�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Wednesday 31 March 2010

muzik 'spring' dihatiku........

mungkin ini kali terakhir aku melalui musim bunga........ indah sinar mentari dicemburi awan mendung yang datangnya mencurigakan banyak hati......

penghujung march, kami masih mengalami sejuk winter yang harus telah lama pergi.. membawa girang kelopak segar daffodil, cherry blossom..... ermmm tapi dia fames lagi dengan nama sakura.....

walau apa jadi, muzik dihati tetap mengalun rentak segar.... rentak ceria......
ingin rasa aku berlari merentas masa.... membiar diri dilimpahi segala ceria musim bunga ini...... tetiba malas nak sambung. huhuhu

Tuesday 30 March 2010

apa peel kan........

nowday aku memang ler masuk zon malas tahap tak tentu.... bukan takat untuk siapkan keje aku nie.. tapi sampai ke tahap untuk diri sendiri secara total..

mana taknya, aku kehabisan losyen.. bukan sesikit tapi since jan rasanya....... sampai kalau orang tengok ingat kena sakit kulit..... masalah badan yang sensitipnya, kisahnya aku nie kena pakai jenis butter cream tu.... jenis tu pakai today, esok nengok dah mula gebu jer kulit tu..... nie berdasarkan lepas 'menery' banyak sample pada satu masa yang leh diterima pakai........

ok itu bukan topik utama, kira intro kot.....
kes berbangkit sekarang ialah kelayuan mata yang tak kira tempat..... berkemungkinan permasalahan nie berpunca dari 'kesihatan' yang amatlah 'sihat'. jangan excercise, dah gie shopping pun malas, macam mana???? (suka tul tergelincirkan.......)

ok..ok.. dulu-dulu kalau ngantuk, aku tido je kat meja... tak heran pun orang lalu lalang...... lagipun, berdasarkan pengalaman lepas tido je la.. sat lagi bangkit sure ada idea nak menulis..... tapi sejak akhir-akhir nie penyakit nie melampau tahap gaban.. sampai aku pun malu nak tido kat meja... mana taknya, baru sampai 5-10 min, mata dah mengantuk....... tu kira bukan spedo kat pc, tapi masa membaca la... habis tak kan nak tido kan.... malu lerrrr...

banyak kali dah jadi nie and aku ended up tido kat toilet........... hahahahaha.. eya sungguh buruk tapi tu ler choice yang ada. nasib kat sini aku sorang je tinggal pompuan yang kerap datang ke opis.. ada gak manusia lain, tp derang datang n pergi. aku kira yang tetap la... cuma masalah bila toilet tu orang guna tahap maksimum, sure orang ingat aku..... masa tu hampeh ler kan... confirm tak patutkan... cz kalau aku darurat sangat sure kena balik...... cz kita sure nak guna air..... kat sini mana ler ada air kat toilet kan... tapi tak kan nak explain kan........ la lari topik lagik......

ok ok... jadi nak katanya betapa bersihnya toilet tu and ok untuk aktiviti aku... lelebih lagi tak der pengguna tegar lain kan..... so, tu le keje aku selalu......... masuk dalam tu, tido... lagipun ada dua bilik, cuma takut gak kot la aku lena sangat sampai buat bunyi boat kan.. kang ada plak yang perasan.... positive sidenya, aku kaur dengan segarnya untuk meneruskan keje....... pekena 5 min pun ok kalau bebetul........ keje yang diteruskan tu antaranya nie la... dok kat entry nie........ hahahahaha

ok arr... chaowww......

Saturday 27 March 2010

what a lovely day today...

errhhh... a bit dissapointed. am terperangkap antara 'mood keje', tekanan keje, komitmen yang telah dijanjikan and godaan cuaca yang menikam kalbu.......

jarang-jarang nak dapat cuaca yang elok...... ingin aje aku pandu diri ke kemana saja angin pergi. ingin saja aku hanyut kan hati melalui hari yang indah cerah ini... tapi aku telah lama lemas dengan kemalasan yang menyelimuti diri...... janji yang telah dimetrai isnin ini, antara dedikasi diri dan komitmen diri, aku harus serlahkan kerakusan aku menelan masa yang ada..........

jadi, aku korbankan diri antara kemulut hati....... namun, tetiba terpancul dihati sampai bila.... tapi inilah korban diri kerana aku membiarkan hati diselumiti kemasalan diri......... kini tanggunglah sendiri ...........

huhuhuhu

Thursday 25 March 2010

kesum ku........

ekceli aku memang susah nak focus.. ada je menda aku buat... baru satu ayat, kecoh benda lain lebih... tapi aku just nak share ..



aku suka bagai nak rak umpama aku bekebun durian or serai belakang umah..... ekceli aku girang gila sebab daun kesum ku hidup...... dari 2 pokok, aku berjaya jadikan 3, and now i try to make it 5... hopefully semua berjaya.......



sebelum-sebelum nie, aku dikenali pem*****h tegar la jugak...... tangan panas... bukan kemahuan ku, aku cuba sedaya upaya tapi derang tak nak gak........



so nie percubaan sebelum aku pulang........... huhuhuhu... suka harum bau kesum.......kalau nak korbankan amatlah sayang lagi sebab baru ler nak idup kan.... kalau masam ayam asam pedas sedap, tapi dek limited kesum aku abaikan je laa....

arrghhh gamba dari pak google tak reti plak nak tepek...... slow slow la eik....

perang diri, perang hati...........

' tidak akan ALLAH ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri berusaha....' - tidak terperinci kerana kelemahan diri, namun nak dinyatakan yang usaha kita barulah diakhiri dengan tawakkal.........

namun, aku lemas dengan kemalasan yang begitu tepu menyelimuti diri... seakan baru semalam, aku begitu bersemangat waja..... dan aku terus menerus menyalahkan segala dikeliling untuk menyelamatkan diri dari kegagalan melawan nafsu malas itu......

benar, hanya pada Mu aku berserah, namun dimana usaha aku???? pasrah... mengapa perlu pasrah....... terciptanya masalah ini adalah nukilan diri mu sendiri.... kemudian siapa mahu kamu persalahkan......

sedar.... aku sedar, tapi sejauh mana kesedaran itu menginsafkan aku................

itulah aku yang masih lagi berperang dengan diri........... sesungguhnya, adakah aku termasuk dalam kalangan mereka yang rugi....... arrgghhhhh...............

Wednesday 24 March 2010

bintang di langit..

niat hati nak ku pamer bintang dilangit. namun, semua ini terlalu baru bagiku...... jadi, biarlah yang utama ku teruskan tanpa penuhi hajat dihati.......

sesungguhnya semua nampak indah dilangit. cahaya bintang itu seakan memanggil-manggil untuk digapai. namun, bintang kau terlalu tinggi untuk ku capai.. terkadang ku rasa ia bagaikan hampir dan mudah untuk dicengkam. namun, selalu aku tergelincir dalam lamunan sendiri. kerana hakikat kau jauh tinggi disana. aku sukar untuk dekati.......

bukan salahmu bintang, tapi semua punca diri......... suka membiar diri dibawa buaian mimpi...... kini aku menjadi lebih tak mengerti.. mengapa aku tak mahu memahami betapa semua kini menghimpit diri...... separah mana lagi baru aku mampu berlari tanpa henti.. aku bagai tak mengindahkan apa yang akan menimpa diri..... sesungguhnya, aku umpama membiar diri lalu apa saja yang menyapaku......

kini, aku sendiri tak mengerti siapa diri......... dimana hati, dimana kemahuan diri, dimana aku berdiri......... aku kini lemas dengan persoalan diri yang tak tahu dimana titik henti..............

rasa ku warna ku.......

ekceli aku dah mula nak membebel untuk diri sendiri tu aku disini. tapi aku nak minta maaf pada diri sendiri and sesiapa yang terjengah ke laman ini.... sungguh malap tanpa sikit pun touch up.

dalam pada nak merendah segala teknologi yang ada, aku yang keterbatasan waktu dengan kerja aku yang tak berganjak sudah 2 bulan tu. terus aku padamkan niat untuk menyelami semua itu. hakikat, dari bicaraku di laman itu ku salur ke sini semua, tercetusnya semua rasa dirantauan kini aku warnai rasa itu di rumah baru.....

satu masa nanti akan ku garap kembali semua ini untuk menjadi satu.. namun, pada masa ini aku ingin lebih bebas menarikan jemari dalam merealitikan warna hari, warna hati yang mampu diterjemah dengan perkataan.....

perasaan yang terpendam kemudian disalurkan pada alam ini amat memberi aku kepuasan..... dan ia bagai satu rawatan untuk ku sendiri... benarlah lemas seketika kerana kegelapan maya ini, namun aku ingin bebas menari seketika disini.................

Tuesday 23 March 2010

my first word

rasminya inilah kata awal dirumah baru.......

selamat datang hati... ruang luas untuk mewarnakan rasa hati............
aku mulakan lakaran ini tanpa sebarang hiasan mewarnai... ku biarkan ia sebagai mana ia bermula.... ku lalukan segala yang kurasa, tiba masa aku hiasai ia seadanya..........