�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label amemo. Show all posts
Showing posts with label amemo. Show all posts

Sunday, 4 July 2010

tiba-tiba

tetiba hujan lebat.......... tetiba hujan berhenti selepas 5 minit.
aku???

aku tetiba mencari sesuatu di dapur....... terjumpa yogurt yang kakak beli. tetiba rasa nak makan dan lantas aku jamah yogurt itu. dalam benak fikiran berputar..... eee yek yogurtttttttttt...menda-menda dairy base nie memang aku kurang.. errr kalau western la. cuba kalau ke asian yang sealiran tuu... teh tarik, masak lemak..... ok la pulok kan......

perisa strawberry yang ku makan....... suapan pertama mengembalikan ingatan pada suatu ketika dulu (dalam 3/4 tahun nie) aku pernah cuba dan pernah membenarkan nikmat rasa yogurt itu. entah bagaimana, ingatan menjala pada amemo..... laju terpacul difikiran....... patut la amem suka yogurt......

ahhh....... aku terasa penat dan ingin pulang...... janjiku pada amem dulu telah aku mungkiri.......... teringat aku kenangan dulu. malam-malam aku berteleku dimeja untuk exam ielts..... amem la peneman. sungguh berat kaki untuk melangkah. ku kata pada amem......
'amem....amem tunggu long yea.... 3 tahun je long pergi...'
hakikat, hatiku berat nak kata amem akan melebehi dari 9 tahun..... waktu tu pun amem dah 4/5 tahun.

kuasa ilahi sesungguhnya, aku yang tergelincir dari perjanjian diri. tepat 3 tahun aku pergi.... amem setia menunggu..... genap sebulan selepas itu amem pergi.... sungguh amem setiasa menunggu....

ilahi tolaong lah aku......... benar hati terpaut disini. tapi aku tak der daya untuk bertahan lagi. Ilahi, hanya pada mu berserah diri untuk kekuatan menghadapi baki hari-hari yang ada ini..........

Tuesday, 20 April 2010

2 hari terakhir amem......

cerita tentang amem.... aku abadikan disini untuk kenangan aku........
mak cerita 2 hari sebelum amem pergi dia tak macam mana biasa........ benar, ada diluar yang tidak akan percaya. namun, siapa yang pernah ada pengalaman mesti akur akan cerita naluri ini. 2 minggu mak ke k l. tapi mak balik tiap hujung minggu. 2 hari terakhir, sempat mak dirumah bersama amem..

murung amem mak tafsirkan merajuk... di ambil, tidak mahu...
menyendiri di bilik air saja... memang lantai tu sejuk dan kering selalu...
agak mak kepanasan cuaca sekarang agaknya........ dibukakan penghawa dingin, tapi tak seperti selalu... amem akan duduk dibawah penghawa dingin. di biar sepi bilik tanpa penghuni.. dia selesa dibilik air...

mak cuba pegang pun dia tak mahu... tapi kerap dia datang sendiri mencium mak... seakan tahu masa menghampiri... kata mak, mata amem pun dah tak segar seperti biasa... cara amem, iris mata amem yang mengecil.. terduga oleh mak.. sesuatu akan tiba... akhirnya, tepat dia pergi.............berderai air mata semasa aku mencatat....

terkenang aku tatkala aku bersedia untuk ielts. amem meneman aku membaca. aku kata pada amem, amem aku pergi 3 tahun, amem tunggu yea... benar tepat 3 tahun dia tunggu.... aku yang tak sempurnakan janji aku.......semalam, aku bersedih jua...
kuasa ILAHI, diizinkan gizmo menziarah aku... lama sudah aku tak nampak gizmo.. semenjak pintu tuan umahnya ada laluan untuk gizmo sendiri. gizmo sama macam amem... warnanya, matanya... cuma bulu saja berbeza...... tak pernah aku tersilap memanggil gizmo, tapi semalam laju saje nak menyebut amem ketika memanggil gizmo. tapi pantas aku menukar, kerana hati gizmo perlu dijaga juga.....

aku tak nafikan segala kata mak pasal amem.. kenangan pada cico menjelma. petang sehari sebelum cico pergi.. ditawafnya aku yang sedang menonton cerita cina. cerita cina pukul 6 memang tontonan aku. petang begitu, kakak dan adik yang bujang ketika itu, keluar mencari makanan malam. semasa aku menonton tv. cico datang tawaf aku 3 kali... cico sebenarnya selalu melarikan diri dari aku... sebab aku suka tangkap dia dan peluk-peluk dia... dia tak suka... cico datang tawaf sambil cuba hampiri dan cium aku... aku tangkap dia dan cium dia, macam mana biasa dia meronta, aku lepaskan...

esok pagi sebelum kejadian pun, adik kata dia terasa cico datang mengejut dia .. dicium umbun kepalanya dek cico... lepas solat subuh, adik sambung tido kembali.. bila pagi, diisi makanan kucing.. cico tak muncul.. selalu pantang bukak makanan, belum sempat nak isi si cico dah sampai... di panggil satu rumah tak menyahut. masa tu yang ada hanya cico dan amem. tanya amem mana cico.. amem dia tapi hanya menuju ke meja solek.. amem duduk disitu sambil memandang ke tingkap.. tengok tingkap memang terbuka sedikit..tapi tak kan muat si cico.. betulkan amem cico jatuh tingkap... bila dicubatolak sikit ajer, benar tingkap tu dah agak loose.. nampak bukak skit, tolak tanpa sebarang tenaga kuat kan mampu mengepak daun tingkap dengan lebih besar. pantas kami turun ke bawah dari tingkat 14... ternampak cico terdampat dijalan.. rasanya cico terlanggar belakang kereta lepas terjatuh tu, kerana dia bebetul dibelakang kereta...

cepat diambil cico, dia masih bernadi dan panas lagi badannya. kami masa tu memang dah bersiap. pantas call vet di subang jaya. nasib mereka mahu menerima. kami serahkan cico dengan sendu, kami terima dia kembali bersama sendu jua.........
cico adalah kehilangan pertama yang kami alami... adik ketika tu dijepun pun dimaklumkan dan pantas menelipon ke malaysia.... semua bersedih. abah tegah kami membela lagi.......kehilangan itu merangut hati sekali........ seminggu juga kami serumah bersedih........ hingga tak mampu duduk dirumah kerana terasa kehilangan cico.

kerana itu aku tahu cerita mak ada benarnya........... mudah untuk siapa saja tak percaya. dan aku tak minta dipercayai cuma hormatilah mereka jua... kerana mereka ciptaan ILAHI dan kita yang diberi satu nikmat menyayanginya. jika mereka bukan pilihan hati tak apa. namun, jangan pandang sinis pada yang menyayangi..

mempunyainya, menyayanginya, menjagainya sama umpama kita bersama baby atau anak. sebab itu kehilangan mereka dekat sangat dihati........