�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Monday, 26 September 2011

2 hari 1/2 lagi tinggal

hanya satu jer yang aku mampu ketengahkan doaku

...........permudahkan lah ya Ilahi permudahkan lah ujian ku ini. Ya Ilahi KAU permudahkanlah laluan akhir ku ini...........

Thursday, 22 September 2011

aku di tanah ini kembali............

pantas masa berlalu. telah 3 hari aku di daerah ini kembali. 3 bulan berlalu penuh dengan segala yang telah ku tinggalkan 4 tahun yang lalu. dalam mengejar satu kejayaan kehidupan, banyak rupanya yang telah ku korbankan.

tapi kini dengan sedikit baki masa cuma, aku cuba untuk garap semua akal yang ada untuk satu ujian dalam kehidupan yang perlu ku dapatkan pengiktirafannya. syawal masih berbaki. belum lewat untuk ku sulam sekali salam syawal di sini.

doaku agar sekelian mendoakan kejayaan ku. tiada kejayaan tanpa ujian. tabahkan, kuatkan, permudahkanlah ujian ini. agar mudah ku lalui hari mendatang bersama bahu yang mengalas amanah keluarga dan tanggungjawab sesama insan.

Friday, 24 June 2011

hari ke 24

24 hari sudah aku menyedut udara tanah air sendiri. cuaca berbeza kadang amat terasa, namun alhamdullilah, tidaklah sangat mencabar rasanya. mungkin kerana diri lebih memilih untuk keluar awal pagi. ini membantu elakkan panahan mentari tengahari.

semalam 23 june, 23 hari sudah aku kembali ke bumi malaysia. dalam bergelut untuk selesaikan segala yang perlu. dari terasa rindu laluan kelmarin. sendirian disana ada manisnya. rutin harian disana terasa bagai memanggil. sejuk belaian disana terasa mencuit. mudahnya hidup kelmarin membuat diri rasa asing. berat rasa bahu bila kembali. sekejapnya 4 tahun yang lalu.

selamat kembali dari daerah asing, namun sendirian kelmarin mengamit dihati ini....

Monday, 13 June 2011

akhirnya aku selamat kembali......

alhamdullilah, sudah 13 hari aku bernafas di bumi malaysia. banyak yang ingin ku kongsi namun ada yang lebih penting untuk aku kendalikan. doa ku agar semuanya berjaya ku lakukan dalam masa yang diberi ini. selesai kerja ini, banyak lagi kerja menunggu. belum lagi ku ambil kira tanggungjawab yang perlu aku galas kembali. yang pasti kepulangan ini bertepatan dengan situasi yang ada sekarang. sesungguhnya ILAHI maha mengetahui apa yang terbaik untuk ku. DIA maha mengetahui apa yang mampu aku tangung, hanya padanya aku berserah.....................

Friday, 27 May 2011

last weekN

sesusah ku jejaki bumi UK 2007 yang lalu, sesusah itu jua hati meninggalkan jejak jejak akhir.... Aturan ILAHI hanya DIA yang tahu. 4 tahun lalu, hati gelodak menghitung hari untuk kembali, kini hati gelodak menyanggah masa pantas berlalu, menidakkan masa untuk pergi yang tak tahu bila kan kembali ke daerah ini lagi...

jangan mudah mengata bencu kerna ia pasti meninggal berkas di hati....

Sunday, 22 May 2011

dalam hati ada buble..

perasaan bercampur baur. separuh rasa lega kerana beban digalas rasa nak terungkai disini. namun sedar perjalanan belum berakhir. separuh rasa sedikit sedih meninggalkan damai daerah ini. tapi kehidupan harus diteruskan........

Tuesday, 17 May 2011

hati

disenja ini diri bertanya.. hitamkah hati ini. terlalu banyak yang sentiasa tidak dimengerti, terlalu banyak yang sentiasa tidak memenuhi tuntutan hati. terlalu banyak yang tidak dirasa perlu dihargai. hingga ke titik akhir ini tidakkah satu pun yang menjadi penyejuk diri.

sedih diri mengenangkan hati ini.........