�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Thursday, 6 October 2011

renyai itu menemani hati ............



ikhsan: google.com

diluar tingkat jelas renyai menyelubungi daerah ini, namun hatiku lebih lagi dari renyai itu

seminggu berlalu..........

terasa sesak nafasku ini......... ingin ku leraikan segalanya, namun ku perlu kekuatan untuk mulakannya... nampak mudah, namun ia tidak semudah yang dilihat....

bercakap mengenai rasa diri. entah mengapa terasa sebahagian diri kosong. seakan menanti apa akan tiba kemudian nanti. dalam pada itu, aku bersyukur dikurniakan rakan2 tak kira bangsa dan agama yang menghargai diri. walau hanya sekelumit, walau hanya lemparan senyum. namun, mereka tidak lokek mengucap tahniah. sangat tidak sangka, walau jauh dari keluarga namun masih ada yang ingat disini.

sedikit kesal bila apa yang kufikir benar terjadi. aku tidak ralat kunjugan tahniah tidak tiba. aku tidak ralat jika dendam kesumat terlempar kerna langkah diamku itu. cuma akal ku berkisar pada apa sebenarnya erti hormat menghormati dan menghargai. tapi benarlah jika ianya lakonan, segala tak akan kekal lama. apa erti hati itu jika amarah menguasai diri tanpa ada relevan untuk matikan api itu. jadi rentikan lakonan itu. aku lebih rela bercahayakan kebenaran walau pun pahit dari duduk memandang lakonan yang memualkan.

tapi dihujung aku bersyukur kerana laluan yang tercatat ini, pasti yang terbaik bagiku. Apa yang terjadi adalah pengajaran terbaik untuk diri. aku bersyukur...........

doaku, agar hati ini dapat dipandu, agar hati ini tidak sekedu hempedu, agar hati tidak ikut hasutan nafsu..................

Wednesday, 5 October 2011

brand new day...............



Some kind of magic
Happens late at night
When the moon smiles down at me
And bathes me in it's light.

I fell asleep beneath you
In the tall blades of grass.
When I woke the world was new.
I never had to ask.

It's a brand new day.
The sun is shinning.
It's a brand new day.
For the first time in such a long, long time
I know I'll be okay.

Most kind of stories
Save the best part for last.
And most stories have a hero who finds
You make your past your past.
Yeah, you make your past your past.

It's a brand new day.
The sun is shinning.
It's a brand new day.
For the first time in such a long, long time
I know I'll be okay.

This cycle never ends.
You gotta fall in order to mend.

It's a brand new day.
It's a brand new day.
For the first time in such a long, long time
I know I'll be okay.

tanggal 29 sept 2011.........

hampir seminggu detik itu berlalu. alhamdullilah ia berakhir baik. aku sujud pada mu Ilahi atas kurniaan ini. perasaan ku terasa kaku selepas segalanya berakhir... walau aku perlu menyelesaikan kerja akhir, namun detik yang paling kritikal telah ku lepasi...

sesungguh perasaan ku tidak dapat ku gambarkan. namun lebih pada benarkan aku telah melepasinya.... ku lempar semyum, ku lempar tawa bila ketemu rakan, namun jiwa terasa kosong, masih tidak pasti kebenaran yang telah tercatat ini... kerna itu baru kini mampu ku gagah diri berada di ruang ini.

sebagaimana diri pada 29 sept tu, begitulah aku selepas tu masih tidak berperasaan.... aku seakan tidak percaya. aku sesungguhnya hanya berserah dan pasrah dengan ketentuaan. persediaan untuk hari itu sangat tidak rapi. aku dan kemelut hidup di malaysia lebih banyak mendominasi hari berbading dengan persedia peperiksaan. Namun aku hanya berdoa DIA yang maha mengetahui dan memahami laluan yang aku lalui. Aku sedih dan gembira kerana doa itu telah didengari. laluan ku alhamdullilah mudah... walau ada kala aku agak terdiam dengan apa yang diutarakan.

namun, apa pun berkat iringan doa ibu yang pasti membawa aku ke cahaya ini.......




maksud yang ku jumpa lebih kurang.......

the dawn is shining me , the sky is coverin me
can u hear can u hear my heart beatin fast icnt control it.
the life i lived before, next life am waitin for
stay n live feel my breathe hold on to it same as before
wherever it takes whtever it does regrets are meaningless yeahh---


can u wake me up wake me up from this cold darkness life
i wont thorw my self in that cruel destiny
if u cant save me ,just hold my hand n take me there into that brightness light

i never let the darkness kill my soul..

walau lyric nya tidak pasti, namun iramanya menari di dasar hati........

Monday, 26 September 2011

2 hari 1/2 lagi tinggal

hanya satu jer yang aku mampu ketengahkan doaku

...........permudahkan lah ya Ilahi permudahkan lah ujian ku ini. Ya Ilahi KAU permudahkanlah laluan akhir ku ini...........

Thursday, 22 September 2011

aku di tanah ini kembali............

pantas masa berlalu. telah 3 hari aku di daerah ini kembali. 3 bulan berlalu penuh dengan segala yang telah ku tinggalkan 4 tahun yang lalu. dalam mengejar satu kejayaan kehidupan, banyak rupanya yang telah ku korbankan.

tapi kini dengan sedikit baki masa cuma, aku cuba untuk garap semua akal yang ada untuk satu ujian dalam kehidupan yang perlu ku dapatkan pengiktirafannya. syawal masih berbaki. belum lewat untuk ku sulam sekali salam syawal di sini.

doaku agar sekelian mendoakan kejayaan ku. tiada kejayaan tanpa ujian. tabahkan, kuatkan, permudahkanlah ujian ini. agar mudah ku lalui hari mendatang bersama bahu yang mengalas amanah keluarga dan tanggungjawab sesama insan.

Friday, 24 June 2011

hari ke 24

24 hari sudah aku menyedut udara tanah air sendiri. cuaca berbeza kadang amat terasa, namun alhamdullilah, tidaklah sangat mencabar rasanya. mungkin kerana diri lebih memilih untuk keluar awal pagi. ini membantu elakkan panahan mentari tengahari.

semalam 23 june, 23 hari sudah aku kembali ke bumi malaysia. dalam bergelut untuk selesaikan segala yang perlu. dari terasa rindu laluan kelmarin. sendirian disana ada manisnya. rutin harian disana terasa bagai memanggil. sejuk belaian disana terasa mencuit. mudahnya hidup kelmarin membuat diri rasa asing. berat rasa bahu bila kembali. sekejapnya 4 tahun yang lalu.

selamat kembali dari daerah asing, namun sendirian kelmarin mengamit dihati ini....