�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Thursday 10 June 2010

rasa 24 jam ini

dalam satu hari pelbagai berita ku terima, dalam sehari pelbagai rasa aku rasa.

seawal jam 4 pagi talifon berbunyi tp ternyata antara mata dan nyata. terus aku hubungi malaysia bila siang menjelma. panggilan tak disahut, terus melencong ke laluan lain. selama 2 minggu aku mendiamkan diri. tenangkan hati dan lalui dengan kemelut sendiri. tapi biasalah aku jenis tak mampu simpan sendiri. akhirnya pertengkaran tercetus.

sekejap itu jua adik hubungi. dalam keadaan yang agak tak membina, aku menyambut. maaf sejuta kali aku pada adik, kerana aku tidak membantu, malah menambah rasa. tindakan spontan, membuat aku cepat tersedar. apakah yang telah berlaku .. kenapa pula aku bergini.

susunan ILAHI itu adalah yang terbaik dan terindah. sekali dipusing semua ke satu arah jua. bicara tadi yang diakhir dengan pertengkaran, sekejap itu reda. kami mula bersatu arah untuk menyelesaikan dugaan yang kunjung tiba. walau beribu alasan aku bagi, memang wajar jika tiada kata maaf untuk aku dengari.

aku nyatakan di sini keadaan yang berlaku, namun bukan atas niat untuk menghantui pemikiran diri untuk menyebelahi aku dalam tersilap mengitung waktu. keadaan yang sejak azali disini, aku dengan cerita khazanah ku, dari packing hingga ke transfer loading. belum masuk muat ke tidak lagi... sememangnya, selagi tidak kujung pergi selagi tu semua menghantui....... masalah kedua yang bagai darah daging, keje yang tidak siap ini, kepala pening sebab tak lepas membunuh buntu....... selebihnya terasa dunia kejam atas semua yang terbeban dibahu. namun bebanan itu, bebanan dicari. dari jam sebelum 7 pagi aku sudah mula melangkah kaki. dari satu building ke satu buiding, tujuan hanya satu mencari kotak untuk mengisi semua yang berbaki dirumah lagi.......

dalam sibuk bertekak dan memasing lupa batasan diri. terbongkar emak kini tidak sihat dan perlukan perhatian. sekejap-kejap itu terima pula berita adik pula perlu putuskan, isterinya bahu operation atau tidak. sememangnya, aku berjiwa keluarga. satu hari yang sama. mak di johor, adik di kuala lumpur. aku.. aku nan beribu batu ini. yang ada kini hanya adik nan satu untuk handle dua perkara yang jauh antara satu. kakak timbul namun kerana lama tak bicara, faham aku bila kadang diri banyak yang terlepas dari pandangan mata. nasib cepat sedar, aku menukar arah mengatur gerak tari. tarian sumbang tadi sudah mula bertukar rentak. akhirnya.....

selepas ditimbang kanan dan kiri, akhirnya lahirlah NOOR AMMAR waktu dimaklum 12 BST. waktu mesia tak la pasti. pada masa sama mak pulak bertegas untuk keluar dari hospital kerana mulanya keadaan adik agak kritikal. waktu terakhir yang aku tahu mak masih di seremban dalam perjalanan untuk melawat adik. harapan aku semua akan terus tabah...... lebih malang abang NOOR AMMAR, NOOR ASYRAFF demam panas pula. faham aku kesukaran adik lalui. cuma aku harap kesemua adik-adik aku dapat bersatu dalam menghadi dugaan kecil ini. besarnya kita nampak namun tak tertanding mereka di Palestine. Kakak, aku pasti sedang cuba untuk dari pelbagai segi. bukan untuk diri sendiri sahaja tapi untuk mereka semua yang perlukan sokongan diri.

terang aku rasa ingin terus berlari... bukan untuk kembali ke sini lagi. tapi untuk berlari menyelesaikan semua disini, agar mampu mewarnai apa yang lama menanti..........

No comments:

Post a Comment