�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Tuesday, 20 April 2010

2 hari terakhir amem......

cerita tentang amem.... aku abadikan disini untuk kenangan aku........
mak cerita 2 hari sebelum amem pergi dia tak macam mana biasa........ benar, ada diluar yang tidak akan percaya. namun, siapa yang pernah ada pengalaman mesti akur akan cerita naluri ini. 2 minggu mak ke k l. tapi mak balik tiap hujung minggu. 2 hari terakhir, sempat mak dirumah bersama amem..

murung amem mak tafsirkan merajuk... di ambil, tidak mahu...
menyendiri di bilik air saja... memang lantai tu sejuk dan kering selalu...
agak mak kepanasan cuaca sekarang agaknya........ dibukakan penghawa dingin, tapi tak seperti selalu... amem akan duduk dibawah penghawa dingin. di biar sepi bilik tanpa penghuni.. dia selesa dibilik air...

mak cuba pegang pun dia tak mahu... tapi kerap dia datang sendiri mencium mak... seakan tahu masa menghampiri... kata mak, mata amem pun dah tak segar seperti biasa... cara amem, iris mata amem yang mengecil.. terduga oleh mak.. sesuatu akan tiba... akhirnya, tepat dia pergi.............berderai air mata semasa aku mencatat....

terkenang aku tatkala aku bersedia untuk ielts. amem meneman aku membaca. aku kata pada amem, amem aku pergi 3 tahun, amem tunggu yea... benar tepat 3 tahun dia tunggu.... aku yang tak sempurnakan janji aku.......semalam, aku bersedih jua...
kuasa ILAHI, diizinkan gizmo menziarah aku... lama sudah aku tak nampak gizmo.. semenjak pintu tuan umahnya ada laluan untuk gizmo sendiri. gizmo sama macam amem... warnanya, matanya... cuma bulu saja berbeza...... tak pernah aku tersilap memanggil gizmo, tapi semalam laju saje nak menyebut amem ketika memanggil gizmo. tapi pantas aku menukar, kerana hati gizmo perlu dijaga juga.....

aku tak nafikan segala kata mak pasal amem.. kenangan pada cico menjelma. petang sehari sebelum cico pergi.. ditawafnya aku yang sedang menonton cerita cina. cerita cina pukul 6 memang tontonan aku. petang begitu, kakak dan adik yang bujang ketika itu, keluar mencari makanan malam. semasa aku menonton tv. cico datang tawaf aku 3 kali... cico sebenarnya selalu melarikan diri dari aku... sebab aku suka tangkap dia dan peluk-peluk dia... dia tak suka... cico datang tawaf sambil cuba hampiri dan cium aku... aku tangkap dia dan cium dia, macam mana biasa dia meronta, aku lepaskan...

esok pagi sebelum kejadian pun, adik kata dia terasa cico datang mengejut dia .. dicium umbun kepalanya dek cico... lepas solat subuh, adik sambung tido kembali.. bila pagi, diisi makanan kucing.. cico tak muncul.. selalu pantang bukak makanan, belum sempat nak isi si cico dah sampai... di panggil satu rumah tak menyahut. masa tu yang ada hanya cico dan amem. tanya amem mana cico.. amem dia tapi hanya menuju ke meja solek.. amem duduk disitu sambil memandang ke tingkap.. tengok tingkap memang terbuka sedikit..tapi tak kan muat si cico.. betulkan amem cico jatuh tingkap... bila dicubatolak sikit ajer, benar tingkap tu dah agak loose.. nampak bukak skit, tolak tanpa sebarang tenaga kuat kan mampu mengepak daun tingkap dengan lebih besar. pantas kami turun ke bawah dari tingkat 14... ternampak cico terdampat dijalan.. rasanya cico terlanggar belakang kereta lepas terjatuh tu, kerana dia bebetul dibelakang kereta...

cepat diambil cico, dia masih bernadi dan panas lagi badannya. kami masa tu memang dah bersiap. pantas call vet di subang jaya. nasib mereka mahu menerima. kami serahkan cico dengan sendu, kami terima dia kembali bersama sendu jua.........
cico adalah kehilangan pertama yang kami alami... adik ketika tu dijepun pun dimaklumkan dan pantas menelipon ke malaysia.... semua bersedih. abah tegah kami membela lagi.......kehilangan itu merangut hati sekali........ seminggu juga kami serumah bersedih........ hingga tak mampu duduk dirumah kerana terasa kehilangan cico.

kerana itu aku tahu cerita mak ada benarnya........... mudah untuk siapa saja tak percaya. dan aku tak minta dipercayai cuma hormatilah mereka jua... kerana mereka ciptaan ILAHI dan kita yang diberi satu nikmat menyayanginya. jika mereka bukan pilihan hati tak apa. namun, jangan pandang sinis pada yang menyayangi..

mempunyainya, menyayanginya, menjagainya sama umpama kita bersama baby atau anak. sebab itu kehilangan mereka dekat sangat dihati........

Monday, 19 April 2010

warna kelam tu masih berbaki....

walau amemo telah tiada tapi sedih itu masih berbaki. ingat diri mampu ketepikan rasa hati. tapi hari nie, di pagi isnin.. mengalir air mataku ketika aku sedang mengadap komputer di opis. seboleh mungkin, air mata ini di seka.. tapi makin dicuba, makin laju ia mengalir... lalu, aku ku cari tisu dan membiarkan saja sok sek tu begitu..... ku kira orang di kiri perasan sedu tu, tapi kerana yang ada ini kira kawan baru jadi mungkin itu didiamkan saja. lebih lagi, dia bukan mat saleh... orang asia. orang asia nie lain sket tak sesensitip mat saleh.. mat saleh nie antara kebaikan dia, mereka teramat perihatin......... tanpa ada teguran, aku semakin senang untuk terus menangis disitu.......

selepas reda, tu aku kesini mencatat cerita amem........ selepas aku kongsikan di cat chat UK.

amemo, ku kongsi kasih ku hingga ke ceruk ini... tidak tergambar rasa sedih dengan penarikan dari Ilahi ini. Namun, segala nya pasti ada cerita yang memang IA sembunyi........

Wednesday, 14 April 2010

lewat malam khamis......

aku disini lagi..........

ke sini lagi aku hari nie.......
cuba untuk berlapang dada........ jika diukur dengan mata, apalah sangat harga kehilangan itu... namun, benar aku amat terkesan dek harga kehilangan itu....

lantas tersedar aku...
dugaan datang bersebab...... dugaan datang mungkin kita terlalai.....
dugaan datang agar kita beringat......... dugaan datang dek kita tak dekat......

doaku harga kehilangan ini agar bukan menjadi landasan untuk kehilangan yang lebih lagi......
kerana aku belum mempersediakan diri untuk mengharungi liku itu lagi......

amem dalam kenangan.........
menjaga amem adalah yang paling mudah antara semua..........
kasihnya dia dipenuhi dengan sepenuh hati
hingga dek kemanjaannya dinasihatkan mencari kawan untuknya

menjaga keperluaan harian amat mudah....
tertib harian tak perlu gusar, betah ia mencari dimana perlu.........
ke mana pergi, mudah dibawa..........
rajuk ditinggal tak lama dibuat.....
namun, rajuk ku tinggal selama ke sini memang ketara terkesan olehnya bila aku pulang dulu

walau dia hanya amem, tapi dia sebahagian keluarga juga.....
jika berhubung bercakap ditalian selalu jua....... webcam kerap jua di awal dulu.......
namun, 2 hari terakhir amem mak sempat kembali ke kampung selepas 2 minggu di kl
ingat dek mak rajuk amem ditinggal lama.. segalanya umpama nak menyendiri sepi.....
2 hari berturut aku bercakap dengan amem....... namun, mak kata ditutup telinganya tak ingin mendengar.......
selalu dicapang telinga menunggu.......... amem kenal suara...... amem paham kita bicara.......
mak kata mungkin panas, mak pasang penghawa dingin........
amem biasa duk bawah penghawa dingin........ tido malam pun kerap dia bersama dihujung katil bawah penghawa dingin..........
tapi kali nie, mak kata dia tak nak juga.......... habis basah badannya dibilik air saja..........
itupun aku kata pada mak....... penuhkan air di baldi, amem suka minum air begitu....... mungkin suka mencelup tangan di air.........

malam terakhir, amem tak makan........ abah mencari amem...... sakit amem nie kata abah...... tapi mampu amem bermain dengan abah.... tak cukup dibilik, amem ke laman depan......... sempat abah bermain dengan amem dalam 1-2 pagi.......
jika ingin menyendiri, amem gemar duduk dicelah-celah almari atau bawah katil.........

namun, kata mak... perginya sikit tak susahkan mak pun....... dibiar dirinya jelas dek mak.... laluan ke dapur di atas tangga amem biar dirinya berakhir disitu.........sayu dengan cerita mak.........

harga sebuah kehilangan terlalu subjektif......... harga sebuah kehilangan sukar dimengerti.........


warna suram dihati........

celik mata ingatan menerpa pada amem....... walau lama terpisah, walau dia bukan insan.... aku sungguh emosi melepaskan kesayangan ku..

datang dan pergi adalah teori hakiki, namun aplikasinya sukar pada diri........

terasa marah pada diri kerana melalut melayan hati....... cuba pantas aku selesaikan diri disini, mudah aku terus atur kepulangan diri...... pasti dapat aku galas semua yang patut aku galas.......

lewat aku ke bumi ini antaranya kerana berat meleraikan talian galasan diri........ tapi pasrah aku lalui........ tapi aku rasa dah tak larat nak lalui jalan-jalan yang tak habis-habis ini........

alangkah mudahnya jika semua dihujung jari...... click sini, terpadam semua........ click sana, hanya warna ceria.........

Tuesday, 13 April 2010

amem - 14 april 2010 - 9 tahun

ciptaannya, dugaanya pada setiap yang diberi adalah yang sesuai dengan diri....
jangalah kita anggap remeh kerana setiap mereka datangnya berbeza-beza jadi getar jiwa mereka berbeza dengan cabaran yang di beri....

entry ini aku buat untuk kucing kesayangan aku yang 'pertama' aku punyai selepas meaw...... meaw adalah kucing keluarga yang pertama dan terakhir.......... masa aku dengan meaw, aku tak kenal erti kasih lagi........ namun, aku gemar mengaul nasi untuk meaw.......... kalau aku nak taruk ikan, aku rasa ikan lagi banyak dari nasi............ meaw lama dengan keluarga aku......... tapi meaw pergi tetiba kerana dia sunguh pergi tak kembali........

hadir lah amem dalam keluarga atas dasar hadiah hari jadi untuk adik......... amem, mengajar aku erti kasih dan menghargai dan menikmati suatu lagi ciptaan ILAHI....... tapi hari nie, amem pergi ketika berusia 9 tahun........ 3 tahun aku tinggalkan amem........... 3 kali aku pulang melihat amem........ tapi akhirnya bukan rezeki kami untuk bersua.........

sedih..........sedih aku rasa... sedih itu membawa aku disini mencatat kisah amem................ selalu ku ulang.......'amem anak sapa.............' amem anak sulung long.......................... tiada lagi ayat itu untuk aku lagukan...........

usah mudah melontar ........ kucing pun sampai begitu sedihkah......... jika kalian tidak dapat merasa nikmat yang ILAHI bagi dalam menghayati antara ciptaanNYA.......... cukuplah menghormati dengan mendiamkan diri........

sains mengangap mereka ini tiada perasan dan tidak mampu berfikir........ mungkin pemikiran tidaklah sama seakal manusia....... namun, bagi yang ada rasa hati pada mana-mana ciptaan ILAHI: kucing, anjing, burung.......... pasti mengesan betapa mereka memahami ....... mereka merasa............ mereka berperasaan................. janganlah mereka kita anggap hanya binatang....... bagiku, hatta anjing pun kita kena ada kemanusiaan walau kita tidak dibenarkan dari segi agama....... kemanusia tak dihalang dalam agama, dan ia bukan bermaksud kita membela dan membelai........ yang dilarang tetap kita patuhi...........

sesunguhnya, hati ini amat tersoyat-soyat dengan pemergiaan amem........... amem dan kiki pergi tatkala aku tiada di sisi....... hujung 2006, dec kiki pergi......... amem menyusul 14 april 2010..... kiko, pertama meninggalkan kami......... perginya bersama hati kami....... cerita kiko aku andaikan lampiran ILAHI untuk kami hayati dan tangani....... peristiwa kiko serasa aku memang saja ILAHI paparkan untuk ketenangan dihati......... rentetan itu, kiki dan bobo kami cari kunon penganti kiko....... sebelumnya, perit dihati membawa kami ke popo dan coco......... namun, kerana tidak iras tu ditambah dengan kiki dan bobo...... popo and coco terlalu kecil dan kesihatan mereka tergangu..... penjagaan rapi kami lakukan, namun terlepas pandang popo rupanya lagi parah dari coco........ akhirnya coco mengikut kiko.........

aku kini telah ditinggalkan oleh 4 kesayangan diri........ kiko, popo, kiki dan amem....... antara mereka tiada bezanya....... namun, agak terkesan kerana amem adalah anak sulung aku.........

amem, anak sulung long...........
pergi abadi 9 tahun......
terpisah dulu 3 tahun

kasih long pada amem tak kan luput.............. ingatan long pada amem tak kan pupus..........
'sesunguhnya bukan mudah melalui satu nikmat yang ditarik dek ILAHI......... '

Sunday, 4 April 2010

mY liTtLe NaNa

my sista just came back from umrah last friday.. this stroy about my little nana. hoping one day she will read this......

really funny. when am first saw her, she already one if am not mistaken. buk bak.. maybe 2 weeks jer kot dok dengan dia...... tu pun rasanya amek siang, malam dia balik umah dia. then, am here again ...... and satu perangai me and family ialah bercakap dengan budak-budak nie, baik nana... asyraf or adamm........ ekceli before mereka, we all biasa jer cakap dengan kucing-kucing tu...... now, bukan apa sebab tak sampai hati nak suruh mak plak gie amek kucing kan......

ceter pasal little nana nie... dia address we all - me; mama long while my sista; mummy...... and her biological mom; umie.........

lebih lawak umie nana nie pun buat nana tu macam pandai jer..... kalau aku call tu, dia pun cakap la....'na, nie mama nak cakap'........

nanti aku dengarla dia membebel version dia tu....... tapi now, kita dah makin paham la apa dia cakap..... and now, sampai susah nak bercakap sebab dia nak cakap ... dari sepuluh dia cakap, paham 1@2 kira ok la.... tapi bila masa cakap jerman tu, payah la nak paham .......

so today aku call la my sista..... memula dah cakap dengan dia, sampai tak leh nak bercakap dengan yang patut. last letak tepun....... ingat derang dah berjaya tidokan dia, sekali call la........ tengah cakap dengan my sista....

'sapa tu mie....... mama long ker.............' nie masa umut dia rasa baru 2 thn nie....

so, aku dengan my sista... pecah perut la ketawa dengan keletah 'orang tua' si nana nie........

tu sebelum tu, jenuh dah aku say bye.... cakap panggil mummy la....... sampai aku cakap nanti kena marahhhh... so, dia pun apa lagi..'mama marrrah...' dia pronounce marah tu... 'r' tu dia ada style sket.......

mana ler aku tak ketawakan.......... entah macam mana mama long nie pun dia bukan kenal...... tapi leka la menyebutkan.........

tu belum lagi jumpa asyraf...... honestly, am really miss my catsss......... my little little bubble tu....... and of course semua family.......

spending time alone agak rugi disini..... banyak perjalanan yang aku nak lalui bersama mereka....... tapi ada hikmah tersendiri aku disini.......... nanti, aku mesti merindui sini sebagaimana aku merindui sana..... tapi yang pasti, kerinduan aku disini, tak kan ada gantinya kerana semua itu kenangan terindah dalam satu sejarah kehidupan...............