�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Friday 28 May 2010

rasa seminit, cermin apa tersirat

sesungguhnya aku terasa ingin bersujud bersujud dan bersujud. rapuh jiwa dalam menjalani ujian kecil sekecil kecil hama dalam satu kehidupan.

may 2010

banyak perkara yang terpendam sepanjang may. may 2010 tidak sebagaimana dirancang. tapi itulah hukum alam. terus terang aku kata, sendiri dibumi asing dalam menjalankan tugasan tidaklah semudah yang dikata. nampak simple sebab single tapi banyak tersirat dari tersurat.

selain dari faktor nyata, banyak faktor kelam yang sukar dinyata. bukan mudah nak fokus kerana faktor luaran mempengaruhi jua... terang aku kata aku habiskan keje makmal awal, namun faktor-faktor yang memang tersirat mengheret aku tergelincir. betul faktor diri ada, tapi faktor diri mudah juga kita nak libas ingatan untuk segera sedar. tapi faktor yang satu ini memang memain peranan nyata. tapi biarlah dia sepi begitu kerana buruk baik aku jua yang telan.

sebalik tugas yang tidak selesai. beban dicari bertambah. agak sempit dada memikir mengelola diri sendiri dengan segala yang ada dalam keadaan yang kusut. permulaan dirancang bersama keluarga tapi faktor alam sekitar, mudah batalkan saja. 2 minggu pertama may aku fokus untuk literature bagi bab seterusnya. kemudian balik semula pada isu diri yang nak meninggalkan bumi uk ini. seminggu bertimbang tara antara option yang ada susulan dari awal may kelmarin. 25 may kata putus diberi. tapi segala belum pasti. tapi apa didepan mata lebih memaksa diri untuk terus bersusah hati. lantas ku kira ada baik selesaikan dulu semua ini, kerana aku tak mampu memfokus diri. semalam menyelesaikan beban dicari. minta bantuan adik-adik yang ada sebelum mereka pulang bercuti. separuh bebanan selesai selama 2 hari. kini tinggal buku dan peralatan diri. aku kira aku kena selesaikan juga semua ini terus sekali. namun, dalam merancang ada juga masalah timbul. tapi aku rasa aku bertatih sajalah dulu. banyak menda aku nak campak ke charity dan panggil saja city council. seterusnya keje memunggah nanti. selesai semua keje mencuci sebelum mengeluarkan diri.

tapi penulisan perlu juga bergerak sekali. jadi aku kena pastikan semua sekali. bagaimana panjang coretan ini, panjang lagi cerita realiti. cuma satu saja pengajaran pada diri. dalam menempuh susah senang sendiri dibumi asing ini, banyak yang menabur janji yang sebenarnya telah disertai niat memungkiri. bertitik tolak dari pelbagai pengalaman ini, aku kena terus tabah dalam meniti hari-hari begini.

Saturday 15 May 2010

sabtu yang kurang menyelerakan....

cisssssss.... sungguh betul la....

tengok forecast dah kata may be hujan... tp tak ler plak sangka dah cun cun turun, hujan pun turun........ hampeh tul, payung tak bawak, kunci Cik Z pun tak bawak.....

hujan rintik-rintik jer...... tapi bukan leh diagak jugak sebab laju jer nampak....... so, naik balik ke rumah... sib baik tingkat tak tinggi.

so godek pc jap.. dengo cik posmen....... huhuhu berlari kunon ingat apa, kisah tu dia last warning nak mai check tv......... hehehe aku tak renew lesen.... ingat dulu kat mesia orang dok bising kerajaan n lesen tv/radio..... huhu nie kes naya max panalty tu, hampir separuh harga kontena........ relax relax...... kuar g city centre dulu, amek barang gak nie....

so, buk bak terderma plak dalam £40 plak kat kedai..... tu maleh kuar tu, treatment jer keje....... sampai lupa la patut g post office, boleyyyyyyy......

sib sedar diri, gi la amek apa barang tu.......... decide balik naik bas.... ekceli aku memang pemalas pun. ala tambah baru 80 posen.... biasa la turun tu cakap la tq or cheerrrrsssssssss..

and biasa repon dari driver pun ok jer....... tapi today lain beno aku dengo...... ada ban ban kat belakang tu.... then aku puas dah recall apa dia sebut.... finally, patut dia cakap kat aku 'taliban' ............. cehhhhhhhhhh.....

confirm nie scottish gila mencik kat pendatang......... adoi laaa.... jahak betul la... tapi nie la kali pertama aku kena bebukan gini.... bukan apa pun, jentik pun tak. jadi boleh buat tak tahu.....

cumanya dibalik positip disini memang ada jer negatipnya........ si K lagi gila meroyan dengan pendatang nie........ dia memang gila-gila halau aku balik.... sakit jiwa aku dengan dia tu tau......... aku cakap ler, wei negara mu nie terima aku, aku datang bagi duit laaa.......... adehhhh, dia cakap dia tak tahu tu semua. gi balik dia kata, dia dah 'sick' dengan orang-orang yang tak putih nie.......

hampeh tau ko......... biorkan aje, malas aku layan orang macam nie........ tu nak bagitau tu, orang kat negara kita nie kadang nampak je mat saleh. alahai tertunduk tunduk la suka......... ok sebelum aku kepoh, hak positip ikut la, tiru la......

tapi usah la koje tertunduk-tunduk tak menentu........ kot kat sini depa tu tukang sapu jer, jenuh dapat layanan tip top kat tempat kita......... haaa pemikiran gini nak kena pakai liquid paper kasi jernihhhhhhhhhh.................

Thursday 13 May 2010

feel freeeee............

alhamdullilah............. perasaan yang ibarat digigit semut tapi kurasa bagai kerengge itu berlalu jua..............

alhamdullilah ............. terasa semangat untuk meneruskan keja bagai sudah tiba pula..........

rasa aku senyum aku meleret jer........ tapi nampak mat saleh ensem lagi meleret sengihhhhhhhhhh........... hahahahhahah sudah ke mana kiblat nie.. tapi atleast ingin aku sampaikan ke dunia, aku normal eik............ hahahahahahha cuma lom ada rezeki or jodoh je lagi......

kejadian yang terpalit membuat aku tak keruan. bagai candidate mp (member of parliment) lor plak aku. dalam sepi tetiba aku popular dalam carta....(hehehehe tertempias dek politik uk). tapi satu masa nanti akan ku sambung apa rasa diri atas kes sebelum nie. malas nak ulas bila hati ceria, diri girang.....

permulaan hari aku mula malas.... since few monts ari tu aku dah koje celik mata, godek tepon mesiaa....... sungguh tu la jugak bila aku mula hidup disini dulu. sedut udara segar sket, and menari nari browse sana sani.....

tercapai tangan untuk beredar, tergerak hati menelepon sahabat di mesia. terasa seperti baik aku jelaskan keadaan sebenar dari terpedaya dengan iklan-iklan dipamer di yahoo group....... penyakit tau melayu nieeeeeee..........

Wednesday 12 May 2010

what a day.........

dalam pada segala yang berlaku aku cuba untuk seboleh mungkin positip dan bersabar. aku nak menulis laluan aku tapi tetiba rasa malas pulak. rasa nak cerita rasa malas nak menaik. rasa nak luah tapi tak rasa nak ikut kronology.

tapi dalam aku dok bertapi tapi. rasa nak tulis jer segala ikut rasa hati apa yang terterjemah dek jari.........

ekceli ..... kena sambung nanti... aku tak der mood sudah..........

Saturday 8 May 2010

takutnyaaaaaa..........

huhuhuhuhu

kebebasan bersuara yang kita dok kepoh kepoh tu jelas ketara dilakukan disini. and memang nampak pro and con nya. tapi bila tengok hari nie antara kesan dari kebebasan itu. satu persoalan saja yang terkeluar di benak. mampukah kita hadapi ini????

pergghhhhhh............ jika melibatkan ketenteraman secara total. memang menakutkan and akan selamat kah macam nie...........

huhuhuhuhuhuuhu yang nie kita boleh contoh ker..................

menyuluh dalam terang............

berbual-bual mesra tapi dapat menghidu ketidak selesaan rasa....

errr... usahlah membuang pandangan yang aku mendokong secara melulu apa yang dihidang didepan mata. tapi serasa aku apalah salahnya, kira kita yang sibuk mengata kita berubah dan maju pemikiran, menerima perubahan yang baik yang positip. menjejak kaki disini antaranya kerana kita yang memohon. jadi bottom linenya pasti ada positipnya sewaktu kita memanjangkan permohonan itu. itu dari peringkat diri sendiri.

dari peringkat negara pula, pastinya ada sebab sebenar kerana kenapa garis ini ada dalam panduan negara. rasanya tidak salah jika kita ciluk positip atitude disini dan kembali cuba menerap di bumi kita. bila kita menghargai dan kagum bukan bermakna kita merasa mereka disini semua betul. tapi sememangnya ada budaya mereka yang memang menjadi contoh yang baik untuk kita. jika nak banding masalah social memang la tentu-tentu pegangan mereka berbeza. sama aje macam dasar pandang ke timur yang cuba diterapkan.

tapi antara yang aku rasa ditakuti oleh negara kita ialah bila pemikiran kita disini dewasa dan cuba membawanya ke bumi kita. kerana apa?? kerana kita cuba menukar budaya kita tapi sebenarnya bukan menukar membuta tuli... tapi kerana ada antara yang takut usaha memangkinkan pemikiran itu mendatang mudarat untuk mereka sendiri.

contoh ketara yang aku rasa tidaklah membuang budaya kita tapi rasa sesuatu yang dapat membantu kita sendiri ialah... tengok jer sikap mereka semasa piliharaya.... tidak membazir dengan segala macam. dasar itu aku rasa elok.... dan peraih undi pun tak la pulak berada di pusat undi untuk merisaukan pengundi. tapi bila itu disalah ertikan tidaklah paham aku. adakah bila kita ambil positipnya cara mereka kerana bezanya budaya kita. budaya sesuatu, tapi kita semakin berubah dalam pemikiran...... dan kita yang cuba menarik pemikiran lain......

hermmm.......... hakikat banyak yang positip, tapi tidaklah jugak lupa negatipnya yang memang meroyan. benar budaya berbeza tapi rasanya kita boleh nilai dan terap mana yang boleh. jika ini kita mampu lakukan, dengan budaya kita yang lebih lembut serasa aku kita mampu melahirkan pemikir dan taraf yang lebih baik. kerana kita cuba ambil positip mereka dan gabungkan dengan positip kita. tidakkah kita akan menjadi lebih baik. membuang negatip kita bukan bukankah mendatang baik.

terkadang dalam kita tidak sehaluan, rasa aku kita tak boleh menutup mata pada sesuatu yang nampak terang. kita bukan berbalah tapi memang hakikat ada saja kebaikan disini yang memang elok jika kita bawak balik. bila kita hidu yang elok dan bercakap mengenainya, tidaklah bermakna kita memandang rendah negara sendiri. berpeluang di sini untuk sementara tidak bermakna kita boleh memandang buruk negara kita dan membuang asal kita. suka tidak kita disini menjadi sebahagian dari kita walau mereka pun tak sudi menganggap kita sebahagian dari mereka, tapi suka atau tidak, tercatat dalam sejarah kita menjana mereka dan meraka juga menjana kita samada dari material, fizikal dan mentak. jadi dari manalah pemikiran mak andeh ini timbulkan........yang bebukan itew..........

bila bercakap mengenai peraih undi. serasa aku ditempat kita agak ketara gila jika dibanding disini. tapi jika anda berpengalaman yang indah, kira beruntung kerana antara 10, andalah salah satu yang yang ada pengalaman yang mudah itu. pergi saja ke tempat yang lebih popular memang pening la diluar pintu mengundi. tidak cukup dengan segala kain perentang dan khemah. mata juga sakit dengan sikap pengundi fanatik. rasa aku itulah rata-rata yang diterima oleh kebanyakkan kita.

jika kita ingin bertekak mengenai budaya. serasa aku budaya kita tidaklah terlalu terbuka. dan dalam melontarkan bicara kita lebih berbunga, jadi bila kita dicemuh dan kita tangani dengan amarah, kita mencerminkan bagaimana kita juga. jadi jika dibawa ke bicara awal yang banyak menidakkan kebaikan mereka atas dasar budaya tidak sama. tapi bila amrah yang dilontar membuta tuli itu, dari mana pula budaya itu datang.

benarlah banyak orang banyak ragam. tapi apa masalah jika yang benar itu kita benarkan. mulanya aku ingat benarkah aku tergelincir kerana banyak benar kebaikan mereka dimata aku, tentu-tentu buruk tu ada tapi untuk apa dihighlight terutama itu tidak terserlah dibudaya kita...... kan. tapi akhirnya lega aku, bila aku menjelajah di ruang lain. ramai juga yang sependapat dengan aku. dan cukup menarik isu yang aku utarakan mengenai budaya kita dari segi benda mudah saja. bangunan kita tersergam samna sini, pintu pagar jer dah gitu melambang bagai mana pula didalam. aku dicemuh kerana budaya berbeza. tapi yang aku tekan kan pembaziran dan sikap yang lebih simple. jadi adakah budaya kita budaya membazir. dan suka aku kerana rupanya bukan aku jer bertelagah dengan diri memikir kita dan kemegahan bangunan yang terkadang tidak perlu. ada juga mereka yang lain, makna kata aku tidaklah mendokong tak tentu hala.

aku masih sedar dan berpaksi pada budaya aku dan asal usul aku. tapi salahkan cuba memandang yang positip untuk ke arah yang lebih baik..........

huhuhuhuhuu masalah juga kalau sentiasa saja menidakkan biar pun seakan menyuluh dalam terang. namun akhir kata, untuk apa lah bertelagah kerana yang nyata tetap akan terserlah..........

Friday 7 May 2010

kesan terlebey sudah la kan.........

wawawawawa

memula padan muka aku ler kan...
kesan terlebey sudah, aku lewat dek aku pun menunggu news kul 2.30.
buk bak, aku kuar umah pukul 2.55 gitu... jalan-jalan, sekali nampok ler si M. dia menuju ke bukding engine la kan. aku ingat dia baru lepas hantar wife dia balik dari lunch cz tu ler biasanya.

aku pun cancel plan awal nak terus ke bilik dia. aku ke bilik aku dulu. suka suki semua wajah technician aku nengok. siap ada berdiri di pintu. kisahnya tepat pukul 3 tadi si M datang cari aku. depa minum kul 3. and aku plak sampai dalam 3.10. so memang betul la kan.......

aku pun bekerja la........... bersama 2 keping plan aku untuk masa berbaki ini. and telahan aku tepat. yang M tak leh fokus aku rasa cz pc dia bersepah dengan berita election nie. then, aku silap plak. dia upanya tadi gie beli lunch dia, cz dia tgh lunch masa aku masuk bilik dia tu.

aku ingat dia nak masa untuk lunch. tapi kisahnya dia nak postpone to monday. and me ekceli tersangat paham. even aku pun tak leh nak ke mana selain dok depan tv jer....... now, sambil menaip nie aku dok plak dengo bbc new. melalui pc plak.....

huhuhuhu sesambil berborak dengan kawan dari europe country cz we all sesama nak gak nengok keputusan. harapnya mereka pun cepat la settle kan jadi aku tak la terheret sama la kan.......... hehehehehe

terlebey sudahhh...

sudah.... adakah saya


semakin bertambah daya pemikiran @
semakin bertambah usia...huhuhuhu @
semakin tinggi suka menyibuk....@
semakin kuat melarikan diri dari kenyataan tak mahu membaca...@
semakin saja suka suki......

confused sudah mak cik...


berlanjutan pulak sikap ingin tahu.. silap atau tidak, tidak pasti.. tapi sepanjang apa yang saya sedari dan ketahui. permasalah pasti timbul bila kerajaan yang dibina adalah lemah.... rasanya boleh saya toleh pada apa yang telah kita alami bila kemenangan nipis, membawa kepada banyak permasalahan......... gabungan kuasa pulak mengakibatkan perpecahan yang samada nyata atau dilebihkan oleh pihak media.

tapi pendapat peribadi saya, jika ditoleh di tempat sendiri, ketara gila bila terasa asing ditempat sendiri bila terpaksa menghormati percaturan atas dasar kerjasama pihak yang berlainan fahaman. namun, bertitik tolak dari situ saya rasa jelas pemikiran perlu tinggi bukan sepelaung kadar dalam kita memutuskan ke mana arah. Namun, mereka yang terbabit pun bebawak la kan bersembang balik mana silap. janganlah terlalu terikat dengan watak sedia ada. kerana perlu belajar orang kita bukanlah macam dulu lagi.

benar, perubahan diperlukan. namun, perubahan itu tidak lah patut diiringin pepecahan. jadi bila kadang pilihan atas dasar pemikiran yang dihasilkan, perlulah juga ditimbang kira oleh mereka yang terlibat. kerana perubahan tetap dimahukan dari akar umbi hingga ke lapisan teratas. semua pun atas dasar ingin yang terbaik. jadi untuk akan datang sila lah jangan berlakon wayang. huhuhuuh emo la plak.....

tapi rasanya meneroka dari jauh terkadang nampak jelas. terutama, pelakon-pelakon yang ada nie kena lah cepat merobah....... kena bermula dari sekarang, jika tidak tak pasti dalam kemelut ekonomi ini adakah kita jua akan terjerat macam mereka negara yang kunon lama berdiri sendiri.......

rentetan aku disini, aku pun sama terpalit dengan penantian apa kah seterusnya.......
kat rumah tv. di uni pc........... kuang..kuang...kuang..........

saja la tu kan.......

err tp sv aku akan terfokuskah untuk meeting kejap lagi.......... huhuhuhuhu meeting pukul 3, new info from news kul 2.30........ macam mana tu....???? (sangatlah aku bertolak ansurkan.......... hehehehehhehe)

Thursday 6 May 2010

saya sudah. anda bagaimana????

wahhhhhhh sungguhlahhhhhh

banyak perkara positip yang aku belajar sepanjang aku disini. yang utama kesedaran mengundi ... huhuhuhu.

dalam sejarah aku hidup aku inilah kali pertama aku menunaikan kewajipan ini.
dari peringkat aku perantau, aku telah mejalankan tanggungjawap sosial aku di bumi UK.

pada dasarnya, aku tak berapa suka untuk tidak menitik beratkan apa disekeliling. bagi aku kita berada disini kerana keharmoniannya. dari keharmoniannya, kita cuba mendapatkan apa kita hajatkan sperti kepakaran, kehidupan, segala ke la.... yang penting yang positipnya lah.......

jadi bila kita diberi peluang untuk menyumbang kenapa perlu kita katakan kita tak peduli............ jika bukan untuk kita sekalipun, untuk mereka yang disini, atau busuk-busuk untuk mereka yang bakal ke sini macam kita.....

berdasarkan dasar ini dalam diri juga, aku tak berapa selesa dengan mereka yang datang ke negara kita tapi tidak menghargainya. jangan memandang rendah pada golongan bawah yang kita mungkin boleh kata berbeza dasar pemikiran. kalau tengok di uni-uni kita yang gah membawa mereka untuk mendapatkan pengajian peringkat tertinggi, tentu-tentu pemikiran mereka pun tinggi. tapi sikap mereka yang tak mengendahkan keuntungan dibumi kita, malah kadang memperkotak katikan pula orang kita. lebih menjana kepada pertumbuhan yang tidak sihat ini, adalah plak sokongan dari pihak atasa yang membenarkan mereka bermaharaja lela.

jika dibanding aku yang diluar ini dengan layanan istimewa yang mereka dapat tu, aku rasa itulah membezakan pemikiran kita. kalau nak tegur rasanya mungkin kita perlu betulkan dari segi perkhidmatan yang dilontar secara fizikal. kalau disini, mereka layan sama tinggi jer...... tak la tiba masa kita, kita ditengking or dicerca. dari segi fizikal semua sama dan kita tak akan berasa. tapi kita leh paham juga kalau protokol untuk kita tu panjang berjela.. agak berbeza dari mereka yang empunya negara. tapi itulah hakikat. jadi tak timbul soal tak selesa kerana perlu terima.

beza dinegara kita rasanya, kadang dikaunter tu dah timbul masalah. benar kadang menyampah dengan layanan tinggi pegawai atasan pada mereka yang dari luar nie. tapi kan elok jika fizikalnya kita layan sama rata. jadi kalau timbul komplain, komplain yang sukar nak dikira cara kerana segi layanan tip top. lain tu hakikat la, kemana pun pergi dah memang bukan tempat awak kan, so kena la terima. harap sangat bila aku kembali nanti sekurang-kurangnya ditempat aku tu, kurang-kurang lah nak mendukong orang luar nie......

hehehehe ke lain plak aku membebel........ kembali pada hajat asal.
kerana kita nie taraf negara komenwel, kita diberikan hak untuk bersama membentuk negara disini. atas pandang untuk kemudahan kita akan datang, aku berjaya menjalankan tanggungjawap itu.........

rasa nak tergelak pun ada. ditanah sendiri tak pulak aku menunaikan tanggungjawp diri. tapi pandanglah dari positipnya, disini banyak menyedarkan diri perkara-perkara yang memang perlu aku teliti. tapi ekceli aku pernah jadi sukarelawan penjaga undi eik.......

so berdasarkan pengalaman itu, kat sini lain sangat. aku rasa tempat aku kurang tempat lain mesti ada jugak tapi rata-rata ia sangat berbeza dari negara kita lah.
kat tempat besar ada kot penyokong-penyokong parti tapi tidaklah macam tempat kita. banyak gila peraih undikan. macam tadi masa aku pergi. cemas jugak memula. dah la tak pernah buang undi. lepas tu tempat undi sunyi sepi. huhuhu. sib baik buat homework sket, bila masuk dalam tu aku dan 2 kerani undi. bagi nama. kotak untuk memangkah undi pun 2 jer. kotak buang undi satu. kehkehkeh........

kalau kat mesia, mak aiiiiii.... rasa tempat kita ramaikot........... tapi dari segi pembaziran kita leh tengok. tak der pun bidai bidai. ada tak der ada la papan tanda setiap parti kat pintu masuk tu. tu je la........... sungguh tidak membazir........

masa mengundi tu teringat gak nak amek gambo, hehehehe tapi kang macam jakun la plak kan. then ingat leh amek la kertas nama kita kat surat yang panggey undi. kisah semua diamek semula. huhuhuhuhu....... kalau tahu awal-awal aku amek gambo........ huhuhuhuhhu.

jadi segalanya hanya kupahat dikepala saja. kuar dari mengundi habis aku paksa kakak call aku ...... excited gila la kan..... tak cukup tu, aku tarbiyah plak kengkawan lain......... hahahahhaha

saya telah menjalankan tanggungjawap saya. anda bagaimana???????????

asyraff and d geng

suka nak share........
ekceli i lioke this picture.......nie mak pak semua tak tahu nie... hehehehehe...

Photobucket

Wednesday 5 May 2010

tak suka jangan buat....

tak suka jangan buat....... tak der sapa suruh buat pun, tapi kalau buat lepas tu sakitkan mata orang lain, sudahnya mendatangkan dosa plak kan............ haihhhhhhhhhh..

aku memang kagum dengan sikap orang sini. rata-rata akan menegur sapa tiap kali berselisih. mereka kat sini senang citer memang ramah la. samada pura-pura atau benar, usahlah kita pertikaikan kerana yang penting mereka lakukan dengan senyuman atau dengan wajah yang tidak mendatangkan rasa tidak selesa pun...........

tapi pengalaman aku, sampai tak larat nak sengih balas atau angkat tangan.......... dia masuk dia kenyit mata, kita sengih...... 10X keluar dia kenyit mata, kita sengih lagi......... tapi itulah budaya mereka yang positip.......

and kalau pagi tu.......... meriah good morning.......... tak kira la kalau aku masuk tengah hari pun kurang-kurang jenuh nak tebal muka di 'greeting' tu kan........

bila weekend gitu jugak........'have a nice weekend' memacam la......... last time dalam bilik depan nie, aku memang tak pernah nampak dia pun, yang ni salah aku la....... patut aku jerit jer morning each time aku masuk opis kan. til one weekend, dia cakap dulu have a nice weekN. terasa memang terasa la, tapi each time dia lalu kat meja memang sengih je la......... and finally, we all borak2 jugak....... dia dah pindah pun cz dia post-doc.. pindah bilik jer.... tak sesuai sama bilik student. tapi kita akan dapat bezakan antara orang uk and europe lain. lebih lagi US.

sepanjang aku kat sini, orang UK rata-rata lebih lembut gitu.. berbudi bahasa gitu...... kalau orang europe yang lain tu nampak ketidak 'gentlemen' derang selalu... and bagi aku mereka agak kasar sket......

haa... kalau compare dengan orang asia, lagi haru........ or arab....... aduhaiiiiiii......... ok now aku dah narrow down sket kan. hehehehe........... nie nak cakap hal nie la...... tapi pak2 arab nie, yang biasa dengan aku la kan. sebab kita kat tempat derang nie, depa pun dah macam ikut cara mat saleh sini.......... memang manis la mulut ucap memacam serta senyuman sekali.... yang penting terpancar macam suka buat la kan......

nie yang aku dok hangin nie, satu mamat nie.......... tak sure la sebelum nie pernah ke luar dari negara asal nya atau tidak...... sebelum-sebelum nie, dia memang tak pernah nak cakap apa pun....... kalau ccakap pun masalah, cz aku tak dengo....... since last week aku perasan dia cakap la bye bila dia nak balik kan. yang buat aku menyampah ialah............ ko kalau tak nak say bye.. tok sah cakap, tak der sapa paksa...........

mana aku tak marahkan......... dah lalu depan meja aku (sure la kan, meja aku sebelah pintu)
'bye, see u next week'
nampak sangat tak nak cakap cz cakap sambil lalu betulkan buku kat tangan and terus pandang pintu......airmuka nampak megah gila............

citttttttttt................. pe ke hal beb. tak nak cakap jangan cakap............. buat aku marah ada la. cz aku nie dengo tu, sengih la angkat muka ko......... muka plak aduhaiiiiiiii.............. sakitnya hati aku....

aku ke yang emo?????

ok tu last week........ nie baru je sat nie kejadian......... memang selalu dia nie tak wish pun kalau masuk or aku sampai....... tapi between aku dengan orang sebelum2 nie memang akan jerit la hai...... morning or bagi salam......

so, yang tinggal nie tak der yang leh jawap salam melainkan dia kan......... tapi sebab meamng aku tahu dia jenis tak berapa nak menjawap kan......... tapi belum aku cakap apa, si kawan aku dah jerit hiiiiiiiii......... so aku pun jawap la hi...... and senyum balik.....

yang jadi aku naik hantu, aku memang kena tengok muka dia nak ke meja aku.......... dia pun sibuk nak kata hi, tapi gila jelas saje cakap cz memang tak pandang muka pun say hi.........

wei pe hal kann........... tak nak cakap, jangan cakap................

sungguh buat aku begang tau........... aku jadi menyampah plak nak bertapa kat meje aku ....................

memang spesis la depa nie.................... adoiiii..............

Tuesday 4 May 2010

hati........

hati saya tidak tenteram... tiba-tiba saya jadi susah hati....
hati tidak tenteram bukan kerana jiwa kacau.... errmmm nanti sajelah kita bicara beza antara jiwa kacau dan tenteram... lahiriah agak sama, namun beza itu ada.........

rasanya pasti boleh bezakan antara jiwa kacau dan hati......

entah atas dasar apa saya tidak pasti........ segala perancangan selepas asar dibatalkan. rasanya dimulakan dengan susahnya hati dengan masa berbaki. mampukah menyelesaikan apa yang telah dirancangan pada ikut masa ......

tapi hati tiba-tiba tidak tenteram...... langsung membawa saya pergi mencari damai....... seboleh mungkin dicuba, namun saya banyak kekurangan........

tetiba kepala diterjah, studikah yang mendorong pada kesesakan dikepala ini.......selesai segala, saya biarkan alunan merdu itu memenuhi ruang udara saya............

saya rasa saya perlu berhenti kerana kepala saya tiba-tiba rasa tidak selesa...........

tidak pasti adakah ianya satu stress tanpa sedar atau dorongan pemikiran yang bebukan disenja kala. namun, pada Nya aku berserahhhhhhhhh.....................

kitaran dalam kehidupan......

hari ini agak riuh rendah antara aku dan alam maya....... semalam riuh rendah jua tapi dalam kitaran keluarga.

hari nie jangkaun keluar dari kepompong itu. kita kaki 'sebok' kah.......
rasanya skit sebanyak mesti ada rasa 'sebok'itu dalam mana-mana hati. namun, energy 'sebok' itu setinggi mana ?? itu yang harus dikawal. kerana kesan dari kuasa tenaga itu, implikasinya pada momentum fizikal yang kita program kan di kepala.......

kenyataan @ berita @ apa saja informasi, kenalah cepat ditelah sejauh mana kepentingan itu... penting pada diri, pada yang patut atau pada persekitaran. perkiraan kena segera jika sudah tahu tahap pe'sebokan' kita itu tahap maksimum. kerana semua yang kita lontarkan punya kesan yang terkadang tanpa sedar menyusahkan pihak-pihak lain....

tapi berbalik pada asal, kena perlu tahan pen'sebokan' itu tinggi...... jika sudah ketahuan, sendiri saja tak boleh ker.......

apa plak faedahnya, lepas men'sebok' menjadi talifon rosak pulak.........
ishh manusia nie kadang rumit kan.........

tapi itulah huru hara yang tercetus separuh hari ini. akhirnya kami dibumi asing ini takut dengan kehadiran tin-tin kosong yang suka melagukan lagu suka tika kita perlukan sokongan untuk meneruskan system yang hampir padam ini..........

kenapa?? mengapa?? untuk apa??/ semua itu tidak terjawap kerana kenapa tin kosong menyanyi lagu-lagu terus terusan tanpa secubit rasa bersalah.........

errr........ terasa nak je ku kambus semua yang berunsur talifon rosak, tin kosong dan sewaktu dengan. hatta aku tidaklah sebaik mana, namun aku sedar dengan sejauh mana kewajaran perlu ada dalam berinteraksi dengan informasi yang diberi.........

teriakan tin kosong ke mana, atas dasar apa sukar diketahuan......... yang pasti, ini bukan kali pertama ia menyanyi rentak sumbang...................

Monday 3 May 2010

monday monday.......

susahnya nak mula kan bab baru..........
monday pun tak gerak apa apa nie........ hanya 2 baris ayat yang belum tahu ke mana hala tuju......

parah nieeeeeeeeeeeeee

Sunday 2 May 2010

saya & 'code'

saya rasa sangat sangat tak mampu untuk meneruskan apa saja......
seperti telah di'code'kan yang tamat nak tamat nak tamat.....
namun, perjalanan tamat tu masih sayupppppppp..... tetapi masa tidak menunggu.
mulalah ingin salahkan sana sini.... hakikat salah sendiri, tapi mungkinkah pemangkin juga menjana kepada kelembapan siput bergerakkkkkkkk???/

adussss...... walau telah nyata, tapi aku tak mampu mengembalikan kepala ke paksi asal......
selesai satu bagai selesai semua.......APAKAH..
lebih lagi..... keselesaian itu belum bernokhtah......... adoiii la kan.......

kemana hari aku pergi???????? tapi cukupkah ... bukankah usaha juga perlu.........
keluhan yang tak kesudahan......................

Saturday 1 May 2010

seharian aku dan kemelut... err selutttttttttt

saya sakit kepala.......
itu statement sopan saya..........

seterusnya saya kembali kepada asal........

sesak nafas menyimpan rasa untuk tidak memikirkan hal-hal berkaitan penghantaran yang rumit. tapi akhirnya, sebagaimana yang aku janjikan pada diri, 1 may aku kena mememulakan langkah....... walau sebelum telah menuntut sedikit sedikit dari yang berpengalaman. tapi 1 may aku kena lebih cergas dan fokus, sebab aku memerlukan keputusan...... sudah tiba masa untuk membuat keputusan kerana masa akan tiba.......

mulanya ingat tanya dulu secara tegar pada mereka yang dikira berpengalaman. tapi aku pasrah...... benar pengalaman mereka hanyalah atas dasar semasa tolong menolong, kerana yang ditanya belum lagi lalui......sepatah ayat yang ku rasa mampu menjawap rasa dihati....

hakikat kehidupan, masalah anda, berdirilah atas kaki anda sendiri.........

pencarian jawapan aku membawa aku terus kepada tuan punya perkhidmatan sudahnya..... beberapa cadangan diberi. aku masih buntu......... aku mendesak diri untuk mencari jawapan pada masa yang sama juga.......

banyak juga aku kembali kekeluarga berhubung hal ini. tapi ialah aku disini, ada yang mereka nampak ada yang tidak......... tersekat rasa diri, aku akhirnya kecundang antara kemelut diri.........

tapi aku cuba rujuk pada seorang lagi yang berpengalaman. ada benar kata nya......... aku kini mempunyai keputusan, tapi aku masih perlukan kepastian dari tuan punya perkhidmatan.......

aku rasa sedikit bernafas....... tapi aku ingin tangguhkan kepastian itu hingga awal minggu nanti....... bagi masa aku 'ber tendang' kemudian selepas pasti, aku rasa itulah penyelasaian yang paling baik, untuk diri dan mereka semua.........

aku kuburkan rasa nak meneruskan keje aku tu...... kerana semak dikepala tak akan mendatang kan apa pun. kerana aku pun tak pasti berapa banyak sebenarnya barang aku....... akhirnya aku punggah semua dan susun didepan mata. memang sakitla mata....... mari sama-sama sakit mata dengan aku.......


Photobucket Photobucket



baru tahukan banyak mana...... yang masalah tu la yang nak membungkus....... kalau nak kata kudrat angkat memang tak larat. tapi kalau tgk ehh macam tak li apa-apa pun.......... hermmmmm.... gamba first tu kotak kanan and separuh kiri tu kosong... tu hanyalah kumpulan kotak.......

mulalah kan............ masalah ada lom selesai dah nak menambah masalah......... sungguhlah tamak kan......

buku, baju and segala kaca lom pack lagi............berdikit-dikit la.........

ekceli memang aku tak la beli apa pun sangat........... hehehe banyak kali ulang nie... lain je bunyik kan.........