�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Wednesday 30 November 2011

sesak nafas kembali lagi.........

diri mula dibelenggu rasa tertekan kembali. mengenang, melihat kerja yang tak selesai itu, bagai mencarik-carik hati ini. kadang mampu menjawap list persoalan yang diajukan tapi untuk menjawap dalam patah perkataan membuat diri rasa tertekan. paling stress kenapa nak diaju soalan yang dah ada jawapan pada lain bahagian. ishhh terasa begang yang amat..........

ianya nampak mudah tapi itu tak seperti yang dilihat.................

walau dalam cubaan untuk fokus pada kerja, masih jua kadang kelibat masalah lain muncul. tapi aku masih lebih tertekan dengan kerja yang tergendala ini. janji pada diri aku harus bermula hari ini dan menghantar paling kurang 3 atau 4 bahagian untuk semakan pada minggu hadapan. aku perlu lebih cekal dan displin pada diri sendiri. jika tidak semua ini tak kan berlalu...........

sabar... sabar... sabar......... berusaha untuk satu titik nokhtah penyelesaian....... tapi bila ku renung, ku baca komen yang dilampirkan serasa mahu ku jerit pada dunia apa lagi................................

geram ini tidak mampu ku gambarkan.... tapi yang pasti ia mampu membuat diriku pusing 360 darjah........

terasing dibumi sendiri

terlalu banyak perkara yang diluar jangka. terlalu lama aku rasa aku hilang dari arah tuju sebenar. terlalu lama jua aku menjadi alpa. entah dari mana harus ku bermula. apa yang pasti terbuku rasa dihati yang entah ke mana pada siapa harus ku lemparkan segala.

melontar semua disini bukanlah sesuatu yang manis untuk ku lakukan. namun aku manusia biasa yang perlu tempat bicara. jika dulu jauh nun disana, segala perit rasa ku catat disini sebagai galang melepaskan rasa. kini kembali ke daerah sendiri aku seakan hilang jua tempat bicara. perubahan bukan saja pada mereka tapi diri ku jua. merantau jauh disana mengajar aku untuk lebih meluah dari memeram. namun kembali aku kadang sukar meneka apa dinilai dari bicara yang dibuka.

terlontar seorang jauh disana diri terasa asing. namun, asing lagi bila terasa seorang di bumi sendiri. gagal aku memikir dengan apa yang telah berlaku. dalam sekelip mata terlalu banyak yang harus ku telan. terasa perit diri ini, terasa payah untuk ku melangkah lagi. tapi mahu atau tidak ku telan segala yang berlaku...

benarlah DIA tidak menjanjikan bahagia itu mudah. Jalan yang dipapar pasti datang bersama dugaan sekali. sekuat mana akan ku tempuh aku tak pasti. sejauh mana dapat ku bertahan ku tak tahu. yang pasti aku terasa penat dan lemas sendiri dalam kemelut yang hadir tanpa henti. segala pintu kanan dan kiri seakan terkatup untuk melindungi diri ini. aku umpama meniti laluan ini sendiri. jika ini laluan diri, belum pasti aku mampu berdiri bila tergelincir nanti...................

kuat aku mengingatkan diri disebalik hujan yang melanda pasti dianugerahi pelangi dibalik sana..................

Sunday 20 November 2011

isnin yang keliru........

berakhir satu perjalanan dibumi asing tak membuat hidupku lekang dari gusar dalam meniti hari mendatang. kembali ke daerah ini, menatap wajah tua yang lama ku tinggalkan, kembali ke rutin 4 tahun sebelum, ditambah dengan percaturan baru. membuat diri cuba gigih untuk imbangi antara keperluan, tanggungjawab dan ria dalam arus kehidupan.

jiwa terbelenggu 1001 satu persoalan tapi aku masih perlu hadir bersama satu jawapan. jawapan yang kadang mungkin mampu membuat wajah-wajah tua itu merasa keliru dengan diriku. namun, ku harap doa mereka terus menemaniku kerana aku yakin doa merekalah yang mengiringi setiap detik dan kejayaan yang ku raih.

doaku kiranya benar apa yang disusun ILAHI, permudahkanlah aku, permudahkanlah perancangan ini. jauhilah aku dari 1001 kegusaran hanya kerana bisikan syaitan itu. jauhilah aku dari keraguaan yang mampu mengoyah diri..... agar wajah-wajah tua itu tenang dan mampu tersenyum .............

Thursday 17 November 2011

celaru hati

sememangnya kita tidak pernah tidak bersunggut.. celik saja mata aku mula mengeluh, bersunggut dengan masalah-masalah yang ada... sebelum pejamnya mata begitu jua.. tidurku jua dibelenggu masalah diri yang tak pernah padam.. bila entah aku reti untuk menganggap ini semua hanya ujian kecil bagi aku.

bukan aku tidak bersyukur tapi entahlah........... dulu ingin kembali, dulu ingin segala yang aku miliki kini. tapi sememangnya ia tidak datang tanpa diuji. dengan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya, dengan kerjaku yang masih membelenggu diri.... aku terasa ditindas dengan masalah yang baru lagi.......

kerana aku sedar diri serba kekurangan. kerana aku sedar aku bukannya seperti diharapkan. kerana itulah kurang rasa confident diri. tapi salahkah aku bila semua ini bermain difikiran. tinggi sangatkah permintaan ku?

paling risau jika aku dipermain masa setelah cuba kukentalkan hati ini. tapi kita manusia yang dibutakan apa yang didepan. harus akur susunan NYA yang terbaik untuk kita. tapi jiwa meronta kerana banyak bisikan yang semakin menipiskan kepercayaan diri. ada saja persoalan yang timbul tanpa jawapan nyata. sementelah perbuatan dan masa seakan mengeyakan setiap bisikan yang menerpa dijiwa. sudahnya aku bingung dan semakin takut.

sukar digambar apa dihati. cuba ku lempias tapi khuatir disalah erti. kerana takut dikata terlalu meminta-minta. tapi sungguh hati semakin celaru... tidak tahu apa diharap. tidak tahu apa yang pasti. ingin ku lari meninggalkan semua ini. tapi yang pasti ia tidak menyelesaikan apa yang membelengu diri. ingin ku lempar semua persoalan ini, agar aku ceria meniti hari. tapi mana mungkin aku campakan semua ini.

terasa kejamnya keadaan ini kerana membuat aku pening sendiri. tapi siapalah aku untuk mempertikai semua ini. semakin difikir semakin banyak kelemahan diri kusedari. hingga aku rasa takut sendiri..............

tidak ku tahu dimana ia bermula dan dimana harus aku nokhtahkan segala ini...........

Tuesday 15 November 2011

entah kenapa.......

serasa rimas jua dengan perasaan ini. aku seakan benci dan marah bila terkenang kan dia. padahal dia tak ada salahnya. tapi kalau tak dihubungi aku marah juga. dihubungi pun marah juga. apa la masalah aku sebenarnya....

rimas dengan rasa hati macam ni. buat keje semua tak jadi. hakikat aku kena fokus untuk selesaikan thesis. tapi bila dihantui rasa macam ni, hidup rasa nak marah ajeee... entah kenapa la ada rasa begini.......

takut.....

perasaan takut timbul dalam diri....... aku harap aku akan terus tersedar agar jangan jauh tergelincir atau terbuang..... benarlah kata orang kita dibumi kita semua anggap mudah saja. serasa semua islam dan kadang kita mula leka.

jauh dirantauan kerap membuat kita ingat pada NYA. dalam melakukan apa jua kita mudah kembali mengingatinya. terutama kerana terlalu nyata kita dikelilingi mereka yang berbeza membuat kita sedaya mungkin mengingatkan diri pada NYA.

kembali ke daerah ini kini membuat aku takut aku semakin alpa. nampak banyak yang telah ku tinggal kerana gagal menangani waktu. ternyata bukan mudah untuk kita menjaga sesuatu yang pernah kita capai dahulu.

doaku agar aku tidak terus alpa. doaku agar ku dapat kembalikan segala yang pernah ku lalu..........

Sunday 13 November 2011

celoteh isnin aku yang bosan.........

bila terimbas perjalanan masa 4 tahun yang lalu, diri terasa meronta untuk kembali ke daerah itu. terasa tenang melalui hari-hari walau kadang rasa sepi menguasai diri. benarlah kata yang keran didengar, kita manusia tidak pernah bersyukur...

satu ketika dulu, kita berdoa semoga segera kembali. kini kita mengeluh jika dapat kembali ke daerah itu. aduhai diri.. sungguh kita manusia biasa yang tak pernah puas dengan permintaan sendiri..

namun, ada benarnya bila terkenang ketenangan yang lalu.. diri jauh dari masalah semasa, jauh dari tekanan kehidupan cuma perlu mengimbangi emosi diri untuk lalui saat sukar sendiri dirantauan. kini berlapis-lapis masalah perlu dikendali.. tak cukup masalah diri, kerja tambah lagi masalah terkini. paling sukar bila melibatkan orang keliling tak kira keluarga atau sapa saja...

masalah utama sekarang untuk kembalikan semangat diri menyelesaikan apa yang belum habis lagi. ALLAH hanya tuhan yang tahu bila diri telah bersenang lenang dari penulisan ini. untuk duduk kembali merenung komen saja membuat diri rasa nak lari sana sini. hakikat, ia tidaklah sesukar menulis tesis yang telah siap setebal itu. tapi untuk kembali fokus itu membuat diri sentiasa ke laut sana.

belum lagi diri diawangan dengan majlis terkini. ditekan untuk langkah berikutnya... rasa tidak wajar aku mengatakan ditekan. kerana aku sendiri arif yang perkara ini tidak patut dilengahkan. namun, banyak lagi listing harus ku tempuh. rasa seakan sempat jer buat mana yang patut nanti. tapi belum reda bahang semalam, dah timbul isu baru mengenai majlis berikutnya. bolehkah jika ku biar masa menentukan dan ku terus dengan tugas terbengkalai ku ini dulu...

agenda tersusun pelbagai sudah... tapi diri terasa lemah... ditambah dengan batuk yang belum berkesudah, panas badan yang tak tentu rasa.. membuat diri rasa lebih malas dari yang dah ada..........

persoalannya kemana harus ku lempar malas ini agar semua yang terkendala ini mampu ku rungkai.......... persoalannya kemana harus ku lemparkan semua soalan yang ditimpa dikepala ini agar mampu aku senyum menraih girang.........

Friday 11 November 2011

kita hanya merancang, DIA menentukan.........

tak tahu dari mana aku patut bermula. tapi jiwa rasa sarat kerana tak tahu kemana harus ke lepaskan rasa. diluar hujan mencurah-curah. tidak selebat mana tapi lebat jua.. titisan air bersama lembut angin menyapa pagi ini.

kita manusia hanya mampu merancang... kita manusia cuba mencari yang terbaik dalam hidup dengan berlandaskan izin Nya. memang benar segala terjadi telah tertulis. hanya doa mampu mengubahnya. benar DIA lah yang mengetahui yang tersembunyi. benar setiap apa terjadi ada alasannya. apa terjadi ada penyebabnya... bukan aku menyangkal aturan ini. tapi aku kesal dengan penyebab yang bersembunyi dari menghadapi kebenaran yang terjadi.

sesungguhnya hati wanita rapuh sekali. kita selalunya kuat... kita cuba sekuat mana mampu untuk mengkaburi khalayak. namun, hanya hati kecil sahaja yang tahu. aku kagum dengan kakak. seakan tidak percaya dengan kekuatan yang dia ada. dua tahun kebelakangan ini, dugaan silih berganti. satu persatu tiba. bukan dia tidak menangis, bukan dia menolak takdir. dia terima, dia menangis. tapi dia terus mengagahkan diri melalui liku-liku cabaran ini.

aku?? aku tidak rasa aku sekuat dia. dalam aku meniti hari bahagia, aku tahu jalannya penuh berduri. tapi dia tetap senyum gembira meraikan aku. berita menimpa sebelum dan selepas. tidak sekali dia mencacatkan hari-hari ku.. melihat kakak yang sangat hampir dengan ku. menyedarkan aku benarlah bahawa ALLAH menguji kita mengikut kemampuan kita.

apa mampu kudoakan untuk kakak agar dia mampu terus melangkah kerana kita tidak tahu bilakah pelangi menjelma disebalik tangis hari ini. doaku jua agar kita terus ingat DIA menguji kita, kita hadiahkan dugaan ini atas kasih NYA agar kita terus mengingatinya. apa diberi tidak sehebat mereka dizaman Nabi namun cukup untuk mengetarkan hati. aku sangat mengharap agar kami mampu melalui liku berduri ini. sesungguhnya dugaan untuk mu kakak bukan untuk mu seorang. Dugaan itu datang untuk semua dari pelbagai sudut. hanya terpulang pada kita untuk melihat. bagi diriku, aku harus bersyukur dengan laluan dikurnikan. namun, aku harus peka dengan keliling kerana aku tidak patut lupa keliling walau aku mengukir senyum dibibir.

doaku agar kita bersama mampu senyum seiring......... hanya DIA yang mengetahu apa yang tersembunyi dibelakang dugaan ini. Aku pasti ini semua hanya untuk kita mendekatkan diri lebih kepada Nya.

Thursday 10 November 2011

11 Zulhijjah 1432M, aidiladha 2 bersamaan November 7, 2011

pantas masa berlalu... aku sentiasa tersasar dari batasan masa.. namun, alhamdullilah dengan izin Nya segala yang dirancang berjalan lancar dan mudah...

ingin aku kongsi setiap detik bermula dari timbulnya episode cerita ini agar satu ketika nanti mampu aku imbas kembali perasaan dihati ini. ingin aku kongsi setiap detik ini agar mampu diselami hati kecilku ini. namun keterbatasan masa membuat ianya hanya menjadi sebuah keinginan. bagaimanapun, ingin ku pahat disini detik yang berlaku tanpa dirancang.

syukur atas nikmat yang diberikan oleh Nya. aku sungguh kagum dengan naluri yang dihadiahkan padaku. sesungguhnya adalah mustahil bagi kita manusia mampu mengenepikan perasaan pelik dengan sekelip mata, mustahil bagi kita untuk timbulnya rasa kasih yang mekar tanpa butir bicara selepas 13 tahun. tapi itulah kuasa Nya. dalam aku meragui apa yang terjadi. setiap detik perjalanan yang ditempuh lebih kurang 3 minggu sebelum November, 7 dengan izin Nya merubah semua tanggapan. dengan izin Nya menguatkan rasa kasih itu, dengan izin Nya melahirkan rasa percaya itu. Sesungguhnya dengan kuasa Nya semuanya berubah sekelip mata dan aku amat bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan ini. Dengan izin Nya termetri satu perjanjian antara dua keluarga dan semoga perjanjian ini mampu menemui ikatan yang murni diakhirnya.

lama terkubur perasaan ini, aku yang bersedia untuk melangkah sendiri. kini dianugerahkan dia yang ku kira hadiah istimewa dari ILAHI. dalam gelora menempuh arus yang akan tiba, doaku agar permudahkanlah perjalanan ini. doaku agar di berkati kasih sayang ini. doaku agar dengan pertalian ini lebih membuat kami bersyukur dengan nikmatnya dan lebih islam dalam melayari hari-hari mendatang nanti.

Sesungguhnya DIA hanya mengurniakan yang terbaik buat kita dan DIA jua hanya kurniakan yang termampu ditanggung oleh kita. Manis rasa ini hanya kerana Mu ILAHI............


Photobucket