�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Tuesday, 25 December 2012

dalam kesah aku mencari sesuatu yang tak pasti..

penutup 2012 semakin hampir. pelbagai laluan ku lalui selama setahun ini. aku berhijrah dari satu fasa kehidupan ke fasa yang baru, baik untuk kerjaya dan status diri. perasaanku?? pelbagai rasa. ada sedih, ada gembira, ada sebak ada terluka, banyak jua yang ku biar alpa sahaja.. dipenghujung tahun, diri makin kuat meronta untuk ke daerah asing dulu. jujurnya aku serasanya lemas dalam kemelut kehidupan kini. banyak persoalan tanpa jawapan. banyak tanggungjawap samada untuk kerjaya atau sebagai anak. jujurnya aku lemas dan penat... merindui saat lalu serasa bahagia diri walau sendiri disana. sepi sememangnya sepi kerana sendiri. tapi kadang sukar diri mengupas persoalan diri bila diri tidak lagi sendiri. tidak bersyukurkah aku dengan layanan ILAHI.. tamak kah aku bila kerap mempersoalankan serba serbi.. tapi dalam diam naluri wanita ku terus mencari jawapan bagi persoalan yang tak tahu patutkah lagi.. sebagai pekerja tanggungjawapku melaksanakan amanah yang diberi. sebagai anak tanggungjawap ku terhadap ibubapa dan adik beradik. sebagai isteri tanggungjawapku pada suami.. peratus kesukaran ini bertambah dengan pertambahan status diri.. adakah mereka diluar sana sama denganku... adakah kerana kealpaan aku dalam melaksanakan tanggungjawap ku terhadap NYA membuat aku lemas dalam tembok kesukaran yang tidak ada penentunya....... ILAHI sesungguhnya.....jika benar jalan ini ketetapan MU buat diriku, KAU bantulah aku yang lemah ini agar gagah aku melayari hari-hariku atas jalan agama MU....

Monday, 26 November 2012

rindu ini.........

lama sudah aku tidak mencoret disini... dalam masa ini pelbagai perkara yang berlaku. ingin aku panjangkan disini untuk tatapanku suatu masa nanti namun masa sentiasa tidak cukup bagiku. ini pun kucuri-curi untuk melempiaskan rasa rinduku pada satu kehidupan yang lalu....... terasa sayu hati bila mengenang saat-saat suka duka diri dirantau. rasa hati ini digamit kenangan lalu kerana diri tidak henti dengan roda kehidupan baru. pusingan roda terus berlalu tanpa henti. tiap persinggahan membawa kepada suatu tanggungan yang perlu diselesaikan. dek kerana itu, diri terasa penat.. tapi itulah sebuah kehidupan.. bukan aku disana tiada tanggungan.. bukan aku disana tiada perkara perlu diselesaikan. tapi bezanya aku merantau sendiri.. segalanya berasaskan diri untuk diri.. aku hentikan pusingan roda kehidupan, akulah mangsanya... jadi pasrah sahaja atas setiap kesan atas tindakan sendiri.. walau keluarga terasa tempiasnya tapi aku lebih hakiki terkena badinya.. tapi kini, semua keputusan laluan rodaku melibatkan insan-insan lain. sekilas bicara, malas aku untuk belajar kesannya pelajar-pelajarku yang akan lewat dan mungkin tidak memahami apa yang sepatutnya.. malas aku untuk menjawap persoalan keluarga, mudarat bagi ikatan kekeluargaan.. dalam kehidupan ini, terlalu banyak yang perlu kita korbankan untuk meneruskan perjalanan sebuah kehidupan.. sukarnya mengajar diri, sukarnya untuk belajar... sukar lagi untuk mengemudi hari-hari seorang aku............... bertitik tolak dari sini, aku merindui daerah itu... dalam keperitan mengemudi hari-hariku, aku masih mampu menyulam diri dengan keasyikan hidup dirantauan.. masihkan ada peluang itu sekali lagi....

Tuesday, 28 August 2012

SyaWal 1433H/Ogos 2012

Belum terlewat lagi rasanya menguncapkan salam syawal pada yang melewati laman ini. Syawal ini terasa berbeza sekali kerana syawal pertama aku bergelar isteri. Syukur segalanya berlalu dengan lancar. tiada sekelumit rasa tidak senang atau terasa hati dalam melewati syawal bersama dua keluarga kini.. terasa ramadan lalu sangat berbeza dari ramadan sebelum-sebelum ini. lagi aku amat terasa ramadan lalu mengheret ingatanku pada suami terlalu mendalam. terus terang hati rasa lemas dengan perubahan rasa ini. mungkin inilah yang dikatakan Allah limpahkan rasa kasih antara kita... rentetan ramadan itu, syawal tiba lebih mengharukan lagi bila melihat en suami berkorban rasa bila inilah kali pertama en suami beraya dirantauan. sesungguhnya suami ku dimataku amat perihatin dan baik orangnya. dalam kami cuba menyulam kasih, aku pasti dia berusaha untuk menimbang segala perkara sebaik-baiknya. Allah aku bersyukur dengan rahmatmu, Ya rabbi anugerahkanlah aku segala kesabaran dan kesyukuran dalam kami menyulam kasih ini. Ya Karim jangalah kau biarkan aku lalai dengan pemberianMu ini. Semoga kami mampu menjayakan keluarga dengan rahmat Mu dan atas jalan yang KAU redhai.......

Tuesday, 31 July 2012

ramadan 1433H/2012

Ramadan kali ini amat berbeza sekali dari ramadan sebelum-sebelum ini. ramadan kali ini ramadan kedua aku berada dibumi sendiri selepas lebih 3 tahun diperantauan. rindu pada kenangan lalu, indah dan semaraknya ramadan kareem dibumi dundee tersemat indah dihati. berada dirantauan membuat aku lebih menghayati ramadan dan lebih tepat menyelami diri seorang muslim ini. suasana berbeza telah kurasa pada tahun lalu. terasa diri begitu jauh selepas merantau sekian lama, tiap minggu aku pulang ke kampung berbuka bersama bonda. kewangan sememangnya kekangan tetapi ntah rahmat ILAHI dalam aku cuba membahagiakan hati-hati tua yang lama ku tinggalkan, segalanya seakan mudah dan ntah bagaimana segalanya cukup belaka. sesungguhnya aturan ILAHI itu indah, namun kita sering gagal menyelami kerana lebih leka pada dasar yang terselah. tanpa sebarang jangkaan tahun 2012 ini aku bergelar isteri lantas memberi pengalaman baru pada ramadan ini juga. walau telah 11 hari ramadan berlalu, masih sempat aku mencoret rentetan ramadan 1 aku ini. tidak aku nafikan terasa janggal pada ramadan ini. sahur 1 ramadan aku bersama suami dikampungnya, yang jua rumahnya memandangkan dia bekerja disana. walau telah lebih 15 tahun mengenali keluarga ini, kekok tetap terasa kerana hadirku sebagai isteri, menantu dan ipar... lebih lagi lebih 6 tahun aku menyepi dari keluarga ini. comeback ini agak mengerikan diri aku sendiri. dalam aku mencuba imbangi diri dalam suasana keluarga baru ini, aku bersyukur kerana aku dikurniakan mereka yang memahami dan banyak membantu aku dalam perjalanan ini.terutamanya dalam aku melaksanakan tugasku sebagai isteri. walau aku telah berusia namun kerana rasa sedia itu tiba-tiba banyak juga terkadang aku terseliuh. lupa diri itu isteri pada si dia. 1 ramadan jua merupakan kali pertama aku bermalam dirumah mertua selepas hampir 2 bulan kami bernikah. segalanya terasa pelik namun alhamdullilah layanan suami membuat aku terasa diterima. bagaimanapun, aku tidak nafikan aku sukar untuk melelapkan mata. malah bukan aku saja, suami pun begitu. telahan aku dia pasti terasa tidak selesa kerana tetiba bilik itu tidor berdua. aku pastinya tidak mudah selesa kerana inilah kali pertama bermalam dibilik sidia. bunyi seakan pelik untuk kami pasangan suamisteri ini, namun rasionalnya bagiku kerana kami PJJ. kalau diikut kami bersama hujung minggu sahaja. banyak yang masih perlu difahami. dalam keindahan menongkah arus, kami jua tak terlepas dari dugaan walau perjalanan ini masih singkat. namun alhamdullilah dalam 5 hari lagi genap 3 bulan usia pernikahan ini. tengahari 1 ramadan kami bertolak ke johor dan berbuka dirumah orang tuaku. seboleh mungkin kami cuba untuk raikan orang tua kami dalam kami melayari bahtera keluarga ini. 2 ramadan berbuka pula dirumah mertua selepas bersahur di rumahku. walau masanya singkat, dengan kekangan yang ada dari kewangan, masa dan lain-lain.. harapku agar kedua keluarga memahami dan memberi kami lebih masa untuk membiasakan diri. walau kami nampak dewasa tapi kami selalu alpa kerana mungkin biasa sendiri lagi. dalam pada itu, hati terharu kerana 1 ramadan kali pertama kami berjemaah suamisteri. terawih 1 ramadan solat pertama kami bersama. aku bersyukur kerana doaku dikabulkan. seorang suami yang mampu mengimamkan solatku, seorang suami yang tidak mengeyakan bila langkahku pesong. benar ALLAH tidak mendatangkan bahagia itu mudah, pasti bahagia datang beiringan dugaan. doaku agar mampu aku tempoh dugaan yang mendatang dalam aku meraih bahagia ini.................

Wednesday, 18 July 2012

Salam Ramadan 1433H

daerah asing itu mengamit hati.......

diremang senja aku kesini lagi... dalam menanti detik masa munculnya magrib, hati tercarik rasa rindu pada tanah asing itu. satu kehidupan yang tidak akan pernah aku lalui lagi.......... tahun ini sangat lewat aku melangsaikan hutang ku pada suruhan NYA. hingga detik akhir masih lagi aku bergelut dengan satu tanggungjawap. doaku agar mampu aku laksanakan tanggungjawap ini. Doaku aagar dimasa depan aku tidak alpa lagi dengan suruhan MU ILAHI.. dalam pada menanti masa ini, kepala berputar pada satu kehidupan yang asing pada 2007 lalu. tapi kini nyaman udara, cantik suasana itulah yang aku rindui. dalam gagah diri melalui detik-detik masa waktu dulu, manisnya amatlah terserlah kini. dalam rindu pada wajah-wajah kesayangan diri, diri hakikatnya senang dengan kehidupan lalu itu. dalam diri bergelut dengan perjalanan diri, mudah lagi menghayati nasib diri dan mensyukuri apa yang telah diberi. sesungguhnya aku rindukan ketenangan itu.... sesungguhnya aku rindukan detik lalu... walau sendiri, tapi biarlah sendiri dari 'sendiri' tapi sebenarnya bersama, berdua.. ILAHI teguhkanlah iman ini, kuatkanlah diri ini dalam menyelami erti sebuah kesyukuran atas anugerah Mu ini......

Thursday, 12 July 2012

kini bulan ke 2 sudah.......

pantas masa berlalu..... lama rasanya aku tinggalkan ruangan ini. disinilah aku dulu selalu berlagu... sedih, pilu, gembira.. teruja semuanya ku lempiaskan disini.. kini semuanya agak sukar... bukan kerana aku pinggirkannya.. namun batas masa membuat sukar diri berada disini..... sesungguhnya terlalu banyak yang ingin ku perkatakan... hingga tidak pasti mana patut didahulukan...... namun, ingin aku catatkan jua biar perjalanan cerita mungkin tidak mengikut susunan masa... syukur ku panjatkan pada ILAHI.. June 19, 2012 akhirnya aku sudahkan perjalanan cerita yang aku mulakan sejak 2007 lalu.. ALLAH hanya padamu aku bersyukur... atas sokongan keluarga aku tiba di tanah UK sekali lagi. Namun, kejayaan itu hanya diraikan bersama dia yang bergelar suami. perasaanku sesungguhnya bercampur baur... tidak dapat dibayangkan perasaan itu dengan kata-kata tatkala berada dalam dewan besar itu. jika mampu, mahu ku bawa seluruh keluarga yang bersama bergelut dalam aku meraih kejayaan hari ini. Inilah detik kejayaan yang bonda tidak turut sama sedangkan bondalah teraju utama. sukar ku gambar rasa hati. namun, syukur suami disisi walau usia perkahwinan kami amat muda. dialah satu-satunya insan yang hampir denganku tika itu... terima kasih abah... desakan abah, pengorbanan mak, kakak dan gg membawa aku ke pentas itu. entah bila masanya aku mampu membayar tiap pengorbanan itu....... banyak rasa yang ada namun tidak mampu aku satukan semua disini....... 5 Julai genap usia 2 bulan perkahwinan ku..... syukur satu lagi perjalanan mampu aku lalui.. hanya ILAHI mengetahui perjalanan cerita ini... mudahku kata diri terasa seakan masih berkawan bersama suami... seakan rakan karib kepadanya... bezanya dia serumah denganku... mungkin beginilah rasa bila perkahwinan jarak jauh. namun, aku panjat syukur pada ILAHI kerana pada usia begini masih lagi diberi rezeki untuk menjadi seorang isteri. ILAHI padamu ku panjatkan doa ini, agar aku diberi ketabahan dan kekuatan dan kesabaran dalam melalui liku kehidupan seorang yang bergelar isteri............ ILAHI padamu kupanjatkan doa ini, agar aku dirahmati dan diberkati dalam aku bergelar seorang islam, isteri, anak dan kakak........

Thursday, 7 June 2012

alhamdullilah selangkah kami.... 5/52012 -5/6/2012

Alhamdullilah... dalam diam selangkah sudah kami melangkah.. dunia baru, alam baru, cara baru, orang baru... segalanya perlukan masa untuk cuba bersatu dan disatukan. namun, syukur ku panjatkan pada Nya atas segala limpahan nikmat yang dirasa. dalam gelora rasa aku jua tidak lepas dari bisikan syaitan dalam mengaburi imbangan pemikiran diri. namun bersama dia, dengan izin ILAHI kami berjaya jelajahi sebulan bergelar suami isteri..

Friday, 18 May 2012

14 hari berlalu.......

terlalu banyak yang ingin diperkata... terlalu banyak yang harus disembunyikan... sesungguhnya laluan manapun tidak akan pernah tidak diduga... 14 hari telah berlalu... ada manis ada ragamnya. keras hukumnya bila ku katakan terduga aku dalam usia perjalanan yang masih sangat mentah ini. aku sendiri tidak pasti beginikah rasanya yang patut aku alami. aku soroti perjalanan diri, aku soroti sejarah diri dan aku fahami banyak laluan berduri akan aku tempohi. namun, wajarkah rasa begini yang aku terokai... aku sendiri tidak pasti. siapakah penyumbang pada sumbang langkah tari ini aku pun tak tahu. kurang bersabarkah aku... tiada langsungkah kebenaran pada rasa hatiku......... leka aku atas anugerah ilahi ini lantas aku diduga begini. Ya Ilahi kuatkanlah kesabaran dihati ini............. kuatkan kesabaran dalam aku tangani rasa amarah diri...... kuatkanlah kesabaran dalam aku melangkah hari-hari mendatang ini................ kuatkanlah kesabaran diri dari titis-titis tangis ini... sangat mentah usia perjalanan ini untuk aku sirami dengan butiran tangis ini..................

Tuesday, 15 May 2012

alhamdullilah ..............

alhamdullilah Illahi atas kurniaan mu ini. hampir 12 hari bergelar seorang isteri tidak banyak perubahan fizikal yang berlaku. mungkin kerana banyak faktor luar yang mempengaruhi. faktor jarak jauh, faktor baru mengenali. terlalu banyak yang ingin ku perkatakan namun tidak ku rasa tercapai segalanya disini......... sesungguhnya ikatan kami ini adalah aturan ILAHI. sukar untuk kami nyatakan tapi penyebab aturan ini adalah kerana keluarga. baik suami mahupun aku, menyedari laluan ini adalah dorongan keluarga. namun, rasa kekok dan perasaan yang dingin itu pergi setelah lafaz akad itu selesai. naluri perempuan yang ingin melindungi diri dari terluka masih menebal disanubariku. namun, hampir 7 hari bersama, hanya terpisah sehari diri mula rasa perubahan emosi. disebalik kematangan usia, tidak dapat aku menidakkan banyak perkara yang menyentuh hati naluri wanitaku. sesungguhnya aku tidak mengenalinya. sesungguhnya aku tidak melihat keistimewaannya yang terselindung selama ini. doaku agar dia terus menerima aku seadaannya. hatiku amat terusik mendengar kalimah Allah yang dilafaz disubuh hari selepas sehari bergelar suami. aku rindu mendengar alunan ayat-ayat Allah dalam dia mengerjakan solatnya. ucapan bismillah tidak lekang dari bibir dalam setiap perbuatannya. tingkah hormat pada kedua ibubapaku tidak sekali ku anggap lakonan. aku rindu melihat wajahnya yang segar seselesainya berwdhu. paling hatiku terkedu tatkala lafaz bismillah diucap tika disentuhnya bahuku ini. Allah ya rabbi...... anugerah mu ini sungguh besar....... aku yang alpa aku yang kurang ilmu Mu ini sesungguhnya mengharapkan seseorang yang mampu memimpinku. serasaku anugerahmu ini memperkenanakan doaku selama ini. ukuran ilmu agama bukanlah satu garis dalam menilai keperibadian atau tinggi ilmu seseorang tapi penghayatan islam yang ditafsirkan dalam kehidupan itu lebih bermakna dari berilmu tanpa amal. terus terang hatiku tersentuh dan merintih kerana susunan mu ini. dalam kesibukan diakhir zaman, suami bagaimana lagi mahu ku cari. ku sedar terlalu awal untuk aku katakan segalanya indah, namun tiada lakonan dapat dilakonkan bila berkait dengan tiang agama. ku sedar disebalik kegembiraan ini banyak lagi dugaan mendatang. doaku dugaan dan kelemahan yang datang dapat kutangani dengan kesabaran........... disebalik wajah seriusnya, banyak jenaka dan sifat-sifat manja yang mencuit hatiku. perkara remeh tapi teruja bagiku. butiran makanan yang tidak elok, dibungkus rapi untuk dibawa pulang bagi ayam dikampung. aku terkedu.... mungkin biasa bagi orang lain tapi sikap perihatin ini menyentuh naluri wanitaku. terlalu banyak ingin ku perkata tapi tidak mungkin semuanya terhambur disini. satu saja doaku, disebalik 1001 permasalah yang berlaku sebelum ini, disebalik 1001 perasaan yang kita perangi sebelum ini, doa ku agar kita mampu redha dan menerima semua ini dengan jujur dan ikhlas. doaku agar dia lebih memahamiku disebalik kekerasan yang terpamer didiri. limpah kasih yang ALLAH lempar padaku untuknya semoga dia turut merasai kasihnya padaku..... suamiku, ku sedar banyak kekurangan pada diri ini. ku sedar kemampuan mu untuk yang lebih baik lagi. namun, aturan ILAHI mengikat kita kini. aku wanita yang hatinya mudah tersentuh dalam mengasihi mu, aku wanita yang hatinya jua mudah tersentuh kerana kekurangan diri sendiri ini. pohonku, jelaskanlah dengan segera jika ada kata yang tersembunyi dihatimu......... Allah aku bersyukur pada mu, kuatkan diri ini dalam melalui dugaan-dugaan mu yang mendatang.

Monday, 9 April 2012

..tiada siapa yang tahu apa yang pasti..

hakikat aku sudah penat...

penat untuk bersunggut tapi aku masih teruskan jua.
penat untuk menangis walau terkadang mengalir laju butiran jernih itu.
penat untuk berfikir walau kerap aku diterjah pelbagai gerakan minda.
penat untuk curiga walau setiap detik ada saja yang tercuit dihati.
penat untuk risau walau belum pernah seminit aku berasa lega.
penat untuk bermimpi indah walau kadang diri jua mengimpikan indahnya pelangi hati ini.
penat untuk berhati-hati kerana aku sudah tidak pasti bagaimana lagi cekal hati ini..

laluan laluan yang ku lalui ku biarkan saja berlalu pergi.. nampak girang dihati tapi terlalu banyak yang kurasa mengusari hati..

laluan laluan yang ku lalui banyak menimbulkan keraguan dihati.. namun tiada suapa yang tahu apa yang pasti..

hanya DIA yang mengetahui apa dihujung yang menanti, harap diri cekal gagah menyusuri laluan seterusnya nanti..............

somwbody that i used to know...

Friday, 30 March 2012

jar of heart ....



I know I can't take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love I loved the most

I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live, half-alive
Now you want me one more time

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
[- From :http://www.elyrics.net/read/c/christina-perri-lyrics/jar-of-hearts-lyrics.html -]
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

Dear, it took so long
Just to feel alright
Remember how to put back
The light in my eyes

I wish I had missed
The first time that we kissed
'Cause you broke all your promises
And now you're back you don't get to get me back

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

Tuesday, 27 March 2012

dugaan kah atau inilah..........

senja ini hati terdetik untuk ke laman ini lagi....... jika lima tahun yang lalu, aku ke sini menenteramkan hati kerana perjalananku di daerah asing itu. kini, aku disini menenteramkan hati lagi kerana liku perjalanan diri sendiri......

akur aku dengan
'kita merancang, ALLAH jua merancang..Ketahuilah dan yakinlah DIA adalah sebaik-baik perancang. dan walaupun kita merasakan perancangan NYA itu pahit, percayalah ia sebenarnya manis buat kita'

aku kuatkan diri untuk membina tembok keyakinan dalam kepahitan........

aku hilang gerak hati... keliru aku

inikah dugaan atau inikah petanda

sungguh terhijab kita dengan perkara masa depan... sungguh kita insan kerdil yang terkesan dengan sekelumit dugaan...

terkesan aku bila ketenteraman jiwa itu diduga....

hilang kadang kata untuk teguh setia bersabar... acap kali tergelincir dari landasan, segera cuba aku kembali untuk bersabar dan belajar bersabar....... aku sebenarnya bukanlah penyabarr..........

kata sahabat banyak menenangkan diri........ tapi kerap diri terumbang ambing ke tepi........ kesukaran yang ku lalui ini entah apalah dihadapan menanti....

doa aku agar aku mampu berdiri kembali, doaku agar aku gagah dengan tembuk kesabaran ini. pasti ada pengakhirnya nanti... cuma bersediakah aku dengan apa yang menanti itu....... kerana semuanya terhijab, hanya doa yang mampu aku lakukan kini...........

Monday, 26 March 2012

terdugakah aku hari muka, beranikah aku bermimpi lagi......

belum sejam masa berlalu dari catatan awal dihari baru ini, hati mula terasa sayatnya dengan segala yang terjadi. diiringin pula dengan cerita korea tadi. cerita yang sedih, namun aku lebih dilamun rasa diri menjadi lebih sayu lagi.

memang benar naluri wanita akan cuba kuat dan buat perkara sebagaimana yang akal perlukan. tapi sebagaimana kuat perkara itu perlu, begitulah kuatnya hati wanita cuba berlawan antara emosi dan fikiran. walau dimulut wanita menyatakan apasaja yang nampak patut, tapi hakikat wanita sebenarnya memaksudkan apa yang tidak diucap. tapi fitrah lelaki hanya membiarkan lebih lagi bila itulah yang dimahukan........

sukarnya menjadi wanita lebih lagi bila tidak difahami............... sukarnya mengawal diri bila kita tahu dimana kita perlu berpaksi. sesungguhnya bukan mudah bergelut dengan diri antara emosi dan situasi sebenar.... kekuatan lah yang ku cari.....

takut aku membayangkan hari mendatang... tidak mampu aku jangkakan apa yang bakal terjadi...........

kata bicara hati apakah kata naluriku......... aku kini tidak mampu lagi mengikut gerak hati. kerana terlalu banyak yang seakan tidak menyebelahi nasib diri.

setahun sebelum aku kembali, pernah ku rasa kuatnya ikatan ini. ditambah dengan segala yang aku inginkan turut terjadi. sungguh aku rasa pasti. namun, kini aku hilang pertimbangan diri. antara apa yang terjadi dengan segala yang telah dilalui. gusar hati memikirkan adakah ini hanya permainan diri.......... entahlah........

aku tidak berani berfikir tentang hari muka... dan aku jua tidak berani untuk bermimpi........

hari baru, minggu baru........

sukar dijangka air yang tenang tak akan gelora.... sukar menjangka hati yang diajar tenang tidak gelupor tatkala di duga.. apapun, aku sangat bersyukur dalam aku cuba keluar dari suasana gelap yang menyelubungi diri, DIA anugerahkan seorang teman yang mampu menenangkan diri. bicara hati yang tulus, lebih mudah membuat hati tenang dalam kekecohan yang berlaku.

terus terang aku tidak menyangka bicara itu mampu menenangkan aku. kadang bicara itu mampu membuka mata yang mungkin kabur tika ini. benarlah kata orang, berilmu tanpa guru umpama orang buta berjalan tanpa tongkat.

tidak kunafikan gelisah itu tetap kunjung tiba. tapi serasa aku diri lebih gagah berbanding dahulu. mungkin yang pertama itu pengalaman ngeri. walau aku menduga tapi tidak mampu aku tafsirkan perasaan diri sebenarnya. yang pasti ia amat menyakitkan.

dalam bicara hati yang memandu diri. tidak lupa pada mak dan abah yang amat memahami diri. pulanglah diri dalam keadaan bagaimanapun, mereka setia menanti. buatlah diri apa saja, diam mereka memerhati. aku pasti sakit yang aku rasa, sakit lagi hati mereka yang memandang... kerana aku darah daging sendiri yang dibiar disakiti. namun, apakah daya manusia untuk menghalang susunannya.........

tidak ku pinta dan mimpi ini terjadi. tapi siapa aku untuk halang atau ragui aturan NYA. bak bicara hati, biar je la... lalu jer la.... kita tidak tahu apa yang menanti didepan sana. mungkin hujan ini untuk pelangi yang ceria mewarnai selepas ini....

anggaplah segala nya atas kelemahan diri. kita tidak mampu mengubah apa saja dan siapa saja. kita hanya mampu mengubah diri........... itulah yang aku cuba pelajari... dalam aku mencari yang mampu mengemudi diri dalam melayari hari-hari, ada yang terkabur dari pandangan hati. apa yang aku nampak sebenar tak seperti yang aku fikirkan. kerana bicara hati itu membuka mata ini......

hati lebih rasa lapang kini... aku rasa lebih bersedia walau aku tahu pasti tangisan itu ada. tapi siapalah kita. yang mampu kita lakukan hanyalah berlapang dada....... kerana berlapang dada itu, lahirnya satu ketenangan. dari ketenangan itu lahirlah kegirangan. biarlah apa yang melanda, ketenangan itu adalah titik segalanya...............

Thursday, 22 March 2012

22 mac 2012

tarikh ini perlu aku catatkan. pelbagai dugaan,pelbagai telahan akhirnya terjawap. janji yang dimetri 7 nov 2011 lalu akhirnya terlerai. dusta jika aku katakan tidak terpalit sedih dihati. hati wanita mana tidak terguris dengan perkara sebegini. tapi apa mampu aku katakan. semua ini bahagianku ....

walau akal meronta kerana tidak mampu menelan titik pahit yang terpalit pada diri ini. rohani tidak mampu menolak. keaiban ini terbuka atas kehendak ILAHI dan hanya padanya aku memohon agar ia mampu dikaburi.

aku perlu masa untuk belajar redha... untuk itu aku hanya mampu untuk pasrah .....

tiada siapa menduga kepulangan ku, yang aku harapkan untuk mencorak warna pelangi tetapi diselubungi awan kelabu. maruah diri terasa tercalar tapi apa mampu aku wanita lakukan. menangis air mata darah sekalipun, sesungguh telah tertulis aku bukan terbaik untuknya. berilah aku masa untuk belajar mencari cahaya.

tapi dalam keadaan ini, bukan diri sendiri sahaja harus aku fikirkan. kasihan pada kedua orang tua dikampung. pasti aib ini terus diperkatakan. aku bergelut disini, mereka bergelut disana...........

maaf kan long mak.... bukan niat long nak mak menangis. aib ini kita kongsi bersama pasti ada hikmahnya mak..................

sedih kita hari ini, 2 3 hari dengan izin ALLAH kita pasti dapat berdiri semula mak...........

Tuesday, 20 March 2012

satu peringatan .......

seperti biasa pasti sesuatu akan kutemui .... yang kerap boleh aku kaitkan dengan diri sendiri......

'kita tidak tahu apa yang ALLAH tahu dari ujian yang diberi'

Jangan kerana satu kesalahan kita membenci seseorang itu habis-habisan. Boleh jadi semasa kita memikirkan 10 kejahatannya, orang yang kita benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kita, lalu dia mendoakan untuk kebaikan kita .............

accept fate with open heart.........

perjalanan kita tiada yang tahu. pelbagai yang dirancang, pelbagai jua yang terjadi. hidup ini tidak mudah dijangka. sekejap kejap ini segala boleh terjadi. sukar untuk luahkan kerana segalanya terlalu personal. however, some tips for myself.......

let's face the facts. keep positive no matter what is going on from day to day. a big smile is a key factor. for this, i should find peace within me. with peace comes happiness..

accept less, accept fate with open heart... bersyukur with small things. in mycase, more doas are required, improve myself and get closer to ALLAH...

'... tidak ALLAH uji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya .........'
al-baqarah, 286)

sesungguh yakinlah aku dengan firman ALLAH......

'sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan...' (al-insyirah, 6).

Tuesday, 13 March 2012

dua persamaan seiring...............

hati ingin melelapkan mata tapi mata tidak mahu tutup. diri mahu elakkan kemalasan disubuh hari esok, tapi diri akhirnya ke maya ini mengetuk kunci-kunci huruf. esok ada kelas yang perlu aku galas. sukarnya untuk menjadi profesional dalam tugasan dengan diri diselimuti persoalan-persoalan peribadi yang tak sudah-sudah.

status profesional yang masih boleh dipertikaikan, yang terusan menganggu perjalanan kerjaya, yang turut menjeruk ekonomi diri. status diri yang belum diakhiri dengan satu perjanjian tapi umpama telah digantung. apalah kelakarnya perjalanan hidupku sekembali ditanah 'tercinta' dibumi sendiri. sesungguhnya tenang lagi, senang lagi, nyaman lagi berada di bumi asing dari di bumi sendiri sudahnya.

bila ku renung perjalanan dua persamaan yang seiring ini, aku sendiri tak mampu untuk tidak ketawa. terutama mengenang diri yang tergantung walau belum berpasangan. ditambah dengan diri yang telah lulus tapi macam belum lulus. bukan kah dua perkara berbeza tapi berada pada fasa yang seiring. meleret senyuman semasa aku mengetuk kunci-kunci huruf ini.

entah apalah rahsia yang aku tidak sedar dengan percaturan yang hadir dalam hidup ini. kesimpulannya, kehidupan aku tergantung kerana persoalan-persoalan yang belum ada kepastian....................

sabarlah........................

Saturday, 10 March 2012

pagi minggu 11 mac

pagi-pagi lagi hati aku rasa gelisah.... sempat menyibukan diri mengemas tapi akhirnya aku ke sini. hati sangat risau. aku berdoa agar cepatlah selesai kerja-kerja pembetulan ini. memang nasib badan hilang sv yang menangguh sekarang examiner plak yang menangguh. hakikat examiner nie bukanlah penangguh tapi kena kat aku begini plak nasib. penat dah aku tunggu. paling penat sebab desakan hidup sekarang ni. aku terpaksa batalkan segala niatku kerana perancangan ku tidak menjadi. sekiranya ku teruskan jua, terasa ia menjadi beban bukan pada diri saja. dan akhirnya aku juga yang terkorban nanti. allahhhhh........... bila lah akan selesai fasa ini. selesai fasa ni, aku bergelut pulak dengan fasa lantikan. silap-silap hujung tahun pun aku masih terbelenggu dengan ekonomi yang merundum nie.......

penat kan......... diri ni dibaluti masalah dari segenap ceruk. aku patut bersyukur sebab ada lagi insan yang lebih menempuh kesukaran. tapi aku sebenarnya penat berjuang untuk diri sendiri. kerana kemelut ini ada yang ku putuskan untuk kulepaskan agar diri tak terbeban lagi.........

Friday, 9 March 2012

mac lagi.......

mac menjengah lagi. mac setahun yang lalu aku berperang, menangisi dugaan yang datang pada diri. biar setahun telah berlalu, aku masih lagi menangisi dugaan yang berganti pada diri kini. berbeza 6 bulan yang lalu, bila aku sesak nafas mengenang susunan yang tiba-tiba hadir dalam hidupku. namun, segala nampak berbeza kini.

kerana aku mudah alpa, kini aku kembali lagi menangis untuk mohon keampunan dan kemudahan dalam melalui liku-liku sukar ini.

kerana aku mudah bersenang, kini aku kembali dihimpit sukar bila kurang mengingati NYA

akulah manusia itu yang mudah lupa dan alpa......... sesungguh hanya pada NYA yang mampu meringankan dan memudahkan percaturan ini........

Wednesday, 7 March 2012

peritnya sebuah kenyataan.......

dinihari aku terjaga... bermula sudah hari-hari yang telah kutinggalkan dulu. setiap hampir 3 jam aku akan terjaga hingga ke 6 pagi. tak kiralah jika baru kulelapkan mata hampir jam 12 sekalipun, aku pasti terjaga umpama lama sudah aku lena. kesannya kurang tidur itu mengundang denyut dikepala. kurang tidur itu mengundang akal yang kurang cergasnya. nyata badan menunjuk tanda tanda tidak mampu menangani permasalahan yang berlaku walau aku cuba tolak ketepi..

celik je mata 2 perkara berlegar dikepala.... apakah lagi permasalahan pagi ini. masalah akan bermula jam 7 pagi... ini turut membuat diri rasa nak demam. dalam diri mananti masa menunggu isyarat mobile, kepala akan menerawang... persoalan peribadi mula menerpa.....

ingin aku ajukan soalan padanya, tapi diri buntu... tidak tahu bagaimana harus ditanya. tiada seculas akal dapat kufikirkan untuk lempiaskan persoalan dengan nada lembut...... bagaimana harus aku berlembut bila memikir diri di permainkan... namun, wajarkah sekali berhubung terus lempiaskan amarahku ini. buntu membawa aku menghampiri minggu ke dua Mac. aku sedar tidak bertanya turut akan mengheret aku dipersalahkan olehnya. tapi naluri wanita ku merasa berat untuk kembali mengulas persolan yang telah ku lemparkan di awal februari dulu. akal mengajak membiarkan masa menentukan, hati gelisah kerana tiada jawapan. diri tertekan tanpa sedar dengan perlakuan begini. kesannya, ia memakan diri............
kejamnya manusia mempermainkan maruah orang/keluarga manusia lain.......
tapi apakah salah aku sehingga aku diperlakukan begini.

terang lagi bersuluh, dengan jelas aku temui jawapan yang cuba aku tipu diri sendiri selama ini.

'dia' tidak dipaksa kerana tiada yang mampu memaksanya, TAPI 'dia' memaksa dirinya sendiri. kesan dari percubaannya, aku terkorban menjadi mangsa tanpa rela.

biar telah jelas bicara hati itu, perit untuk aku telan kerana mengapa aku dijadikan bahan percubaan.

Hanya pada MU ILLAHI aku memohon agar aib ini ditutup.

cukuplah dengan apa yang telah diperlakukan padaku... tidak dapat kubayang sejauh mana aku mampu tangani secara waras dugaan yang datang ini...............

Tuesday, 6 March 2012

nervous ...........

aku ni memang ler pe nervous nya. apa pun yang aku baut kalau libatkan khalayak ramai confirm aku out........... adoiiyyyaaaaiii.........

so today is my first class after almost 5yrs + 2/3 yrs (coti master ari tu)........ agak-agak patut la kot aku nervous kan............... disampaing skandal peribadi aku dan masalah pasang surut keje dirumah tu, alhamdulilah aku berjaya memahamkan diri semalam. itu pun selepas di explain dek kawan and balik top up dengan reading. so in few minute aku akan mulakan bergebang........... am i strong to handle this class after such a loooooooooooooooooooonnnnnnnnnnnggggggggg rest.............

doa aku selamat........ selamat mengebang @ selamat memaham @ atau apa saja la........... huhuuhhuuhuhh

Monday, 5 March 2012

aduhai............

aku hanya mampu memohon diberi kekuatan untuk hadapi bebanan masalah ini. sangat tidak mampu untuk fokus bila masalah dalaman tidak selesai. lebih malang bukan hanya masalah profesional diri, masalah peribadi turut membelenggu diri. sejujurnya serasa sesak nafas ini.

aku lebih kenal diri sendiri berbanding mereka yang lain. dengan bebanan tugas yang telah ada lebih membuat diri rasa sesak nafas. manakan tidak bagaimana aku mampu melangsaikan bebanan ku jika aku sendiri tiada keyakinan. hakikat bukanlah sukar untuk memahami dan membantu untuk mereka memahami. tapi bila jiwa umpama tiada dalam diri, kesukaran itu lebih jelas ketara.

rasaku rakan ku pun risau mampu kah aku tangani kelasnya. aku sendiri tidak menunjukkan ciri-ciri yakin diri. mana tidaknya tiada secubit pun jiwa aku disini. aduhai diri segeralah bangkkit dan sedar kan diri......

benarlah jika masalah peribadi tidak dapat ditangani, ia mengakibatkan juga kerjaya diri...........

Friday, 2 March 2012

tidak terbayang kepenatan itu.........

sungguh hari tu lari dari laluan tugas hakiki ku. rezeki yang tiba perlu diuruskan agar mampu menampung perkiraan mendatang dan pergi itu. sungguh aku hilang jangka apa yang harus dan tidak ku lakukan..... dalam kepenatan, tidak terbayang diri mampu membuat lain dari ini............

tugas hakiki semakin jauh ku tinggalkan. doaku agar usaha ini berhasil dan mampu menyepikan diri selepas ini. aku perlu akur akan perlunya aku fokus kepada kerja pula. diri kepenatan tapi hati masih rasa ingin menari tari disini..............

Thursday, 1 March 2012

kata hati.........

tak sabar tunggu adik. terasa rindu pada masakan bonda. bukan aku tidak nampak jalan pulang tapi aku bertindak atas kewarasan akal juga. tak tahu mana harus aku bermula, tidak tahu benarkah segala rasa dan apa yang bermain diminda. hasutan syaitan atau semua ini ada benarnya. aku kah yang keras hatinya. terlalu banyak persoalan tanpa jawapan. penat melalui situasi begini lagi. dulu kerana kerjaku kini peribadi juga begitu. terasa penat dalam mengorak langkah demi sebuah kehidupan. namun, inilah laluan yang aku dan sesiapa saja harus lalui selagi badan ini bernyawa....

aku terus keliru... semakin hari semakin keliru. dulu aku menghitung hari jua, menghitung hari-hari kejayaan. kini menghitung hari jua, tapi aku sendiri tak pasti hari untuk apa. lebih memeningkan betul ke aku patut risau. rata-rata aku lihat orang akan risau dan huru-hara kerana persediaan dan masa yang membuat nafas sempit. aku???? aku dan persediaan tiada pertemuaan. jadi patutkah aku risau... walau diri bicara biar arus waktu tentukan, tapi persoalannya perlukah risau itu........

nafilah bagaimanapun, rasaku apa yang aku telan ini adalah risau. tapi risau kenapa, risau apa aku pun tak pasti......... aku adalah insan yang sentiasa cuba balancekan apa jua yang berlaku. aku lebih suka pada yang nyata kerana mudah untuk aku berkira. tapi dalam hal ini sukar aku berkata. aku rasa kerana ia melibatkan banyak rantaian manusia. yang utama aku perlu jaga adalah kedua orang tuaku. juga diri ku........ kerana itu aku lebih meletakkan tanda masa untuk aku lebih bersedia dengan keputusan yang tersirat didada. bersedia untuk tidak salahkan diri sendiri. bersedia untuk menghadapi satu kenyataan. pahit tapi terpaksa ku telan. perit tapi terpaksa ku selam. tiada yang lebih indah dari satu kejujuran. walau sehitam mana, walau seperit mana tapi aku adalah insan yang tidak suka pada sebuah penipuan. lebih lagi bila ia berkait dengan hidup aku, yang akan selamanya selagi diredhai ILAHI....

berjujuran tangisan itu, aku pasti itulah detik bila aku sudah hidu sebuah jawapan. tangisan itu adalah keperitan sebuah kenyataan. jika aku tersilap perhitungan, itulah hakikat manusia kerana bukan semua dalam gengaman kita. tapi akal dikurniakan, perlakuan yang dipamerkan menguatkan jawapan pada satu persoalan. siapa yang harus dipersalahkan jika ia sebuah kesilapan???? akukah ???? tapi mampukan aku berfikir tanpa sebarang bayangan. jadi salahkah aku menjawap berdasarkan bayangan itu????

aku umpama kuat tapi sebenar tidak. aku pasti tiada siapa pun yang mampu. dari tangisan itu, aku terus menghitung batas batas waktu untuk detik detik yang perlu aku lakukan. walau jujuraian tangis itu tidak seperti hari itu, namun tidak dapat ku sembunyikan tiap kali aku bicara hal ini. tapi aku senang kerana aku tidak sembunyikan rasa itu. kurang kurang aku sedar ianya pedih tapi kenyataan tetap perlu aku telan.

4 tahun dibumi asing buat aku lebih senang berkongsi rasa dari sembunyi dalam diri. kurang-kurang ia membantu aku tangani tekanan ini. 4 tahun membisu menelan perit sendiri mengajar aku untuk uruskan tekanan ini. tidaklah sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya...

satu yang aku amat pasti dalam perhitungan aku seorang manusia, sukar untuk aku lihat hal ini seperi mana orang lain melihat. kerana bisu itu memberi makna padaku.............

'bukan aku memusing fakta, tapi bisu jawapan pasti'

Wednesday, 29 February 2012

allah maha besar.....

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu

Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di setiap waktu

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di Setiap Waktu


Monday, 27 February 2012

selasa yang menyakitkan hati........

tak tahu mana nak mula. tapi yang pasti permulaan hari yang tidak aku impikan. rasanya siapa saja tidak mengimpikan suasana tegang dipagi hari.

awalnya aku tidak indahkan takat masalah kecil yang terpapar pada si empat roda. tapi selepas aku mengisi tangki minyak, baru aku sedari yang ia memerlukan service dan ikutkan paparan tu, sikit lebih kurang macam kena check sekali timing belt jer. aku tak pasti perlu atau tidak tapi biasanya bila dah hampir 100 km tu kenakan........... so kat sini hati dan otak mula congak sana sini. kalau gini banyak ler benda yang akan tersangkut. dari cool dah jadi tak berapa end up dengan memang le dapat penyakit dipagi hari......

so bila bendanya berkait mula la hati pun sakit. ialah mana leh jadi kalau semua nak kena buat dalam bulan yang sama. dah la semalaman hati sakit sebab masalah peribadi. kunon today nak puasa la so leh sabar sikit. tapi aku sudahnya berbuka puasa kerana pagi-pagi aku dah mula mengamuk........

pergi office sabar lagi sebab kan status. and kawan-kawan office tolong la muka kamu ketara bila kamu tidak senangi aku. and one more tolong la jangan nak percaya cakap kawan-kawan hanya kerana kamu akrab. aku sememangnya cerewet dalam kerja. tapi bukanlah aku kalau nak tunjuk pangkat atau segala. masalahnya bila mereka-mereka tidak respect kerja mereka sendiri dan akhirnya menyusahkan orang lain. pastilah aku akan bersuara tinggi kan.

dan titik tolak kerana aku yang lancar keluarkan ketidak puasan hati membuat kawan ini boleh dengan ketara menunjuk tidak puas hati pada ku. tolong la, afterall mereka yang incharge sebelum aku dah suarakan juga masalah ini sebelum aku mengambil alih kerja. mulanya aku berdiam kerana aku tahu kawan tu pun banyak cekadaknya. tapi bila aku dah lalui sendiri mana mungkin aku ketepikan rungutannya kerana pengakhirnya aku pula yang kena kerja lebih. mula la rasa nak jadi pegawai tertinggi ni kerana asyik kena buli......

hakikatnya dimana saja kita berdiri bukan senang nak dapatkan respect dan tidak dibuli. semua ini bergantung pada atitude diri mereka yang terlibat dalam kerjaya diri..........

keluhan di pagi selasa plak.......

Sunday, 26 February 2012

ahad sebelum isnin.......

alhamdullilah berjaya aku mengemas rumah dalam kemalasan tahap maksimum nie. cumanya aku tinggal baju untuk kakak... hahahahha aku bukannya pemurah. kau tetap ku beri bahagian mu......... TAPI awas kamu kalau susunan baju itu tidak ikut spec yang ditetapkan.........

dalam aku menempoh liku-liku baru nie, aku dapat rasakan ketidak sediaan aku untuk menjadi pengajar........ oo hati aku perlu tekad dan bersemangat. bila hati tiada, apa pun susah untuk aku lakukan. dalam pada masa sama, aku perlu elakan dari memikir isu peribadi. kerana jangan tak caya memikir isu peribadi membuat aku rasa migrain. kepala sakit, nak muntah dan segala yang sewaktu dengan loya and sesak nafas. gila punya stress kesan dari isu peribadi.

tapi bila aku hanya fikirkan isu kerjaya, tekanan tu masih buat aku gila-gila. ini mungkin kerana semua itu jelas cuma tinggal sket lagi confirmation. once everything clear, insya allah aku akan ke sana. mungkinkah itu yang terakhir???? urghhh adalah rezeki lain hendaknya.......

lama juga aku tak balik kampung. februari sebulan dah la.. tapi bila ku renung jadual dan masa masa yang sesuai, aku kira pertengahan march adalah yang elok. sebab aku pun dah mula biasa dengan teaching, tak le kelam kelibut and masa tu kira tak der orang balik. kira every week tu mak ada la yang balik menjenguk... tapi sabar kah mak tu...... tak pe diamkan aje....

rasa nak selesaikan paper untuk send ke china tu. tapi bila dateline dia extend aku pun extend gak kemalasan aku tu. tapi tak sedarkah aku ni dah patut bukak buku nie... next week nak kata apa dalam kelas........ alahaiiii kenapa la penyakit malas nier tebal sangat dalam diri............

Saturday, 25 February 2012

bukan senang untuk bersabar........

permulaan ahad yang lebih baik dari sabtu. walau diri masih diselimuti kemalasan dan segala 'ke' yang seangkatan, yang berkepuk-kepuk, tapi diri masih mampu bangkit dan lakukan perkara rutin semasa hujung minggu. momentum itu tidaklah lama, cukup sekadar menyidai baju dan aku kemudian kembali menerpa di depan labtop. dari sehari ke sehari niat untuk menulis itu hilang walau diri mengunjungi laman ini. akhirnya aku hanya meletakkan bait-bait lagu.........

sendirian dihujung minggu mengundang kenangan silam. februari dan march 2011 yang lepas aku bergelut untuk cuba menokhtahkan kerja penulisan aku. berperang dengan diri dan seribut dengan tahap kesabaran yang perlu ada hanya untuk memastikan aku masih berdaya menghadapi hari-hari yang mendatang. berkomunikasi dan berhubung dengan mereka yang lain, yang kepentingan berbeza, yang berlainan cara hidup, di bumi asing bukanlah mudah. selalu aku tergelincir dan mudah kita cuba menamatkan penderitaan itu. Namun, alhamdullilah aku kira aku berjaya mengharungi semua itu bila kini aku disini laju melempiaskan bait bicara dari hati ke kotak nukilan ini.

ku kira semua telah berlalu dan kini aku hanya perlu mengharungi liku-liku baru dalam kehidupan. tapi semua itu meleset sama sekali. pada bulan-bulan ini, seperti 2011 aku masih perlu belajar bersabar dan takat kesabaran itu perlu lebih tinggi. ini hanya gara-gara pembetulan yang belum terjawap. sikit sebnayak aku turut menyumbang pada permasalahan ini. walau segunung tinggi alasan aku catatkan, semua itu tidak bermakna lagi bila diri perit dihimpit permasalahan dari semua sudut.

paling ketara status aku tidak ketentuan. lebih malang bukan tidak ketentuan dari segi kerjaya sahaja, bahkan peribadi turut membunuh rasa-rasa gembira dalam diri. konflik di pejabat turut membuat aku rasa terduduk. sesungguhnya benar kejayaan itu tidak akan hadir tanpa dugaan. dan terus terang aku terasa penat. segala umpama di hujung dada ingin ku curah tapi belum tentu mereka mengerti.

usaha untuk kerjaya dan peribadi telah cuba kulontarkan. namun, aku pasrah dengan ketentuan. ku cuba susun perancangan diri agar segalanya menjadi lebih baik dalam aku mengharungi hari mendatang. antara tugas hakiki dan penyelesaian kerjaya. ku kupas juga perincian untuk perancangan peribadi diri. namun hingga tatkala ini belum lagi menampakan hasil dimana-mana satu perancangan itu.

akhirnya 'breaking point' itu tidak dapat aku sembunyikan. diri terasa dunia ini kejam. jika isu kerjaya didak mampu ku kupas, takkan lah isu peribadi tidak mampu menutupi luka yang ku rasa. tapi itulah hakikatnya, aku terus lemas dalam 2 permasalahan ini. lebih perit, isu peribadi akan turut melibatkan rantaian yang lebih besar berbanding isu kerjaya diri. dan aku buntu dalam permasalahan ini. jika ikut darah muda ku, tanpa teragak-agak aku akan memberikan kata putus ku. dan itulah yang terjadi 13 tahun dulu. dalam dewasa diri, menjerut diri dan lebih melukakan hati bila aku tidak mampu untuk bersuara bagi diri sendiri. bukan kerana ego diri tapi kerana perlbagai sudut perlu aku nilai dan imbangi. sesungguhnya life is complicated. tak bolehkah kita watak watak yang ada ini permudahkan sahaja.

permudahkan membawa beribu makna. terpulang ke arah mana mudahnya penyelesaian ini. banyak hati pasti terluka dan empunya diri sendiri pasti lebih terluka bila mudahnya membawa pada satu titik perhentian. namun, setiap kita pasti akan cuba bangkit dari satu kegagalan. aku hidup bukan untuk memaksa dan aku sangat belajar untuk terbuka. kiranya dalam tempoh ini, terlintas dipemikiran aku bukanlah yang terbaik katakanlah...... berdiam itu tidak sepenuhnya baik. banyak spekulasi mampu dibangkitkan dari berdiam itu.

walau hati pasti rasa pahit, walau diri diselubungi amarah diri, aku akan cuba seboleh mungkin mengimbangi segalanya. bukan ku minta ini terjadi, tapi rasa itu semakin mati kerana berdiam itu........... ku kira kita keliru kerana itu semua ini terjadi. namun, ku biar semua ini dahulu dan ku pasti sampai masa diam itu akan terjawap akhirnya............

apa pun, ku cuba kuatkan diri ini kerana perancangan ILLAHI itu adalah terbaik untuk kita dan terbaik dalam apa kita mahu lakukan......... cuma dimanakah lagi perlu ku gali kesabaran ini, kerana aku tidak pasti sejauh mana lagi aku mampu bertahan.... tolonglah jangan timbunkan aku lagi dengan setitik permasalahan lagi. aku kuathir aku tidak mampu tangani lagi..................

Friday, 24 February 2012

Thursday, 23 February 2012

dadadaa...........................



Where are those happy days, they seem so hard to find
I tried to reach for you, but you have closed your mind
Whatever happened to our love?
I wish I understood
It used to be so nice, it used to be so good

So when you're near me, darling can't you hear me
S. O. S.
The love you gave me, nothing else can save me
S. O. S.
When you're gone
How can I even try to go on?
When you're gone
Though I try how can I carry on?

You seem so far away though you are standing near
You made me feel alive, but something died I fear
I really tried to make it out
I wish I understood
What happened to our love, it used to be so good

So when you're near me, darling can't you hear me
S. O. S.
The love you gave me, nothing else can save me
S. O. S.
When you're gone
How can I even try to go on?
When you're gone
Though I try how can I carry on?

So when you're near me, darling can't you hear me
S. O. S.
And the love you gave me, nothing else can save me
S. O. S.
When you're gone
How can I even try to go on?
When you're gone
Though I try how can I carry on?
When you're gone
How can I even try to go on?
When you're gone
Though I try how can I carry on?

Saturday, 11 February 2012

kali pertama...........

tidak boleh tidak, tiada siapa boleh menafikan bahwa dalam kehidupan, kita tidak boleh menidakan perkara yang berkaitan. terutama bila kita yang menjalinkan ikatan tersebut dan meneruskannya. kita tidak boleh cross mana yang tak suka and click mana yang kita suka. sedangkan kedua-dua ini saling berkait dalam putaran ikatan dan sedikit sebanyak terpalit dalam kehidupan. jika kita masih bersikap kebudak budakan, meneruskan memilih. tanpa sedar kita menambah masalah pada pihak yang lain. kenapa aku kata begini??? kerana terang terangan kita membuat option dengan meletakan kepentingan diri kita sahaja. hal ini lebih ketara dalam lingkaran keluarga atau jika kita ada intention untuk menjalinkan hubungan keluarga. sekiranya bukan kita yang berkeluarga sekalipun, apa pula keadaan beras beras kita. lebih lagi bila ikatan kemanusian itu telah bermula lebih awal sebelum kekeluargaan........lebih parah bila kita sudah memilih dan terus menerus menyangkal akan permasalahan yang kita telah juruskan pada orang lain. betapa kita pentingkan diri.........

persoalan utama, buat apa meneruskan jika kita tak pernah kalah dalam perkara ini. benar usia meningkat, tapi kematangan dalam urusan begini tidak kenal usia. kenapa??? kerana kita meletakan emosi sebagai faktor utama dalam menentukan keputusan dalam perkiraan kehidupan.........

selepas 4 tahun dan menghampiri setahun di tanah air sendiri, aku tidak mengimpikan permasalahan begini lagi. cukup sudah apa yang telah berlaku hampir 5 tahun lalu... bukan aku tidak boleh ikut arus dan lebih memudahkan mendedahkan sahaja apa yang tersimpan selama ini. tapi atas dasar apa kesudahan itu sebab aku hanya menelan. tapi dalam hidup semua orang ada komitmen. jika asyik kita cuba menyelamatkan keadaan, satu hari nanti akan terkorban juga. tapi life ini makin complicated. dengan susunan baru dalam silah kekeluargaan, aku semakin lemas dengan percaturan ini. banyak yang aku telah korban kan... dan keadaan masih begini.

ku kira dendam kesumat itu tak kan pergi. kerana keegoan diri masih menebal dalam hati walau dimana sekalipun kaki berdiri. terang lagi bersuluh, semasa dibawah begitu tinggi ego diri. tidak dapat aku bayang tatkala diri dipuncak kejayaan dahulu semasa aku tiada disisi.........

untuk kali pertamanya, aku terdetik dalam hati satu keputusan yang timbul di awal pagi......... keputusan yang mampu membuat semua terasa rebah hatta diri sendiri. tapi aku tak rasa aku mampu teruskan............................

Friday, 10 February 2012

what a day........

hati sudah tergerak dari malam lagi. seakan terasa perjalanan pagi ini tidak akan seindah yang aku gambarkan. pagi dimulakan dengan lewat sedar. lupa kunci jam lagi rasanya. namun, aku masih mampu bergegas keluar awal. cuma perancangan pakaian kaedahnya terpaksa sarung je mana yang dapat.

semua berlaku seakan ku impikan diawal. indahnya lepas selesai uruskan pasport berlengang sendirian ke tesco. dititik ini kekalutan bermula. aku cuba mendisplinkan diri membeli yang perlu sahaja. congak sana sini akhirnya ku kira kira terdapat 10 barangan dalam troliku. dengan yakin pergilah ke kaunter express. sementara menunggu client dihadapan, aku jadi tak selesa sebab cashier menunjukan wajah 'menyampah'. aku kira lagi barang ditroli, 10. dalam pada tu hati dok kalut plak, mana letak kad tesco. tapi masih buat dek lagi. tenungan, renungan cashier tu sungguh buat aku rasa nak je gi tanya APA????....

client yang dihadapan belum lagi selesai urusan pembayaran, cashier tersebut dah sound. kaunter ni untuk 10 barangan sahaja yea. aku ke depan and kira lagi....... 'owh 11 eik, saya kira tadi 10. ok tak pe'

malas bertegang kerana memang salah aku. walau ku tahu kerap je aku tengok yang lebih 10 barang pun dilayan. yang buat aku tak puas hati tu ... boleh tak tegur dengan cara baik dan senyuman. kita ni client and kebetulan tindakan kita tu bukan on purpose. eeee sangat la angin. teruk sangat ke nak soh senyum sambil tegur. and besar sangatkah dosa aku terlebih 10 barangan tu. kalau lah aku nak berlagak ego tadi boleh je campak kan barang ke 11 tu. tapi untuk apa kan. tu sebab lah aku mengomel disini.

next, beratur la dikauter lain. cashier nie nampak bergegas gegas nak selesaikan urusan client yang dihadapan. depan aku ada lagi 2 customer. tetiba cashier tu kata kat aku sila ke kaunter 19 yea. ku renung kaunter tu. ekceli aku sedar je kaunter 18 yang kaunter express. saje aku tanya 'itu bukan kaunter 10 barang je ke' sebab aku rasa kejadian sebelum tu dia perasan. so nie nak 'membodohkan' aku la nie kan. mana tak pemikiran ini terterjah dikepala. kaunter 19 tu, sama je panjangnya dengan kaunter yang aku tengah beratur ni. kat sana pun ada 2 customer lagi sebelum aku. haishh minah nie....

then, aku terusan dikaunter itu. tiba giliran aku, tetiba... alamak.... ni la kaedahnya bila dah terlalu selalu menggunakan debit kad di uk hari tu. duit kadang tak der sesen pun cash dalam purse. pada kiraan aku barangan tu lebih rm 50. aku pulak itu sajala yang ada. oo kredit kad. debit kad nie sebab aku tak pernah guna kat mesia nie, lagipun since aku tak der online banking aku takut debit kad pun tak valid. so aku proceed dengan kredit kad. tetiba terasa nak tgk alamak... tu mastercard. 'dik dik tukar la kad nie' aku nak pakai visa kad. senang acik nak uruskan kan kiraan hutang pakai satu kad je kan. masa aku serahkan visa kad tu, mata terpandang dah expired kad tu. alamak mana kad baru eik.

aku pun tanya cashier 'rasanya kad tu tak leh guna la, saya baru perasan dah expired la dik. boleh tak saya gi amek cash?' boleh aku tanya gitu. kalau tak leh tak pe der, aku akan soh kira cukup rm 50 jer aku amek. hahahahhahahaha eeee customer lain dah mula pandang pandang. sorry guy..........

dalam adik tu kebegangan aku teringat. 'dik leh guna debit kad ke?' dia kata kadang leh kadang tak.. so we gave a try and finally, aku berjalan tersengih bersama barangan bernilai rm 74. purghhhhh tu la check la purse next time.

terus aku ke kereta dengan niat untuk pulang. tetiba termelencong ke giant masa on the way back tu. teringat aku ke bunga lily. aku rasa aku deserve sangat fresh flower nie since almost 6 months niat nak beli. masa tu berkira kira nasib ada cash rm50 tu. even macam macam bergolak dalam jiwa, but just consider i treat myself je la. senang je layan aku nie. campak je bunga. bukan rose pun aku sure senyum melangit. melayang la rm18. tu pun nasib aku padamkan niat nak beli vase.

tetiba phone berbunyi. alamak office. panggilan pulau cz teaching plan kena submit today, final day. aiyohhhhhhhhhhhh why bagitau sekarang...... aku dah la tak tahu apa apa. langsung bergegas balik. dek kerana pakai sauk je tu kena balik tu. my lily end up in baldi since nak make sure dia still segar. kira aku bersiap kuar dalam 11. and janji untuk sampai secepat yang boleh.

and with this wrk, i make it within less than 30 minutes. gilos... sure tuan wrk akan menjerit la esok kot surat saman terjah n9. matilah acik... bukan salah daku yea, rasa dah tekan pelan. tapi orang lain tu asyik la dok ganggu kat belakang. apa orang kata 'cucuk angin' saya cuba sebaik mungkin untuk bersabar. pulak tu belah kiri orang berdedai dedai. nak selamatkan body wrk tu yang acik tertekan lebih sket tu........... hahahahahhahaha matik la kalau leh jawap gitu......

finally manage la untuk sit down and discuss hal teaching meaching nie. tapi azab nya menjalankan kerja. tu la asyik dok lari dari meeting. dah kata status lom update. sekali amek. satu hapah tak paham. habis satu floor tu aku kerah tolong aku. sudahnya pukul 5 baru settle. tapi tu pun tak sure la menda ni dapat approval or kena reject. naya la............. aku memang blur la contact hours, learning hours........ PO........... eeehhhhh............ matik matik.........

now aku terdampar macam paus mengenang how hectic my day has been........... but alhamdullilah...

nota naughty: again, rasa tak keruan pada dia tetiba diselamatkan dengan balasan sms......... no matter how/what had happened, positive sign will be appeared as usual.

Wednesday, 8 February 2012

aku yang makin kusut...........

dari sehari ke sehari nak update berkenaan kejayaan aku dengan pokok pisangku. tapi aku rasa aku tangguhkan dulu cerita tu. lately ni aku terasa diri aku rajin sangat nak mengemas. semuanya bermula bila aku decide nak letak semua buku di office. aku jadi lemas dengan barang yang terlalu banyak dirumah sendiri. tak sampai setahun aku menetap, tapi barang dengan tak bersusun segala memang buat aku serabut. dengan keadaan begini, rumah yang kecil jadi makin serabut. mula la aku tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah telah berikan.

sepanjang cuti lama, aku mengambil keseluruhan hari mengemas. aku suka untuk mengemas tapi aku tetap malas. bukan malas sebab apa, semuanya sebab terlalu serabut dengan barang yang ada. serasa mahu jer aku buang semuanya. namun yang perlu aku kena simpan. masalah tempat simpan pulak tak der. jika aku tambah almari makin sempit la plak and kos lagi. sku pun pening dan aku akhirnya memejam mata mengemas je dulu. aku belum decide nak beli almari atau beli rak jer. barang sangat tak bersusun. tempat towel 2 3 tempat, tempat jeans 2 tempat. aku sangat tak suka. tapi aku tak der upaya kerana terlalu banyak aku perlukan untuk pastikan semua sebagaimana yang aku mahu. jadi jalan mudah asal semua nampak elok dimata walau aku pasti sukar.

aku ambil keputusan mengemas yang besar-besar dulu. kurang-kurang nanti aku boleh detailkan lagi. sungguh aku sangat cerewet. kerana nak pastikan nanti tinggal untuk refine jer, sudahnya selang sehari aku mop lantai. dan kerana kecerewetan aku, aku mop lantai bagai orang jepun. menggunakan towel dan mengesot dilantai. rasa aku zaman moden ni japanese pun dah guna mop kot............ dan impak mengemop aklu sure akan demam. mungkin kerana terlalu aktif bermain air dan lantai yang sejuk. pelik je, mope sure demam. and ekceli today aku meamng rasa demam cz semalam aku mop umah.

barang dah tersusun dirumah tapi belum masa untuk clearance lagi. bila dah buat clearance baru aku nak fikir apa aku nak buat. tapi semuanya kos sedangkan aku perlu berjimat. hermmmmm...........

pada masa sama perasaan nak memasak membuak buak. aku sangat nak buat roti jala. tapi mngenang adik nak pulang ke kampung hujung minggu nie, sapalah nak aku jadikan bahan experimen. jadi aku tangguhkan la hajat hati. bagaimanapun, minggu nie sahaja dah dua kali aku buat mee hoon goreng. rajin sangat la aku memasak hingga terasa penuh perut.

selain dari ini, emosi aku mudah je turun naik. aku tak agak agak jugak kalau rasa nak mengamuk tu. pelik tapi selesa sangat mengamuk dengan orang keliling. mood selalu swing. semalam aku terjah blog blog yang biasa aku lawati. akhirnya aku dapat rasakan aku nie stress... ia macam yang aku jumpa kat blog tu, ada benar kata kata disitu. and kalau aku perhatikan carta diri 4 tahun yang lepas. ada benarnya. jika aku stress tak aku mengemas umah, aku memasak dan siap hantar ke kawan kawan. rasa no 2 yang utama ada orang yang aku boleh paksa makan.

and since aku ada kedua dua masalah ni sekarang aku confirm aku stress and baru tersedar. tapi aku tak mampu kawal. aku rasa diri aku pun keliru. body macam tak tahu mana nak urus.

bila dengar orang bersiap, awak telek telek masa macam awak pun kena bersiap. kemudian orang sebut plak graduation trip. awak mula gelabah jugak dah. masalah utama kena bersiap dan graduation trip adalah dalam jarak masa yang sama. ishhh aku jadi makin pening. masuk office scandal office buat rasa meroyan jugak. haishhhh macamana aku nak atur nie.............

mungkin aku perlukan masa untuk tenang kan diri. dengan kemampuan yang aku ada sekarang nie antara masa dan financial, rasanya aku berkorea depan tv je la. relax and tak perlu fikir. layan je korea. tapi lately ni aku tak layan sangat dah plak. haissshhhh macam mana aku nak settle nie, study week dah dekat. keje bawah orang ni leceh jugak. hermmmmmmmm...............

aku kena bertenang................. bertenang..................

Tuesday, 31 January 2012

sukarnya hari ini......

terasa panjangnya masa untuk hari ini. sebagaimana biasa ada kerja yang perlu tapi tidak mampu atau tidak mahu aku kerjakan. bukan kerana aku tidak suka atau cuba. tapi sesungguhnya aku dipandu dengan rasa hati ini. dalam kebingungan untuk meneruskan kerja-kerjaku, tidak dapat aku nafikan fikiran masih dihantui masalah semalam.

langkah dia berdiam kadang membuat aku makin keliru. pelbagai soalan mula bertandang. benarlah kata orang tika ini syaitan mula membisikan warna-warna curiga. sudahnya aku rasa lemas dengan persoalan adakah ini dugaan dalam ikatan atau dugaan dalam menjalankan satu ibadah.

apapun, pasti semuanya ada hikmah yang tersembunyi. doaku agar aku terus bersabar dengan dugaan dan cabaran dalam aku membina keyakinan diri untuk lebih matang menempuh laluan yang berikutnya............

Monday, 30 January 2012

sakit jiwa..........

mana tak rasa sakitnya jiwa. aku baru jer on duty lepas mc sehari. masalah keje memang ada, rasa begang dengan masalah keje memanglah ada jugak. tapi lebih worst bila dapat sms yang buat jiwa jadi luruh sangat.....

please laaa.... wahai manusia, sms itu kadang leh buat warna hidup ceria jadi berdentum tau.............

biar aku start dulu dengan isu keje cz kalau aku mula membebel isu semasa aku tu, sehari pun tak habis rasa. sungguh trauma mental rasa aku.......... serik pun ada...

gedebuk gedebak... dapat assignent letter. aku memang dah nampak masalah nie akan timbul. tapi aku try avoid selama yang boleh. tapi since surat dah kuar. action kena ambik la kan. dalam rasa tebal muka 2 3 inci masuk le mengadap since title aku masih cap sardin, banyak yang aku tak leh buat. expectation orang plak aku nie dah valid sangat. so bersoal jawap la dalam keadaan bera.

then since current position aku ni membolehkan le aku menjawat sebanyak mana yang patut keje yang ada. sakit jiwa gak kan. tapi kita kena berlapang dada walau sesak mana pun rasa. dah itu status kita kan.

so begang PERTAMA adalah pada si M nie haaaaaaaaa.... apalah masalahnya nak semak keje aku tu. sampai dah balik pun aku masih bermasalah dengan dia nie. aduhaiiiiiiiiii... nak aku email macam melampau plak baru 2 minggu aku terima email dia... tak sampai 2 minggu kot. eee begang sungguh la aku kan......

untuk selamatkan diri, aku yang tahu tugas hakiki nie pergilah menyerahkan diri. pada masa sama dengar plak pasal keje yang bakal aku terima. tu memang kena terima hukumnya. so macam baik la amek port sekarang dari tidak. kerana esok aku jugak yang pening. so dari sini bermula SENTAP aku tu......

masuk office nak call technician, mata ternampak sms kat phone. baca pun baca ok lagi even rasa sentap. siap la balas membebel 2 sms, masuk sms 3 baru aku realise yang aku dah tersentap and baru nak respon. sesungguhnya aku ini lembab kan. sms ke 3 baru nak maklum yang diri tersentap. 2 sms sebelum nampak cool je rasa.

apa la diri nie........... and aku decide untuk berterus terang yang aku tersentap. its really easy for me. bagitau apa nak, macam mana, jadi aku tak terfikir-fikir. ni jangan nanti lain aku fikir lain dia fikir. the best jangna benda aku tak buat tetiba nak. aku memang tak akan ingin buat nanti.

ni la masalahnya kalau tak bercakap. tapi kenali dia buat aku pun tak nak bercakap dengan dia. inilah masalahnya, bercakap masalah tak bercakap pun masalah. haishhh macam mana la nak buat kan...

tapi kerana sms inilah jugak buat aku dok kat sini. aku yang patut google paper untuk siapkan proposal paper 3 feb nie, dah kelaut mood aku. eeeee meroyan rasa. tuhan je yang tahu. begang tahap gaban dah rasa nie. tu dok membebel kat sini.

jadi wahai manusia sekeliling alam ini, ketahuilah bahawa bahasa anda mampu mengubah minda dan keceriaan orang lain.........

eeeeeeeeeeee.... nak keluar tak tahu nak ke mana. keje banyak tak siap lagi...

tetiba terasa pening...

tetiba je ruam and gatal-gatal satu badan. and aku dapat rasakan perkara sama masa aku di UK dulu. so, confirm aku alergik pada kulit and kepala udang. haishh memang tak tahan la.. pening pikir makan udang boleh, kulit and kepala tak leh... tapi sebenarnya itu semualah udang....

kesimpulan dari cerita diatas, aku akhirnya mc today. lagi haru aku dah susahkan perancangan student plak. dah la berjanji jadinya dari malam sampai ke pagi try buat new arrangement plak. nasib semua leh handle and ok.

nak ceternya, aku jadi blur. aku yang awal ke... aku yang tak menyabar ke... tapi aku rasa seram dan risau sebenarnya. banyak menda tak disiapkan. benarkah perancangan yang dibuat. bila ditanya tak berjawap. kalau tanya bab lain boleh je jawap. aku kah yang mendesak. tapi aku risau ialah dengan aku nie bukan semua leh on jer... banyak kena itu ininya..........

blur blur blur......... yang pasti paper nak submit 3 feb and 20 feb tak siap lagi. aku rasa once aku masuk feb aku malas nak fikir dah. aku survey dah yang patut. lelain tu tawakal je la. benar usaha dulu baru tawakal. tapi kalau dah gini, nak survey pun tak der mood. and aku confirm hal nie bila digesa dek orang baru dia nak gerak, tapi bila aku tanya tak nak bergerak. so tak ke keliru aku ni.

nak bising kat sapa aku pun tak tahu. silap bising kan kena diri sendiri. nak telan dah penat jugak telan. entahlah......................

aku yang mc pening nie makin pening. tapi kurang-kurang aku bersyukur nampak jalan dan boleh la aku budjet sket. lain-lain tu aku malas dah nak pikir. urusan ini bukanlah urusan aku sorang sahaja.

pasrah je laaaaaaaaaaa......................

Friday, 27 January 2012

it is really hard............

sctually, before sampai malaysia lagi aku dah berfikir dan mula merancang kehidupan baru yang aku patut jalani. perancangan ini beriringan dengan perancangan dia yang ku panggil KAKAK. aku juga sangat jelas ingin melenyapkan segala masalah yang pernah berlaku. paling utama aku patut sedar dan jelas apa yang patut aku utamakan. aku patut tidak keliru lagi sebagaimana 4 tahun yang lepas.

namun, segalanya tidak terjadi. bahkan lebih mengelirukan lagi. aku sendiri lemas dengan percaturan baru ini. mudah ku jelaskan segalanya seakan berpusing 360 darjah. diawalnya aku hanya lalui mengikut arus sahaja. senang aku jelaskan apa yang telah berlaku dahulu mungkin 6 atau 8 tahun lalu berulang kembali. aku sungguh keliru dengan percaturan ILAHI ini. tiap apa yang berlaku seakan pernah aku lalui. bezanya masa, umur dan status keadaan yang boleh ku kira 'upgrade' dari yang sebelum. baik untuk aku atau mereka yang terlibat disekelilingku.

kerap aku ingatkan diri, segala ini pasti ada alasan tersendiri untuk aku perbaiki diri. ALLAH ulang kembali perkara yang lepas satu masa dahalu, pasti bukan untuk sia-sia sahaja. dalam aku meneruskan laluan ini, aku jelas akan banyak perkara yang akan ku telan dan lalui. jika pada pandang mata akal, aku seakan meletak diri ditali gantung sendiri. seumpama perintah mati dalam hidup ini. tapi siapalah kita menghakimi ini kerana banyak pandangan kita yang terbatas. ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

namun, aku seperti kamu kamu jua, tidak pernah tidak tergelincir atas laluan ini. bukan mudah mengapai kebahagian, kejayaan kerana ALLAH menjanjikannya, namun tidak pula ia menyatakan segala ini mudah.

sakit rasa bila kita tahu dan sedar apa yang akan terjadi dan ia sememangnya terjadi. alasan apakah harus aku beri pada diri untuk kuat. kerana semua ini juga datang dari unsur-unsur yang terlibat. jiwa sangat rasa tersoyat bila kita masih sebagaimana dahulu, terus memahami dan kena memahami tapi mereka berlapang dada melempar segala yang mahu. benar dugaan datang untuk semua, namun penat bila asyik kita yang beralah sahaja. kerana itu dulu aku telah tetapkan bila titik nokhtah itu perlu ku letakkan. namun, dengan perkiraan baru ini, seakan tiada bayangan nokhtah langsung dalam pertalian ini.

aku mungkin menangis sekejap, namun kesan pada keluarga lebih aku utamakan. dia tidak mengundang permasalahan, namun sekelilingnya membuat aku kerap goyah. hingga terfikir diri ini, adakah kami sesuai sebagai kawan sahaja.

benarlah kata pepatah mulut perempuan punca segala perkara.................sangat menyakitkan lebih lagi bila mengenang tiada cara untuk berhentikan semua ini....

untuk kau, dalam kau diduga belum pernah kulihat kau benar benar terkesan dengan yang berlaku. masih ada nada riak dalam jiwa. namun siapa aku untuk berkata. tapi ingin ku jelaskan, janganlah cepat menunding jari dengan perlbagai kata. kau yang ku kenali dulu memang belum pun punya harta berbundle bundle. hatta tatkala dunia kau dipenuhi kejayaan dan kekayaan aku bukanlah orang yang ada disisi, yang kau simbah dan limpahkan dengan sedikit kejayaan mu. sesungguhnya aku bukanlah orang yang kau kongsikan kejayaan itu. jauh sekali kaum keluargaku. jadi kau tak berhak nak menuduh aku berbagai bagai.

tinggi kau melupakan aku dan keluarga. hingga kini bongkak mu itu tidak pun reda, masih kau tambah dengan ego yang tak bertempat. penat untuk aku terus berperang dengan keadaan ini. sehinggakan hidup jadi tak keruan. tuduhan demi tuduhan kau campakkan. and the best part, we are fighting every single minute especially about 'her' but she is happy with her routine most of the time.

probably we should end this to make everybody happy especially ourself...........

Thursday, 26 January 2012

kiranya dia untuk ku

dalam daku menjelajah dari satu ke satu ruangan maya, aku tiba di beberapa ruang yang kata-katanya amat menarik bagiku. dalam aku cuba kemudikan rasa dan hati beriringan, banyak yang ku temui untuk menguatkan diri ini.....

Ya ILLAHI, kiranya dia ini adalah pilihanMU untuk ku di Arash kelak
berilah ku kekuatan dan keyakinan untuk menerimanya
Ya ILLAHI, kiranya dia inilah yang akan membimbing tanganku di titian MU
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas ketentuan Mu ini
Ya ILAHI, kiranya dia inilah jodohku yang KAY rahmati
berilah aku kesabaran dalam menghadapi segala dugaan MU dengan kerenah dan ragam yang ada ini........


Ya ILLAHI, kuatkanlah hatiku dan semangat ku........

Wednesday, 25 January 2012

ringannya bicara zikir dibibir.....

sesungguhnya benarlah kata Nya... DIA menjanjikan bahagia tapi DIA tidak kata jalan bahagia itu mudah..........

setiap apa yang kita mohon, lambat atau cepat pasti akan ditunaikan NYA. namun, kita manusia yang mudah alpa jadi segalanya tinggal antara sedar atau tidak, nikmat itu hadir dalam diri. dalam leka mengatur langkah hidup, aku tersedar jua. dalam aku makin kurang ini, banyak nikmat yang DIA anugerahkan. segalanya sebagaimana yang ku pinta. cuma aku terkadang leka dengan permintaan sendiri. dan aku manusia yang sering tamak, asyik menginginkan sesuatu yang sesuai dengan jiwa. walhal ia bukanlah yang terbaik mungkin untuk ku.

jalan bahagia itu nampak dimata manusia ini. segala aturannya nampak jelas dan mudah. namun, tiada bahagia tanpa dugaan. kadang diri rasa penat dan ingin tamatkan sahaja. dalam mengatur dua kepala, dua hati untuk menjadi satu. banyak perkara terkadang rasa berkorban dan terkorban. namun, langkah dan laku yang tidak tersasar dari jalan MU itu banyak menyejukan hati ini.

terperasaan aku bila kalimah bismillah di lafazkan dalam melakukan perkara mudah, yang aku sendiri terkadang leka dan lupa melakukannya. hati terasa sayu. dalam kadang aku bergelut dengan kerenah alam dan diri sendiri. bila kenangan ini mengamit, segalanya rasa hilang bila mengambarkan inilah dia yang akan memimpin ku kelak dalam meniti arus kehidupan dalam jalan MU.

kerana ringannya bicara zikir ILAHI meniti dibibir, segala kelemahan manusia aku rasa mampu disingkir. dan sememangnya kita manusia ini banyak kelemahannya. jadi siapalah kita untuk menghakimi manusia yang lain.

kerana ringannya bicara zikir ILAHI meniti dibibir, segala duka dan resah aku seakan mampu disingkir. mengenang aku bakal dipimpin oleh dia yang ada agamanya, hati rasa lebih yakin.

DAN

kerana ringannya bicara zikir ILAHI meniti dibibir, hati aku terpaut padanya...........

Wednesday, 18 January 2012

...T_____ T

Bisakah ku menggapai bintang yang bersalut indah,
Bisakah ku menebak masa cintakan tercipta,
Bisakah ku huraikan segala misteri dunia,
Bisakah ku mengucap cinta untuk selamanya

Inginku pupuskan segala tanda tanya yang terbelenggu di jiwa,
Sulitkah mahuku cuma untuk mengucapkan cinta


Aku bersahaja,
kamu yang luar biasa,
Bukan syurga yang kupinta,
Hanya secebis cinta yang terbazir didunia,
Aku bersahaja,
Menanti di tebing sana,
Haus tak terarah,
Hanya satu yang ku pinta,
Seteguk air cinta,

Bisakah ku huraikan segala misteri dunia
Bisakah ku mengucap cinta untuk selamanya

Inginku pupuskan segala tanda tanya yang terbelenggu di jiwa,
Sulitkah mahuku cuma untuk mengucapkan cinta,

Aku bersahaja,
kamu yang luar biasa,
Bukan syurga yang kupinta,
Hanya secebis cinta yang terbazir didunia,
Aku bersahaja,
Menanti di tebing sana,
Haus tak terarah,
Hanya satu yang ku pinta,
Seteguk air cinta...

macam mana begini........

aku kerap terasa diri jauh...jauh dari tugas hakiki ku. bila berada disamping mereka di pejabat terasa diri sangat ke belakang. tidak pasti mengapa ini berlaku pada diri. mereka hadir seakan sentiasa bersama idea dan semangat kerja yang tinggi. aku pula sebaliknya. kenapa aku sendiri tiada jawapannya.

curiga untuk ku katakan mereka bergelumang dengan kerja selepas pejabat. mana tidaknya mereka berkeluarga, banyak perkara perlu dirundingkan. namun, mereka kelihatan begitu arif dan seakan setiasa berlegar otak dengan kertas kerja yang perlu dicadangkan. sentiasa seakan bersedia. aku pula sebaliknya. tak sudah-sudah blur. belum campur urusan keluarga yang tak pernah sepi dari kamus hidup. kronik kadang terasa. aku single je. ahh bilakah aku mampu berubah.

lemas dengan diri yang sentiasa seakan tak cukup masa dan tak der kesempatan. aduhaiiii bangkit lah diri...........

Monday, 16 January 2012

berlikunya jalan itu........

pagi ini hati terasa jauh.. jauh dari naluri pencari hati... sukarnya mengawal emosi diri, sukarnya mengawal hati naluri, sukarnya mengingatkat diri....

kerap benar diri sama tergelincir dalam kepenatan mencari rezeki... mungkin kerana jauh perjalanan harian diri.. nah, mudah saja diri mengatur alasan sendiri..

kerinduan pada hari-hari lampau, mana mudah diri dalam sepi menginsafi segala yang terjadi membuat diri rasa dekat dan rohani kemas disulam rasa indah dalam diri. janganlah diri hanya rasa mudah bila diduga begini saja. perlulah diri cepat sedar dan kembali pada landasan yang pernah ku temui itu.

kerana lahirnya, tinggalnya, semuanya mudah secara haknya. inilah membuat diri buta dan lemas dengan kemudahan, kemewahan dan segalanya. seakan percaturan itu lengkap tanpa diri cuba lebih kuat mencari ruang. sudahnya aku hanyut lagi.....

perlu kembali lengkapi diri... perlu kembali ingati diri................

Wednesday, 11 January 2012

khamisss...

Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

Tuesday, 10 January 2012

mood tetiba .......

dari pagi hati rasa tak tenang. teringat nak bawa quran macam selalu tapi terlupa. hati rasa semakin runsing. tak tahu apa tak kena. bila fikir memang banyak menda yang buat aku rasa gementar. mana nak mula kuliah. mana thesis ntah apa cerita. mana cerita may lagi. ishhh semua membuat hati makin gundah. tapi tak tahu kenapa buat diri rasa resah sepanjang pagi ini. macam nak jerit-jerit jer rasa.

ntahlah........... rancangan awal nak buat keje pun dah ke laut......

Tuesday, 3 January 2012

kenangan lalu mengimbau, namun realiti berpaksi..

sungguh aku terkenang akan diri kala aku berperang dengan penulisan ketika disana dahulu. pernah satu ketika selama 4-5 hari aku berkurung dirumah dan dalam tempoh itu hanya sekali aku keluar. teringat akan berapa lama aku telah mengurung diri dari hujung minggu yang lalu. hampir sama keadaannya dengan apa yang aku lalui dulu. dalam tempoh 4 hari, sekali saja aku keluar itu pun kerana mencari bekalan. sememangnya rumah ini kosong tanpa bahan mentah. walau ia tidak bermakna kurus, namun itulah hakikatnya... benarlah, dimana kita berada, keadaan akan serasa sama kerana kita lah jua yang mewarnai diri kita. hanya latar berbeza yang dipengaruhi oleh keadaan semasa.

dalam begitu, hati aku rasa sesak dan sarat. satu yang amat berbeza aku rasa adalah sukarnya aku meluahkan rasa dilaman ini lagi. bukan kerana aku tidak mahu, tapi keterbatsan waktu dan ketidak mudahan untuk aku duduk mencurahkan rasa. semua keterbatasan ini berakhir dengan sesak dinafas kadang kala. sarat perasaan terasa dihujung dada yang mana terkadang terasa ingin muntah. kembali ke daerah ini, semua seakan berlari. banyak perkara yang harus dilakukan. bukan aku pinta tapi semua bagai telah tersedia. aku kerap tersasar kerana perjalanan masa yang pantas. belum selesai satu perkara, susunan menunggu telah sedia ada. belum ku ambil kira persekitaran yang telah turut menunggu jua. sungguh tak terkejar rasa. penat pun ada. bermacam menda yang perlu dilakukan, pelbagai kerenah perlu diturut diambil kira. semua bukan kerana apa, hanya kerana ia berkait dengan kita, secara total atau hanya sipi-sipi sahaja. benarlah penat berada dibumi sendiri kerana kita seakan dikejar oleh bayang-bayang sendiri.

lantaran ini, membuat aku sentiasa rasa tak cukup masa. contoh terhampir, belum sudah kerja pembaikan ini, susun atur kerja telah teratur rapi. jika benar aku mula kendali kelas sendiri, persediaan diri perlu aku teliti. belum lagi ambil kita rencana keluarga. belum apa-apa tapi ternyata padat susun atur diari diri. apa aku mampu katakan semakin aku kenang semakin terasa sesak dada.......

new day, new year


ergghhhh... aku masih macam dulu tidak berubah sedikit kuman pun. aku bagai berlumba dengan masa. sungguh tertekan. dateline semakin hampir. target telah tersasar. bagaimanapun, ada saja itik bertelur ayam mengeram yang jalan seiring dengan masa. dan aku kira tiada siapa lagi akan memahami keadaan diri. tapi tahukah kalian bukan mudah untuk menulis walau hanya sebaris ayat. walau aku hanya perlukan sedikit pembetulan. minda sudah diterjah dengan pelbagai unsur. lagi sukar untuk memulakan tugas. adussss.... sememangnya aku akui berada di luar negara kurang-kurang mampu untuk aku larikan diri. walau keadaan turut tertekan namun ia dari sudut yang berlainan.

hujung minggu berakhir dengan pelbagai drama. aku hanya mampu melunaskan kerja pada hari terakhir. dan hari ini aku hanya berteleku saja bagi cubaan terakhir di bahagian kesimpulan. doaku agar ia tidak memerlukan lebihan penumpuan bila kiriman ini dikembalikan. bagaimanapun, aku harus cuba untuk selesaikan semua esok dan terus menghantar ke M. hermmm lama rasa aku tidak menyebut namanya.

Ingin ku jerit pada dunia. doakanlah aku. permudahkanlah perjalanan akhir ini agar aku mampu melangkah untuk jalan berikutnya. aku harus meletakkan nokhtah pada perjalanan ini. agar aku menjadi lebih pasti apa yang harus aku hadapi kemudian nanti.

satu yang amat jelas ialah... amat ketara mengapa aku terus sendiri kerana aku bukanlah jenis yang multitasking.