�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Saturday 8 May 2010

menyuluh dalam terang............

berbual-bual mesra tapi dapat menghidu ketidak selesaan rasa....

errr... usahlah membuang pandangan yang aku mendokong secara melulu apa yang dihidang didepan mata. tapi serasa aku apalah salahnya, kira kita yang sibuk mengata kita berubah dan maju pemikiran, menerima perubahan yang baik yang positip. menjejak kaki disini antaranya kerana kita yang memohon. jadi bottom linenya pasti ada positipnya sewaktu kita memanjangkan permohonan itu. itu dari peringkat diri sendiri.

dari peringkat negara pula, pastinya ada sebab sebenar kerana kenapa garis ini ada dalam panduan negara. rasanya tidak salah jika kita ciluk positip atitude disini dan kembali cuba menerap di bumi kita. bila kita menghargai dan kagum bukan bermakna kita merasa mereka disini semua betul. tapi sememangnya ada budaya mereka yang memang menjadi contoh yang baik untuk kita. jika nak banding masalah social memang la tentu-tentu pegangan mereka berbeza. sama aje macam dasar pandang ke timur yang cuba diterapkan.

tapi antara yang aku rasa ditakuti oleh negara kita ialah bila pemikiran kita disini dewasa dan cuba membawanya ke bumi kita. kerana apa?? kerana kita cuba menukar budaya kita tapi sebenarnya bukan menukar membuta tuli... tapi kerana ada antara yang takut usaha memangkinkan pemikiran itu mendatang mudarat untuk mereka sendiri.

contoh ketara yang aku rasa tidaklah membuang budaya kita tapi rasa sesuatu yang dapat membantu kita sendiri ialah... tengok jer sikap mereka semasa piliharaya.... tidak membazir dengan segala macam. dasar itu aku rasa elok.... dan peraih undi pun tak la pulak berada di pusat undi untuk merisaukan pengundi. tapi bila itu disalah ertikan tidaklah paham aku. adakah bila kita ambil positipnya cara mereka kerana bezanya budaya kita. budaya sesuatu, tapi kita semakin berubah dalam pemikiran...... dan kita yang cuba menarik pemikiran lain......

hermmm.......... hakikat banyak yang positip, tapi tidaklah jugak lupa negatipnya yang memang meroyan. benar budaya berbeza tapi rasanya kita boleh nilai dan terap mana yang boleh. jika ini kita mampu lakukan, dengan budaya kita yang lebih lembut serasa aku kita mampu melahirkan pemikir dan taraf yang lebih baik. kerana kita cuba ambil positip mereka dan gabungkan dengan positip kita. tidakkah kita akan menjadi lebih baik. membuang negatip kita bukan bukankah mendatang baik.

terkadang dalam kita tidak sehaluan, rasa aku kita tak boleh menutup mata pada sesuatu yang nampak terang. kita bukan berbalah tapi memang hakikat ada saja kebaikan disini yang memang elok jika kita bawak balik. bila kita hidu yang elok dan bercakap mengenainya, tidaklah bermakna kita memandang rendah negara sendiri. berpeluang di sini untuk sementara tidak bermakna kita boleh memandang buruk negara kita dan membuang asal kita. suka tidak kita disini menjadi sebahagian dari kita walau mereka pun tak sudi menganggap kita sebahagian dari mereka, tapi suka atau tidak, tercatat dalam sejarah kita menjana mereka dan meraka juga menjana kita samada dari material, fizikal dan mentak. jadi dari manalah pemikiran mak andeh ini timbulkan........yang bebukan itew..........

bila bercakap mengenai peraih undi. serasa aku ditempat kita agak ketara gila jika dibanding disini. tapi jika anda berpengalaman yang indah, kira beruntung kerana antara 10, andalah salah satu yang yang ada pengalaman yang mudah itu. pergi saja ke tempat yang lebih popular memang pening la diluar pintu mengundi. tidak cukup dengan segala kain perentang dan khemah. mata juga sakit dengan sikap pengundi fanatik. rasa aku itulah rata-rata yang diterima oleh kebanyakkan kita.

jika kita ingin bertekak mengenai budaya. serasa aku budaya kita tidaklah terlalu terbuka. dan dalam melontarkan bicara kita lebih berbunga, jadi bila kita dicemuh dan kita tangani dengan amarah, kita mencerminkan bagaimana kita juga. jadi jika dibawa ke bicara awal yang banyak menidakkan kebaikan mereka atas dasar budaya tidak sama. tapi bila amrah yang dilontar membuta tuli itu, dari mana pula budaya itu datang.

benarlah banyak orang banyak ragam. tapi apa masalah jika yang benar itu kita benarkan. mulanya aku ingat benarkah aku tergelincir kerana banyak benar kebaikan mereka dimata aku, tentu-tentu buruk tu ada tapi untuk apa dihighlight terutama itu tidak terserlah dibudaya kita...... kan. tapi akhirnya lega aku, bila aku menjelajah di ruang lain. ramai juga yang sependapat dengan aku. dan cukup menarik isu yang aku utarakan mengenai budaya kita dari segi benda mudah saja. bangunan kita tersergam samna sini, pintu pagar jer dah gitu melambang bagai mana pula didalam. aku dicemuh kerana budaya berbeza. tapi yang aku tekan kan pembaziran dan sikap yang lebih simple. jadi adakah budaya kita budaya membazir. dan suka aku kerana rupanya bukan aku jer bertelagah dengan diri memikir kita dan kemegahan bangunan yang terkadang tidak perlu. ada juga mereka yang lain, makna kata aku tidaklah mendokong tak tentu hala.

aku masih sedar dan berpaksi pada budaya aku dan asal usul aku. tapi salahkan cuba memandang yang positip untuk ke arah yang lebih baik..........

huhuhuhuhuu masalah juga kalau sentiasa saja menidakkan biar pun seakan menyuluh dalam terang. namun akhir kata, untuk apa lah bertelagah kerana yang nyata tetap akan terserlah..........

No comments:

Post a Comment