�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Friday 24 June 2011

hari ke 24

24 hari sudah aku menyedut udara tanah air sendiri. cuaca berbeza kadang amat terasa, namun alhamdullilah, tidaklah sangat mencabar rasanya. mungkin kerana diri lebih memilih untuk keluar awal pagi. ini membantu elakkan panahan mentari tengahari.

semalam 23 june, 23 hari sudah aku kembali ke bumi malaysia. dalam bergelut untuk selesaikan segala yang perlu. dari terasa rindu laluan kelmarin. sendirian disana ada manisnya. rutin harian disana terasa bagai memanggil. sejuk belaian disana terasa mencuit. mudahnya hidup kelmarin membuat diri rasa asing. berat rasa bahu bila kembali. sekejapnya 4 tahun yang lalu.

selamat kembali dari daerah asing, namun sendirian kelmarin mengamit dihati ini....

Monday 13 June 2011

akhirnya aku selamat kembali......

alhamdullilah, sudah 13 hari aku bernafas di bumi malaysia. banyak yang ingin ku kongsi namun ada yang lebih penting untuk aku kendalikan. doa ku agar semuanya berjaya ku lakukan dalam masa yang diberi ini. selesai kerja ini, banyak lagi kerja menunggu. belum lagi ku ambil kira tanggungjawab yang perlu aku galas kembali. yang pasti kepulangan ini bertepatan dengan situasi yang ada sekarang. sesungguhnya ILAHI maha mengetahui apa yang terbaik untuk ku. DIA maha mengetahui apa yang mampu aku tangung, hanya padanya aku berserah.....................