Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts
Tuesday, 17 May 2011
hati
disenja ini diri bertanya.. hitamkah hati ini. terlalu banyak yang sentiasa tidak dimengerti, terlalu banyak yang sentiasa tidak memenuhi tuntutan hati. terlalu banyak yang tidak dirasa perlu dihargai. hingga ke titik akhir ini tidakkah satu pun yang menjadi penyejuk diri.
sedih diri mengenangkan hati ini.........
sedih diri mengenangkan hati ini.........
Monday, 16 May 2011
dalam pening, ada sedih
selesai asar yang dihujung-hujung. diluar renyai menyapa bumi. diri terasa pening dengan komen terkini. diri juga terasa sendu kerana masa semakin hampir. separuh jiwa terasa pergi kerana ternokhtah kini perjalanan ini. ianya pasti tinggal masa saja yang masih berteka teki. gelodak hati hanya yang telah merasai yang mengerti. selesai itu dicari tapi nokhtah itu juga beriring sedih.
** lagu tiada kena mengena cuma tajuk je sesuai.
** lagu tiada kena mengena cuma tajuk je sesuai.
Thursday, 28 April 2011
'tenteram'
cerah menarik tenang dan mengasyikan lagi hari ini.
tapi tak pasti sumbang mana, tenteram jiwa berkubur sepi.
tidak selari sudah roh dan jasad ini, tenteram dicari makin jauh menyepi.
bukan diri kara sendiri, bukan tiada ruang bicara hati.
famili ada belakang diri, tapi bicara tidak sampai ke hati.
entah apa kenapa, tenteram jua dicari.
keliru makin mengunung, keliru apa makin buat jiwa bingung.

Wednesday, 27 April 2011
keliru .. buntu..
luar sana sangat ceria. cerah. menarik. cantik. tenang. walau angin sejuk menyapa tubuh. tapi aku rasa kian keliru dan pening. menghitung sesuatu yang tidak pasti. banyak perkara tidak pasti namun, hal begini pun patutkah di golongkan yang tidak pasti. jadi apa yang boleh dipastikan lagi kini.
bila diri dalam keliru, semua tidak menjadi. tidak tahu ke mana arah nak pergi. semua yang dibuat rasa makin menemui jalan buntu. paling parah lagi, bila kecekalan hati kini mula meragu. sudahnya makin banyak pula yang menjadi tidak pasti. aku akhirnya terus keliru.................

Subscribe to:
Posts (Atom)