�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Friday 28 May 2010

may 2010

banyak perkara yang terpendam sepanjang may. may 2010 tidak sebagaimana dirancang. tapi itulah hukum alam. terus terang aku kata, sendiri dibumi asing dalam menjalankan tugasan tidaklah semudah yang dikata. nampak simple sebab single tapi banyak tersirat dari tersurat.

selain dari faktor nyata, banyak faktor kelam yang sukar dinyata. bukan mudah nak fokus kerana faktor luaran mempengaruhi jua... terang aku kata aku habiskan keje makmal awal, namun faktor-faktor yang memang tersirat mengheret aku tergelincir. betul faktor diri ada, tapi faktor diri mudah juga kita nak libas ingatan untuk segera sedar. tapi faktor yang satu ini memang memain peranan nyata. tapi biarlah dia sepi begitu kerana buruk baik aku jua yang telan.

sebalik tugas yang tidak selesai. beban dicari bertambah. agak sempit dada memikir mengelola diri sendiri dengan segala yang ada dalam keadaan yang kusut. permulaan dirancang bersama keluarga tapi faktor alam sekitar, mudah batalkan saja. 2 minggu pertama may aku fokus untuk literature bagi bab seterusnya. kemudian balik semula pada isu diri yang nak meninggalkan bumi uk ini. seminggu bertimbang tara antara option yang ada susulan dari awal may kelmarin. 25 may kata putus diberi. tapi segala belum pasti. tapi apa didepan mata lebih memaksa diri untuk terus bersusah hati. lantas ku kira ada baik selesaikan dulu semua ini, kerana aku tak mampu memfokus diri. semalam menyelesaikan beban dicari. minta bantuan adik-adik yang ada sebelum mereka pulang bercuti. separuh bebanan selesai selama 2 hari. kini tinggal buku dan peralatan diri. aku kira aku kena selesaikan juga semua ini terus sekali. namun, dalam merancang ada juga masalah timbul. tapi aku rasa aku bertatih sajalah dulu. banyak menda aku nak campak ke charity dan panggil saja city council. seterusnya keje memunggah nanti. selesai semua keje mencuci sebelum mengeluarkan diri.

tapi penulisan perlu juga bergerak sekali. jadi aku kena pastikan semua sekali. bagaimana panjang coretan ini, panjang lagi cerita realiti. cuma satu saja pengajaran pada diri. dalam menempuh susah senang sendiri dibumi asing ini, banyak yang menabur janji yang sebenarnya telah disertai niat memungkiri. bertitik tolak dari pelbagai pengalaman ini, aku kena terus tabah dalam meniti hari-hari begini.

No comments:

Post a Comment