Wednesday, 18 July 2012
daerah asing itu mengamit hati.......
diremang senja aku kesini lagi... dalam menanti detik masa munculnya magrib, hati tercarik rasa rindu pada tanah asing itu. satu kehidupan yang tidak akan pernah aku lalui lagi..........
tahun ini sangat lewat aku melangsaikan hutang ku pada suruhan NYA. hingga detik akhir masih lagi aku bergelut dengan satu tanggungjawap. doaku agar mampu aku laksanakan tanggungjawap ini. Doaku aagar dimasa depan aku tidak alpa lagi dengan suruhan MU ILAHI..
dalam pada menanti masa ini, kepala berputar pada satu kehidupan yang asing pada 2007 lalu. tapi kini nyaman udara, cantik suasana itulah yang aku rindui. dalam gagah diri melalui detik-detik masa waktu dulu, manisnya amatlah terserlah kini. dalam rindu pada wajah-wajah kesayangan diri, diri hakikatnya senang dengan kehidupan lalu itu. dalam diri bergelut dengan perjalanan diri, mudah lagi menghayati nasib diri dan mensyukuri apa yang telah diberi.
sesungguhnya aku rindukan ketenangan itu.... sesungguhnya aku rindukan detik lalu... walau sendiri, tapi biarlah sendiri dari 'sendiri' tapi sebenarnya bersama, berdua..
ILAHI teguhkanlah iman ini, kuatkanlah diri ini dalam menyelami erti sebuah kesyukuran atas anugerah Mu ini......
Thursday, 12 July 2012
kini bulan ke 2 sudah.......
pantas masa berlalu..... lama rasanya aku tinggalkan ruangan ini. disinilah aku dulu selalu berlagu... sedih, pilu, gembira.. teruja semuanya ku lempiaskan disini.. kini semuanya agak sukar... bukan kerana aku pinggirkannya.. namun batas masa membuat sukar diri berada disini.....
sesungguhnya terlalu banyak yang ingin ku perkatakan... hingga tidak pasti mana patut didahulukan...... namun, ingin aku catatkan jua biar perjalanan cerita mungkin tidak mengikut susunan masa...
syukur ku panjatkan pada ILAHI.. June 19, 2012 akhirnya aku sudahkan perjalanan cerita yang aku mulakan sejak 2007 lalu.. ALLAH hanya padamu aku bersyukur... atas sokongan keluarga aku tiba di tanah UK sekali lagi. Namun, kejayaan itu hanya diraikan bersama dia yang bergelar suami. perasaanku sesungguhnya bercampur baur... tidak dapat dibayangkan perasaan itu dengan kata-kata tatkala berada dalam dewan besar itu. jika mampu, mahu ku bawa seluruh keluarga yang bersama bergelut dalam aku meraih kejayaan hari ini. Inilah detik kejayaan yang bonda tidak turut sama sedangkan bondalah teraju utama. sukar ku gambar rasa hati. namun, syukur suami disisi walau usia perkahwinan kami amat muda. dialah satu-satunya insan yang hampir denganku tika itu... terima kasih abah... desakan abah, pengorbanan mak, kakak dan gg membawa aku ke pentas itu. entah bila masanya aku mampu membayar tiap pengorbanan itu.......
banyak rasa yang ada namun tidak mampu aku satukan semua disini.......
5 Julai genap usia 2 bulan perkahwinan ku..... syukur satu lagi perjalanan mampu aku lalui.. hanya ILAHI mengetahui perjalanan cerita ini...
mudahku kata diri terasa seakan masih berkawan bersama suami... seakan rakan karib kepadanya... bezanya dia serumah denganku... mungkin beginilah rasa bila perkahwinan jarak jauh. namun, aku panjat syukur pada ILAHI kerana pada usia begini masih lagi diberi rezeki untuk menjadi seorang isteri.
ILAHI padamu ku panjatkan doa ini, agar aku diberi ketabahan dan kekuatan dan kesabaran dalam melalui liku kehidupan seorang yang bergelar isteri............
ILAHI padamu kupanjatkan doa ini, agar aku dirahmati dan diberkati dalam aku bergelar seorang islam, isteri, anak dan kakak........
Thursday, 7 June 2012
alhamdullilah selangkah kami.... 5/52012 -5/6/2012
Alhamdullilah... dalam diam selangkah sudah kami melangkah..
dunia baru, alam baru, cara baru, orang baru... segalanya perlukan masa untuk cuba bersatu dan disatukan. namun, syukur ku panjatkan pada Nya atas segala limpahan nikmat yang dirasa. dalam gelora rasa aku jua tidak lepas dari bisikan syaitan dalam mengaburi imbangan pemikiran diri. namun bersama dia, dengan izin ILAHI kami berjaya jelajahi sebulan bergelar suami isteri..
Friday, 18 May 2012
14 hari berlalu.......
terlalu banyak yang ingin diperkata... terlalu banyak yang harus disembunyikan... sesungguhnya laluan manapun tidak akan pernah tidak diduga... 14 hari telah berlalu... ada manis ada ragamnya. keras hukumnya bila ku katakan terduga aku dalam usia perjalanan yang masih sangat mentah ini. aku sendiri tidak pasti beginikah rasanya yang patut aku alami. aku soroti perjalanan diri, aku soroti sejarah diri dan aku fahami banyak laluan berduri akan aku tempohi. namun, wajarkah rasa begini yang aku terokai... aku sendiri tidak pasti. siapakah penyumbang pada sumbang langkah tari ini aku pun tak tahu. kurang bersabarkah aku... tiada langsungkah kebenaran pada rasa hatiku.........
leka aku atas anugerah ilahi ini lantas aku diduga begini. Ya Ilahi kuatkanlah kesabaran dihati ini............. kuatkan kesabaran dalam aku tangani rasa amarah diri...... kuatkanlah kesabaran dalam aku melangkah hari-hari mendatang ini................
kuatkanlah kesabaran diri dari titis-titis tangis ini... sangat mentah usia perjalanan ini untuk aku sirami dengan butiran tangis ini..................
Tuesday, 15 May 2012
alhamdullilah ..............
alhamdullilah Illahi atas kurniaan mu ini. hampir 12 hari bergelar seorang isteri tidak banyak perubahan fizikal yang berlaku. mungkin kerana banyak faktor luar yang mempengaruhi. faktor jarak jauh, faktor baru mengenali. terlalu banyak yang ingin ku perkatakan namun tidak ku rasa tercapai segalanya disini.........
sesungguhnya ikatan kami ini adalah aturan ILAHI. sukar untuk kami nyatakan tapi penyebab aturan ini adalah kerana keluarga. baik suami mahupun aku, menyedari laluan ini adalah dorongan keluarga. namun, rasa kekok dan perasaan yang dingin itu pergi setelah lafaz akad itu selesai. naluri perempuan yang ingin melindungi diri dari terluka masih menebal disanubariku. namun, hampir 7 hari bersama, hanya terpisah sehari diri mula rasa perubahan emosi. disebalik kematangan usia, tidak dapat aku menidakkan banyak perkara yang menyentuh hati naluri wanitaku.
sesungguhnya aku tidak mengenalinya. sesungguhnya aku tidak melihat keistimewaannya yang terselindung selama ini. doaku agar dia terus menerima aku seadaannya. hatiku amat terusik mendengar kalimah Allah yang dilafaz disubuh hari selepas sehari bergelar suami. aku rindu mendengar alunan ayat-ayat Allah dalam dia mengerjakan solatnya. ucapan bismillah tidak lekang dari bibir dalam setiap perbuatannya. tingkah hormat pada kedua ibubapaku tidak sekali ku anggap lakonan. aku rindu melihat wajahnya yang segar seselesainya berwdhu. paling hatiku terkedu tatkala lafaz bismillah diucap tika disentuhnya bahuku ini. Allah ya rabbi...... anugerah mu ini sungguh besar....... aku yang alpa aku yang kurang ilmu Mu ini sesungguhnya mengharapkan seseorang yang mampu memimpinku. serasaku anugerahmu ini memperkenanakan doaku selama ini. ukuran ilmu agama bukanlah satu garis dalam menilai keperibadian atau tinggi ilmu seseorang tapi penghayatan islam yang ditafsirkan dalam kehidupan itu lebih bermakna dari berilmu tanpa amal. terus terang hatiku tersentuh dan merintih kerana susunan mu ini. dalam kesibukan diakhir zaman, suami bagaimana lagi mahu ku cari. ku sedar terlalu awal untuk aku katakan segalanya indah, namun tiada lakonan dapat dilakonkan bila berkait dengan tiang agama. ku sedar disebalik kegembiraan ini banyak lagi dugaan mendatang. doaku dugaan dan kelemahan yang datang dapat kutangani dengan kesabaran...........
disebalik wajah seriusnya, banyak jenaka dan sifat-sifat manja yang mencuit hatiku. perkara remeh tapi teruja bagiku. butiran makanan yang tidak elok, dibungkus rapi untuk dibawa pulang bagi ayam dikampung. aku terkedu.... mungkin biasa bagi orang lain tapi sikap perihatin ini menyentuh naluri wanitaku. terlalu banyak ingin ku perkata tapi tidak mungkin semuanya terhambur disini.
satu saja doaku, disebalik 1001 permasalah yang berlaku sebelum ini, disebalik 1001 perasaan yang kita perangi sebelum ini, doa ku agar kita mampu redha dan menerima semua ini dengan jujur dan ikhlas. doaku agar dia lebih memahamiku disebalik kekerasan yang terpamer didiri. limpah kasih yang ALLAH lempar padaku untuknya semoga dia turut merasai kasihnya padaku.....
suamiku, ku sedar banyak kekurangan pada diri ini. ku sedar kemampuan mu untuk yang lebih baik lagi. namun, aturan ILAHI mengikat kita kini. aku wanita yang hatinya mudah tersentuh dalam mengasihi mu, aku wanita yang hatinya jua mudah tersentuh kerana kekurangan diri sendiri ini. pohonku, jelaskanlah dengan segera jika ada kata yang tersembunyi dihatimu.........
Allah aku bersyukur pada mu, kuatkan diri ini dalam melalui dugaan-dugaan mu yang mendatang.
Monday, 9 April 2012
..tiada siapa yang tahu apa yang pasti..
hakikat aku sudah penat...
penat untuk bersunggut tapi aku masih teruskan jua.
penat untuk menangis walau terkadang mengalir laju butiran jernih itu.
penat untuk berfikir walau kerap aku diterjah pelbagai gerakan minda.
penat untuk curiga walau setiap detik ada saja yang tercuit dihati.
penat untuk risau walau belum pernah seminit aku berasa lega.
penat untuk bermimpi indah walau kadang diri jua mengimpikan indahnya pelangi hati ini.
penat untuk berhati-hati kerana aku sudah tidak pasti bagaimana lagi cekal hati ini..
laluan laluan yang ku lalui ku biarkan saja berlalu pergi.. nampak girang dihati tapi terlalu banyak yang kurasa mengusari hati..
laluan laluan yang ku lalui banyak menimbulkan keraguan dihati.. namun tiada suapa yang tahu apa yang pasti..
hanya DIA yang mengetahui apa dihujung yang menanti, harap diri cekal gagah menyusuri laluan seterusnya nanti..............
penat untuk bersunggut tapi aku masih teruskan jua.
penat untuk menangis walau terkadang mengalir laju butiran jernih itu.
penat untuk berfikir walau kerap aku diterjah pelbagai gerakan minda.
penat untuk curiga walau setiap detik ada saja yang tercuit dihati.
penat untuk risau walau belum pernah seminit aku berasa lega.
penat untuk bermimpi indah walau kadang diri jua mengimpikan indahnya pelangi hati ini.
penat untuk berhati-hati kerana aku sudah tidak pasti bagaimana lagi cekal hati ini..
laluan laluan yang ku lalui ku biarkan saja berlalu pergi.. nampak girang dihati tapi terlalu banyak yang kurasa mengusari hati..
laluan laluan yang ku lalui banyak menimbulkan keraguan dihati.. namun tiada suapa yang tahu apa yang pasti..
hanya DIA yang mengetahui apa dihujung yang menanti, harap diri cekal gagah menyusuri laluan seterusnya nanti..............
Subscribe to:
Posts (Atom)