�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Saturday 25 February 2012

bukan senang untuk bersabar........

permulaan ahad yang lebih baik dari sabtu. walau diri masih diselimuti kemalasan dan segala 'ke' yang seangkatan, yang berkepuk-kepuk, tapi diri masih mampu bangkit dan lakukan perkara rutin semasa hujung minggu. momentum itu tidaklah lama, cukup sekadar menyidai baju dan aku kemudian kembali menerpa di depan labtop. dari sehari ke sehari niat untuk menulis itu hilang walau diri mengunjungi laman ini. akhirnya aku hanya meletakkan bait-bait lagu.........

sendirian dihujung minggu mengundang kenangan silam. februari dan march 2011 yang lepas aku bergelut untuk cuba menokhtahkan kerja penulisan aku. berperang dengan diri dan seribut dengan tahap kesabaran yang perlu ada hanya untuk memastikan aku masih berdaya menghadapi hari-hari yang mendatang. berkomunikasi dan berhubung dengan mereka yang lain, yang kepentingan berbeza, yang berlainan cara hidup, di bumi asing bukanlah mudah. selalu aku tergelincir dan mudah kita cuba menamatkan penderitaan itu. Namun, alhamdullilah aku kira aku berjaya mengharungi semua itu bila kini aku disini laju melempiaskan bait bicara dari hati ke kotak nukilan ini.

ku kira semua telah berlalu dan kini aku hanya perlu mengharungi liku-liku baru dalam kehidupan. tapi semua itu meleset sama sekali. pada bulan-bulan ini, seperti 2011 aku masih perlu belajar bersabar dan takat kesabaran itu perlu lebih tinggi. ini hanya gara-gara pembetulan yang belum terjawap. sikit sebnayak aku turut menyumbang pada permasalahan ini. walau segunung tinggi alasan aku catatkan, semua itu tidak bermakna lagi bila diri perit dihimpit permasalahan dari semua sudut.

paling ketara status aku tidak ketentuan. lebih malang bukan tidak ketentuan dari segi kerjaya sahaja, bahkan peribadi turut membunuh rasa-rasa gembira dalam diri. konflik di pejabat turut membuat aku rasa terduduk. sesungguhnya benar kejayaan itu tidak akan hadir tanpa dugaan. dan terus terang aku terasa penat. segala umpama di hujung dada ingin ku curah tapi belum tentu mereka mengerti.

usaha untuk kerjaya dan peribadi telah cuba kulontarkan. namun, aku pasrah dengan ketentuan. ku cuba susun perancangan diri agar segalanya menjadi lebih baik dalam aku mengharungi hari mendatang. antara tugas hakiki dan penyelesaian kerjaya. ku kupas juga perincian untuk perancangan peribadi diri. namun hingga tatkala ini belum lagi menampakan hasil dimana-mana satu perancangan itu.

akhirnya 'breaking point' itu tidak dapat aku sembunyikan. diri terasa dunia ini kejam. jika isu kerjaya didak mampu ku kupas, takkan lah isu peribadi tidak mampu menutupi luka yang ku rasa. tapi itulah hakikatnya, aku terus lemas dalam 2 permasalahan ini. lebih perit, isu peribadi akan turut melibatkan rantaian yang lebih besar berbanding isu kerjaya diri. dan aku buntu dalam permasalahan ini. jika ikut darah muda ku, tanpa teragak-agak aku akan memberikan kata putus ku. dan itulah yang terjadi 13 tahun dulu. dalam dewasa diri, menjerut diri dan lebih melukakan hati bila aku tidak mampu untuk bersuara bagi diri sendiri. bukan kerana ego diri tapi kerana perlbagai sudut perlu aku nilai dan imbangi. sesungguhnya life is complicated. tak bolehkah kita watak watak yang ada ini permudahkan sahaja.

permudahkan membawa beribu makna. terpulang ke arah mana mudahnya penyelesaian ini. banyak hati pasti terluka dan empunya diri sendiri pasti lebih terluka bila mudahnya membawa pada satu titik perhentian. namun, setiap kita pasti akan cuba bangkit dari satu kegagalan. aku hidup bukan untuk memaksa dan aku sangat belajar untuk terbuka. kiranya dalam tempoh ini, terlintas dipemikiran aku bukanlah yang terbaik katakanlah...... berdiam itu tidak sepenuhnya baik. banyak spekulasi mampu dibangkitkan dari berdiam itu.

walau hati pasti rasa pahit, walau diri diselubungi amarah diri, aku akan cuba seboleh mungkin mengimbangi segalanya. bukan ku minta ini terjadi, tapi rasa itu semakin mati kerana berdiam itu........... ku kira kita keliru kerana itu semua ini terjadi. namun, ku biar semua ini dahulu dan ku pasti sampai masa diam itu akan terjawap akhirnya............

apa pun, ku cuba kuatkan diri ini kerana perancangan ILLAHI itu adalah terbaik untuk kita dan terbaik dalam apa kita mahu lakukan......... cuma dimanakah lagi perlu ku gali kesabaran ini, kerana aku tidak pasti sejauh mana lagi aku mampu bertahan.... tolonglah jangan timbunkan aku lagi dengan setitik permasalahan lagi. aku kuathir aku tidak mampu tangani lagi..................

No comments:

Post a Comment