�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Thursday 10 June 2010

rasa 24 jam ini

dalam satu hari pelbagai berita ku terima, dalam sehari pelbagai rasa aku rasa.

seawal jam 4 pagi talifon berbunyi tp ternyata antara mata dan nyata. terus aku hubungi malaysia bila siang menjelma. panggilan tak disahut, terus melencong ke laluan lain. selama 2 minggu aku mendiamkan diri. tenangkan hati dan lalui dengan kemelut sendiri. tapi biasalah aku jenis tak mampu simpan sendiri. akhirnya pertengkaran tercetus.

sekejap itu jua adik hubungi. dalam keadaan yang agak tak membina, aku menyambut. maaf sejuta kali aku pada adik, kerana aku tidak membantu, malah menambah rasa. tindakan spontan, membuat aku cepat tersedar. apakah yang telah berlaku .. kenapa pula aku bergini.

susunan ILAHI itu adalah yang terbaik dan terindah. sekali dipusing semua ke satu arah jua. bicara tadi yang diakhir dengan pertengkaran, sekejap itu reda. kami mula bersatu arah untuk menyelesaikan dugaan yang kunjung tiba. walau beribu alasan aku bagi, memang wajar jika tiada kata maaf untuk aku dengari.

aku nyatakan di sini keadaan yang berlaku, namun bukan atas niat untuk menghantui pemikiran diri untuk menyebelahi aku dalam tersilap mengitung waktu. keadaan yang sejak azali disini, aku dengan cerita khazanah ku, dari packing hingga ke transfer loading. belum masuk muat ke tidak lagi... sememangnya, selagi tidak kujung pergi selagi tu semua menghantui....... masalah kedua yang bagai darah daging, keje yang tidak siap ini, kepala pening sebab tak lepas membunuh buntu....... selebihnya terasa dunia kejam atas semua yang terbeban dibahu. namun bebanan itu, bebanan dicari. dari jam sebelum 7 pagi aku sudah mula melangkah kaki. dari satu building ke satu buiding, tujuan hanya satu mencari kotak untuk mengisi semua yang berbaki dirumah lagi.......

dalam sibuk bertekak dan memasing lupa batasan diri. terbongkar emak kini tidak sihat dan perlukan perhatian. sekejap-kejap itu terima pula berita adik pula perlu putuskan, isterinya bahu operation atau tidak. sememangnya, aku berjiwa keluarga. satu hari yang sama. mak di johor, adik di kuala lumpur. aku.. aku nan beribu batu ini. yang ada kini hanya adik nan satu untuk handle dua perkara yang jauh antara satu. kakak timbul namun kerana lama tak bicara, faham aku bila kadang diri banyak yang terlepas dari pandangan mata. nasib cepat sedar, aku menukar arah mengatur gerak tari. tarian sumbang tadi sudah mula bertukar rentak. akhirnya.....

selepas ditimbang kanan dan kiri, akhirnya lahirlah NOOR AMMAR waktu dimaklum 12 BST. waktu mesia tak la pasti. pada masa sama mak pulak bertegas untuk keluar dari hospital kerana mulanya keadaan adik agak kritikal. waktu terakhir yang aku tahu mak masih di seremban dalam perjalanan untuk melawat adik. harapan aku semua akan terus tabah...... lebih malang abang NOOR AMMAR, NOOR ASYRAFF demam panas pula. faham aku kesukaran adik lalui. cuma aku harap kesemua adik-adik aku dapat bersatu dalam menghadi dugaan kecil ini. besarnya kita nampak namun tak tertanding mereka di Palestine. Kakak, aku pasti sedang cuba untuk dari pelbagai segi. bukan untuk diri sendiri sahaja tapi untuk mereka semua yang perlukan sokongan diri.

terang aku rasa ingin terus berlari... bukan untuk kembali ke sini lagi. tapi untuk berlari menyelesaikan semua disini, agar mampu mewarnai apa yang lama menanti..........

Tuesday 8 June 2010

nasib baik........

pagi nie aku bernasib baik, kalau tak pun nasib baik jugak cz leh mandi dua kali.... sejuk tu....

meh nak ceter, rumah aku sekarang aku susah nak describe....... aku janji dengan kawan nak gi anto segala menda ke recycle center before aku shipping segala menda. then kawan nie dok la tanya dah nak 2/3 kali..... last text dia, bila free.. rumah dah tu penuh barang tu semua, nak gi mengemas nie........

ekceli aku pun stress....... mana nak kemas, mana nak meneulis, mana nak analyse balik, memacam mana la....... lepas tu ingat aku goyang kaki ke even sengih kan. so aku pun reply la.......

ekceli aku pun tak tahu bila aku nak gie cz rumah aku pun dah sama macam tong sampah. so macam tak der kesan je nak g buang ke tong sampah ....... hahahaha

ekceli kan rasa mencik gak dengan manusia nie tau........ cz depa nie tak kan tahu unless dia lalu sendiri.....

la camna aku melalut ke ceter nie..... yang nak ceter nya menda nie...

dek kerana degree of kekemasan rumah aku amat tinggi. segala barang perlu diletak ditempat yang nampak di mata. kalau kunci segala nie aku letak kat labtop. so barang lain tu mana aku port, semua aku port sekali...... even ada gak yang kadang entah tangan gatal aku letak ke mana.

so pagi nie aku nak gie pagi........ cz niat nak cari kotak la kan...... so siap semua macam biasa nak la spray wangi-wangi nie....... hahaha nasib time nie kepala dan mata seiring, kalau dak dushhh masuk bilik air semula la aku..........

aku capai je menda yang rasa2 macam botol, n tadah la tangan kiri nak spray nie..... huhuhuhu sib baik mata memandang, kisahnya odor kaki u.......... haru haru...

pusing balik, dedua wangian bersebelahan.......... huhu yea aku tahu, patut separatekan......... kan dah cakap la nie kena letak semua setempat..........

huhuhuhu........... trajis kalau kena mandi semuala kannnnnnnnnnnnnn

Sunday 6 June 2010

penat

semalam petang aku tak keruan. paginya bagai sukar nak mulakan langkah. lately nie beginilah, bila hari dah nak gelap baru la idea mencurah. tp kaki kena melangkah pulang sudah.......

semalam, selepas berbual sekejap dgn Dr L aku jadi makin tak keruan. nasihatnya M tu dah ada cukup track rekod untuk aku berada di persimpangan jika aku teruskan niat aku. kerana sudah rasa diri tidak seimbang, ku bawa diri ke majlis ilmu yang ada petang semalam. namun, mungkin kerana aku stress atau memang rasa (keje nak salahkan orang je la kan) ada plak yang sesaja nak bersangit dengan aku. terus je laju aku bersuara. oo kawan, jangan lah cuba memanaskan sesuatu yang tak der kena mengena. kesannya, kau pasti tak pasti akukah yang bersuara itu.......

hari nie pun sama, dari pagi menghukum diri disini tp satu apa tak mampu nak buat. yang pasti masa mencoret disini, baru timbul idea. tu yang nak mengutuk diri sendiri. hakikat, aku penat.......... penat dengan diri sendiriiiiiiii

Saturday 5 June 2010

xx-_-xx

terasa masa laju nya berlari........ rasa tak mampu nak seiring dengan diri.
jauh disudut hati ingin cepat segala yang serabut didepan nie pergi. namun, masa sama aku kena juga penuhi apa yang dah dijanji. paling perit kerana janji itu untuk kepentingan diri sendiri. arrgghhh sukarnya merancang perjalanan dunia.........

doaku semoga tiap hentian perjalanan ini mudah dan senang untuk ku............