Monday, 26 November 2012
rindu ini.........
lama sudah aku tidak mencoret disini... dalam masa ini pelbagai perkara yang berlaku. ingin aku panjangkan disini untuk tatapanku suatu masa nanti namun masa sentiasa tidak cukup bagiku. ini pun kucuri-curi untuk melempiaskan rasa rinduku pada satu kehidupan yang lalu.......
terasa sayu hati bila mengenang saat-saat suka duka diri dirantau. rasa hati ini digamit kenangan lalu kerana diri tidak henti dengan roda kehidupan baru. pusingan roda terus berlalu tanpa henti. tiap persinggahan membawa kepada suatu tanggungan yang perlu diselesaikan. dek kerana itu, diri terasa penat.. tapi itulah sebuah kehidupan..
bukan aku disana tiada tanggungan.. bukan aku disana tiada perkara perlu diselesaikan. tapi bezanya aku merantau sendiri.. segalanya berasaskan diri untuk diri.. aku hentikan pusingan roda kehidupan, akulah mangsanya... jadi pasrah sahaja atas setiap kesan atas tindakan sendiri.. walau keluarga terasa tempiasnya tapi aku lebih hakiki terkena badinya..
tapi kini, semua keputusan laluan rodaku melibatkan insan-insan lain. sekilas bicara, malas aku untuk belajar kesannya pelajar-pelajarku yang akan lewat dan mungkin tidak memahami apa yang sepatutnya..
malas aku untuk menjawap persoalan keluarga, mudarat bagi ikatan kekeluargaan..
dalam kehidupan ini, terlalu banyak yang perlu kita korbankan untuk meneruskan perjalanan sebuah kehidupan..
sukarnya mengajar diri, sukarnya untuk belajar... sukar lagi untuk mengemudi hari-hari seorang aku...............
bertitik tolak dari sini, aku merindui daerah itu... dalam keperitan mengemudi hari-hariku, aku masih mampu menyulam diri dengan keasyikan hidup dirantauan.. masihkan ada peluang itu sekali lagi....
Tuesday, 28 August 2012
SyaWal 1433H/Ogos 2012
Belum terlewat lagi rasanya menguncapkan salam syawal pada yang melewati laman ini. Syawal ini terasa berbeza sekali kerana syawal pertama aku bergelar isteri. Syukur segalanya berlalu dengan lancar. tiada sekelumit rasa tidak senang atau terasa hati dalam melewati syawal bersama dua keluarga kini..
terasa ramadan lalu sangat berbeza dari ramadan sebelum-sebelum ini. lagi aku amat terasa ramadan lalu mengheret ingatanku pada suami terlalu mendalam. terus terang hati rasa lemas dengan perubahan rasa ini. mungkin inilah yang dikatakan Allah limpahkan rasa kasih antara kita...
rentetan ramadan itu, syawal tiba lebih mengharukan lagi bila melihat en suami berkorban rasa bila inilah kali pertama en suami beraya dirantauan. sesungguhnya suami ku dimataku amat perihatin dan baik orangnya. dalam kami cuba menyulam kasih, aku pasti dia berusaha untuk menimbang segala perkara sebaik-baiknya.
Allah aku bersyukur dengan rahmatmu, Ya rabbi anugerahkanlah aku segala kesabaran dan kesyukuran dalam kami menyulam kasih ini. Ya Karim jangalah kau biarkan aku lalai dengan pemberianMu ini. Semoga kami mampu menjayakan keluarga dengan rahmat Mu dan atas jalan yang KAU redhai.......
Tuesday, 31 July 2012
ramadan 1433H/2012
Ramadan kali ini amat berbeza sekali dari ramadan sebelum-sebelum ini. ramadan kali ini ramadan kedua aku berada dibumi sendiri selepas lebih 3 tahun diperantauan. rindu pada kenangan lalu, indah dan semaraknya ramadan kareem dibumi dundee tersemat indah dihati. berada dirantauan membuat aku lebih menghayati ramadan dan lebih tepat menyelami diri seorang muslim ini.
suasana berbeza telah kurasa pada tahun lalu. terasa diri begitu jauh selepas merantau sekian lama, tiap minggu aku pulang ke kampung berbuka bersama bonda. kewangan sememangnya kekangan tetapi ntah rahmat ILAHI dalam aku cuba membahagiakan hati-hati tua yang lama ku tinggalkan, segalanya seakan mudah dan ntah bagaimana segalanya cukup belaka. sesungguhnya aturan ILAHI itu indah, namun kita sering gagal menyelami kerana lebih leka pada dasar yang terselah.
tanpa sebarang jangkaan tahun 2012 ini aku bergelar isteri lantas memberi pengalaman baru pada ramadan ini juga. walau telah 11 hari ramadan berlalu, masih sempat aku mencoret rentetan ramadan 1 aku ini. tidak aku nafikan terasa janggal pada ramadan ini. sahur 1 ramadan aku bersama suami dikampungnya, yang jua rumahnya memandangkan dia bekerja disana. walau telah lebih 15 tahun mengenali keluarga ini, kekok tetap terasa kerana hadirku sebagai isteri, menantu dan ipar... lebih lagi lebih 6 tahun aku menyepi dari keluarga ini. comeback ini agak mengerikan diri aku sendiri.
dalam aku mencuba imbangi diri dalam suasana keluarga baru ini, aku bersyukur kerana aku dikurniakan mereka yang memahami dan banyak membantu aku dalam perjalanan ini.terutamanya dalam aku melaksanakan tugasku sebagai isteri. walau aku telah berusia namun kerana rasa sedia itu tiba-tiba banyak juga terkadang aku terseliuh. lupa diri itu isteri pada si dia.
1 ramadan jua merupakan kali pertama aku bermalam dirumah mertua selepas hampir 2 bulan kami bernikah. segalanya terasa pelik namun alhamdullilah layanan suami membuat aku terasa diterima. bagaimanapun, aku tidak nafikan aku sukar untuk melelapkan mata. malah bukan aku saja, suami pun begitu. telahan aku dia pasti terasa tidak selesa kerana tetiba bilik itu tidor berdua. aku pastinya tidak mudah selesa kerana inilah kali pertama bermalam dibilik sidia. bunyi seakan pelik untuk kami pasangan suamisteri ini, namun rasionalnya bagiku kerana kami PJJ. kalau diikut kami bersama hujung minggu sahaja. banyak yang masih perlu difahami. dalam keindahan menongkah arus, kami jua tak terlepas dari dugaan walau perjalanan ini masih singkat. namun alhamdullilah dalam 5 hari lagi genap 3 bulan usia pernikahan ini.
tengahari 1 ramadan kami bertolak ke johor dan berbuka dirumah orang tuaku. seboleh mungkin kami cuba untuk raikan orang tua kami dalam kami melayari bahtera keluarga ini. 2 ramadan berbuka pula dirumah mertua selepas bersahur di rumahku. walau masanya singkat, dengan kekangan yang ada dari kewangan, masa dan lain-lain.. harapku agar kedua keluarga memahami dan memberi kami lebih masa untuk membiasakan diri. walau kami nampak dewasa tapi kami selalu alpa kerana mungkin biasa sendiri lagi.
dalam pada itu, hati terharu kerana 1 ramadan kali pertama kami berjemaah suamisteri. terawih 1 ramadan solat pertama kami bersama. aku bersyukur kerana doaku dikabulkan. seorang suami yang mampu mengimamkan solatku, seorang suami yang tidak mengeyakan bila langkahku pesong. benar ALLAH tidak mendatangkan bahagia itu mudah, pasti bahagia datang beiringan dugaan. doaku agar mampu aku tempoh dugaan yang mendatang dalam aku meraih bahagia ini.................
Wednesday, 18 July 2012
daerah asing itu mengamit hati.......
diremang senja aku kesini lagi... dalam menanti detik masa munculnya magrib, hati tercarik rasa rindu pada tanah asing itu. satu kehidupan yang tidak akan pernah aku lalui lagi..........
tahun ini sangat lewat aku melangsaikan hutang ku pada suruhan NYA. hingga detik akhir masih lagi aku bergelut dengan satu tanggungjawap. doaku agar mampu aku laksanakan tanggungjawap ini. Doaku aagar dimasa depan aku tidak alpa lagi dengan suruhan MU ILAHI..
dalam pada menanti masa ini, kepala berputar pada satu kehidupan yang asing pada 2007 lalu. tapi kini nyaman udara, cantik suasana itulah yang aku rindui. dalam gagah diri melalui detik-detik masa waktu dulu, manisnya amatlah terserlah kini. dalam rindu pada wajah-wajah kesayangan diri, diri hakikatnya senang dengan kehidupan lalu itu. dalam diri bergelut dengan perjalanan diri, mudah lagi menghayati nasib diri dan mensyukuri apa yang telah diberi.
sesungguhnya aku rindukan ketenangan itu.... sesungguhnya aku rindukan detik lalu... walau sendiri, tapi biarlah sendiri dari 'sendiri' tapi sebenarnya bersama, berdua..
ILAHI teguhkanlah iman ini, kuatkanlah diri ini dalam menyelami erti sebuah kesyukuran atas anugerah Mu ini......
Thursday, 12 July 2012
kini bulan ke 2 sudah.......
pantas masa berlalu..... lama rasanya aku tinggalkan ruangan ini. disinilah aku dulu selalu berlagu... sedih, pilu, gembira.. teruja semuanya ku lempiaskan disini.. kini semuanya agak sukar... bukan kerana aku pinggirkannya.. namun batas masa membuat sukar diri berada disini.....
sesungguhnya terlalu banyak yang ingin ku perkatakan... hingga tidak pasti mana patut didahulukan...... namun, ingin aku catatkan jua biar perjalanan cerita mungkin tidak mengikut susunan masa...
syukur ku panjatkan pada ILAHI.. June 19, 2012 akhirnya aku sudahkan perjalanan cerita yang aku mulakan sejak 2007 lalu.. ALLAH hanya padamu aku bersyukur... atas sokongan keluarga aku tiba di tanah UK sekali lagi. Namun, kejayaan itu hanya diraikan bersama dia yang bergelar suami. perasaanku sesungguhnya bercampur baur... tidak dapat dibayangkan perasaan itu dengan kata-kata tatkala berada dalam dewan besar itu. jika mampu, mahu ku bawa seluruh keluarga yang bersama bergelut dalam aku meraih kejayaan hari ini. Inilah detik kejayaan yang bonda tidak turut sama sedangkan bondalah teraju utama. sukar ku gambar rasa hati. namun, syukur suami disisi walau usia perkahwinan kami amat muda. dialah satu-satunya insan yang hampir denganku tika itu... terima kasih abah... desakan abah, pengorbanan mak, kakak dan gg membawa aku ke pentas itu. entah bila masanya aku mampu membayar tiap pengorbanan itu.......
banyak rasa yang ada namun tidak mampu aku satukan semua disini.......
5 Julai genap usia 2 bulan perkahwinan ku..... syukur satu lagi perjalanan mampu aku lalui.. hanya ILAHI mengetahui perjalanan cerita ini...
mudahku kata diri terasa seakan masih berkawan bersama suami... seakan rakan karib kepadanya... bezanya dia serumah denganku... mungkin beginilah rasa bila perkahwinan jarak jauh. namun, aku panjat syukur pada ILAHI kerana pada usia begini masih lagi diberi rezeki untuk menjadi seorang isteri.
ILAHI padamu ku panjatkan doa ini, agar aku diberi ketabahan dan kekuatan dan kesabaran dalam melalui liku kehidupan seorang yang bergelar isteri............
ILAHI padamu kupanjatkan doa ini, agar aku dirahmati dan diberkati dalam aku bergelar seorang islam, isteri, anak dan kakak........
Thursday, 7 June 2012
alhamdullilah selangkah kami.... 5/52012 -5/6/2012
Alhamdullilah... dalam diam selangkah sudah kami melangkah..
dunia baru, alam baru, cara baru, orang baru... segalanya perlukan masa untuk cuba bersatu dan disatukan. namun, syukur ku panjatkan pada Nya atas segala limpahan nikmat yang dirasa. dalam gelora rasa aku jua tidak lepas dari bisikan syaitan dalam mengaburi imbangan pemikiran diri. namun bersama dia, dengan izin ILAHI kami berjaya jelajahi sebulan bergelar suami isteri..
Subscribe to:
Posts (Atom)