�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Tuesday 28 December 2010

young blood

expresi diri sewaktu melayan lagu nie... sukar nak explain, tp lebih kurang macam. ikut je la apa jadi nanti, maleh nak pikir... lebey kurang la gitu. errr macam wat je la ikut apa akal bila dah masa nanti. no rancang-rancang...

espresi diri terpengaruh dengan music instead of dengar apa benda yang dinyanyi. langsung buat kunjungan kat pak goolge sebab nak tahu apa cerita lagu nie. tapi music dia buat saya rasa santaiiiiiiiiiiii....................

lirik tak der kena mengena dengan kehidupan secara total... huhuhuhuhuhu

sound of silence

Monday 27 December 2010

kembali nanti.....

aku cuba membetulkan nada diri agar selari dengan perancangan diri. selepas beberapa hari melihat tiada perubahan pada diri, dalam dingin beku aku kuatkan diri keluar dari keadaan yang sangat selesa ini. detik awal tiba dimeja, aku gagahkan semangat memandu nafsu hati dan fikiran diri kepada matlamat asal. namun, awal kehadiran aku terpesong 360 darjah tanpa diminta.

ku mulakan bicara tentang rasa hati yang aku perlu teliti kembali perancangan sekembali aku nanti. mula kusangka aku yang mungkin mencetus rasa perasangka. hakikat, aku terfikir kerana aku tahu kemelut diri yang banyak perlu ku galas sendiri nanti. tiada rasa yang lain mengiringi pemikiran ini. tapi selontar kata dari kawan membuat fikiran positif ku bergegar. sepatah keluh adik mengheret aku ke landasan yang sama. semua semakin menluruskan pemikiran awalku itu.

kutinggalkan cerita itu dan kumpul semua kudrat untuk menyudahkan janjiku. selepas 2 jam, kini aku disini mencoret rasa hati. kerana aku tiba-tiba terasa corak mainan yang dimainkan sekarang sedikit sebanyak patut aku andaikan sebagai amaran. amaran perubahan akan melanda. dan aku...........

aku harus belajar. sementelah kembali nanti semuanya hampir seakan bermula kembali. jadi aku harus bersedia.......lalui hari-hari itu nanti dengan kekuatan dan kebolehan diri. aku tidak pasti bagaimana nanti tp aku akan cuba pastikan aku mampu berdiri semula nanti. arrgghhhhhhhhhh tidak sabar rasa ingin mencorak hidup sendiri lagi..............

Sunday 26 December 2010

semangatku dibaluti selimut putih yang membeku..

errr keluhan aku lagi. datang dari diri yang katanya sedar tapi merupakan aku adalah antara yang rugi. sedar tapi tak mampu bangkitkan diri.

white xmas ndah dilihat, white xmas yang suka dilalui. tapi tidak dapat tidak ini turut menyukarkan perjalanan diri. aku yang memang mencari kesempatan sepi begini untuk kunon fokuskan diri. langsung entah ke mana kemelut diri, semua pincang dari apa yang telah dipersetujui..........

masalah akar umbi, semua datang dari diri............... arrrgghhhhhhhhhhhh masa berlalu, tak kan masih nak begini lagi. sedar kemuakan itu telah capai maksimum diri, tapi aku masih ditakuk itu lagi............... tolonglah sedar diri kerana january sekurang-kurangnya aku lepasi sebagaimana target diri. inilah yang dikata sukar bila berjauh berkelana sendiri................... mungkin atau aku seorang saja sebenarnya yang begini............ hurmmmmmmmmmmm

Thursday 23 December 2010

dari jauh ku soroti...........

aku tahu aku terlalu banyak mempersoalkan sesuatu. hingga kadang mematikan deria rasa mereka yang terlibat bersama. persoalan yang kadang melampaui tiada mengandungi niat mengeji. tapi lebih pada memandang dari pelbagai segi cuma, aku mungkin melontarnya tanpa mengambil kira emosi empunya diri. maafkan aku kerana kelemahan ini.namun, tiada sebesar zarah pun rasa dengki atau apasaja yang seerti.

langkah membuang tabiat yang tidak disukai, aku cuba terapkan percaya pada patah kata. tanpa mampu melihat raut muka, aku buang segala firasat nakal yang muncul dalam hati dan fikiran ini. ku cuba kuatkan diri mempercayai walau kadang mudah juga aku melatah. hakikatnya, aku hampir berjaya. namun, aku terhidu sesuatu yang aku tidak tahu apa. ia bukan datang dariku. tapi lengok bicara membuat aku rasa sesuatu. aku sebenarnya pasti, walau eya dicorong sana, wajah pasti tidak puas dengan kata-kata ku. namun, ku tolak ke tepi untuk kurangkan jurang diri. tapi usah salahkan ku kerana kepincangan ini ku hidu atas cara diri sendiri.

lantas ku cuba meneliti kembali dan soroti apa yang telah terjadi. mulanya ku kira aku yang berlebih. kerana itulah sikap aku. tapi bila sesuatu itu terhurai, ia hanya mengambil masa berdikit-dekit untuk setiap persoalan terjawap. ku rasa kerana itu hati terasa sebal. hati terasa kedu. hakikat aku rasa aku patut marah dan tidak suka. tapi kali ini aku sendiri tak pasti, apa yang bergelodak dalam jiwa ku sendiri. cuma sesuatu yang pasti aku tidak selesa dengan rasa ini.

memandang kegelapan malam, ku rasa aku cuba menidakkan sesuatu yang agak pasti. ku rasa aku cuba menipu diri sendiri. ku rasa ku cuba warnakan cerita ini dengan cerita fantasi. tapi aku masih belum mampu untuk menentukan apa sebenarnya yang aku rasa.

tapi aku pasti perjalanan akhir ini, diatur atas segala kebaikan untuk diri. cuma kita manusia tidak mampu memandang. pelbagai sudut ku fikirkan, cuma aku berdoa agar kekuatan mampu dibekalkan. bukan kerana apa, kerana aku pasti tidak mampu mengangkat kepala bila telahan ku benar. terkadang timbul dihati kenapa begini akhirnya. sesuatu yang datang tidak bererti harus melupuskan sesuatu yang pernah dimiliki. namun, apa erti bila kata tak seiring dengan tindakan hati. pincang ini terjadi atas dasar apa. adakah kerana bangga diri. kata kerana ingin berkongsi, namun cerita apa yang diberi. langkah berkongsi umpama membangga diri.

aku tidak pernah meletakkan sesiapa ditepi. dari jauh kusoroti, aku keliru antara berkongsi dan bangga diri. lakonan bagaimana harus aku klasifikasikan beza cara ini. kerana itu ku rasa, ku gagah diri menyelamatkan hati, hati kami, hati aku sendiri. kuingin bayangan semalam hadir dengan warna yang kusenangi. pernah juga ku rasa ingin melepaskan diri dari keadaan ini. bukan kerana apa, kerana kita makin jauh dari apa yang pernah kita sepakati. cuma, aku biarkan keadaan berlalu begini. kerana aku pasti, semua ini akan berakhir jua nanti...........

terima kasih

hermm..... menda depan mata kadang tak perasan pulak. mulanya nak tulis entry pasal kecelaruan saya lagi. tapi rasa macam tak kena bila login. lepas tu kita logout.... huhuhuhuh ... ooo itu maknanya follower. hehehehehe... saya sungguh out bila masuk bab techno nie.. err sib baik pandai pakai basic ajer.

apa pun saya sangat hargai dan mengucapkan terima kasih pada sis kay. saya suka melawat blog beliau kerana hati terpaut pada kata-kata yang ditulis. nasihat yang diingatkan. sebenarnya malu sangat bila beliau menjadi follower kerana jika dibezakan catatan beliau dengan saya bagai langit dan bumi. blog ini ibarat terapi bagi saya. meluah rasa yang kadang terbuku yang sukar untuk dilempias ke keadaan sebenar. kadang suka duka, kadang kegilaan saya segala-gala berkenaan saya. saya menulis kerana suka suka, kerana ingin menangis, kerana ingin mengingatkan diri, kerana ingin kuatkan diri. huhuhuhu kerana itu saya malu....kerana kurang berilmu blog ini.

saya kenali blog sebelum berlepas ke UK tahun 2006. masa tu setiap hari masuk office dok baca journal orang. once sampai UK 2007, ia adalah tahun yang menduga diri kerana saya keluar 200% dari comfort zone saya. blog saya gunakan sebagai terapi. dan hingga kini saya rasa selesa menulis. blog awal saya tinggalkan. kerana sesuatu yang saya tidak selesa disitu. kerana itu saya berhijrah ke warna rasa meninggalkan jejak lama. huhuhu seperti biasa saya meleret,

ekceli nak ucapkan terima kasih......terima kasih kerana sudi melawat laman ini. huhuhuhuuhu ..

sAyA ...

antara fakta diri saya adalah... ermmmmmmmmm

saya sangat degil, keras kepala dan kata saya adalah kata saya. ermmm

tapi jangan pandang saya bagai manusia yang berhati batu. lontar kan saja apa pun argument pada saya. saya pasti akan libas kanan kiri sebab saya rasa saya ajer yang betul. tapi nanti.............

saya akan diam duduk dan fikirkan apa yang telah anda katakan tadi. sekiranya, ada kebenaran... bersabar kerana saya akan kembali dan mengeyakan dan mohon dimaafi.

itulah antara sikap kepala batu saya.

tersangat sukar untuk mempercayai dan ada saja yang saya khuatiri.... tp kadang ada juga kena jual, terutama kalau disekeliling tu keluarga yang dok kecek kecek kanan kiri. kerana lemas dengan diri yang sukar nak beri kepercayaan, saya akan turut kena beli............ huhuhuhuhuhu..

perkara sebenar yang ingin dikatakan...........

sampai satu masa kita pasti ada seseorang yang akan bagi influence dalam pemikiran, kehidupan dan kepercayaan sehingga membuat kita selesa melangkah jauh dalam satu perhubungan. tapi itu tidak bermakna kita tak perlu berfikir dan menerima kerana setiap fikiran itu ada implikasinya. pemikir akan fikir dan utamakan apa disekelilingnya, jadi kadang yang utama disekelilingnya tak sama dengan sekeliling kita. tapi bila kita tidak sekalikan fikiran itu dengan perbincangan, maka akan tercantaslah sesuatu yang pernah penting suatu ketika dulu.

tapi untuk saya, kerana mengenali telah lama. kesempatan yang ada saya cuba belajar untuk bersedia. buat masa ini saya rasa kepala sarat dengan masa yang berbaki disini. tapi pada masa yang sama nafas terasa sarat dan sesak dengan aura malaysia yang saya hilang pasti dimana patut saya berdiri kini.

tulus dari saya, bila berbicara tentang hakikat satu pertalian ini.. hati semakin menjadi sebal hingga tak pasti apa yang bermain dalam diri. saya rasa saya banyak keliru antara cakapan diri dengan tindakan empunya diri yang tak langsung dilihat seiring hati.

hati melonjak ingin memanjatkan pada Ilahi, pandulah hati ini. bagaimana harus saya berinteraksi dalam keadaan begini. teringat pada kata seorang teman, semua jelas walau terkadang ada sedikit sangsi. tapi yang lebih tak pasti bagaimana diri mahu beraksi nanti..............

hermmmmmmmmmm................ saya masih ada masa untuk bergembira dan belajar sayangi hati sendiri dengan lebih lagi. bersama selimut salji ini, saya harap hati saya tidak terus membeku hingga lupa percaturan ini..........

Tuesday 21 December 2010

detik akhie 2010

perasaan rasa penat. penat kerana kerja yang tak sudah. hilang akal rasa bagaimana nak memudahkannya. sungguh kadang terasa jemu menjengah. kesal kerana apa lagi yang tak sudah-sudah. aku asyik dilaman ini tidak berganjak-ganjak.

dalam dingin beku, hati terasa jelak. namun, jauh disudut hati tenang damai disini buat hati itu terpaut lagi. tapi bila memandang sekeliling. mereka yang datang dan pergi, aku kira diri sudah patut kembali. kerana mereka disini asing sekali.

tapi kenangan indah disini aku kukemas rapi dalam diri.

terkenang bonda, aku tidak tahu bagaimana harus aku gambar kan rasa hati. jangankan kata cerita apa, sebut bonda sahaja sebak menjengah dada. namun, tatkala berbicara dengan bonda tidak ku lempar rasa ini.

lebih setahun aku disini tidak menjengahkan diri. bila memandang wajah tua yang kian kurus itu. hati ku tersayat mengenangkan apa yang harus dihadapinya. ku terap kata semangat pada bonda. namun ku tahu berat dan payah ingin dipratikannya. sesungguhnya lagi mudah dan manis terasa untuk menghayati islam itu disini. benar sukar disini kerana bukan islam mudah disini. namun, penghayatan dan cara nya membuat jiwa mendamba untuk menukar aliran kehidupan. bagaimana nanti bila aku kembali.

manis disini kerana kita mudah dalam segala. manis disini kerana buat kita hargai apa kita ada. manis disini kerana kita tahu apa kita cari. tapi dalam diri yang terbeban dibahu, harus aku segarakan amanah yang dibawa. jika mampu akan ku cuba untuk bersegera.

bicara ini rojak nie lempias apa didada ............

Sunday 12 December 2010

kerana dakwah tulisannya aku sering terpesona

kesan dari kecurigaan dari pihak lain membuat aku jua kadang meletak diri ditempatnya. ini membawa aku jelajah laman seorang adik yang kagum aku dengan kesungguhannya. membuat aku terleka membaca coretan itu hingga terpanggil untuk melempar pandang disini.

sungguh segan rasa diri dalam hati, dalam sibuk meniti hari mencari ilmu, aku sering terlupa ilmu rohani pelengkap diri. umur bukan satu ukuran ilmu agama didada. aku menjadi cemburu terkadang melihat mereka yang kuat menentukan pendirian diri dan cekal harungi dua perjalanan yang diimbangi antara rohani dan duniawi.antara soalan yang tidak terjawap bila lagi aku nak kemudi kearah yang lebih dari menjaga apa yang standard sahaja.

coretan ini dekat kepada mecorak rentak hidup bukan sendiri. suka aku dengan kata-kata 'pinang daku kerana dakwah' . tapi aku sedar diri yang ia tidak pantas untuk aku. sering aku kata pada kawan yang bertanya, ada masalahkah jika ada jodoh dengan ustaz-ustaz. jawapanku pendek sahaja aku tidaklah berkira mana, cuma aku kesian nanti kat ustaz tu, terpaksa mencorak aku yang mungkin menyukarkan laluannya yang sedia mudah kerana asas awal pada dia telah terbina. tapi kalau yea pun janganlah yang tidur dimana-mana masjid dan sudah ada 2 @ 3 keluarga pula. sungguh memang sukar laluan dia nanti juga aku.

aku juga sedar diri jika diri itu tidak la semana mana, janganlah kita mengharapkan yang tinggi untuk kita. tapi coretan kawan ini bersahaja membuat mudah hati menerima dan membaca pun mudah menilai maksud yang cuba disampaikannya. suka coretannya kerana sungguh segalanya berpaksi kepada cintanya pada Dia.

suka pada kata-kata pada coretannya ......... kerana dakwah.

Saturday 11 December 2010

kalau galah sejengkal.......

jangan diduga lautan api... herm betul ke tidak tak tahulah peribahasa tu.
maksud lagi tak pasti tp suka suki rasa nak padankan pada diri.

jika aku tahu tahap tabah dan rajin aku begini. tidak sejauh ini aku berada.

penat usah lah cakap. mana mungkin kita yang tak der tahu apa perancangan, tetiba kena pula bertolak ansur dengan perancangan terancang. sukar nak jelaskan kerana umpama mengata orang pulak. tp penat diri cuba sesuaikan dengan keadaan sekeliling. tak tahu apa yang patut aku lakukan. buntu aku.

take that - ThE fLooD

Standing, on the edge of forever,
At the start of whatever,
Shouting love at the world.
Back then, we were like cavemen,
We’d beam at the moon and the stars,
Then we forgave them.

We will meet you where the lights are,
The defenders, of the faith we are.
Where the thunder turns around they’ll run so hard we’ll tear the ground away.

You know no one dies, in these love town lies,
Through our love drowned eyes, we’ll watch you sleep tonight.

Although no one understood we were holding back the flood,
Learning how to dance the rain.
We were holding back the flood they said we’d never dance again.

Bleeding, but none of us leaving,
Watch your mouth son or you’ll find yourself floating home.
Here we come now on a dark star, seeing demons, not what we are.
Tiny minds and eager hands hands will try to strike but now will end today.

There’s progress now where there once was none, where there once was ah, then everything came along.

Although no one understood, we were holding back the flood learning how to dance the rain.
There was more of them than us now they’ll never dance again.

Although no one understood there was more of them than us learning how to dance the rain, We were holding back the flood they said we’d never dance again.

We will meet you where the lights are,
The defenders, of the faith we are.
Where the thunder turns around they’ll run so hard we’ll tear the ground away.

Although no one understood, there was more of them than us learning how to dance the rain.
(learning how to dance the rain)
There was more of them than us now they’ll never dance again.

Now we’ll never dance again.

Oh ahh, Oh ahh, Oh ahh, Oh ahh, Oh aah, Oh ahh, Oh ahh...

aku tergelincir atau memang tiada dalam list

kalau aku kata aku tak marah, aku tipu......
kalau aku kata aku tak merunggut pun aku tipu...
kalau aku kata aku redha pun tak tercapai lagi tahap ini...
kerana itu aku terus bersunggut mengeji diri dalam pertimbangan akal yang tergelincir seketika dari landasan.

sesungguhnya, aku cuba untuk terima dan redha...
ku terapkan pemikiran bahawa
'Allah tahu aku mampu tempuh dugaan ini. Allah ingin aku sering ingat padanya. kerana itu aku terduga kini, dugaan yang sekecil kuman jika dibanding dengan mereka yang sejak lahir dizalimi israel. besar manalah sangat masalah aku ini jika dibandingkan'

ku lancarkan baris kata-kata diatas ini untuk menyejukkan dan menenangkan gelodak jiwa. kini aku dilaman ini mencoret butiran cerita yang terselit hari ini.

aku bukan penyabar orangnya. aku juga bukan insan yang tinggi ilmunya. banyak yang harus aku belajar. tapi titik perubahan itu sukar dilihat kerana kekuatan untuk mengubah layar hidup belum mampu ku lancarkan. mungkin kerana itu dugaan sekecil kuman nie membuat aku pantas melenting. kadang bisikan syaitan itu membuat kelabu mata dalam meniti, menilai dan memandang apa yang terjadi.

aku akur hidup ku kini banyak berteraskan timbang tara, bertolak ansur. kerana mungkin lama selesa sendiri tanpa banyak dugaan dalam membawa diri. banyak pertimbangan perlu aku lakukan, ia melibatkan banyak pihak juga.

tidak pantas jika aku hanya mahu orang memahami aku sahaja. aku kena lebih sedar dimana aku berdiri, langit mana yang aku junjung. cuma mungkin kerana kejadian yang bertubi-tubi, selayang pemikiran terdampar dalam kotak hati. adakah ketelusan dan timbang tara ini kadang disingkap dengan sewenang-wenangnya. adakah kesedian memahami ini dijadikan bayangan mudah untuk mendapatkan apa tersirat dalam jiwa. adakah keadaan diri ini kena memahami dimana susun diri agar tidak bersuara sesuka hati.

penat memikir yang lebeh cenderung untuk rumusan yang tidak menambah senang dihati. bukan aku mudah melontarkan kata. tp kata aku bersebab bila kerap perkara dinyata umpama keputusan telah ada. bila kerap perkara dinyata tanpa pikir kepentingan aku juga. siapakah aku untuk bersuara kena inilah resam melayu kita. kurasa jika wang bukan segala, dasar apakah harus ku sandarkan pada lakonan sementara.

penat sungguh penat.

ILAHI aku sedar kekurangan diri, hanya pada mu aku merayu dan meratapi nasib diri...

Monday 6 December 2010

tahun baru ini.......

dalam selimut salju, muslim di tanah ini menyambut tahun baru bersama hembusan dingin beku. semoga semua dirahmati dan lebih diberkati pada tahun ini.

Salam Maal Hijrah 1432

Sunday 5 December 2010

bila memahami itu disalah ertikan

dalam kedinginan yang mencecah -4 to -6 nie, kepanasan heater tidak terasa menyelimuti diri. jenuh membungkus diri dalam duvet bersama lapisan baju yang berhelaian ini. segala pergerakan agak lembab dan diri menjadi tersangat tidak aktif.

dalam aku merenung kertas-kertas yang berbaris kata-kata makluman berkenaan kerjaku, kotak fikiran menerawang membawa aku ke laman ini. aku tidak pasti adakah aku yang terlalu kejam menghukum manusia, atau aku sebenarnya disempadan kebenaran.

aku akur dengan keadaan diri yang memerlukan bantuan dari orang lain, aku akur dengan keadaan diri umpama hanya menanti kata yea atau tidak dari orang lain. ini semua telah kujangka kan. dan seperti lama aku jelaskan dulu, aku kena lebih praktikal dalam merancang perjalanan akhir ini. bergerak sendiri lebih mudah dari bersama bebenanan yang ada dahulu. namun, perancangan kita terbatas dan ILAHI lebih pasti apa yang direncanakan buat kita. berbekal salju yang meliputi lapisan tanah sehingga memutih pada setiap inchi mata yang memandang lebih membantutkan hasrat waja yang ingin segera mengarap karangan yang berbaki.

ku kira aku cuma memaju fikiran dengan kata-kata positif agar aku tidak makin merumit melalui hari-hari akhir aku. setiap sudut ada saja batasan yang telah tersusun untuk ku, dan alhamdullilah aku mampu menepis dengan pelbagai cara. sesungguhnya, susunannya datang beriring dengan mereka yang memahami ku. tidak betah ke kanan, aku kekiri. kadang dikiri tergelincir memandang aku ke kanan.

namun, terdetik dihati dalam sama berusaha untuk damai meniti hari. dalam sama berusaha untuk mengimbangi keperluan masing-masing. adakah usaha memahami ini kadang diambil enteng dan dipergunakan tanpa memandang kesan sekeliling.

tidak dapat menidakkan rasa hati, aku lebih pada berfikir yang ada pemikiran yang tergelincir. benar aku cuba memahami tp aku cuba perlu difahami. aku cuba memahami pada benda yang sememangnya perlu mendapat komitmen dari diri. tp itulah manusia bila tidak berada ditebing, mudah menganggap remeh keperluan manusia lain.

sukar berkata kerana aku hidup kini ............

12 pm - 5 Dec, 2010

Saturday 4 December 2010

5 am, 5 dec 2010

Opick - Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

diri

kita manusia hanya mampu merancang tapi segalanya ada ketentuannya. aku merancang agar aku lancar dalam fasa akhir ini. namun, selain diri, keadaan pelbagai sumber mempengaruhi diri. terus terang ku katakan aku tergendala disini.

sukar aku ingin mengubah layar. aku tahu akan ini tp sukarnya aku mahu kemudi diri. aku merangkak sedikit demi sedikit untuk pulang ke pangkal jalan. ini cerita basiku berkenaan perjuangan yang belum selesai.

ingin ku imbas rasa hati ku diawal 2010 lalu. bila dikenang yang kaki akan melangkah meninggalkan daerah ini, sedikit hati tercuit bayangan sendu. meninggalkan sini sedikit membuat aku rindu pada apa yang telah dikecapi. namun melihat mereka yang berlalu membuat aku ingin pergi. namun, jauh dilubuk hati kasih telah berputik tanpa aku sedari ditanah ini. tp kita harus ketahui dimana kita berdiri. seganap diri mendoa agar suatu hari nanti mampu aku kembali kesini mengimbau kenangan ini.

tersimpan jua cuak dihati bila mengenang bagaimana akan kutempuh hari-hari yang telah kutinggalkan hampir 4 tahun lalu. bukan aku saja berubah, tapi semua yang aku tinggalkan jua berubah. nekad hati ini melalui semua dengan rentak baru.

rancangan ILAHI lebih pasti. hadir aku disini sungguh melengkapkan diri dari pelbagai segi. naluri hati lama merasai yang aku akan sendari bila pulang nanti. walau tidak pasti apa yang bakal ku lalui. namun, aidil adha lalu merungkai semua yang bermain dihati. teranglah kini kenapa diri sentiasa berdetik akan hidup sendiri.

pelbagai rasa berbaur dalam diri. namun yang pasti aku amat senang dengan aturan ILAHI. namun, kita manusia kuat hati kadang bila dihimpit oleh pelbagai manusia kanan dan kiri membuat diri timbul ragu kembali. aku tidak gusar dengan hidup sendiri kerana 4 tahun ini aku lalui sendiri. tapi berada dibumi sendiri akan lebih penuh onak dan duri dari berpijak dibumi asing ini.

lumrah alam, manusia kadang tidak ingin melihat kita duduk sama tinggi. paling ku khuatiri kekuatan diri ranap dalam tohmahan rakan sendiri. kadang pelik aku dengan manusia ini, apa pentingkan merasa menang dihati. suka benar melihat rakan lumpuh berdiri.

tapi aku manusia biasa penuh kekurangan ini, berbekalkan ini aku hanya panjangkan pada ILAHI agar diberi aku kekuatan diri. sungguh aku tidak gentar untuk hadapi kerana yakin dengan latihan 4 tahun ini. cuma sedikit curiga dihati kerana ramai yang umpama menanti apakah episod diri.............

patience - take that

Just have a little patience

I'm still hurting from a love I lost,
I'm feeling your frustration,
That any minute all the pain will stop,
Just hold, me close, inside your arms, tonight,
don't be too hard on my emotions,

'Cause I, need time.
My heart is numb, has no feeling.
So while I'm still healing,
Just try, and have a little patience


I really want to start over again,
I know you wanna be my salvation.
The one that I could always depend,

I'll try to be strong believe me,
I'm trying to move on,
It's complicated but understand me.

[Patience lyrics on http://www.metrolyrics.com]

'Cause I, need time,
My heart is numb has no feeling,
So while I'm still healing,
Just try, and have a little patience,
have a little patience,

'Cause the scars run so deep,
It's been hard
But I have to believe.

Have a little patience,
Have a little patience,

Woah, Cause I, I just need time,
My heart is numb has no feeling,
So while I'm still healing,
just try, and have a little patience,
have a little patience,

My heart is numb, has no feeling,
So while I'm still healing,
just try, and have a little... Patience

Wednesday 1 December 2010

tersembunyi dihati...........

dalam gusar menghitung hari. dalam berat kaki mengharung lebat hamparan salju. hati kini kembali bertanya. siapakah insan yang kita kenali sebenarnya.

jika ingin bercakap mengenai kenyataan hidup, hadapi kebenaran yang realiti. aku rasa aku sememangnya berpaksi pada itu. kerana itu apa jua berita yang mungkin memberi impaks pada kehidupan aku atau sesiapa saja, akan cuba ku lontarkan selembut yang mungkin. seboleh mungkin kesannya tidak mahu menjadi kudis atau luka. terutama berita gembira. luka atau kudis di hati bukan kerana cemburu dengan berita gembira. tp biasanya kerana berita gembira itu akan merubah setidak-tidaknya 5% kehidupan atau 101% kehidupan mereka yang terlibat.

menangis kerana sedih berbaur gembira.. eya kerana gembira akhirnya sesuatu yang dibebelkan ditelinga suatu ketika dulu sampai jua. menangis .. kerana seperti ku katakan implikasinya pada kehidupan. tapi sudahnya aku dicebek dengan tuduhan keanak-anakan.

baiklah....... cuba ku pandu arah kiblat itu agar emosi insan terhampir diambil kira. tapi hari ini aku rasa sebenarnya bila benda tak ikhlas dan dibuat-buat akhirnya padah menimpa.

persoalan mudah untuk aku akhir coretan ini, wajarkah dikatakan sahabat bila tanpa rasa bersalah memalukan wajah rakan sendiri? dan aku......

seperti biasa tidak berkepala membiarkan lagi perjalanan yang menrobek hati aku kembali lagi.

tapi aku kira jika engkau tidak pandai untuk mengaya bahasa mu sebelum ko merubah kehidupan kau, apa aku harapkan pada selepasnya. jangan kerana faktor umur semakin berjalan kita sentiasa rasa kita benar sentiasa.

aku rasa aku tidak gentar dan takut untuk meluputkan semua dalam hidup hanya kerana orang mengata aku cemburu sinar kebahagian engkau. tapi aku lebih rasa terpanggil untuk menghapus rasa sakit yang kau tinggalkan.

tiap kali kau lakukan, tiap kali kau sandarkan kemaafan atas dasar terlepas pandang. tapi berapa kali hati harus bernanah hanya kerana kau tidak pernah insaf. dan aku tak pernah terima kata orang lain tapi kau lebih suka menistakan aku kerana pandangn sempit mu itu.

kembali pada realiti, apa ku kata itulah realiti.
tidak peritkan dikau jika aku tiba-tiba kembali bersama sinar. jika kau mahu menidakkan. renung kembali cerita lama 4 tahun dulu. mudah benar kau lalui hingga kini kau rancak menistakan aku dengan kata sinis itu.

aku rasa bila kita tidak ikhlas dalam kata dan laku. inilah padahnya. jadi cukup lah. sementelah kau kini bahagia, luputkan saja segala yang pernah kau ada sebelum kau semakin kejam mengikut rasa.

Friday 26 November 2010

tulus dari hati........

aku tidak tahu sekuat mana hati bila aku kembali. aku tidak pasti setabah mana hati bila ku kembali.

tapi apa yang aku pasti, segala ketetapan datangnya dari ILAHI.

aku berdoa agar, segala aib akan ditutupi dalam langkah meraikan hari bahagia itu nanti. doa aku agar, permintaan ku ini didengari kerana aku tidak mahu disalah ertikan.

yang pasti akan berakhir satu eposide diri dan semoga semuanya akan lebih diberkati nanti.

dalam putih salju itu........

aku suka mencatat disini bersama alunan dari warna rasa ini. jiwa seakan melayang dibawa alunan rasa. jiwa seakan bebas meluahkan rasa.

ku pulang awal hari ini. dalam perjalanan, hati mengeluh. dalam girang dengan perkhabaran riang, aku terbawa-bawa hingga membantutkan perjuangan aku disini. ialah sesuatu yang diduga menjadi kenyataan. aku tidak tahu sekuat mana aku mampu menahan kesedihan disebalik kegembiraan. namun, aku tidak mahu ketinggalan dalam gema meriah ini.

perasaan terhadap kerja terbeku. sebeku salji yang dihalaman ini. ku perlu bangkit untuk menghabiskan sisa-sisa masa yang ada ini. aku kena berhenti dalam berkhayal walau gembira. langkah yang diiringin pelbagai bicara dikotak fikiran meluputkan perhatian diri pada langit yang menghujankan butiran-butiran putih. tapi langkah ku terhenti dengan deruan air. hati terdetik mana datangnya aliran air sedangkan jalan ini tiada satu parit pun. mata tertumpu pada helaian dedaunan kering dibumi. namun, tidak nampak dek mata butiran putih membasahi bumi. terpaku aku pada dada baju, bila tompokan putih memenuhi kot hitam dibadan.

arrgghhhh girang hati bila diri dihujani salji. girang hati berjalan dalam dingin membeku. aku masih berjodoh disini dan yang pasti inilah kali terakhir aku bersama salji.

niat hati, aku kena bangkit kembali melunaskan tanggungan yang belum berakhir ini. aku perlu matikan anganan ku jika aku ingin ia menjadi nyata.

Wednesday 24 November 2010

Takdir

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana Nya

Semua berjalan dalam kehendak Nya
Nafas hidunp cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati rindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Hanya pada Mu Ya Robbi

sedih yang tak terduga........

sedih aku rasa sedih
kesedihan yang aku tidak jangka..........

seorang lagi telah selesai perjuangannya disini. kini tinggal kami 3 terakhir........
aku ingin segerakan tanggungan ini.

kesedihan ku kerana entah bila kami akan bertemu lagi. kami tidaklah akrab.
tapi berebut di makmal, selama 3 tahun kami berkawan.........kadang bertanya.. kadang berbincang...

aku ingin segera pergi kerana terasa sini bukan tempatku lagi...........

Monday 22 November 2010

pengertian yang tiada erti

suatu ketika dulu, sibuk diri menunggu masa ini........
kini bila ia muncul, hati rasa lega diri. lega kerana sesuatu akan terlepas. lega kerana sesuatu akan terjawap.

namun, satu ruang di hati ada sekelumit tidak pasti. ketidak pastian itu cuba ku lontar jauh. sekelumit ketidakpastian itu cuba ku gagahi. kerana aku tahu ketentuan ILAHI adalah yang terbaik dan sesuatu yang pasti.

namun, hati manusia ku tidak lari dari rasa berbaur. antara riang hati dan sepi diri. tapi ku percaya inilah terbaik. lantaran jalan cerita yang telah terukir amat membantu untuk jalan hadapan. cuma, mungkin sedikit kekuatan lagi ku cari..........

tapi dalam celah kehidupan ini, satu ku harap.

bercakaplah kita dengan realiti bukan fantasi.
bercakaplah kita dengan kebenaran hakiki bukan hanya dengan kata hati
bercakaplah kita dengan segala pandangan diri bukan hanya tertumpu pada diri sendiri
barulah kita mampu kata kita peduli

bercakaplah kita dengan ambil kira hati kanan dan kiri bukan hanya hati sendiri
bercakaplah kita dengan kata yang kemas berhati bukan hanya penting diri
barulah kita mampu kata kita ingin berkongsi

namun, apa diharap kerana bukan semua sama macam diri............
kerana itu pelbagai yang tidak pasti kulontar ke tepi
kerana aku sudah penat untuk peduli
dan kau sering tidak peduli.

cerita kita sering tidak selari
bahkan kau asyik pentingkan diri
bila bicara ada saja yang dipangkah tanpa berhati
tertutup hati untuk menerus bicara hati.........

jauh sendiri, aku mencari kekuatan diri kerana tidak guna mengharap kau mengerti............

adilkah kita?????????

terkadang kita lupa.........
dalam ghairah kita meniti hari, menitip kata....kita lupa pada rasa yang terpinggir.

kita kata kita rasa
kita kata kita sedar
kita kata kita peka
kita kata kita faham

tapi sedarkah kita semua itu dusta berlaka
kerana kita topengkan rasa kita untuk kita lahap kegembiraan kita..

semua ini kenapa????

kerana kita hanya meletak hati kita ditempat yang kita inginkan...........

tatkala gembira meminggir kita, kita lemah, kita kata keliling menekan, menduga kita
tatkala gembbira memihak kita, kita mahu dunia dengar riang kita, kita kata keliling perlu gembira, menari bersama kita

bila kita sedih, kita kata mereka sebenar perlu paham kita...
bila kita gembira, kita kata mereka sebenar perlu bersama gembira...

bila mereka tidak gembira, kita kata mereka tidak dewasa
tapi bila mereka gembira dan kita sedih, kita kata mereka tidak peka pada hati kita.


suatu tika dulu, kita sedih, kita nangis....
kita kuat, tp kita lupa keliling kuatkan kita,
kerana hari ini hari kita, kita kata kuat kita datang dari kita...............
kita alpa................... suatu hari dulu, kekuatan itu tidak muncul tanpa perangsang kata........

kini gembira kita, kita lupa untuk peka pada dia yang tiada perangsang kata....
tapi kita kata dia kebudak-budakkan............

lebih parah, kita pertikai mana tinggi pertalian kita dia letakkan..............
tapi kita lupa, dalam ghairah kita gembira...................
di mana pula peka kita pada diaaaaaa...........

adilkah dunia bila kita letakkan diri dimana kita rasa kita suka????
adilkah dunia bila kita terus menjerkah apa sumbangan dia.........sedang kita sentiasa alpa atas perasaan dia.........

sesungguhnya kita tak pernah berubah dan kita tak akan...........
sesungguhnya kita sentiasa merasa kita benar dan tidak sekelumit kita hargai dia........

adilkah dunia????????????

Monday 15 November 2010

Salam Aidil Adha dari rantauan



Salam Aidil Adha 2010
16 November 2010 - United kingdom

Tuesday 9 November 2010

lembut bicara, kelu tidak terkata

tiada patah jawapan pada sebuah persoalan
namun terungkap satu pemikiran tanpa sebarang kepastiaan......

Benar lembutnya bicara buat jiwa sakit terasa
Benar lembutnya bicara buat terkadang diam hilang bicara

lembut bicara hadir harungi dugaan
lembut jua bicara meraih kegirangan
lembut bicara hadir beriringan
lembut bicara jua menambah luka
lembut jua bicara menambah marahnya hati
namun lembut bicara juga membuka pandangan yang buta
lembut bicara jugalah yang menyerlah sumbangnya tari
kerna lembut bicara hadir dengan patah bicara yang pasti



dalam lambungan ombak kehidupan
kita sentiasa cuba mencapai dahan bagi menegakkan satu pilihan
tapi wajarkah kita paksikan rasa kita sahaja......................

kita manusia
akur dengan segala laluan yang telah dibentang
kita manusia
masing-masing terduga dan diduga
masing-masing diberi dan memberi
kita manusia
sentiasa tewas dengan naluri diri
sentiasa tewas dengan emosi diri
namun, persoalannya
wajarkah sumbang tari kita pada alasan begini

kita manusia
mudah sunyi mudah gembira
kerana kita manusia mudah merasai
kita manusia
mudah mencari penyelesaian diri
yang hilang mudah dicari ganti
namun, yang hilang itu sentiasa tiada galang ganti
kerana yang hadir baru adalah tersendiri

kita manusia
sama sahaja
ditinggalkan meninggalkan
hilang seluruh keceriaan dalam kehidupan
tapi betahkan melatah kerana paksikan diri sahaja

kita manusia
datang beriring
hilang jua seiring
tiada dosa menongkah hari bersama yang datang seiring
tapi betahkan melatah sering kerana kita lupa pada sekeliling

mungkin lama sudah tak seiring
menjadikan kita manusia tidak betah beriring
kerna masa meminggirkan kita
mungkin masa jua yang mengubat hati kita

Monday 8 November 2010

'semalam'

kita manusia yang sentiasa kurang dan sentiasa lupa. dalam ego kita bilakah mampu kita henti untuk toleh teliti langkah-langkah yang berbaur pada perit hati-hati keliling.

kita manusia yang sentiasa kurang dan sentiasa lupa. dalam kita tegar kata kita bersaudara bilakah masa kita bertanya tamu yang hadir jauh disana. dalam sukar kita bila pula kita terfikir sukar nya dia.

kita manusia yang sentiasa kurang dan sentiasa lupa. dalam kita terduga kita cari kekuatan dari segala arah. bilakah pula kita memikir mana arah akan dia cari tatkala dia pula terduga.

kita manusia yang sentiasa kurang dan sentiasa lupa. dalam kita sibuk duga dengan menduga. bilakah pula kita memikir orang lain yang terduga.

kita manusia yang sentiasa kurang dan sentiasa lupa. dalam kita meniti hari kita, tak teringatkah kita hari ini tanpa semalam kita.

kita manusia yang kurang dan sentiasa lupa. dalam meniti langkah-langkah hari ini tak mampukah kita menolak ego kita.

namun, manusia berpaksi pada apa depan mata. apa guna semalam yang ada kerana bukan semalam yang menemani kita, tapi kerana kita kata rezeki kita. tapi lupakah kita, semalamlah yang memberi kekuatan, yang menerima kita seadanya, yang menemani tangis kita............

kerana kita kata apa guna kenang semalam, kita patut pandang ke depan. tapi tanpa semalam kita bukan lagi kita. kerana kita lupa asal usul kita.

memandang semalam bukan bererti kita mundur. memandang semalam bukan bererti kita tak berjaya.

tapi memandang semalam

menjadikan kita hargai apa yang ada dan akan datang...

kerana semalam memandu kita sampai ke puncak kini.....................

Sunday 7 November 2010

bila diri.........

bila diri tak sempurna, kenapa harapkan kesempurnaan dari orang lain..
bila diri tak sempurna, kenapa sukar untuk berlembut hati...
bila diri tak sempurna, kenapa tidak saja berpejam mata........

antara yang terenap difikiran didingin pagi minggu ini..........

Saturday 6 November 2010

remuk hati 2

dalam muda malam, aku melangkah badwi dari satu tempat ke satu tempat. lama sudah ku ingatkan diri, ujian yang datang ini adalah layak untuk ku kerana DIA mengetahui aku mampu hadapi. ingatan tu akan terbit kuat bila aku rasa amat terhimpit. dari segi kehidupan, aku rasa dalam betah tak betah aku harungi jua... dan aku telan semua dengan berbekal rasa redha.

tapi satu yang aku tak pasti. mana arahnya keje aku kini.............
diri terasa penat dan sudah tak rasa suka lagi untuk menghabiskan apa yang aku mulakan. benda yang sama diolah terus diolah hingga aku menolak waktu berlalu dengan bersahaja. aku umpama menunggu waktu..... cetek usaha ku. lamanya aku biarkan masa menolak ku.........

dugaan ini yang menghantuiku......... aku tak mampu mencari penyelesaian pada hal ini..........

hati sakit

sejak semalam hati ini sakit. sakit yang mudah saja dirawat namun hingga masa ini belum mampu sembuh lagi hati ini. besar sangat kah kumannya atau tusukan syaitan itu menenggelamkan kesabaran ku.

aku amat mudah amarahnya, paling lama sehari. tapi kukira kali ini aku terpana kerana kekurangan diri sendiri. aku sungguh tidak pandai untuk berpolitik bagai. ku lontar pandangan terus, tidah pandai aku berlakon bagai.

kelemahan ini yang selalu memakan diri. hakikat para pelakon ini, tidak kira agamanya tinggi atau rendah. kerana lakonan itu bertitik tolak dari atitude diri. paling aku benci yea BENCI bila pandai bermuka-muka. sungguh aku tidak dapat nak kuburkan rasa benciku ini bila ku hidu buruk perangai ini.

kini bila sendiri di kamar sepi ini aku menghela perlahan rasa marah ini. terkadang tak berbaloi rasa takat perkara bergini nak ku jerit keseluruh pelusuk dunia. tapi sesak nafas ini menonton lakonan jijik mereka. perit hati menelan gerak lentuk tarian mereka.

sungguh untuk ingatku sendiri, bertidung litup, beradab, beragama.. belum pasti tidak akan mengkhianati taulan atas kerana pandangan hati yang berbeza-beza....

bila hidup berpaksi dengan nilaian wang yang utama, ini buat manusia gila berkira tanpa ambil kira apa yang telah dia terima. pasrah aku tapi sakit rasa jiwa ini...

Friday 5 November 2010

HiDup

Masalah kehidupan yang sentiasa hadir dalam langkah kaki. terkadang pilihan yang ada tak ada yang menyebelahi diri. puas membisik pada diri...

'sesungguhnya, setiap dugaan yang datang hanyalah pada kita yang mampu untuk menongkahnya'

namun, terkadang tersembam jua ke bumi tika duga datang bersilih ganti. mungkin kerana kurang diri mengingati...

pilihan 1
menganggu yang berdua, yang terkadang tuan tanah datang menjengah tak tentu masa. kadang mungkin menganggu privasi. mungkin juga nanti terperangkap dengan tuan tanah...


pilihan 2
gangu yang sorang, namun status isteri yang menerima kunjungan suami. jadi bila tiba tarikh tertentu, diri keluar ke pilihan pertama. lepas satu masa pulang ke asal.

antara 2 mana satu yang sebenar menyusahkan diri. tapi inilah pilihan yang ada yang tak menyebelahi nasib diri. dalam tuntutan masa untuk memfokus diri, masa yang sama dituntut untuk selesaikan masalah diri..

nampak ringan dan mudah. tapi jangan dipandang sebelah mata kerana ia tidak semudah yang disangka....

diri hanya mampu membisikan terus kata-kata rahmat, agar hati ini terus kuat.

Thursday 4 November 2010

mencari sesuatu yang dikatakan tenang

O Allah, there is no ease except in that which You have made easy, and You make the difficulty, if You wish, easy.


Doa Ketika menghadapi kesulitan

Allahumma laa sahla illaa maa ja'altahu sahlan wa anta taj'alul hazna idzaa sy'ta sahlaa.

Ya Allah, tiada yg mudah selain yg Engkau mudahkan dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah jika Engkau menghendakinya jadi mudah (HR Ibnu Hibban)


Doa ketenangan dalam menghadapi musibah

Allahummarzuqnii nafsan muthma'innatan tu'munu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika


Ya Allah, berilah kami hati yg tenang, yg beriman akan saat perjumpaan dengan-MU dan ridha menerima segala ketetapan-MU

Tuesday 26 October 2010

semalam yang sejarah..........

kelat hati sebab keje tak siap lagi. sukar diri tak pasti dugaan apa kena hadapi ini. hingga tergelincir juga aku dengan keupayaan diri. tapi bila suara sumbang ke udara sukar hati nak kawal emosi. kerana aku cuba pelajari untuk menjaga hati, hati sendiri dan hati-hati lain juga.

dalam hati tersirat beribu rasa. kelat hati dalam gusar melayari hari-hari akhir ini aku harus bangun untuk selamatkan hati. ku cuba kumpul beribu kekuatan untuk aku bangkit selamatkan maruah yang berbaki ini. aku rasa sebagaimana muaknya kau dengan kata-kata ku, begitu juga jenuhnya aku cuba mempertahankan sesuatu yang mudah dan pasti.

tapi langkah perlu beriringan biar tak dengar kepincangan hadir. namun, selepas seketika kisahnya tarian kita tampak rancak cantik. rupanya beribu kepuraan terpalit.

sesungguhnya setiap penghijrahan perlu kekuatan. kekuatan apa lagi ku cari. tidak cukup diri untuk menangkis cemuhan keji ini.............

aku penat sebagaimana penatnya kau dengan kerenah ku..
kerenah yang pada kau tiada pentingnya,
benarlah kata orang, sekali hati itu tawar, tiada apa galang ganti...

sesungguhnya aku kesal dengan diri. kesal kerana tidak pernah mengerti, kesal kerana tak berhenti berharap. kesal kerana sentiasa mencari jawapan ganti. kesal kerana sentiasa berlembut diri. kesal kerana biar terus dikhianati..........

tiada apa lagi untuk dipertahankan, tekad aku hanya mencari sebuah kekuatan. tapi aku simpam jauh didalam, harapan hati selama ini. tersimpan kemas bagai dulu-dulu lagi. tapi untuk mudah kita, langkah perlu dicorak. langkah berani tekad yang sekian lama perlu aku ambil.

kali ini semua datang dari hati sendiri. aku rasa tiada apa perlu ku tunggu lagi. 4 tahun berlalu sudah cukup mematangkan kami..............

Monday 25 October 2010

Tuesday 12 October 2010

terima kasih bonda.....

ku panggil bonda. ku ucap terima kasih padanya kerana melahirkan ku. terima kasih kerana membesarkan aku. namun aku tak mampu terus berkata kerana sepanjang usia ku, inilah kali pertama aku ucapkan terima kasih kerana melahirkan aku......

sesungguhnya setiap kali tarikh ini, aku lebih membiar bonda menghubungi ku untuk meraikan aku. sedangkan sudah lama aku patut melakukan sesuatu sebaliknya. maafkan aku kerana banyak melukakan hati bonda. maafkan aku kerana terlalu petah berkata. namun aku tetap aku. kerap dan terus melakukan setiap yang ku mahu, di akhir aku mohon kemaafan. doakanlah agar aku berubah suatu hari nanti......

terima kasih pada semua yang meraikan aku. ucapan yang dikirim amatlah besar ertinya walau ia hanya bait-bait kata..........

Sunday 10 October 2010

kejujuran........

sesak terasa nafas........... terhenti pemikiran. seakan tiada perasaan yang mampu melempias diri. kedu aku sekedu-kedunya. kesekian kali aku terpanah dengan persoalan.

sukarkah untuk sesiapa sahaja memahami setiap perlakuan perlu diiringi dengan kejujuran.

sukarkan untuk memahami kejujuran itu tiada tolak bandingnya

sukarkah untuk memahami sakitnya bila kejujuran itu dikhianati

sukarkah untuk memahami setelah berjuta kali bahawa kejujuran itu penting tidak kira apa pun perkara

fahamkan perlakuan diri itu tergambar dari kejujuran itu. bila sesuatu perkara kecil saja mudah meletakkan rendah taraf kejujuran itu. tidak ayat mampu menepis yang kejujuran itu akan lebih terpadam pada sesuatu yang berat.

terdiam aku untuk kesekian kalinya, hingga terdetik dihati cukuplah setakat ini sahaja. kerana patah hati bila kejujuran itu sering dianak tirikan. terkadang bukan perkara nyata yang menyerlahkan pendirian, namun yang tersurat mencermin keperibadian.

pahitnya menerima kebenaran dari kejujuran adalah lebih baik dari kebenaran terserlah dari satu penipuan.

sukarkah.. untuk jujur pada diri. beratkah tuntutan jujur itu......

kerana disitulah harga diri. bila penipuan itu terjadi begitulah umpama dinilai harga diri mangsa yang tertipu. jika serendah itu nilai satu pertalian, mana mungkin mampu ditongkah hari mendatang.............

'sesungguhnya aku tidak selesa tertipu, walau sebesar zarah sekalipun walau sekecil perkara sekalipun. kerana itu aku redha dengan apa jua jalan yang KAU lapangkan untuk aku kelak. sekiranya hijrah aku ini mengakhirnya satu pertalian, aku terima dengan lapang dada kerana aku pasti susunan MU adalah yang terbaik untuk ku. walau jalan itu nanti sukar bagiku, namun aku berdoa agar kau lapangkan diriku dalam meneruskan tugasan ku sebagai hambaMu.'

tiada apa rasanya yang perlu disedihkan kerana ini semua berlaku atas pilihan sendiri. kita kemudi diri, kita corakkan diri, kita yang warnai pendirian diri.......

tak tahu mana nak mula......

tak tahu mana nak mula ......... bicara
tak tahu mana nak mula ......... betulkan semua keje
tak tahu mana nak mula ......... tentukan aturan hidup
tak tahu mana nak mula ......... segala

sesukar inikah jalan yang dipilih atau sebenar sendiri yang mencari penyakit. usah pandang pada yang sipi, tp terokai kelemahan diri sendiri.........

Thursday 23 September 2010

kini giliran ku pula

akhirnya doa yang kerap diucap tercapai jua.. berjaya ku lalui raya terakhir diperantauan. mungkin kerana telah terselit inilah terakhir kali, sendu di hati tidak tersayat langsung. namun, bersyukur kerana tercapai hajat untuk beramai dimasjid di satu syawal yang lalu.

semalam separuh hari ku melakukan tanggungjawap sosial. semalam seakan sejarah berputar kembali melawan pusingan jam. 2007 ku tiba dan dibantu oleh bruneian. dari mula kaki menjejak di bumi scotland hingga aku mampu berdiri sendiri. terima kasih tak terhingga aku pada empunya diri.

semalam sejarah seperti berulang kembali. cuma posisi pelakonnya berubah. benarlah wat goes around comes around... sesuai la kot. tak banyak yang aku bantu kerana banyak persoalan yang belum terjawap untuk membantu. jadi lebih kepada untuk selesaikan yang asas dan cuba memandu arah sahaja.

terdetik dihati, jikalah aku masih mampu, pasti lagi mudah dibantu. tapi kita manusia belum mungkin terjadi seperti dirancang jika benar pun apa diminta. tapi sekurang-kurangnya semalam mampu membuat dia tersenyum.

jika semalam aku dibantu oleh sepasang suami isteri dari brunai. aturan Ilahi amat bererti kerana kini aku pula membantu seorang gadis brunai. semoga aku mampu berbuat sebagai mana aku telah dibantu.........

Monday 20 September 2010

aku yang ingin lari dari sesuatu yang tak pasti....

satu ketika dulu rasa itu menebal. menebal seiring dengan persekitaran. lahirnya rasa itu adalah atas dasar tingginya nilai satu ukhuwah itu. namun, rasa itu hakikatnya tidak memberatkan mana-mana pihak. tatkala itu, keadaan beriringan dan rasa itu seakan sesuatu yang mampu merubah ke arah satu yang lebih baik. namun, rasa itu hanyalah bonus dan segalanya adalah ketentuan ILAHI.

sepantas masa berlalu, seiring zaman berubah, rasa itu hanyut begitu. dulu perginya seakan terkesan. namun, kini rasa itu tidak menjengah lagi. seiring dengan rasa, ukhuwah terus terjalin. namun tersurat dibalik pupusnya rasa, terlontar satu pandangan hina. yang selama ini terkabur dek pandangan lahiriah kita manusia. siapakah aku untuk menghakim kita sesama manusia. siapakah aku jika meletakkan amarah sebagai batas pergerakan kita.

namun, terkilan dek hati kerana kian bertambah masa, kian bertalu lontaran domba. terkadang tanpa ada asas kebenarannya. walau ada benar perilakunya, namun segala adalah seperti yang diminta. tiada sedikit onar atau dusta dalam satu pun kebenaran yang terus jelas bertimpa.

tapi rakus manusia mampu mengalih pandang. ada saja kata yang keluar tanpa usul periksa. sedar atau tidak, lagi banyak berkata lagi banyak menambah luka. sehingga hilang jawapan pada satu persoalan. tiadakah yang mampu menongkah domba. tiada yang mampu menegakkan yang hak. tiadakah yang mampu menoleh mana yang benar. tiadakah yang mampu meraih mana kebenaran.

lantas masa mengubat dan mengubah bicara langkah. diri seakan akur dengan aturan dunia mainan manusia. berpaksikan kebenaran yang terutas dililitan masa, aku lapang dada tiada ruang antara rasa. jika dulu pernah ada terpalit pelbagai rasa, kini aku sekadar bernafas riang kerana aku sedar itulah terbaik kerana tidak mungkin aku menang dalam perlawanan lakonan mainan manusia. namun, aturan ILAHI mendatangkan teka teki. walau terkadang aku juga tertanya-tanya, tapi aku pasti akan jawapannya. aku sendiri senang dengan aturan masa kerana memang aku sendiri mampu menilai dengan pemikiran manusia saja.

tapi persoalan itu terus terlontar lagi. namun,aku rasa usahlah kita menoleh ke belakang lagi kerana masa telah membuktikan tiada rasa mampu menongkat bahagia dalam kancah kita. tatkala usia mencecah ke tangga ini, aku hanya mahukan rasa yang benar mampu mewarnai hati dengan kecerian bukan terpalit dengan segala lumpur kesakitan.

inilah rasa tulus lahir dari hati walau sebenar ia mungkin merugikan diri. tapi siapa kita untuk meneka sesuatu yang tak pasti. aturan ILAHI adalah yang pasti, namun jika itulah kepastian dari NYA. pemikiran manusia ku belum mampu menjangkaui semua ii.

antara tohmahan tanpa mengira siapa, antara penghinaan tanpa ada rentinya arus. bagiku tiada ruang untuk pertahankan diri, jika berkata kita tersekat dalam arus. kerana kita dibekalkan dengan akal fikiran diri. mampu menongkah mana yang patut. jadi patutkah aku memptimbangkan keadaan sebegini. sudah terang lagi bersuluh, sudah terang lagi nyata. mana berdirinya rasa kita.

walau ianya tidaklah pasti, walau ianya mungkin akan kutangisi. bukan menyimpan dendam kesumat di hati. tapi lama masa berlalu, lama itu jugalah tohmahan terus berlaku. kerana aku masih ada harga diri, ku kira biarlah masa dan ILAHI sebagai penentu. tapi sebagai insan lemah aku memohon kiranya terbaik untuk ku untuk kuburkan rasa suatu masa itu. agar mampu ku curah pelangi dalam masa yang berbaki ini..........

Tuesday 7 September 2010

Salam Lembaran 1432H

Salam Lembaran Eidul-Fitri 1432H. Maaf Zahir & Batin.

Photobucket

Sunday 5 September 2010

am ai not happy.........

haishhhhh

saya tak rasa nak balik raya........ saya tak rasa nak beraya....... saya takut bila raya tiba........

benar bagi yang menhayati ramadan akan sedih ramadan berakhir.......... belum tentu kita punya tiket untuk ramadan akan datang.

dalam pada itu, aku juga takut kedatangan syawal. syawal tiba aku makin kekurangan masa. dan keje ini tidak nampak surutnya.........

hingga dua tiga kali diulang dek kawan menyuruh aku pergi bercuti........ amek masa berehat seketika......... errr... teruk sangat kah keadaan aku.

aku rasa ok je nie........... then aku tanya aku nampak bad sangat ke......

simple answer from him....... you are not happy.........

Wednesday 1 September 2010

aku yang sentiasa gementar......

mungkin benar jika orang kata aku lebih-lebih......
tapi aku lebih kenal diri sendiri..... atas paksi itu, rintihan ini bertempat. jadi biarlah ku mengeluh kesah disini....

tarikh ini seorang rakan selesai perjuangan. satu ketika dulu kami agak rapat namun mungkin kerana aku terlalu sering keluh tanpa kira tempat membuat dia menjarak dariku. tapi hari ini aku gembira kerana dia telah selesai. perjuangan akhir membawa dia selama 4 jam. 4 jam berakhir dengan berita riang, aku rasa berbaloi selepas hampir 5 tahun menanggung beban ini.

kerana 4 jam itu aku sandarkan, dengan keupayaan diri, aku rasa tercabar. aku amatlah terkesan rasanya.. namun alhamdullilah, aku makin pandai mengawal diri. rakan yang kembali dari US tak dapat mencium kegelabahan aku. biarpun aku berceloteh, dia kata atleast aku tidak seperti sebelum dia pergi...... ahh satu perasaan lega.

tapi lega pada bebanan ini belum lagi......

Tuesday 31 August 2010

haruman itu hadir namun ........

sama seperti yang lain, aku sentiasa tiada kekuatan untuk berhijrah. bersesuaian dengan ramadan dan merdeka day, alangkah jernih rasa jika kepayahan ini dapat ditolak. aku sama seperti manusia lain. kekadang terpanggil untuk merobah hidup dan tatacara diri.

perbualan semalam antara kami, yang terkadang tercium harumnya penghijrahan itu, namun entah dimana silapnya, tiada lagi keberanian dalam diri walau usia sudah melebih peringkat dewasa begini. antara dibicarakan semalam titik peghijrahan dan sustain penghijrahan. aku tekankan untuk meneruskan lebih memerlukan momentum yang jitu kerana kita pusing kehidupan 360 degree. berbeza dengan titik penghijrahan yang memerlukan kekuatan. namun, pagi ini tatkala jari jemari menari disini, ku rasa dua-duanya berat. syukurlah pada yang dapat kekuatan dan momentum itu sentiasa menyemarakan wanginya penghijrahan itu.

tertawa besar aku bila perbincangan kami dikatakan kerana terhidunya hidayah. tapi ku katakan bahawa lebih mudah berhijrah disini kerana disini lebih terbuka berbanding di tanah air. kita yang sedang berakit ini biasanya mahu diubah mendadak terus, pasti gelodak jiwa akan mempengaruhi dan atas kejahilan diri mampu mematikan harumnya hijrah itu.

tapi dalam diam atas dasar apa diri asyik menyalahkan yang lain, sedangkan kekuatan sendiri yang tiada. hanya kita yang mampu merobah diri seperti yang kita kehendaki........

merdeka 52

belum terlambat rasa mengucapkan salam merdeka. berada di kejauhan membuat diri semakin lapang melihat sudut-sudut penjuru negara. masih banyak kelemahan yang kita patut atasi disebalik kebanggaan kita pada negara.

apa pun merdeka... merdeka... merdekaaa........

Saturday 28 August 2010

28 august 2010

rasa gusar.......





Wednesday 25 August 2010

me and meatball.........

ehsan: uncle google

honestly, am enjoy food... like to try any food..... that y am so so cute........ ngehngehngehhhh (bab nie stress acik sket........)

Sebelum lupasss baik tepek dulu..................

meatballs and pasta by jamie oliver

To make your meatballs
• Pick the rosemary leaves off the woody stalks and finely chop them
• Wrap the crackers in a tea towel and smash up until fine, breaking up any big bits with your hands
• Add to a mixing bowl with the mustard, minced meat, chopped rosemary and oregano
• Crack in the egg and add a good pinch of salt and pepper
• With clean hands scrunch and mix up well
• Divide into 4 large balls
• With wet hands, divide each ball into 6 and roll into little meatballs – you should end up with 24
• Drizzle them with olive oil and jiggle them about so they all get coated
• Put them on a plate, cover and place in the fridge until needed
To cook your pasta, meatballs and sauce•
Pick the basil leaves, keeping any smaller ones to one side for later
• Peel and finely chop the onion and the garlic
• Finely slice the chilli
• Put a large pan of salted water on to boil
• Next, heat a large frying pan on a medium heat and add 2 lugs of olive oil
• Add your onion to the frying pan and stir for around 7 minutes or until softened and lightly golden
• Then add your garlic and chilli, and as soon as they start to get some colour add the large basil leaves
• Add the tomatoes and the balsamic vinegar
• Bring to the boil and season to taste
• Meanwhile, heat another large frying pan and add a lug of olive oil and your meatballs
• Stir them around and cook for 8–10 minutes until golden (check they’re cooked by opening one up – there should be no sign of pink)
• Add the meatballs to the sauce and simmer until the pasta is ready, then remove from the heat
• Add the pasta to the boiling water and cook according to the packet instructions
To serve your meatballs
• Saving some of the cooking water, drain the pasta in a colander
• Return the pasta to the pan
• Spoon half the tomato sauce into the pasta, adding a little splash of your reserved water to loosen
• Serve on a large platter, or in separate bowls, with the rest of the sauce and meatballs on top
• Sprinkle over the small basil leaves and some grated Parmesan
ekceli am craving for meatball............ cecece... lama tak makan tetiba hari tu dapat, gini la jadinya... dalam dikelilingi dek permeability properties of concrete, otak ku tetiba di penetrate oleh meat ball............. arrgghhhh siapa boleh tolong jawap...............
btw, at the moment, am not trying this recipe yet............

Tuesday 24 August 2010

*'_'* ...........

aduhaiiii..........

stress rasanya.........

pertama masih berbaki nak menulis, sedangkan orang dah compile and submit tunggu nak exam......

kedua, selak sana sini, tengok discussion aduhaiii... masuk skop ke aku..................

i have 2 chapters, i have 3 week more........... but i do not have any feedback yet..............

arggghhhh........

god, help me please...................

Saturday 21 August 2010

emosi ku terganggu

saya disini sepatutnya cuba habiskan sisa-sisa untuk bab seterusnya thesis saya.. tapi atas sesuatu yang telah menular ke perasaan membuat saya jadi tidak selesa. saya berasa angin sebadan sebab sesuatu. sopan saya aturkan kata-kata kerana tidak mahu membangkitkan api kemarahan semasa ramadan ini..

soalan yang berlegar ialah...'kenapa manusia tidak mahu bertimbang rasa? kenapa manusia tidak mahu membantu untuk tidak menegangkan suasana? kenapa manusia tidak mahu belajar dari kesilapan lepas? kenapa manusia tidak mahu membantu untuk harmoni? kenapa persoalan lain diutara, amarah lain yang dilontar? kenapa satukan yang berlainan dalam satu permasalahan?'

alangkah bagusnya kalau saya garapkan pemikiran begini sewaktu penulisan dan pengajian saya ini. namun, mungkin ini jawapan yang agak untuk menyelamatkan diri.. kerana lebih mudah melihat dan meniliti dari aspek kehidupan dari pembelajaran saya... huhuhuhu... alasan semata....

jadi bertitik tolak kenapa blog ini dihasilkan. saya lontarkan rasa ketidakpuasan hati ke alam maya ini. berharap ia mampu menjadi treatment untuk saya.. namun, sedarlah wahai yang terhampir dengan ku... apa pun percubaan aku untuk meletakkan diri untuk menjadi baik dan lebih terbaik, tidak mampu berlaku tanpa sokongan kalian. jadi dalam aku cuba memperbaiki amarah diri...

SILA JANGAN PROVOKE LEBIH-LEBIH okieyyy
(alasan: acik bukan penyabar sangat orang nya, boleh tuka jadi ijooo yang amat la hudohhh)

Friday 20 August 2010

moh ke laut........

aduhaiiiiiiiiii stress nya rasa...

nie la masalahnya, tak berapa nak reti control mood.. kalau la boleh mood tu di restore then etrieve bila nak, kan ke senang. haishhh.... sesungguhnya aku tak la flexible....

kerana itu aku lebih suka menulis dirumah dalam dunia sendiri bersama buku dan kelambakan kertas mertas. walau terkadang ku campak kan juga diri keluar kerana udara sudah agak kusam dirumah. tapi kualiti minda tu ada disana. tapi dek kerana aku dah badwi, dan umah plak tinggi menungkat langit. terpaksa ku ajar diri untuk seiring jalan dengan keadaan semasa. tapi tu la.... kadang mood ke laut...

ni antara kojenya bila mood ke laut. sedarkah diri anda tiada masa lagi... bila mood dah nak mari, ada plak kes kena balik... hilang lagi minda........... hermmmmm........

nasib separuh dah ku kerjakan sebelum berpindah... tapi masalah jugak untuk draft akan datang pulok......... errr penat laaaaaaaaaa

Thursday 19 August 2010

me and karipap mini

am craving for
should i go home.................







kakak saya 2

ekceli persoalan yang terterpa diminda

'malang sangat kah hidup aku' .............kehkehkehkehhhhhhhhhh

kenapa soalan tu. sebab sebelum tu macam nie citernya...

kakak i nie 10 kali pun bagi url blog nie, masih la dok minta ... haishhh nan paham kita..
nak jadi citer lepas bagi add. boleh ke di cakap tak bes la blog kali nie... err.. ekceli that time story my keuw tiaw case tu laa....

then tanya la apa kenanya tak bes...

jawapannya ialah............

citer tak sedey........

.apakah??????

perjalanan sebungkus keuw tiaw 2

ekceli bukak blog ingat nak ler karang balik pasal kes sebungkus keuw tiaw. tapi hati tergerak nak geledah folder blog nie. alhamdullilah kisahnya ada dia terselit disitu... semalam lepas dok tekan publish tak la plak kuar... terus kuar plak error...

dah gitu maleh le jawap nya...

nak sambung nya kes keuw tiaw tu. so malam lepas balik tu, tanya la kat tuan tanah makan dah ke .. then tanya gak, tak ke pelik tgk apa jadi kat keuw tiaw tu.

so dia pun cakap, bila dah kata dah masak tu dia pun jengah gak kat dapur. namun nan ado periuk diatas dapur.. nengok sayur-sayur aku tu banyak lagi tepi singki. soalannya, manakah tomyamnya.......... hahahahahah then, banyak sayur tu so camnanya tomyam nya......... hahahahaah

lepas dibagitau dari tomyah ke goreng..................... baru la tahu mangkuk nya di atas meja........

hehhehehehehehehehe.............

Wednesday 18 August 2010

perjalanan sebungkus keuw tiaw..

rasa sesuai kot tajuk tu... ok let begin..



badan rasa tak sodap, so terasa la nak sup..... tak pasti now summer or auturm.. malam kadang siap berstokin... pakai duvet tapi dek duvet just ada yang 15 tog tu.. maunya kejap panas kejap sejuk.. lagi pun kata dah jadi orang badwi, pakai apa ada je la kan...



so bermula dengan kemunculan keuw tiaw nie tanpa di sangka... sebab ada rezeki di tolong beli oleh kawan. ekceli yang carinya mee hoon. tp apa salah amek dedua..



so, selera akal kata nak buat keuw tiaw sup la kan..... tapi terkenang seminggu dok makan ayam, so rasa nak la buat seafood... err ada ke sup seafood keuw tiau eik... so diri terasa pelik.. afterall, tak nak la jadi macam kes rendang. nie nak masak n makan untuk 3 serangkai.. jadi even apa ada, biar la ada rupa bentuk sket kan... kalau untuk diri sendiri, apa ada je... tak kisah sangat even pelik nampak..



so end up membeli barang untuk buat keuw tiaw tomyam.. ekceli just gi beli udang and broccoli je... sebab tomato tak suka la... jagung tu nak kena jalan jauh... so amek mana ada je... matlamat pun asal ada rupa bentuk kan.. serai ada lagi balance rendang..



tiba dirumah... errr mana cili api, godek-godek ada..... alamak tajuk utama plak.. mana paste tomyam... selongkar-selongkar... ishhh dah selamat dalam tong sampah la pulak... so, sambung selongkar lemari orang plak.. hermmm tak nampak jalan... tunggu orang balik, at same time mood sudah hilang... last berbuka kat masjid...ekceli derang dah usahakan tomyam paste tu, tapi diri ini kejap je layar dia berubah arah.....



after 2 days, punya la kan... dok tengok keuw tiaw tu terdampar je kat situ bersama broccoli... peti ais kecik tu dah sendat, so mana leh duk luar, kasi duk luar... semangat mana entah, buk bak buk bak... keuw tiaw tu berjaya aku jadikan ................... keuw tiaw goreng.... hahahahhaha... punya la kan... begong tak begong kan.. and waktu nie, derang yang kat umah tu tak tahu la kata apa kan.. cz semua tahu yang asalnya nak ke tomyam, yang atas meja jadi goreng je...



tu la semalam cakap dengan orang-orang nie, sila jangan percaya pada saya.. saya tak boleh dibuat janji wat masa nie.. cz dalam kata nak buat sambal belacan, saya leh gie buat sambal kicap.. selagi bahannya sama, anytime yang difikir leh jadi yang tak terfikir..........hahahahahah



Riwayat keuw tiaw ni dari mula dapat keuw tiaw, sampai berjaya menjadi masakan = I minggu jangka hayatnya... semangat tu.........

Tuesday 17 August 2010

Tuesday 10 August 2010

persediaan ramadan karim



Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.




Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


untuk peringatan sendiri yang ingat-ingat lupa memanjang ini..
dulu-dulu, sebelum tido mak akan jerit niat puasa esok... kemudian masa sahur, abah plak akan ingatkan lagi untuk berniat... punya ramai tukang ingat agar berniat. kini, dewasa tiada lagi kedengaran suara mereka. cuma sekali sekala bila menelifon ada la ditanya ingat ke niat puasa. ahh terasa rindu saat-saat itu..... pasti bukan aku sahaja, namun, memang itulah hukum alam, kita pasti rindu saat-saat kita dijaga oleh mereka..

bila masa berbuka pula penuh meja untuk hari pertama. maklum hari pertama, air sahaja pasti ada dua jenis. tapi selepas hari pertama mak akan pastikan meja tidak penuh, mak cuba terapkan amalan elakan pembaziran, tapi abah memanjakan, sekali ke pasar ramadan semua abah beli, yang pasti air memang tak akan tidak dua. tapi boleh kira dengan jari bila rumah kami penuh meja dengan juadah kerana mak and abah memang akan cuba untuk ajar jangan ikut hati. kini, semua terpulang pada diri sendiri..............

tersayu dipetang hari..........

doa berbuka yang memang amalan mak tiap kali berpuasa..



Maksud: Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

p/s: terima kasih untuk blog yang saya copy paste niat dan maksudnya (lupa add blog).

Monday 9 August 2010

salam ramadan




Selamat datang ramadan.. ramadan karim..
sekali lagi kita berkesempatan untuk meraikan ramadan lagi. dan khusus untuk aku, meraikan ramadan dibumi scotland ini untuk terakhirnya.. mengikut perkiraan ramadan lepas ramadan akhirku, syawal lepas syawal akhirku. namun, kita merancang..

ramadan ini pasti terasa sayu kerana ramai yang telah tiada disini. semua telah berada bersama saudara mara di malaysia. namun, aku ingin meneruskan ramadan ini sambil berperang dengan diri untuk menunaikan amanah yang ku galas jua. bukan tidak sama, tapi sama seperti ramadan lepas, cuma ramadan kali ini aku agak terpaksa berhempas pulas antara rahmat ramadan dan persiapan akhir untuk pulang. doa ku ramadan ini memudah kan aku dan lebih berkat.......

ucapan ramadan untuk semua yang umat islam walau dimana berada. semoga ramadan kali ini lebih bererti dan lebih dilengkapi dengan amalan dari kita.

Thursday 5 August 2010

kakak saya.........

pagi tadi pukul 7 pagi aku sedar... and sangat takjub 2 hari tido hanya 4 jam... tersedar sebab kakak menaliponnnnnnnnnnnnnnnnn....

walau tido tidak cukup, masalah orang badwi sekarang makan plak cukup... aduhai nan ado aku dapat menguruskan diri nie.. tersangat teratur makan saya, hingga saya plak rasa tak nak makan... inilah manusia, masa tak der cari, dah ada bersunggut........... haishhhhhhh... lupakan ceter tu, nanti kita story mory pasal pemakanan badwi saya yang teratur.......

dek dah tak leh lelap, kira bangun la jugak..... tp banyak benda nak uruskan terutama baju yang hampir seminggu terperap tak ke dobi lagi tu..
risau plak kang bila bukak jer plastik tu, gas beracun tu buat lady lauderette tu dikejarkan ke spital........ aduiii glamer plak nanti saya kan.........

sebelum tu saya nak gelak kentang........ kerana sekarang semua jam tangan saya merangam. bateri tetiba habis dedua jam plak tu.. haishh memang jam2 nie tak der jodoh dgn saya. sebelum nie derang hilang, dah dijumpai, tak hingin dia berbakti... pergghhhhhhhhh

so, kaedahnya mobile phone tu ler jam saya.. eheh... ada txt masukkk... cceh terperanjat la kan......

lepas baca, lagi rasa macam nak tido n nak masuk mimpi jer.......
boleh kakak saya send.........

jom g perth, tambang 2K jer... kita g bawak nana.. ikut ofis trippppppppppp.......

apakahhhhhhhhhhhhh...... kakakkkkkkkkk...
hadoii la... rasa nak terguling dok membaca.. adikmu nie lom habis sekolah... sekarang jadi badwi.. peksa pun lom tau bila. so dimanakan nak diselitkan perth itu.... errrr.... apa kata ubatkanlah hati anda, sebab ada sudah pernah sampai ke perth, scotland........ hahahhahahahahahaa

marathonnnnn....

semalam rasa macam masuk marathon.......

kerana kegigihan aku, M tetiba terpa dimuka pintu ofis... hari selasa petang(padanlah sangat dengan muka tak sudah aku nie kan.....)

selepas lebih kurang diperlekeh lekai dek M, aku berjaya untuk dijadualkan berjumpa dengan dia hari rabu..... (dalam jiwa aku menjerit........OOOOOOOOOOOOO tidakkkkkk...)

hanya kerana aku dah plan nak raikan kawan yang nak balik for good ke tanahair.. tapi priority yang mana.. masalah kehidupan perlulah balance... ishh cz hat nie tak boleh tidak, jumpa M pun tak leh cancel, kawan nie pun dah tak leh cancil.. afterall, track record aku memang asyik meng cancelkan agenda jeeeeeeeee...

hajat hati nak email M hari rabu tu, tu percaturan khamis la kunon kan...... dah la keje aku tak sudah... bagusla sangat.........
jadi ginila jadinya hidup aku.....

selasa - petang..

nak tak nak, aku kena settle jugak apa yang aku janji nak bagi.. yang bagusnya aku nie. leh confirmkan yang aku akan submit tu (mana tak muka M pun dah macam muka tak sudah melayan aku kan....) so, aku dok depan pc nie sampe je area 8 lebih malam.

9 malam sampai umah
gigih aku mulakan operasi nasi ayam... tu je la aku confident... dengan incident yang berlaku plak kat umah hari tu. kegigihan aku nak siapkan makanan untuk esok tu menjadi 210% ... ngehngehngehhhhhhhh...

12 malam aku pun lenaaaaaaaaaaaa

rabu 4.15 pagi...

bekeja untuk subuhhhhh... subuh abes dalam 4 lebey maaaaaaaa.... tapi aku pun tido 4 jam je la plak bebbbbbbb.... aduhaiiiiiii

lepas solat, meneruskan apa keje sekolah yang tergendala....

8 pagi dah bergerak ke universiti... sambung keje

11 pagi terpaksa tipu sket cz kena print dah nie..... tetiba printer plak buat hal....... tapi syukur berjaya......

12 tghari berada dirumah menanti tetamu.....

2 ptg bekerja untuk meeting pukul 2.30......alhamdullilah meeting ok.. nanti rajin citer kes nie...

5 ptg bergegas janji nak meneman plak......... haishhh masa-masa nie la aku marathon kannnnnnn


pukul 7 malam berjaya berada dirumah....... and aku pun qada' tido..... nasib magrib n isya' masih leh jama.. dek kerana awalnya aku menunai tanggungjawap, langsung aku kena berjaga untuk subuh plak kaedahnyaaaaaa.....

hari nie kul 11 pagi bergegas dengan plastik beg ke dobi untuk mendobi... saya telah menjadi orang badwi, nan ada rumahhhh.... huhu gitulah kaedahnya.....

sampai uni dalam pukul 12, dammmmmmmmmmm............ semangat sudah hilang sebab berpoya-poya.......

tapi aku masih berhutang 3 chapter penting.......... god, mati la aku........... tu pasal kena dok dediam tau, kes menulis nie tak leh terkeluar radar, susah nak masuk radarrrrrrrr.... dah la janji pada diri nak kuarkan satu kes next week.....

berdoa aje la..........

Friday 30 July 2010

rasmi seafield road dalam kenangan..

30 july 2010

aku terlepas subuh kerana kepenatan........
ku bangkit uruskan apa yang patut dan kemas seboleh mungkin. kerana seboleh mungkin aku tidak mahu tuan empunya bilik sampai penat memandang. cukuplah penat travel.

aku ke dapur menikmati mee kari semalam sebagai sarapan. kemudia bergegas ke seafield road untuk kali terakhir secara rasmi. banyak nak aku rakamkan, tapi aku berkejar dengan masa. sampai aja aku rakamkan dulu sudut-sudut kenangan aku disitu. kemudian menanti dan dalam 10.15, tuan tanah sampai. selepas selsai semua.. aku serahkan kunci dan benar macam tuan tanah kata aku pasti rindukan rumah itu.. eya, 3 tahun aku disitu..... aku berlalu pergi. pergi tanpa menutup pintu untuk kali terakhir, pergi tanpa mengunci pintu untuk kali terakhir.

hajat hati ingin rakamkan laman belakang dan batu menunggu... dan jalan-jalan yang menyayat hatiku. tapi kukuburkan dulu kerana aku ingin pastikan aku kembali lagi ke situ.......... kerana aku berhutang pada diri sendiri, aku perlu lunaskannya nanti...............

aku berlalu pergi... terasa kosong pandangan seperti kosongnya hatiku......

tiba di university, aku tak mampu menguruskan diri dulu..... kepenatan semalam, kesayuan semalam dan tadi, membuat aku hanyut dalam sedar........ tapi kubiarkan dulu diri untuk bertatih dengan jalan baru ini....... kini jam 8 malam... dan ku kira ku membawa diri disini hingga esok........

hanya pada Mu ku harapan kekuatan dan permudahkan setiap inci perjalanan ini...........

perjalanan semalam yang terpahat

29 july 2009, 6.30 pm selepas selesai berblog..

selesai mencoret cerita pedih, aku ku membawa diri ke bawah rumah. niat hati untuk menghayati detik minit-minit akhir aku di seafield road.......

jika tidak silap jam dalam 6.30 petang. sebelum itu aku sudah membawa sedikit-sedikit barang turun. yang tinggal hanya satu beg besar standard, back pack since feb 2007 and beg sekolah untuk ku sisi lappy. pintu ku biar terbuka.....

ku ke bawah, di dua batu yang 3 tahun dulunya ku duduk menunggu, kini ku disini lagi menunggu tapi menunggu untuk pergi... ironinya, dulu gizmo juga disitu sewaktu aku menunggu, hari ini pun begitu... cuma dulunya dia eksyen, kali ini dia ramah... kejap pergi jauh kejap hampir dekat...

tak pasti telah kunyatakan atau tidak sebelumnya, aku tiba dirumah lebih kurang jam 4lebih, tak sampai 4.30 pun. ku tuju ke rumah sebagaimana biasa, gizmo didepan pintu rumah ku. ku buka pintu, dia terpa masuk... berjalan sana sini, aku pun berbual dengannya... sungguh seperti memahami aku akan pergi..... selepas bermain-main dengan dia, dia pun pergi.. aku mulakan memindah barang sambil chat dengan kakak. hakikat rasa nak lelap sebentar tapi kerana risau akan susahkan orang kemudian, baiklah ku bawa segala sedikit-dikit dengan kudrat yang ada.

sewaktu dibawah, gizmo ada lagi... dan aku berceloteh dibawah dengan kenalan lama.. kerana terasa sudah bahang untuk meninggalkan daerah ini dalam kesibukan aku melengkapkan kerja tertangguh ini. doaku agar dipermudahkan untuk 3 tajuk besar ini lagi... berat mana hati, secinta mana diri disini, namun, ramai yang seiring telah pergi... pasti diri terasa perlu beredar kini...

dalam pada aku sendiri, terdetik di hati nak lihat laman belakang, ku jengah rupanya neighbourku sedang mengambil gambar orange .. semua tu untuk ku.. gizmo pun turut ke belakang. kami bersama menhabiskan masa akhir bersama orange n gizmo. ku biarkan dia menjalankan rasa kejiranannya kepada ku. dan benar bagai dia kata, selalunya orange and gizmo akan tidor petang atau dirumah. tapi hari ini agak pelik, terutama gizmo, jarang dia diluar dalam pukul 7 tu. kami berbual dan aku mengambil gambar dia bersama kucing-kucingnya. namun, tiada pula yang boleh mengambilkan gambar kami. kemudian dia kata nanti dia jumpa lagi. aku teruskan berbual dengan kenalan lama kembali. tapi tak lama dia muncul lagi, kali ini mengembalikan cover camera aku. eya selepas dari isnin dia mengetuk pintu rumah (yang aku tak hiraukan kerana hapak mengemas rumah, selasa dia mengetuk lagi pintu rumah and bertanya aku tak nak ke ambil gambar gizmo and orange. rabu aku serahkan camera padanya. kemudia dia pergi lagi. aku hubungi kenalan semula. tak lama kemudian dia datang lagi, terus kami sambung bicara. dia memberi detail diri untuk aku hubungi nanti. aku sangat terharu... matanya berkaca, aku juga........ akhirnya terhambur titisan jernih dari kelopak ini. aku ucap terima kasih pada jiran yang agak baik dan hormat sesama manusia ini. dia tidak la baik hingga minum kopi bersama, namun, tiap masa yang patut dia akan ada. hingga untuk pulang ke malaysia pun, usah gusar kerana dia akan tengokkan apa saja yang patut. terbukti bila aku pulang ajer. dia akan menyambut ku dari pintu rumahnya.

8 malam
aku dihubungi kerana mereka yang membantu telah tiba. aku kenalkan jiranku itu pada suami isteri yang comel, yang banyak membantuku hari itu. kemudia ku selesaikan 2 beg terakhirku dan mengunci pintu itu untuk kali terakhir.. hingga memasukkan barang ke kereta jiranku membantu, kemudia kami bergambar akhir dan berakhirlah hidupku di seafield road..........

tiba di rosefield street dan dibantu mereka yang untuk naik ketingkat 4. alhamdullilah sekali jalan barang semua selamat.

rezeki malam itu aku amat berterima kasih pada kenalan lain. aku hanya sediakan jus dan pizza yang kuminta kawan belikan. namun, hidangan mee kari menanti pula. alhamdullilah dikelilingi mereka yang amat perihatin walau aku agar menyendiri selalu.

10 pm.
semua pulang, dan aku menguruskan diri kerana esok empunya bilik kembali, aku akan menumpang bersama dalam satu bilik mungkin sehingga raya. sebelum ku lelapkan mata kulihat satu persatu gambar yang ada. pilu hati mengenang ku bukan disitu lagi........

Thursday 29 July 2010

seafield road dalam kenangan

emosi: sedih, tersayat hati, berat hati, segala yang seangkatan...

akulah manusia yang tak pandai bersyukur... akulah manusia yang tak pernah bersyukur.... akulah manusia yang tak pernah puas.

3 tahun lalu, aku menangis untuk hadir ditanah ini..... kini, aku menangis untuk melalui detik-detik meninggalkan daerah ini.........

sekarang 6.15, ikut percaturan aku akan pergi dari rumah ini...... jam 8 malam. menanti mereka-mereka untuk membantuku menumpang pula didaerah lain. namun, ianya tak asing bagiku....... kerana situlah tempatnya aku menampak setiap weekend, menumpang rumah itu 3 tahun yang lalu kerana aku belum punya tempat berteduh. Ya Rabbi, sungguh KAU lah yang maha mengetahui. susunan mu itu adalah terapi untuk ku......

apalah manusia aku ini. hadir menagis, pergi menangis.........

flat 2 left, 46 seafield road, dundee.

banyak kenangan disini. kali pertama aku melihatnya, hati terus terpaut. walau aku pernah membayar deposit untuk forest street kerana percaturan kewangan, situ lebih sesuai denganku. namun, sungguh rezeki ku bukan disiu.

seafield road ku jumpai dikedai halal. masa tu, sahabat lama membantu untuk mencari rumah. adik itu telah 3 tahun pergi dari sini. 3 tahun lalu jua semasa menunggu agen aku berjumpa gizmo, namun tatkala itu gizmo masih bertuan, belum lagi bertukar dengan tuan......

sekali melihat rumah ini, hati memang terus terpaut. aku berani jamin siapa pun lihat pasti berpaut.. walau laluan belakang itu agak tidak menceriakan, namun, rumah ini sendiri sedap untuk didiami. sesungguhnya aku amat berat hati tiap kali ada yang cadangkan aku berpindah. kerana hanya aku sahaja didaerah ini dulu. cuma barulah setahun lalu ada jiran baru, kawasan sama tapi tetap jua berjarak ...

padang disebelah rumah ini kadang tempat aku melepas rasa lelah, rasa sedih....... sungai yang jauh itu tempat aku membuang rinduku...... jalan liku-liku kawasan ini, membuat aku berfikir sambil menikmati hirupan udara....... kini aku mula meniti jalan pulang. satu-satu ILAHI aturkan...........

aku akan rindu laluan ini...... tersayat rasa hati bila titisan air mata ditahan........

tapi kerana tempatku bukan disini. aku haruslah bersyukur dengan susunan ILAHI, pinjaman ILAHI.......... luaran ku nampak keras, kasar, tapi jiwa ku luluh, lembut sungguh pilu hanya untuk meninggalkan rumah ini........ pasti ada yang mencebik, tapi kita berlainan cara.

28/5/2007 kaki melangkah masuk..
29/7/2010 kaki melangkah pergi..

esok jam 10 pagi adalah kali akhir aku lalui jalan ini ........ untuk penyerahan kunci. ALLAH kuatkan aku melalui jalan akhir aku yang ku telah susunkan..............

Monday 26 July 2010

4 hari lagi...........

perasaan tak menentu.....
aku telan panadol, kemudian mata pun terlena........ tapi serasa tak sampai setengah jam aku terjaga semula........tandanya aku stress...........

aku kena realistik dan aku kena akur........
aku jauh dari garisan penamat, tapi aku tak tahu macam mana nak atur yang berbaki ini... jalan yang ku pilih, ternyata agak sukar... dan buat masa ini, seakan semuanya memakan diri sendiri...........

tapi lebih lagi hati nie rasa perit sendiri........
aku mengemas lagi hari ini......... mengemas untuk terakhir kali didaerah ini........
terasa berat........ bukan sahaja berat hati, tapi beratnya melunaskan tugasan akhir ini.... tatkala ini, aku berhenti dan berada didepan pc ini.......

berat rasa dihati mengenang aku melepaskan satu persatu disini........
suka atau tidak, inilah aturan hidupku selama 3 tahun lalu.......
disinilah aku terus berdiri meniti hari............ namun, kini tinggal beberapa hari sahaja aku disini...........

perjalanan belum tamat, tapi aku akan kembali ke liku dulu seperi kelmarin .....
terasa sangat aturan ilahi itu......... jalan mana aku datang, liku itu kulalui jua.....

sesusah mana mahu ke sampai........ sesusah itu jua untuk ku pergi.........

aku perlu cepat........ kerana aku tiada masa lagi.......
rasa hati keadaan mampu untuk 2 bulan lagi........ namun, aku harus ikut tetap dengan jadual ini........

cuma doaku, agar M turut bersama dalam aku melanjutkan percaturan ini.......kerana aku tidak ingin kembali untuk menyusahkan sesapa lagi nanti...........

Thursday 22 July 2010

status rojak

sesuai kot penggunaan title aku tu...

aku tak sempat dah rasa. stress jangan cakap sampai rasa makan panadol macam makan cekolat... salah sendiri adalah 80%, 20% lagi nak jugak bagi share kat sv.

lagi rasa tertekan sebab tengok orang yang eksennnnnnnn.......... eee adakah aku yang melebih... tp kalau dia nampak aku, dia siap lari... gila apa kan........ so terang lagi bersuluh.... yea am kadang terlebey sensitip, tapi nie bukti nyata yea... nyataaaaaaaaaa.... jadi begang gila aku sebab apa kes, nak habis, habis je la... yang lari bila jumpa aku apasal....... aku buat apa...... tapi dolu-dolu ko dok datang jenuh tanya itu ini, dah dah itu bukan tajuk aku sebenarnyaaaa........

status rojak sebab, bila aku korek-korek kocek kat coat aku nie nak amek barang... ya rabbi...... memacam kuar sebelum nak jumpa apa aku cari... mana la tak gedoboh baju kan.... dah la comelllllll..........

dalam nak cari kunci.... kuar segumpal duit bersalut tisu........ ada lagi, tersangkut plak kat spec... ada lagi... lekat plak dengan pen.. bukan satu plak tu, pen, pensil, pen colour2... ok kunon tuko plak poket sebelah...... tu banyak duit aku ni....... segumpal lagi duit kuar... tisu lagi. sungguh feminin kan... lepas minyak kapak la, gula-gula2 la... sampul gula2... haishhh aku rasa nasib la banyak tu je beso kocek... kot beso lagi silap2 berus gigi pun aku taruk kot.........

penangan keje last minit.... tak akan pernah aku belajar dari masalah gini.........

Thursday 8 July 2010

sabar itu ada tahapnya........

ekceli masa mula tulis nie...... start dengan dulu kali nie. so baru nak menaip dengar lagu kat blog nie...... ngehngehngeh.... ekceli sebagaimana lama blog nie terbiar, lama laaaaaaagggiii tuan tanah tak dengar lagu kat sini...

ayat awal sabar tu dah macam penat kan........ lagu nie plak menjadikan mood senada and seirama la pulok.......

nie kisahnya sabar dengan kerenah diri......... adoiii adakah rezeki itu telah selesai dijalan ini......... hilang kata diri kerana hampir setahun melayan kerenah diri tapi masih juga begini.........

ishhh nak salahkan sapa nie........ dan tentu sendiri punya tanah, sendiri yang corak kan....... iashhh.......... kena cari akal nie.......

dah tak boleh terus begini..........

hermmmmmmmmm....................

Wednesday 7 July 2010

55...

angka di atas adalah sesuatu.. tapi apa yang aku nak tangiskan tiada kena mengena dengan angka atau berkaitan dengan sesuatu itu......

rasa tersedih tak semena-mena. ekceli semena-mena.. cumanya tak boleh share disini kerana tersangat personal. tapi ekcelinya, kes nie tak der apa pun, tp kira cam ada bau-bau la yang buat aku boleh sedih... itu kenyataannya. tapi yang tersirat boleh membuat aku rasa terduduk jugak. ia tidak libatkan aku secara nyata tapi secara tersirat.......

cuma nak katanya............... aku sedih... hanya DIA mampu menolong. perasaan ini sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.................

Sunday 4 July 2010

tiba-tiba

tetiba hujan lebat.......... tetiba hujan berhenti selepas 5 minit.
aku???

aku tetiba mencari sesuatu di dapur....... terjumpa yogurt yang kakak beli. tetiba rasa nak makan dan lantas aku jamah yogurt itu. dalam benak fikiran berputar..... eee yek yogurtttttttttt...menda-menda dairy base nie memang aku kurang.. errr kalau western la. cuba kalau ke asian yang sealiran tuu... teh tarik, masak lemak..... ok la pulok kan......

perisa strawberry yang ku makan....... suapan pertama mengembalikan ingatan pada suatu ketika dulu (dalam 3/4 tahun nie) aku pernah cuba dan pernah membenarkan nikmat rasa yogurt itu. entah bagaimana, ingatan menjala pada amemo..... laju terpacul difikiran....... patut la amem suka yogurt......

ahhh....... aku terasa penat dan ingin pulang...... janjiku pada amem dulu telah aku mungkiri.......... teringat aku kenangan dulu. malam-malam aku berteleku dimeja untuk exam ielts..... amem la peneman. sungguh berat kaki untuk melangkah. ku kata pada amem......
'amem....amem tunggu long yea.... 3 tahun je long pergi...'
hakikat, hatiku berat nak kata amem akan melebehi dari 9 tahun..... waktu tu pun amem dah 4/5 tahun.

kuasa ilahi sesungguhnya, aku yang tergelincir dari perjanjian diri. tepat 3 tahun aku pergi.... amem setia menunggu..... genap sebulan selepas itu amem pergi.... sungguh amem setiasa menunggu....

ilahi tolaong lah aku......... benar hati terpaut disini. tapi aku tak der daya untuk bertahan lagi. Ilahi, hanya pada mu berserah diri untuk kekuatan menghadapi baki hari-hari yang ada ini..........

Thursday 1 July 2010

alhamdullilahhhhh..............

alhamdullilah..............

satu ungkapan yang biasa kedengaran. namun, segalanya hanyalah suatu perkataan yang mudah diucap jika ia tidak hadir bersama satu pengertian dan keinsafan atas kekuasaan Nya melapangkan segala laluan pada hambanya. kata-kata ini adalah untuk peringatan diri sendiri tanpa cenderung pada sesiapa sahaja.

sesungguhnya dari may hingga june aku terasa sesak untuk bernafas. segala kepincangan lahir dari kelemahan diri sendiri. bagaimanapun, tanpa satu perancangan yang rapi. laluan dipermudahkan dengan kehadiran kakak memberi sokongan. sekecil-kecil kuman, kehadiran keluarga selalu memberi segunung harapan dan semangat. dalam menempuh onar dan lakonan duniawi, aku yang hampir terjarap kerana mudah benar tewas dalam peperangan nafsu diri. mampu berpaut pada bahu keluarga sebelum aku terus melakar warna-warna kelabu pada diri sendiri. namun, lahirnya manusia berserta beribu perasaan dan warna warni lakonan. lantas, setiap perlakuan tidak pernah dapat diimbang antara yang emosi diri dan pemerhati. namun, aku akur atas segala kelemahan diri. bagi kalian, ungkaplah apa sahaja dan selagi tidak sampai ke pendengaran ini ku kira kita tidak berhutang apa jua. dan aku amat berharap hati ini, diri ini dapat menjarakkan diri dari segala prasangka.... kerana itu gambaran insan yang berdosa yang serba kekurangan.

tinggalkan nota pelik ini, beralih pada realiti yang tiada membabit segala insiden yang berbaur perit. bagaimana dikata, tanpa perancangan rapi dengan izin ILAHI kakak tiba menganti bonda dalam membantu aku mengimbangi diri. sesungguhnya penat yang tak terkata dalam masa 10 hari ini. ini adalah antara titik-titik akhir aku untuk persiapan kembali ke tanahair. banyak yang tidak kepastian, namun yang pasti segalanya kini telah tiada disisi. dari A-Z, kami cuba kemudi sendiri. dengan izin NYA dan bantuan dari mereka disisi, akhirnya yang dirancangan berjalan lancar. dengan pendekatan, yang mampu lakukan sendiri, yang patut pertolangan dicari. akhirnya selesailah segala bebanan dibahu dan didahi pada 26 June lalu.

walau mungkin seribu warna terpancar dari setiap yang berlaku. namun, aku redha dan berlapang dada. dan sesungguhnya aku amat berterima kasih pada semua. terang aku kata pada semua, terutama mereka yang berkampung disini. sekecil-kecil bantuan adalah pertanyaan khabar yang di lafaz, cukup membuat diri terasa besar semangat seketika. untuk kenalan rapat jauh dan dekat, bantuan dari segi pemikiran atau tenaga. segala yang kalian hamparkan tiada satu dapat dibalas, hanya doa agar kalian dipermudahkan dan diberkati yang mampu ku lakukan. seterusnya kakak dan keluarga, kehadiran kakak secara fizikal dan keluarga ditanahair yang tak henti bertanya khabar bermula dari kakak hadir hingga ke tarikh kepulangannya. itulah satu talian kekeluargaan. biar jauh dimata, namun kasih itu tetap sampai bila ia dipanjangkan biarpun tanpa jasad yang hadir.

aku sungguh berlapang dada dengan susunan ILAHI ini, sesungguhnya inilah yang terbaik untuk ku. kini aku lalui jalan-jalan akhir sebelum diri sendiri berlepas ke tanahair bersama persiapan yang perlu pulang bersama. kerana perjalanan disini sebenarnya belum berakhir.............