sujud pada mu Ilahi atas kurniaan ini. perasaan ku terasa kaku selepas segalanya berakhir... walau aku perlu menyelesaikan kerja akhir, namun detik yang paling kritikal telah ku lepasi...

sesungguh perasaan ku tidak dapat ku gambarkan. namun lebih pada benarkan aku telah melepasinya.... ku lempar semyum, ku lempar tawa bila ketemu rakan, namun jiwa terasa kosong, masih tidak pasti kebenaran yang telah tercatat ini... kerna itu baru kini mampu ku gagah diri berada di ruang ini.

sebagaimana diri pada 29 sept tu, begitulah aku selepas tu masih tidak berperasaan.... aku seakan tidak percaya. aku sesungguhnya hanya berserah dan pasrah dengan ketentuaan. persediaan untuk hari itu sangat tidak rapi. aku dan kemelut hidup di malaysia lebih banyak mendominasi hari berbading dengan persedia peperiksaan. Namun aku hanya berdoa DIA yang maha mengetahui dan memahami laluan yang aku lalui. Aku sedih dan gembira kerana doa itu telah didengari. laluan ku alhamdullilah mudah... walau ada kala aku agak terdiam dengan apa yang diutarakan.

namun, apa pun berkat iringan doa ibu yang pasti membawa aku ke cahaya ini.......




maksud yang ku jumpa lebih kurang.......

the dawn is shining me , the sky is coverin me
can u hear can u hear my heart beatin fast icnt control it.
the life i lived before, next life am waitin for
stay n live feel my breathe hold on to it same as before
wherever it takes whtever it does regrets are meaningless yeahh---


can u wake me up wake me up from this cold darkness life
i wont thorw my self in that cruel destiny
if u cant save me ,just hold my hand n take me there into that brightness light

i never let the darkness kill my soul..

walau lyric nya tidak pasti, namun iramanya menari di dasar hati........