�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Thursday 6 February 2014

Ya Allah lama sungguh tidak menjengah laman ini. terbiar sepi ruangan warna rasa ini. pelbagai warna mewarnai kehidupan ku sepanjang 2013. suasana sangat berbeza suatu ketika dulu dengan kini. masa sentiasa tidak mencukupi... terlalu banyak yang ingin diperkatakan.. tapi ketukan jari tidak dapat menyusun bait-bait yang terlempar di ingatan. hingga tidak tahu dari mana harus ku mula. terciptanya laman ini untuk aku meluah warna rasa. tapi kesempitan masa menghalang daku ke sini sentiasa. aku pasti kembali lagi untuk terus berkongsi rasa.

Tuesday 25 December 2012

dalam kesah aku mencari sesuatu yang tak pasti..

penutup 2012 semakin hampir. pelbagai laluan ku lalui selama setahun ini. aku berhijrah dari satu fasa kehidupan ke fasa yang baru, baik untuk kerjaya dan status diri. perasaanku?? pelbagai rasa. ada sedih, ada gembira, ada sebak ada terluka, banyak jua yang ku biar alpa sahaja.. dipenghujung tahun, diri makin kuat meronta untuk ke daerah asing dulu. jujurnya aku serasanya lemas dalam kemelut kehidupan kini. banyak persoalan tanpa jawapan. banyak tanggungjawap samada untuk kerjaya atau sebagai anak. jujurnya aku lemas dan penat... merindui saat lalu serasa bahagia diri walau sendiri disana. sepi sememangnya sepi kerana sendiri. tapi kadang sukar diri mengupas persoalan diri bila diri tidak lagi sendiri. tidak bersyukurkah aku dengan layanan ILAHI.. tamak kah aku bila kerap mempersoalankan serba serbi.. tapi dalam diam naluri wanita ku terus mencari jawapan bagi persoalan yang tak tahu patutkah lagi.. sebagai pekerja tanggungjawapku melaksanakan amanah yang diberi. sebagai anak tanggungjawap ku terhadap ibubapa dan adik beradik. sebagai isteri tanggungjawapku pada suami.. peratus kesukaran ini bertambah dengan pertambahan status diri.. adakah mereka diluar sana sama denganku... adakah kerana kealpaan aku dalam melaksanakan tanggungjawap ku terhadap NYA membuat aku lemas dalam tembok kesukaran yang tidak ada penentunya....... ILAHI sesungguhnya.....jika benar jalan ini ketetapan MU buat diriku, KAU bantulah aku yang lemah ini agar gagah aku melayari hari-hariku atas jalan agama MU....

Monday 26 November 2012

rindu ini.........

lama sudah aku tidak mencoret disini... dalam masa ini pelbagai perkara yang berlaku. ingin aku panjangkan disini untuk tatapanku suatu masa nanti namun masa sentiasa tidak cukup bagiku. ini pun kucuri-curi untuk melempiaskan rasa rinduku pada satu kehidupan yang lalu....... terasa sayu hati bila mengenang saat-saat suka duka diri dirantau. rasa hati ini digamit kenangan lalu kerana diri tidak henti dengan roda kehidupan baru. pusingan roda terus berlalu tanpa henti. tiap persinggahan membawa kepada suatu tanggungan yang perlu diselesaikan. dek kerana itu, diri terasa penat.. tapi itulah sebuah kehidupan.. bukan aku disana tiada tanggungan.. bukan aku disana tiada perkara perlu diselesaikan. tapi bezanya aku merantau sendiri.. segalanya berasaskan diri untuk diri.. aku hentikan pusingan roda kehidupan, akulah mangsanya... jadi pasrah sahaja atas setiap kesan atas tindakan sendiri.. walau keluarga terasa tempiasnya tapi aku lebih hakiki terkena badinya.. tapi kini, semua keputusan laluan rodaku melibatkan insan-insan lain. sekilas bicara, malas aku untuk belajar kesannya pelajar-pelajarku yang akan lewat dan mungkin tidak memahami apa yang sepatutnya.. malas aku untuk menjawap persoalan keluarga, mudarat bagi ikatan kekeluargaan.. dalam kehidupan ini, terlalu banyak yang perlu kita korbankan untuk meneruskan perjalanan sebuah kehidupan.. sukarnya mengajar diri, sukarnya untuk belajar... sukar lagi untuk mengemudi hari-hari seorang aku............... bertitik tolak dari sini, aku merindui daerah itu... dalam keperitan mengemudi hari-hariku, aku masih mampu menyulam diri dengan keasyikan hidup dirantauan.. masihkan ada peluang itu sekali lagi....

Tuesday 28 August 2012

SyaWal 1433H/Ogos 2012

Belum terlewat lagi rasanya menguncapkan salam syawal pada yang melewati laman ini. Syawal ini terasa berbeza sekali kerana syawal pertama aku bergelar isteri. Syukur segalanya berlalu dengan lancar. tiada sekelumit rasa tidak senang atau terasa hati dalam melewati syawal bersama dua keluarga kini.. terasa ramadan lalu sangat berbeza dari ramadan sebelum-sebelum ini. lagi aku amat terasa ramadan lalu mengheret ingatanku pada suami terlalu mendalam. terus terang hati rasa lemas dengan perubahan rasa ini. mungkin inilah yang dikatakan Allah limpahkan rasa kasih antara kita... rentetan ramadan itu, syawal tiba lebih mengharukan lagi bila melihat en suami berkorban rasa bila inilah kali pertama en suami beraya dirantauan. sesungguhnya suami ku dimataku amat perihatin dan baik orangnya. dalam kami cuba menyulam kasih, aku pasti dia berusaha untuk menimbang segala perkara sebaik-baiknya. Allah aku bersyukur dengan rahmatmu, Ya rabbi anugerahkanlah aku segala kesabaran dan kesyukuran dalam kami menyulam kasih ini. Ya Karim jangalah kau biarkan aku lalai dengan pemberianMu ini. Semoga kami mampu menjayakan keluarga dengan rahmat Mu dan atas jalan yang KAU redhai.......

Tuesday 31 July 2012

ramadan 1433H/2012

Ramadan kali ini amat berbeza sekali dari ramadan sebelum-sebelum ini. ramadan kali ini ramadan kedua aku berada dibumi sendiri selepas lebih 3 tahun diperantauan. rindu pada kenangan lalu, indah dan semaraknya ramadan kareem dibumi dundee tersemat indah dihati. berada dirantauan membuat aku lebih menghayati ramadan dan lebih tepat menyelami diri seorang muslim ini. suasana berbeza telah kurasa pada tahun lalu. terasa diri begitu jauh selepas merantau sekian lama, tiap minggu aku pulang ke kampung berbuka bersama bonda. kewangan sememangnya kekangan tetapi ntah rahmat ILAHI dalam aku cuba membahagiakan hati-hati tua yang lama ku tinggalkan, segalanya seakan mudah dan ntah bagaimana segalanya cukup belaka. sesungguhnya aturan ILAHI itu indah, namun kita sering gagal menyelami kerana lebih leka pada dasar yang terselah. tanpa sebarang jangkaan tahun 2012 ini aku bergelar isteri lantas memberi pengalaman baru pada ramadan ini juga. walau telah 11 hari ramadan berlalu, masih sempat aku mencoret rentetan ramadan 1 aku ini. tidak aku nafikan terasa janggal pada ramadan ini. sahur 1 ramadan aku bersama suami dikampungnya, yang jua rumahnya memandangkan dia bekerja disana. walau telah lebih 15 tahun mengenali keluarga ini, kekok tetap terasa kerana hadirku sebagai isteri, menantu dan ipar... lebih lagi lebih 6 tahun aku menyepi dari keluarga ini. comeback ini agak mengerikan diri aku sendiri. dalam aku mencuba imbangi diri dalam suasana keluarga baru ini, aku bersyukur kerana aku dikurniakan mereka yang memahami dan banyak membantu aku dalam perjalanan ini.terutamanya dalam aku melaksanakan tugasku sebagai isteri. walau aku telah berusia namun kerana rasa sedia itu tiba-tiba banyak juga terkadang aku terseliuh. lupa diri itu isteri pada si dia. 1 ramadan jua merupakan kali pertama aku bermalam dirumah mertua selepas hampir 2 bulan kami bernikah. segalanya terasa pelik namun alhamdullilah layanan suami membuat aku terasa diterima. bagaimanapun, aku tidak nafikan aku sukar untuk melelapkan mata. malah bukan aku saja, suami pun begitu. telahan aku dia pasti terasa tidak selesa kerana tetiba bilik itu tidor berdua. aku pastinya tidak mudah selesa kerana inilah kali pertama bermalam dibilik sidia. bunyi seakan pelik untuk kami pasangan suamisteri ini, namun rasionalnya bagiku kerana kami PJJ. kalau diikut kami bersama hujung minggu sahaja. banyak yang masih perlu difahami. dalam keindahan menongkah arus, kami jua tak terlepas dari dugaan walau perjalanan ini masih singkat. namun alhamdullilah dalam 5 hari lagi genap 3 bulan usia pernikahan ini. tengahari 1 ramadan kami bertolak ke johor dan berbuka dirumah orang tuaku. seboleh mungkin kami cuba untuk raikan orang tua kami dalam kami melayari bahtera keluarga ini. 2 ramadan berbuka pula dirumah mertua selepas bersahur di rumahku. walau masanya singkat, dengan kekangan yang ada dari kewangan, masa dan lain-lain.. harapku agar kedua keluarga memahami dan memberi kami lebih masa untuk membiasakan diri. walau kami nampak dewasa tapi kami selalu alpa kerana mungkin biasa sendiri lagi. dalam pada itu, hati terharu kerana 1 ramadan kali pertama kami berjemaah suamisteri. terawih 1 ramadan solat pertama kami bersama. aku bersyukur kerana doaku dikabulkan. seorang suami yang mampu mengimamkan solatku, seorang suami yang tidak mengeyakan bila langkahku pesong. benar ALLAH tidak mendatangkan bahagia itu mudah, pasti bahagia datang beiringan dugaan. doaku agar mampu aku tempoh dugaan yang mendatang dalam aku meraih bahagia ini.................

Wednesday 18 July 2012

Salam Ramadan 1433H

daerah asing itu mengamit hati.......

diremang senja aku kesini lagi... dalam menanti detik masa munculnya magrib, hati tercarik rasa rindu pada tanah asing itu. satu kehidupan yang tidak akan pernah aku lalui lagi.......... tahun ini sangat lewat aku melangsaikan hutang ku pada suruhan NYA. hingga detik akhir masih lagi aku bergelut dengan satu tanggungjawap. doaku agar mampu aku laksanakan tanggungjawap ini. Doaku aagar dimasa depan aku tidak alpa lagi dengan suruhan MU ILAHI.. dalam pada menanti masa ini, kepala berputar pada satu kehidupan yang asing pada 2007 lalu. tapi kini nyaman udara, cantik suasana itulah yang aku rindui. dalam gagah diri melalui detik-detik masa waktu dulu, manisnya amatlah terserlah kini. dalam rindu pada wajah-wajah kesayangan diri, diri hakikatnya senang dengan kehidupan lalu itu. dalam diri bergelut dengan perjalanan diri, mudah lagi menghayati nasib diri dan mensyukuri apa yang telah diberi. sesungguhnya aku rindukan ketenangan itu.... sesungguhnya aku rindukan detik lalu... walau sendiri, tapi biarlah sendiri dari 'sendiri' tapi sebenarnya bersama, berdua.. ILAHI teguhkanlah iman ini, kuatkanlah diri ini dalam menyelami erti sebuah kesyukuran atas anugerah Mu ini......