tag:blogger.com,1999:blog-76448777168155554842024-03-05T02:54:38.836-08:00warna rasa'cetusan hati lahirlah warna rasa dalam merantau satu kehidupan'mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.comBlogger235125tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-82203700621959817372014-02-06T18:37:00.000-08:002014-02-06T18:37:14.995-08:00Ya Allah lama sungguh tidak menjengah laman ini. terbiar sepi ruangan warna rasa ini. pelbagai warna mewarnai kehidupan ku sepanjang 2013. suasana sangat berbeza suatu ketika dulu dengan kini. masa sentiasa tidak mencukupi... terlalu banyak yang ingin diperkatakan.. tapi ketukan jari tidak dapat menyusun bait-bait yang terlempar di ingatan. hingga tidak tahu dari mana harus ku mula.
terciptanya laman ini untuk aku meluah warna rasa. tapi kesempitan masa menghalang daku ke sini sentiasa. aku pasti kembali lagi untuk terus berkongsi rasa. mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-36667455395546550622012-12-25T21:11:00.000-08:002012-12-25T21:11:58.094-08:00dalam kesah aku mencari sesuatu yang tak pasti..penutup 2012 semakin hampir. pelbagai laluan ku lalui selama setahun ini. aku berhijrah dari satu fasa kehidupan ke fasa yang baru, baik untuk kerjaya dan status diri. perasaanku?? pelbagai rasa. ada sedih, ada gembira, ada sebak ada terluka, banyak jua yang ku biar alpa sahaja..
dipenghujung tahun, diri makin kuat meronta untuk ke daerah asing dulu. jujurnya aku serasanya lemas dalam kemelut kehidupan kini. banyak persoalan tanpa jawapan. banyak tanggungjawap samada untuk kerjaya atau sebagai anak. jujurnya aku lemas dan penat...
merindui saat lalu serasa bahagia diri walau sendiri disana. sepi sememangnya sepi kerana sendiri. tapi kadang sukar diri mengupas persoalan diri bila diri tidak lagi sendiri.
tidak bersyukurkah aku dengan layanan ILAHI.. tamak kah aku bila kerap mempersoalankan serba serbi.. tapi dalam diam naluri wanita ku terus mencari jawapan bagi persoalan yang tak tahu patutkah lagi..
sebagai pekerja tanggungjawapku melaksanakan amanah yang diberi. sebagai anak tanggungjawap ku terhadap ibubapa dan adik beradik. sebagai isteri tanggungjawapku pada suami.. peratus kesukaran ini bertambah dengan pertambahan status diri..
adakah mereka diluar sana sama denganku... adakah kerana kealpaan aku dalam melaksanakan tanggungjawap ku terhadap NYA membuat aku lemas dalam tembok kesukaran yang tidak ada penentunya.......
ILAHI sesungguhnya.....jika benar jalan ini ketetapan MU buat diriku, KAU bantulah aku yang lemah ini agar gagah aku melayari hari-hariku atas jalan agama MU....mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-14482182173668733982012-11-26T21:49:00.001-08:002012-11-26T21:49:28.326-08:00rindu ini.........lama sudah aku tidak mencoret disini... dalam masa ini pelbagai perkara yang berlaku. ingin aku panjangkan disini untuk tatapanku suatu masa nanti namun masa sentiasa tidak cukup bagiku. ini pun kucuri-curi untuk melempiaskan rasa rinduku pada satu kehidupan yang lalu.......
terasa sayu hati bila mengenang saat-saat suka duka diri dirantau. rasa hati ini digamit kenangan lalu kerana diri tidak henti dengan roda kehidupan baru. pusingan roda terus berlalu tanpa henti. tiap persinggahan membawa kepada suatu tanggungan yang perlu diselesaikan. dek kerana itu, diri terasa penat.. tapi itulah sebuah kehidupan..
bukan aku disana tiada tanggungan.. bukan aku disana tiada perkara perlu diselesaikan. tapi bezanya aku merantau sendiri.. segalanya berasaskan diri untuk diri.. aku hentikan pusingan roda kehidupan, akulah mangsanya... jadi pasrah sahaja atas setiap kesan atas tindakan sendiri.. walau keluarga terasa tempiasnya tapi aku lebih hakiki terkena badinya..
tapi kini, semua keputusan laluan rodaku melibatkan insan-insan lain. sekilas bicara, malas aku untuk belajar kesannya pelajar-pelajarku yang akan lewat dan mungkin tidak memahami apa yang sepatutnya..
malas aku untuk menjawap persoalan keluarga, mudarat bagi ikatan kekeluargaan..
dalam kehidupan ini, terlalu banyak yang perlu kita korbankan untuk meneruskan perjalanan sebuah kehidupan..
sukarnya mengajar diri, sukarnya untuk belajar... sukar lagi untuk mengemudi hari-hari seorang aku...............
bertitik tolak dari sini, aku merindui daerah itu... dalam keperitan mengemudi hari-hariku, aku masih mampu menyulam diri dengan keasyikan hidup dirantauan.. masihkan ada peluang itu sekali lagi....mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-79442798332267220662012-08-28T23:09:00.000-07:002012-08-28T23:09:00.820-07:00SyaWal 1433H/Ogos 2012Belum terlewat lagi rasanya menguncapkan salam syawal pada yang melewati laman ini. Syawal ini terasa berbeza sekali kerana syawal pertama aku bergelar isteri. Syukur segalanya berlalu dengan lancar. tiada sekelumit rasa tidak senang atau terasa hati dalam melewati syawal bersama dua keluarga kini..
terasa ramadan lalu sangat berbeza dari ramadan sebelum-sebelum ini. lagi aku amat terasa ramadan lalu mengheret ingatanku pada suami terlalu mendalam. terus terang hati rasa lemas dengan perubahan rasa ini. mungkin inilah yang dikatakan Allah limpahkan rasa kasih antara kita...
rentetan ramadan itu, syawal tiba lebih mengharukan lagi bila melihat en suami berkorban rasa bila inilah kali pertama en suami beraya dirantauan. sesungguhnya suami ku dimataku amat perihatin dan baik orangnya. dalam kami cuba menyulam kasih, aku pasti dia berusaha untuk menimbang segala perkara sebaik-baiknya.
Allah aku bersyukur dengan rahmatmu, Ya rabbi anugerahkanlah aku segala kesabaran dan kesyukuran dalam kami menyulam kasih ini. Ya Karim jangalah kau biarkan aku lalai dengan pemberianMu ini. Semoga kami mampu menjayakan keluarga dengan rahmat Mu dan atas jalan yang KAU redhai.......mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-48570944847492512272012-07-31T03:35:00.001-07:002012-07-31T03:35:20.754-07:00ramadan 1433H/2012Ramadan kali ini amat berbeza sekali dari ramadan sebelum-sebelum ini. ramadan kali ini ramadan kedua aku berada dibumi sendiri selepas lebih 3 tahun diperantauan. rindu pada kenangan lalu, indah dan semaraknya ramadan kareem dibumi dundee tersemat indah dihati. berada dirantauan membuat aku lebih menghayati ramadan dan lebih tepat menyelami diri seorang muslim ini.
suasana berbeza telah kurasa pada tahun lalu. terasa diri begitu jauh selepas merantau sekian lama, tiap minggu aku pulang ke kampung berbuka bersama bonda. kewangan sememangnya kekangan tetapi ntah rahmat ILAHI dalam aku cuba membahagiakan hati-hati tua yang lama ku tinggalkan, segalanya seakan mudah dan ntah bagaimana segalanya cukup belaka. sesungguhnya aturan ILAHI itu indah, namun kita sering gagal menyelami kerana lebih leka pada dasar yang terselah.
tanpa sebarang jangkaan tahun 2012 ini aku bergelar isteri lantas memberi pengalaman baru pada ramadan ini juga. walau telah 11 hari ramadan berlalu, masih sempat aku mencoret rentetan ramadan 1 aku ini. tidak aku nafikan terasa janggal pada ramadan ini. sahur 1 ramadan aku bersama suami dikampungnya, yang jua rumahnya memandangkan dia bekerja disana. walau telah lebih 15 tahun mengenali keluarga ini, kekok tetap terasa kerana hadirku sebagai isteri, menantu dan ipar... lebih lagi lebih 6 tahun aku menyepi dari keluarga ini. comeback ini agak mengerikan diri aku sendiri.
dalam aku mencuba imbangi diri dalam suasana keluarga baru ini, aku bersyukur kerana aku dikurniakan mereka yang memahami dan banyak membantu aku dalam perjalanan ini.terutamanya dalam aku melaksanakan tugasku sebagai isteri. walau aku telah berusia namun kerana rasa sedia itu tiba-tiba banyak juga terkadang aku terseliuh. lupa diri itu isteri pada si dia.
1 ramadan jua merupakan kali pertama aku bermalam dirumah mertua selepas hampir 2 bulan kami bernikah. segalanya terasa pelik namun alhamdullilah layanan suami membuat aku terasa diterima. bagaimanapun, aku tidak nafikan aku sukar untuk melelapkan mata. malah bukan aku saja, suami pun begitu. telahan aku dia pasti terasa tidak selesa kerana tetiba bilik itu tidor berdua. aku pastinya tidak mudah selesa kerana inilah kali pertama bermalam dibilik sidia. bunyi seakan pelik untuk kami pasangan suamisteri ini, namun rasionalnya bagiku kerana kami PJJ. kalau diikut kami bersama hujung minggu sahaja. banyak yang masih perlu difahami. dalam keindahan menongkah arus, kami jua tak terlepas dari dugaan walau perjalanan ini masih singkat. namun alhamdullilah dalam 5 hari lagi genap 3 bulan usia pernikahan ini.
tengahari 1 ramadan kami bertolak ke johor dan berbuka dirumah orang tuaku. seboleh mungkin kami cuba untuk raikan orang tua kami dalam kami melayari bahtera keluarga ini. 2 ramadan berbuka pula dirumah mertua selepas bersahur di rumahku. walau masanya singkat, dengan kekangan yang ada dari kewangan, masa dan lain-lain.. harapku agar kedua keluarga memahami dan memberi kami lebih masa untuk membiasakan diri. walau kami nampak dewasa tapi kami selalu alpa kerana mungkin biasa sendiri lagi.
dalam pada itu, hati terharu kerana 1 ramadan kali pertama kami berjemaah suamisteri. terawih 1 ramadan solat pertama kami bersama. aku bersyukur kerana doaku dikabulkan. seorang suami yang mampu mengimamkan solatku, seorang suami yang tidak mengeyakan bila langkahku pesong. benar ALLAH tidak mendatangkan bahagia itu mudah, pasti bahagia datang beiringan dugaan. doaku agar mampu aku tempoh dugaan yang mendatang dalam aku meraih bahagia ini.................mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-68914317829730465232012-07-18T23:07:00.000-07:002012-07-18T23:07:23.455-07:00Salam Ramadan 1433H<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjV4RxZRWvTqB9w0hKVqgu1YcXJ-o0kjAGMe2OHnGxp2tC_MvgW1uHWJUGrYA3lw8uKWynrcR13T4sASSLAnhWSlEBghuSx4H7RyRAOVHF90M4Ul5Ymq6sWZTg0KmybSrJALooMw9d5Yxk/s1600/ramadhan-1433H.JPG" imageanchor="1" style="margin-left:1em; margin-right:1em"><img border="0" height="240" width="300" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjV4RxZRWvTqB9w0hKVqgu1YcXJ-o0kjAGMe2OHnGxp2tC_MvgW1uHWJUGrYA3lw8uKWynrcR13T4sASSLAnhWSlEBghuSx4H7RyRAOVHF90M4Ul5Ymq6sWZTg0KmybSrJALooMw9d5Yxk/s320/ramadhan-1433H.JPG" /></a></div>mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-8224984862727701112012-07-18T03:31:00.001-07:002012-07-18T03:31:20.810-07:00daerah asing itu mengamit hati.......diremang senja aku kesini lagi... dalam menanti detik masa munculnya magrib, hati tercarik rasa rindu pada tanah asing itu. satu kehidupan yang tidak akan pernah aku lalui lagi..........
tahun ini sangat lewat aku melangsaikan hutang ku pada suruhan NYA. hingga detik akhir masih lagi aku bergelut dengan satu tanggungjawap. doaku agar mampu aku laksanakan tanggungjawap ini. Doaku aagar dimasa depan aku tidak alpa lagi dengan suruhan MU ILAHI..
dalam pada menanti masa ini, kepala berputar pada satu kehidupan yang asing pada 2007 lalu. tapi kini nyaman udara, cantik suasana itulah yang aku rindui. dalam gagah diri melalui detik-detik masa waktu dulu, manisnya amatlah terserlah kini. dalam rindu pada wajah-wajah kesayangan diri, diri hakikatnya senang dengan kehidupan lalu itu. dalam diri bergelut dengan perjalanan diri, mudah lagi menghayati nasib diri dan mensyukuri apa yang telah diberi.
sesungguhnya aku rindukan ketenangan itu.... sesungguhnya aku rindukan detik lalu... walau sendiri, tapi biarlah sendiri dari 'sendiri' tapi sebenarnya bersama, berdua..
ILAHI teguhkanlah iman ini, kuatkanlah diri ini dalam menyelami erti sebuah kesyukuran atas anugerah Mu ini......mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-16979768397900166692012-07-12T06:27:00.001-07:002012-07-12T06:27:02.867-07:00kini bulan ke 2 sudah.......pantas masa berlalu..... lama rasanya aku tinggalkan ruangan ini. disinilah aku dulu selalu berlagu... sedih, pilu, gembira.. teruja semuanya ku lempiaskan disini.. kini semuanya agak sukar... bukan kerana aku pinggirkannya.. namun batas masa membuat sukar diri berada disini.....
sesungguhnya terlalu banyak yang ingin ku perkatakan... hingga tidak pasti mana patut didahulukan...... namun, ingin aku catatkan jua biar perjalanan cerita mungkin tidak mengikut susunan masa...
syukur ku panjatkan pada ILAHI.. June 19, 2012 akhirnya aku sudahkan perjalanan cerita yang aku mulakan sejak 2007 lalu.. ALLAH hanya padamu aku bersyukur... atas sokongan keluarga aku tiba di tanah UK sekali lagi. Namun, kejayaan itu hanya diraikan bersama dia yang bergelar suami. perasaanku sesungguhnya bercampur baur... tidak dapat dibayangkan perasaan itu dengan kata-kata tatkala berada dalam dewan besar itu. jika mampu, mahu ku bawa seluruh keluarga yang bersama bergelut dalam aku meraih kejayaan hari ini. Inilah detik kejayaan yang bonda tidak turut sama sedangkan bondalah teraju utama. sukar ku gambar rasa hati. namun, syukur suami disisi walau usia perkahwinan kami amat muda. dialah satu-satunya insan yang hampir denganku tika itu... terima kasih abah... desakan abah, pengorbanan mak, kakak dan gg membawa aku ke pentas itu. entah bila masanya aku mampu membayar tiap pengorbanan itu.......
banyak rasa yang ada namun tidak mampu aku satukan semua disini.......
5 Julai genap usia 2 bulan perkahwinan ku..... syukur satu lagi perjalanan mampu aku lalui.. hanya ILAHI mengetahui perjalanan cerita ini...
mudahku kata diri terasa seakan masih berkawan bersama suami... seakan rakan karib kepadanya... bezanya dia serumah denganku... mungkin beginilah rasa bila perkahwinan jarak jauh. namun, aku panjat syukur pada ILAHI kerana pada usia begini masih lagi diberi rezeki untuk menjadi seorang isteri.
ILAHI padamu ku panjatkan doa ini, agar aku diberi ketabahan dan kekuatan dan kesabaran dalam melalui liku kehidupan seorang yang bergelar isteri............
ILAHI padamu kupanjatkan doa ini, agar aku dirahmati dan diberkati dalam aku bergelar seorang islam, isteri, anak dan kakak........mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-38218018997727828202012-06-07T17:39:00.000-07:002012-06-07T17:49:59.921-07:00alhamdullilah selangkah kami.... 5/52012 -5/6/2012<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh16ZsSTYggi-2IFT4FMFiAD7M3qWnvYcij9keEd__zVERk8YfhjhgfFhPc9Q8dSz_9xcBmcAg8y0V9oq0CsbwaqvlX10NtkWeED0Vmbbm7ZftIV0AT1csv3z5-eIvsfr8kYBBVp6tbunw/s1600/kami.jpg" imageanchor="1" style="margin-left:1em; margin-right:1em"><img border="0" height="214" width="320" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh16ZsSTYggi-2IFT4FMFiAD7M3qWnvYcij9keEd__zVERk8YfhjhgfFhPc9Q8dSz_9xcBmcAg8y0V9oq0CsbwaqvlX10NtkWeED0Vmbbm7ZftIV0AT1csv3z5-eIvsfr8kYBBVp6tbunw/s320/kami.jpg" /></a>
Alhamdullilah... dalam diam selangkah sudah kami melangkah..
dunia baru, alam baru, cara baru, orang baru... segalanya perlukan masa untuk cuba bersatu dan disatukan. namun, syukur ku panjatkan pada Nya atas segala limpahan nikmat yang dirasa. dalam gelora rasa aku jua tidak lepas dari bisikan syaitan dalam mengaburi imbangan pemikiran diri. namun bersama dia, dengan izin ILAHI kami berjaya jelajahi sebulan bergelar suami isteri..
<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4lRQmMJPj5XuRyUBHT0pONF6BmjZJYE3dFx6Qwc8PwUuGOFagdWfSQeEYY1IkA1Rdnq_Y6P1oYJIF-wb0q69qg7VUkzaeqY1P7TrOjIecPjcCl8ddx5l3EiErgKL9ObIzEBPB47pfwEk/s1600/IMG_0552-1.jpg" imageanchor="1" style="margin-left:1em; margin-right:1em"><img border="0" height="320" width="214" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4lRQmMJPj5XuRyUBHT0pONF6BmjZJYE3dFx6Qwc8PwUuGOFagdWfSQeEYY1IkA1Rdnq_Y6P1oYJIF-wb0q69qg7VUkzaeqY1P7TrOjIecPjcCl8ddx5l3EiErgKL9ObIzEBPB47pfwEk/s320/IMG_0552-1.jpg" /></a>
<iframe width="350" height="300" src="http://www.youtube.com/embed/FL0bjwez8mg" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-9598001395461986232012-05-18T08:47:00.002-07:002012-05-18T08:47:29.137-07:0014 hari berlalu.......terlalu banyak yang ingin diperkata... terlalu banyak yang harus disembunyikan... sesungguhnya laluan manapun tidak akan pernah tidak diduga... 14 hari telah berlalu... ada manis ada ragamnya. keras hukumnya bila ku katakan terduga aku dalam usia perjalanan yang masih sangat mentah ini. aku sendiri tidak pasti beginikah rasanya yang patut aku alami. aku soroti perjalanan diri, aku soroti sejarah diri dan aku fahami banyak laluan berduri akan aku tempohi. namun, wajarkah rasa begini yang aku terokai... aku sendiri tidak pasti. siapakah penyumbang pada sumbang langkah tari ini aku pun tak tahu. kurang bersabarkah aku... tiada langsungkah kebenaran pada rasa hatiku.........
leka aku atas anugerah ilahi ini lantas aku diduga begini. Ya Ilahi kuatkanlah kesabaran dihati ini............. kuatkan kesabaran dalam aku tangani rasa amarah diri...... kuatkanlah kesabaran dalam aku melangkah hari-hari mendatang ini................
kuatkanlah kesabaran diri dari titis-titis tangis ini... sangat mentah usia perjalanan ini untuk aku sirami dengan butiran tangis ini..................mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-84739621401324929602012-05-15T21:48:00.000-07:002012-05-15T21:48:53.085-07:00alhamdullilah ..............alhamdullilah Illahi atas kurniaan mu ini. hampir 12 hari bergelar seorang isteri tidak banyak perubahan fizikal yang berlaku. mungkin kerana banyak faktor luar yang mempengaruhi. faktor jarak jauh, faktor baru mengenali. terlalu banyak yang ingin ku perkatakan namun tidak ku rasa tercapai segalanya disini.........
sesungguhnya ikatan kami ini adalah aturan ILAHI. sukar untuk kami nyatakan tapi penyebab aturan ini adalah kerana keluarga. baik suami mahupun aku, menyedari laluan ini adalah dorongan keluarga. namun, rasa kekok dan perasaan yang dingin itu pergi setelah lafaz akad itu selesai. naluri perempuan yang ingin melindungi diri dari terluka masih menebal disanubariku. namun, hampir 7 hari bersama, hanya terpisah sehari diri mula rasa perubahan emosi. disebalik kematangan usia, tidak dapat aku menidakkan banyak perkara yang menyentuh hati naluri wanitaku.
sesungguhnya aku tidak mengenalinya. sesungguhnya aku tidak melihat keistimewaannya yang terselindung selama ini. doaku agar dia terus menerima aku seadaannya. hatiku amat terusik mendengar kalimah Allah yang dilafaz disubuh hari selepas sehari bergelar suami. aku rindu mendengar alunan ayat-ayat Allah dalam dia mengerjakan solatnya. ucapan bismillah tidak lekang dari bibir dalam setiap perbuatannya. tingkah hormat pada kedua ibubapaku tidak sekali ku anggap lakonan. aku rindu melihat wajahnya yang segar seselesainya berwdhu. paling hatiku terkedu tatkala lafaz bismillah diucap tika disentuhnya bahuku ini. Allah ya rabbi...... anugerah mu ini sungguh besar....... aku yang alpa aku yang kurang ilmu Mu ini sesungguhnya mengharapkan seseorang yang mampu memimpinku. serasaku anugerahmu ini memperkenanakan doaku selama ini. ukuran ilmu agama bukanlah satu garis dalam menilai keperibadian atau tinggi ilmu seseorang tapi penghayatan islam yang ditafsirkan dalam kehidupan itu lebih bermakna dari berilmu tanpa amal. terus terang hatiku tersentuh dan merintih kerana susunan mu ini. dalam kesibukan diakhir zaman, suami bagaimana lagi mahu ku cari. ku sedar terlalu awal untuk aku katakan segalanya indah, namun tiada lakonan dapat dilakonkan bila berkait dengan tiang agama. ku sedar disebalik kegembiraan ini banyak lagi dugaan mendatang. doaku dugaan dan kelemahan yang datang dapat kutangani dengan kesabaran...........
disebalik wajah seriusnya, banyak jenaka dan sifat-sifat manja yang mencuit hatiku. perkara remeh tapi teruja bagiku. butiran makanan yang tidak elok, dibungkus rapi untuk dibawa pulang bagi ayam dikampung. aku terkedu.... mungkin biasa bagi orang lain tapi sikap perihatin ini menyentuh naluri wanitaku. terlalu banyak ingin ku perkata tapi tidak mungkin semuanya terhambur disini.
satu saja doaku, disebalik 1001 permasalah yang berlaku sebelum ini, disebalik 1001 perasaan yang kita perangi sebelum ini, doa ku agar kita mampu redha dan menerima semua ini dengan jujur dan ikhlas. doaku agar dia lebih memahamiku disebalik kekerasan yang terpamer didiri. limpah kasih yang ALLAH lempar padaku untuknya semoga dia turut merasai kasihnya padaku.....
suamiku, ku sedar banyak kekurangan pada diri ini. ku sedar kemampuan mu untuk yang lebih baik lagi. namun, aturan ILAHI mengikat kita kini. aku wanita yang hatinya mudah tersentuh dalam mengasihi mu, aku wanita yang hatinya jua mudah tersentuh kerana kekurangan diri sendiri ini. pohonku, jelaskanlah dengan segera jika ada kata yang tersembunyi dihatimu.........
Allah aku bersyukur pada mu, kuatkan diri ini dalam melalui dugaan-dugaan mu yang mendatang.mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-90964500891580322072012-04-09T06:43:00.002-07:002012-04-09T06:48:50.858-07:00..tiada siapa yang tahu apa yang pasti..hakikat aku sudah penat... <br /><br />penat untuk bersunggut tapi aku masih teruskan jua. <br />penat untuk menangis walau terkadang mengalir laju butiran jernih itu. <br />penat untuk berfikir walau kerap aku diterjah pelbagai gerakan minda. <br />penat untuk curiga walau setiap detik ada saja yang tercuit dihati. <br />penat untuk risau walau belum pernah seminit aku berasa lega. <br />penat untuk bermimpi indah walau kadang diri jua mengimpikan indahnya pelangi hati ini. <br />penat untuk berhati-hati kerana aku sudah tidak pasti bagaimana lagi cekal hati ini..<br /><br />laluan laluan yang ku lalui ku biarkan saja berlalu pergi.. nampak girang dihati tapi terlalu banyak yang kurasa mengusari hati..<br /><br />laluan laluan yang ku lalui banyak menimbulkan keraguan dihati.. namun tiada suapa yang tahu apa yang pasti..<br /><br />hanya DIA yang mengetahui apa dihujung yang menanti, harap diri cekal gagah menyusuri laluan seterusnya nanti..............mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-66314245262139542612012-04-09T06:29:00.000-07:002012-04-09T06:31:11.927-07:00somwbody that i used to know...<iframe width="320" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/UzSbbzYGECQ" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-68452202880677246742012-03-30T15:22:00.001-07:002012-03-30T15:24:43.397-07:00jar of heart ....<iframe width="350" height="300" src="http://www.youtube.com/embed/8v_4O44sfjM" frameborder="0" allowfullscreen></iframe><br /><br />I know I can't take one more step towards you<br />Cause all that's waiting is regret<br />And don't you know I'm not your ghost anymore?<br />You lost the love I loved the most<br /><br />I learned to live, half-alive<br />And now you want me one more time<br /><br />And who do you think you are?<br />Runnin' 'round leaving scars<br />Collecting your jar of hearts<br />And tearing love apart<br /><br />You're gonna catch a cold<br />From the ice inside your soul<br />So don't come back for me<br />Who do you think you are?<br /><br />I hear you're asking all around<br />If I am anywhere to be found<br />I have grown too strong<br />To ever fall back in your arms<br /><br />I've learned to live, half-alive<br />Now you want me one more time<br /><br />Who do you think you are?<br />Runnin' 'round leaving scars<br />Collecting your jar of hearts<br />And tearing love apart<br /><br />You're gonna catch a cold<br />[- From :http://www.elyrics.net/read/c/christina-perri-lyrics/jar-of-hearts-lyrics.html -]<br />From the ice inside your soul<br />So don't come back for me<br />Who do you think you are?<br /><br />Dear, it took so long<br />Just to feel alright<br />Remember how to put back<br />The light in my eyes<br /><br />I wish I had missed<br />The first time that we kissed<br />'Cause you broke all your promises<br />And now you're back you don't get to get me back<br /><br />Who do you think you are?<br />Runnin' 'round leaving scars<br />Collecting your jar of hearts<br />And tearing love apart<br /><br />You're gonna catch a cold<br />From the ice inside your soul<br />So don't come back for me<br />Don't come back at all<br /><br />And who do you think you are?<br />Runnin' 'round leaving scars<br />Collecting your jar of hearts<br />And tearing love apart<br /><br />You're gonna catch a cold<br />From the ice inside your soul<br />Don't come back for me<br />Don't come back at all<br /><br />Who do you think you are?<br />Who do you think you are?<br />Who do you think you are?mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-61968563559422942592012-03-27T04:22:00.002-07:002012-03-27T04:30:19.381-07:00dugaan kah atau inilah..........senja ini hati terdetik untuk ke laman ini lagi....... jika lima tahun yang lalu, aku ke sini menenteramkan hati kerana perjalananku di daerah asing itu. kini, aku disini menenteramkan hati lagi kerana liku perjalanan diri sendiri......<br /><br />akur aku dengan <br />'kita merancang, ALLAH jua merancang..Ketahuilah dan yakinlah DIA adalah sebaik-baik perancang. dan walaupun kita merasakan perancangan NYA itu pahit, percayalah ia sebenarnya manis buat kita' <br /><br />aku kuatkan diri untuk membina tembok keyakinan dalam kepahitan........<br /><br />aku hilang gerak hati... keliru aku <br /><br />inikah dugaan atau inikah petanda <br /><br />sungguh terhijab kita dengan perkara masa depan... sungguh kita insan kerdil yang terkesan dengan sekelumit dugaan...<br /><br />terkesan aku bila ketenteraman jiwa itu diduga.... <br /><br />hilang kadang kata untuk teguh setia bersabar... acap kali tergelincir dari landasan, segera cuba aku kembali untuk bersabar dan belajar bersabar....... aku sebenarnya bukanlah penyabarr..........<br /><br />kata sahabat banyak menenangkan diri........ tapi kerap diri terumbang ambing ke tepi........ kesukaran yang ku lalui ini entah apalah dihadapan menanti....<br /><br />doa aku agar aku mampu berdiri kembali, doaku agar aku gagah dengan tembuk kesabaran ini. pasti ada pengakhirnya nanti... cuma bersediakah aku dengan apa yang menanti itu....... kerana semuanya terhijab, hanya doa yang mampu aku lakukan kini...........mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-45640537368853297592012-03-26T06:10:00.003-07:002012-03-26T06:21:52.089-07:00terdugakah aku hari muka, beranikah aku bermimpi lagi......belum sejam masa berlalu dari catatan awal dihari baru ini, hati mula terasa sayatnya dengan segala yang terjadi. diiringin pula dengan cerita korea tadi. cerita yang sedih, namun aku lebih dilamun rasa diri menjadi lebih sayu lagi. <br /><br />memang benar naluri wanita akan cuba kuat dan buat perkara sebagaimana yang akal perlukan. tapi sebagaimana kuat perkara itu perlu, begitulah kuatnya hati wanita cuba berlawan antara emosi dan fikiran. walau dimulut wanita menyatakan apasaja yang nampak patut, tapi hakikat wanita sebenarnya memaksudkan apa yang tidak diucap. tapi fitrah lelaki hanya membiarkan lebih lagi bila itulah yang dimahukan........<br /><br />sukarnya menjadi wanita lebih lagi bila tidak difahami............... sukarnya mengawal diri bila kita tahu dimana kita perlu berpaksi. sesungguhnya bukan mudah bergelut dengan diri antara emosi dan situasi sebenar.... kekuatan lah yang ku cari.....<br /><br />takut aku membayangkan hari mendatang... tidak mampu aku jangkakan apa yang bakal terjadi........... <br /><br />kata bicara hati apakah kata naluriku......... aku kini tidak mampu lagi mengikut gerak hati. kerana terlalu banyak yang seakan tidak menyebelahi nasib diri. <br /><br />setahun sebelum aku kembali, pernah ku rasa kuatnya ikatan ini. ditambah dengan segala yang aku inginkan turut terjadi. sungguh aku rasa pasti. namun, kini aku hilang pertimbangan diri. antara apa yang terjadi dengan segala yang telah dilalui. gusar hati memikirkan adakah ini hanya permainan diri.......... entahlah........<br /><br />aku tidak berani berfikir tentang hari muka... dan aku jua tidak berani untuk bermimpi........mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-52315367272176713972012-03-26T02:50:00.002-07:002012-03-26T03:04:29.410-07:00hari baru, minggu baru........sukar dijangka air yang tenang tak akan gelora.... sukar menjangka hati yang diajar tenang tidak gelupor tatkala di duga.. apapun, aku sangat bersyukur dalam aku cuba keluar dari suasana gelap yang menyelubungi diri, DIA anugerahkan seorang teman yang mampu menenangkan diri. bicara hati yang tulus, lebih mudah membuat hati tenang dalam kekecohan yang berlaku.<br /><br />terus terang aku tidak menyangka bicara itu mampu menenangkan aku. kadang bicara itu mampu membuka mata yang mungkin kabur tika ini. benarlah kata orang, berilmu tanpa guru umpama orang buta berjalan tanpa tongkat. <br /><br />tidak kunafikan gelisah itu tetap kunjung tiba. tapi serasa aku diri lebih gagah berbanding dahulu. mungkin yang pertama itu pengalaman ngeri. walau aku menduga tapi tidak mampu aku tafsirkan perasaan diri sebenarnya. yang pasti ia amat menyakitkan. <br /><br />dalam bicara hati yang memandu diri. tidak lupa pada mak dan abah yang amat memahami diri. pulanglah diri dalam keadaan bagaimanapun, mereka setia menanti. buatlah diri apa saja, diam mereka memerhati. aku pasti sakit yang aku rasa, sakit lagi hati mereka yang memandang... kerana aku darah daging sendiri yang dibiar disakiti. namun, apakah daya manusia untuk menghalang susunannya.........<br /><br />tidak ku pinta dan mimpi ini terjadi. tapi siapa aku untuk halang atau ragui aturan NYA. bak bicara hati, biar je la... lalu jer la.... kita tidak tahu apa yang menanti didepan sana. mungkin hujan ini untuk pelangi yang ceria mewarnai selepas ini....<br /><br />anggaplah segala nya atas kelemahan diri. kita tidak mampu mengubah apa saja dan siapa saja. kita hanya mampu mengubah diri........... itulah yang aku cuba pelajari... dalam aku mencari yang mampu mengemudi diri dalam melayari hari-hari, ada yang terkabur dari pandangan hati. apa yang aku nampak sebenar tak seperti yang aku fikirkan. kerana bicara hati itu membuka mata ini...... <br /><br />hati lebih rasa lapang kini... aku rasa lebih bersedia walau aku tahu pasti tangisan itu ada. tapi siapalah kita. yang mampu kita lakukan hanyalah berlapang dada....... kerana berlapang dada itu, lahirnya satu ketenangan. dari ketenangan itu lahirlah kegirangan. biarlah apa yang melanda, ketenangan itu adalah titik segalanya...............mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-38527910485410181002012-03-22T00:43:00.002-07:002012-03-22T00:54:02.871-07:0022 mac 2012tarikh ini perlu aku catatkan. pelbagai dugaan,pelbagai telahan akhirnya terjawap. janji yang dimetri 7 nov 2011 lalu akhirnya terlerai. dusta jika aku katakan tidak terpalit sedih dihati. hati wanita mana tidak terguris dengan perkara sebegini. tapi apa mampu aku katakan. semua ini bahagianku ....<br /><br />walau akal meronta kerana tidak mampu menelan titik pahit yang terpalit pada diri ini. rohani tidak mampu menolak. keaiban ini terbuka atas kehendak ILAHI dan hanya padanya aku memohon agar ia mampu dikaburi. <br /><br />aku perlu masa untuk belajar redha... untuk itu aku hanya mampu untuk pasrah .....<br /><br />tiada siapa menduga kepulangan ku, yang aku harapkan untuk mencorak warna pelangi tetapi diselubungi awan kelabu. maruah diri terasa tercalar tapi apa mampu aku wanita lakukan. menangis air mata darah sekalipun, sesungguh telah tertulis aku bukan terbaik untuknya. berilah aku masa untuk belajar mencari cahaya. <br /><br />tapi dalam keadaan ini, bukan diri sendiri sahaja harus aku fikirkan. kasihan pada kedua orang tua dikampung. pasti aib ini terus diperkatakan. aku bergelut disini, mereka bergelut disana...........<br /><br />maaf kan long mak.... bukan niat long nak mak menangis. aib ini kita kongsi bersama pasti ada hikmahnya mak..................<br /><br />sedih kita hari ini, 2 3 hari dengan izin ALLAH kita pasti dapat berdiri semula mak...........mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-83757482993506899562012-03-20T18:27:00.002-07:002012-03-20T18:31:07.087-07:00satu peringatan .......seperti biasa pasti sesuatu akan kutemui .... yang kerap boleh aku kaitkan dengan diri sendiri......<br /><br />'kita tidak tahu apa yang ALLAH tahu dari ujian yang diberi'<br /><br />Jangan kerana satu kesalahan kita membenci seseorang itu habis-habisan. Boleh jadi semasa kita memikirkan 10 kejahatannya, orang yang kita benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kita, lalu dia mendoakan untuk kebaikan kita .............mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-20321839772112850922012-03-20T13:04:00.005-07:002012-03-20T13:25:05.801-07:00accept fate with open heart.........perjalanan kita tiada yang tahu. pelbagai yang dirancang, pelbagai jua yang terjadi. hidup ini tidak mudah dijangka. sekejap kejap ini segala boleh terjadi. sukar untuk luahkan kerana segalanya terlalu personal. however, some tips for myself.......<br /><br />let's face the facts. keep positive no matter what is going on from day to day. a big smile is a key factor. for this, i should find peace within me. with peace comes happiness..<br /><br />accept less, accept fate with open heart... bersyukur with small things. in mycase, more doas are required, improve myself and get closer to ALLAH...<br /><br />'... tidak ALLAH uji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya .........'<br />al-baqarah, 286)<br /><br />sesungguh yakinlah aku dengan firman ALLAH......<br /><br />'sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan...' (al-insyirah, 6).mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-62494031577763120552012-03-13T07:03:00.002-07:002012-03-13T07:15:18.750-07:00dua persamaan seiring...............hati ingin melelapkan mata tapi mata tidak mahu tutup. diri mahu elakkan kemalasan disubuh hari esok, tapi diri akhirnya ke maya ini mengetuk kunci-kunci huruf. esok ada kelas yang perlu aku galas. sukarnya untuk menjadi profesional dalam tugasan dengan diri diselimuti persoalan-persoalan peribadi yang tak sudah-sudah.<br /><br />status profesional yang masih boleh dipertikaikan, yang terusan menganggu perjalanan kerjaya, yang turut menjeruk ekonomi diri. status diri yang belum diakhiri dengan satu perjanjian tapi umpama telah digantung. apalah kelakarnya perjalanan hidupku sekembali ditanah 'tercinta' dibumi sendiri. sesungguhnya tenang lagi, senang lagi, nyaman lagi berada di bumi asing dari di bumi sendiri sudahnya. <br /><br />bila ku renung perjalanan dua persamaan yang seiring ini, aku sendiri tak mampu untuk tidak ketawa. terutama mengenang diri yang tergantung walau belum berpasangan. ditambah dengan diri yang telah lulus tapi macam belum lulus. bukan kah dua perkara berbeza tapi berada pada fasa yang seiring. meleret senyuman semasa aku mengetuk kunci-kunci huruf ini. <br /><br />entah apalah rahsia yang aku tidak sedar dengan percaturan yang hadir dalam hidup ini. kesimpulannya, kehidupan aku tergantung kerana persoalan-persoalan yang belum ada kepastian....................<br /><br />sabarlah........................mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-74470178534091855822012-03-10T15:24:00.002-08:002012-03-10T15:30:24.121-08:00pagi minggu 11 macpagi-pagi lagi hati aku rasa gelisah.... sempat menyibukan diri mengemas tapi akhirnya aku ke sini. hati sangat risau. aku berdoa agar cepatlah selesai kerja-kerja pembetulan ini. memang nasib badan hilang sv yang menangguh sekarang examiner plak yang menangguh. hakikat examiner nie bukanlah penangguh tapi kena kat aku begini plak nasib. penat dah aku tunggu. paling penat sebab desakan hidup sekarang ni. aku terpaksa batalkan segala niatku kerana perancangan ku tidak menjadi. sekiranya ku teruskan jua, terasa ia menjadi beban bukan pada diri saja. dan akhirnya aku juga yang terkorban nanti. allahhhhh........... bila lah akan selesai fasa ini. selesai fasa ni, aku bergelut pulak dengan fasa lantikan. silap-silap hujung tahun pun aku masih terbelenggu dengan ekonomi yang merundum nie.......<br /><br />penat kan......... diri ni dibaluti masalah dari segenap ceruk. aku patut bersyukur sebab ada lagi insan yang lebih menempuh kesukaran. tapi aku sebenarnya penat berjuang untuk diri sendiri. kerana kemelut ini ada yang ku putuskan untuk kulepaskan agar diri tak terbeban lagi.........mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-75046455355918793112012-03-09T04:41:00.002-08:002012-03-09T04:45:17.916-08:00mac lagi.......mac menjengah lagi. mac setahun yang lalu aku berperang, menangisi dugaan yang datang pada diri. biar setahun telah berlalu, aku masih lagi menangisi dugaan yang berganti pada diri kini. berbeza 6 bulan yang lalu, bila aku sesak nafas mengenang susunan yang tiba-tiba hadir dalam hidupku. namun, segala nampak berbeza kini. <br /><br />kerana aku mudah alpa, kini aku kembali lagi menangis untuk mohon keampunan dan kemudahan dalam melalui liku-liku sukar ini. <br /><br />kerana aku mudah bersenang, kini aku kembali dihimpit sukar bila kurang mengingati NYA<br /><br />akulah manusia itu yang mudah lupa dan alpa......... sesungguh hanya pada NYA yang mampu meringankan dan memudahkan percaturan ini........mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-63990845235092792732012-03-07T14:48:00.002-08:002012-03-07T15:02:40.342-08:00peritnya sebuah kenyataan.......dinihari aku terjaga... bermula sudah hari-hari yang telah kutinggalkan dulu. setiap hampir 3 jam aku akan terjaga hingga ke 6 pagi. tak kiralah jika baru kulelapkan mata hampir jam 12 sekalipun, aku pasti terjaga umpama lama sudah aku lena. kesannya kurang tidur itu mengundang denyut dikepala. kurang tidur itu mengundang akal yang kurang cergasnya. nyata badan menunjuk tanda tanda tidak mampu menangani permasalahan yang berlaku walau aku cuba tolak ketepi..<br /><br />celik je mata 2 perkara berlegar dikepala.... apakah lagi permasalahan pagi ini. masalah akan bermula jam 7 pagi... ini turut membuat diri rasa nak demam. dalam diri mananti masa menunggu isyarat mobile, kepala akan menerawang... persoalan peribadi mula menerpa.....<br /><br />ingin aku ajukan soalan padanya, tapi diri buntu... tidak tahu bagaimana harus ditanya. tiada seculas akal dapat kufikirkan untuk lempiaskan persoalan dengan nada lembut...... bagaimana harus aku berlembut bila memikir diri di permainkan... namun, wajarkah sekali berhubung terus lempiaskan amarahku ini. buntu membawa aku menghampiri minggu ke dua Mac. aku sedar tidak bertanya turut akan mengheret aku dipersalahkan olehnya. tapi naluri wanita ku merasa berat untuk kembali mengulas persolan yang telah ku lemparkan di awal februari dulu. akal mengajak membiarkan masa menentukan, hati gelisah kerana tiada jawapan. diri tertekan tanpa sedar dengan perlakuan begini. kesannya, ia memakan diri............ <br />kejamnya manusia mempermainkan maruah orang/keluarga manusia lain.......<br />tapi apakah salah aku sehingga aku diperlakukan begini. <br /><br />terang lagi bersuluh, dengan jelas aku temui jawapan yang cuba aku tipu diri sendiri selama ini. <br /><br />'dia' tidak dipaksa kerana tiada yang mampu memaksanya, TAPI 'dia' memaksa dirinya sendiri. kesan dari percubaannya, aku terkorban menjadi mangsa tanpa rela. <br /><br />biar telah jelas bicara hati itu, perit untuk aku telan kerana mengapa aku dijadikan bahan percubaan. <br /><br />Hanya pada MU ILLAHI aku memohon agar aib ini ditutup. <br /><br />cukuplah dengan apa yang telah diperlakukan padaku... tidak dapat kubayang sejauh mana aku mampu tangani secara waras dugaan yang datang ini...............mizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7644877716815555484.post-60034468374366184942012-03-06T19:47:00.002-08:002012-03-06T19:52:21.072-08:00nervous ...........aku ni memang ler pe nervous nya. apa pun yang aku baut kalau libatkan khalayak ramai confirm aku out........... adoiiyyyaaaaiii.........<br /><br />so today is my first class after almost 5yrs + 2/3 yrs (coti master ari tu)........ agak-agak patut la kot aku nervous kan............... disampaing skandal peribadi aku dan masalah pasang surut keje dirumah tu, alhamdulilah aku berjaya memahamkan diri semalam. itu pun selepas di explain dek kawan and balik top up dengan reading. so in few minute aku akan mulakan bergebang........... am i strong to handle this class after such a loooooooooooooooooooonnnnnnnnnnnggggggggg rest............. <br /><br />doa aku selamat........ selamat mengebang @ selamat memaham @ atau apa saja la........... huhuuhhuuhuhhmizzhttp://www.blogger.com/profile/01676001337416640233noreply@blogger.com0