�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Saturday 31 December 2011

Salam 2012.........


berlabuh sudah 2011. tahun yang banyak meninggalkan kesan dalam hidupku. tahun yang membuat aku seakan lahir semula. semua kerana tahun itu jua aku kembali ke daerah ini semula. permulaan tahun baru...tiada ku sematkan azam baru. hasrat ku agar mampu aku akhiri segala yang patut berakhir 2011 yang lalu.

harap ku agar aku terus dikurniakan kesihatan dalam menjalani ibadah harian dan mampu aku melunaskan janji-janji yang telah ku metrai lalu. hasrat ku agar mampu aku gembirakan semua hati terutama kedua orang tuaku. perjalanan 4 tahun lalu kadang membuat aku terasa terhutang pada mereka terutamanya.

semoga hidup ini lebih diberkati dan aku lebih dekat dengan Nya. salam 2012.....

Thursday 22 December 2011

penat........

terus terang aku katakan yang aku rasa sangat penat. namun, aku terus melangkah menongkah arus. aku sedar sekembalinya aku ke tanahair pelbagai ragam dan kerenah aku perlu hadapi. namun, aku tak menduga sebegini sekali dugaan datang dan pergi.

rasaku belum ada lagi hari-hari yang benar-benar membolehkan aku rasa bagai masa itu terhenti. selepas satu satu datang menimpa. ia umpama petikan suiz lampu. padam di sana menyala disini, pada di sini terang pula di sana. penat penat ku rasa. setiap minggu ada sahaja perkara berbangkit. dan kerja ku terus membelenggu diri kerana fikiran yang terganggu. entah bagaimana aku harus menempuh perjalanan ini.

lebih sukar ku rasa bila ia melibatkan hati dan perasaan pelbagai pihak. kenapa manusia suka untuk menyukarkan. kenapa manusia suka kepada pertelingkahan. kenapa manusia suka menduga sesama manusia. kenapa... kenapa... kenapa manusia tidak boleh memahami sesama manusia.. kenapa manusia itu ego... tinggi manakah ego itu mampu membawa kita. penat aku dengan kerenah manusia begini. aku terasa tidak berdaya mengikut arus begini.

tidak cukup dengan ini, aku turut rasa terbeban dengan persoalan yang satu ini. sungguhnya sukar untuk aku kawal hati ini. sememangnya segala berpunca dari hati. tapi bila ada pemacu pada persoalan ini, hati menjadi semakin liar. hakikat aku telah terima keadaan ini. aku dapat rasakan adalah lebih baik tidak berhubung dari mendatangkan mudarat. tapi bila sesuatu itu perlukan jawapan, tindakan berdiam lebih mendatangkan curiga.

entahlah sampai bila aku diberi kekuatan untuk bersabar. sesungguhnya aku telah rasa kuat selepas penetapan hari itu. aku telah set di minda agar bersederhana dalam perhubungan ini. serasaku aku telah mampu mengawal hati ini. namun, terjahan persoalan semalam yang membawa kepada pelbagai persoalan bagi tindakan ku untuk hari ini. namun, sebagaimana biasa tiada penjelasan pada setiap yang berlaku. entah bagaimana harus aku lalui hidup ini nanti....

suka atau tidak, aku terus menongkah arus. yang pasti aku terasa penat............

Wednesday 14 December 2011

hakikat itu..........

lemahnya terasa diri.... baru diduga dengan sekecil-kecil perkara diri telah mula terusik. belum lagi iman yang senipis kulit bawang ini diduga ... entah apalah yang akan jadi agaknya.........

hakikat dalam satu kehidupan, tidak mampu kita tolak bila sesuatu masalah itu tiba. walau masalah itu ketara jelas punca hakiki, penyebab dan yang terlibat. tapi kita tak patut nafikan masalah itu sebenarnya tertuju pada semua yang seangkatan. yang mempunyai jaringan dalam kitaran itu. cuma sebenarnya sedar atau tidak yang terlibat tanpa sedar ini turut diuji. jika yang terpikul merasa terbeban kerana kenyataannya titik punca olehnya. ini tidak bermakna yang sekeliling harus memerhati sahaja. cuma terpulang pada setiap individu untuk bertanggungjawap atau tidak. samada ingin terus menerus memberi alasan atau sama berbahu mengalas masalah. tapi lumrah alam siapa mahu memikul beban berat... namun, usahlah kita terlalu gusar, cepat atau lambat pasti DIA luruskan jalan penyelesaian buat kita.

membaca ungkapan ini amat mudah. aku tidak nafikan hakikat kebenaran tidak semudah itu. walau terasa perit pahit dan seakan mahu menjerit, kita tetap perlu hadapi masalah ini.

tak tahu mana silapnya. tak tahu mana titik mula dan aku turut hilang punca bicara. aku terus lalu laluan ini mengikut arus masa. sesungguhnya seperti kata-kata aku sebelum ini, semua anggapan buruk aku perlu tolak tepi. dan aku rasa aku memahami punca masalah ini. cuma kerana cara ditangani membuat aku rasa sedikit terpencil tapi tak terpencil mana rasa itu. cuma yang aku tidak faham tetiba rasa itu pudar. mungkin kerana penat berfikir terus menerus.... atau beginilah cuaca yang tak menentu. aku tidak membenci. aku tidak rasa apa-apa... aku rasa penat untuk terus menduga laluan mana dan bagaimana harus aku lalui laluan itu.

sejujurnya aku sudah tidak kisah kerana aku rasa aku temui apa yang aku perlu lakukan. mungkin apa yang aku fikir itu akan lebih keruhkan lagi apa yang telah terjadi tapi hati ini rasa penat. rasanya biarlah masa menentukan. bukan amarah mengusai diri kerana permasalahan diri. tapi aku sesungguhnya lebih kepada tiada rasa dihati. aku seakan lebih mengikut pada teori diri sahaja. entahlah........

sesungguhnya tabahkan lah aku kiranya ini hanyalah persinggahan. tabahkan lah kedua ibubapaku atas permintaanku ini. sekiranya benar ini jalannya ia tak kan kemana. setiap rasa yang tercetus bukanlah datang bersahaja. mungkin ini iringan daripada apa yang terjadi. biarlah masa menentukan mana arahnya........... walau hakikat tiada yang mendoa untuk sebuah kegagalan..............

Tuesday 13 December 2011

ikatan itu menjerat jiwa.......

rasa itu datang lagi... penat aku sendiri. kejap aku mampu mengawal emosi, kerap juga aku tergelincir dengan emosi sendiri. sudahnya aku membenarkan kata-kata gelora dalam tempoh diikat itu ada. sudahnya aku turut mengeyakan wujud rasa bimbang dalam hati....

lantaran dari ini, aku usahakan apa yang harus aku lakukan. banyak pandangan dari pak google. tapi aku mencari yang ada pendekatan dengan hati.. kerana gusar inilah mainan syaitan.

dalam pada sungutanku dengan keadaan diri, aku tetap rasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya apa yang ku minta ditunaikan jua. sememangnya aku tidak mahu berlebih dari segala sudut jika ada jodoh aku dikurniakan pasangan. dan inilah yang terjadi kerana kami jarang berkomunikasi. namun, rupanya banyak benda yang akan silih berganti tampil dikepala membuat aku mula meronta untuk membuka pelbagai bicara dengan si dia. kerap jiwa rasa tertekan dan gusar kerana banyak soalan keudara tanpa jawapan. tapi kerap jua aku mampu melembutkan jiwa. tidaklah perlu terlalu bertanya jika ia hanya mengundang bencana. kerap jua aku cuba tenteramkan jiwa dengan mengingati NYA. paling aku risau adalah lahirnya perasaan sayang dan timbulnya rasa ini selepas perjanjian ini termetri. akhirnya ini membawa aku ke laman ummu saif.

melayari laman beliau sementelah semalam aku baru memulakan pembacaan 'aku terima nikahnya' seumpama lengkap melengkapi keperluan diri dalam menangani kegusaran hati. rasa dan pandangan dari seorang bernama wanita terasa hampir dengan diri. diikuti dengan pandangan dari sudut agama oleh seorang bernama lelaki.

rasa segan pada diri atas rasa kasih yang tiba-tiba terkumpul membuat diri rasa malu untuk berbicara. namun, sebagaimana bicara ummu saif mustahil jika tiada sekelumit perasaan wujud dalam jiwa. ini meleraikan rasa kusut dihati kenapa diri tetiba dihujani rasa begini.

benar jua saranan untuk selalu bersangka baik. ini mampu untuk meleraikan jiwa yang kerap mengundang prasangka yang tidak baik bagi menghalang diri dari terlalai....

hakikat bukan kami tidak berbicara. tapi sememangnya keadaan kami membantu untuk kami bersederhana dalam berkomunikasi. tapi aku hanya insan kerdil yang kadang meminta dari yang sepatutnya. perlu lebih kerap mencari jalan menenangkan jiwa. dan sememangnya selain dari solat untuk menenangkan diri. diri jua perlu sentiasa diingatkan segala aturan ILAHI adalah yang terbaik untuk kita. Jika jodoh pasti tidak kemana. tapi segalanya pasti diiringi dengan ujian jua. namun, jika ikatan ini hanyalah sekadar persinggahan pada diri. hati ini perlu kuat untuk menerima kerana jika akhirnya ia tidak seperti yang dijangka, maka dia bukanlah jodoh yang terbaik buat kita.

bagaimanapun, aku hanya berdoa segalanya dipermudahkan kerana ini adalah laluan kedua bagi kami berdua selepas gagal percubaan pertama 13 tahun dulu... sesungguhnya perlu lebih banyak beringat dan berdoa dan solat dalam memperkemaskan kawalan diri .........

dalam hati hati ada rasa........

tears in heaven .....
Would you know my name
If I saw you in heaven?
Would you feel the same
If I saw you in heaven?
I must be strong and carry on
'Cause I know I don't belong here in heaven

Would you hold my hand
If I saw you in heaven?
Would you help me stand
If I saw you in heaven?
I'll find my way through night and day
'Cause I know I just can't stay here in heaven

Time can bring you down, time can bend your knees
Time can break your heart, have you begging please, begging please

Beyond the door there's peace I'm sure
And I know there'll be no more tears in heaven

Would you know my name
If I saw you in heaven?
Would you feel the same
If I saw you in heaven?
I must be strong and carry on
Cause I know I don't belong here in heaven



sound of silent.....

Hello darkness, my old friend
I've come to talk with you again
Because a vision softly creeping
Left its seeds while I was sleeping
And the vision that was planted in my brain
Still remains
Within the sound of silence

In restless dreams I walked alone
Narrow streets of cobblestone
'Neath the halo of a street lamp
I turned my collar to the cold and damp
When my eyes were stabbed by the flash of a neon light
That split the night
And touched the sound of silence

And in the naked light I saw
Ten thousand people, maybe more
People talking without speaking
People hearing without listening
People writing songs that voices never share
And no one dared
Disturb the sound of silence

"Fools", said I, "You do not know
Silence like a cancer grows
Hear my words that I might teach you
Take my arms that I might reach you"
But my words, like silent raindrops fell
And echoed
In the wells of silence

And the people bowed and prayed
To the neon god they made
And the sign flashed out its warning
In the words that it was forming
And the sign said, "The words of the prophets are written on the subway walls
And tenement halls"
And whispered in the sounds of silence

Thursday 8 December 2011

terasing didaerah sendiri

entah tak tahu kenapa jadi begini. mungkin peredaran masa membuat aku yang lupa. 4 tahun dulu tak akan sama lagi bila aku kembali. kini didaerah sendiri, perasaannya tak ubah seperti berada di daerah asing itu. kadang terasa lebih teruk di daerah sendiri. tekanannya terasa kerana kita terasa asing dibumi sendiri. pahit menelan terasing didaerah sendiri tak dapat digambarkan. eyalah semua telah punya kehidupan sendiri....

di daerah asing, walau jauh dari famili masih ada kawan untuk kadang bercakap dari terus sendiri. masih ada cara melupakan rasa hati dan paling tidak lapikkan hati kerana dibumi asing sendiri. tapi kini apa pula alasan untuk kaburkan diri. terkadang untuk bicara ditalian panggilan pun sukar kerana banyak alasan yang akan terus diberi. akhirnya ku telan sendiri kata hati, dimana pun bumi ku berdiri langit ku junjungi, akulah pewarna kehidupan aku ini. mendung, pelangi, corak carik mentari semua aku yang palitkan warna hari ini. tapi sakitnya sendiri dibumi sendiri sedangkan dikelilingi kawan dan famili tidak dapat diolah dengan kata. apa mampu aku bicara kerana semuanya berubah. aku harus menelan dan mengolah susunan diri mengikut arus ini.

malu, segan segala terasa kerana inilah pertama kali ku lempar rasa hati dicatatan ini. tapi ku kira jika aku cuba selindungi lagi makin parah diri ini. kerana tak mungkin aku mampu terus menelan ini sendiri. terciptanya laman ini untuk aku mengurangkan rasa hati. jadi mungkin ini jalan terbaik aku cuba ringankan rasa hati ini. buntu aku memikir masalah yang membaluti diri. tak tahu mana harus ku luahkan. segala ku telan sendiri dan membiar ia berlalu bersama masa. namun, tiap permasalah perlu penamatnya dan masa pasti mengiringi ini. begitulah permasalahan aku, masa kini telah tiba. tapi aku masih tiada jawapan apa yang harus aku lakukan....

permasalahan itu mudah padaku. namun, dalam dunia ini banyak hati perlu dijaga dan aku tidak pasti langkah mana yang harus aku bawa. dalam kemelut menyiapkan thesis ini aku tidak sunyi dengan permasalahan ini. banyak pihak perlu dijaga, banyak pihak kepentingan berbeza. aku tersepit diantara. walau apa pun aku bicara, pasti akan ada rasa yang curiga. sedangkan aku masih banyak lagi perkara yang tak mampu aku duga. entah kenapa kini masalah bertimpa-timpa hingga aku rasa sangat penat dengan diri. tak tahu lagi macam mana harus aku kemudi diri. langkah kanan bawa bencana, langkah kiri bawa bahana, mana-mana jalan yang ku ambil pasti akan ada saja masalahnya. kerana pandangan dan pemikiran kita berbeza.

itu belum lagi masalah hakiki yang belum terjawap lagi. masalah yang sipi itu aje membuat aku rasa bumi telah berpusing. jika masalah hakiki diketahui lagilah aku rasa seakan ingin pergi lari dari sini. kadang terfikir diri ini, dugaan apakah yang aku hadapi ini. peritnya terasa dan paling memedihkan kerana aku harus telan semuanya sendiri. jika aku berkongsi pun belum pasti orang memahami tapi mungkin akan lebih menambah masalah diri kerana mereka-mereka akan lebih suka memikir dengan cara mereka sendiri.........

sesungguhnya aku terasa penat dan aku tak tahu bila aku akan berhenti. larian ku tak beriring, larian ku kucar kacir, larian ku belum pasti menemui jalan akhir. aku hanya mengikut arus waktu dan tiba masa nanti aku pasti menghentikan larian ini bila terasa sudah tidak mampu walau masa belum dipenghujung...............

Tuesday 6 December 2011

dua jiwa lain hati.............

kesan dari terlalu pagi hari ni, aku rasa mengantuk yang amat walau telah pekena kopi segelas. belum pun jam 9 aku terasa kuyu dibalik helaian thesis di depan mata. tetiba mobile phone berdering dan panggilan itu dari mak. dalam layu mata aku menjawap lebih2 lagi waktu office kena la nampak macam berkerja kan. tapi persoalan yang mak utarakan telah membuat aku terus terjaga hingga kini. awalnya aku masih terasa mamai dengan soalan mak sebab layan mata. tapi bila aku jawap bersahaja mak menekan nama rizal itu sekali lagi baru membuat aku berada di alam nyata. hakikatnya aku terasa ingin ketawa dan cuba aku sembunyikan. tapi aku rasa mak dapat menghidu dan dia mula menyatakan betapa dia gusar dengan cara aku. menghormati mak dan tak mahu menyakitinya aku eyakan dengan saranannya. tapi bila mak utarakan persoalan kedua, tidak boleh tidak gelak aku terus terhambur.... hingga kala aku mencatat disini aku masih mampu tergelak mengenang insiden itu.

walau aku tergelak, gelakan itu tidak bersambut. aku akhirnya setuju aja dengan saranan mak lagi. tapi hakikatnya mati aku kalau mak tahu tak der satu persiapan pun lagi dari aku. haishhh nak menyelesaikan masalah yang sedia ada pun aku jadi buntu.

tak cukup dengan insiden itu, tiba-tiba bunyi sms pula. kisahnya adik ipar aku mahukan confirmation berkenaan masa dan segala. jika tidak bertindan dia mahu ke australia berkursus. jawapan aku mudah saja. pergi aje kerana tak akan bertindan rasanya. bagai tidak percaya dia menjawap sms aku lagi. akhirnya aku terangkan dengan sekali panggilan. doaku agar apa ku lakukan ini memudahkan semua termasuk diriku. walau hakikat terlalu banyak soalan yang tak mampu aku jawap lagi...

pandang dari satu sudut, terasa lawak perkara ini dan amat mengelikan hati. tapi bila dilihat secara serius ia tidak boleh diambil lewa kerana banyak pihak terlibat nanti. entahlah... apa yang aku boleh katakan semuanya seakan terlalu awal untuk aku perkatakan. perjalanan ini bukan laluan aku seorang, perjalanan ini melibatkan dua jiwa lain hati. jadi bagaimana harus aku bagi satu kata pasti kerana kami masih belum jumpa jalan yang mudah lagi.........

rabu pagi...

terjaga di malam hari kini bermula lagi. biasanya kekerapan ini bergantung pada kekusutan fikiran ku. tepat 3.30 pagi mata ini akan celik tiba-tiba... tak kiralah jika ku tidur awal atau selewat 12 malam. entah mengapa penyakit ini seumpama meresap dalam diri. awalnya aku tidak fahami diri tapi selepas setahun cuba menyiapkan thesis aku berjaya membawa titik kesimpulan pada penyakit ini. dalam aku merungut aku disedarkan dengan nukilan dari internet juga. aku bersyukur kerana bukan mudah untuk mengerakkan diri diawal pagi. kurang-kurang aku mampu bangkit sujud pada NYA. namun, semua ini bergantung pada kudrat dan ketabahan hati untuk bangkit dari empukan katil. aku manusia biasa yang kerap jua tewas dengan rayuan syaitan. hanya kecil jumlah diri bangkit tatkala jiwa meronta mencari penyelesaian jiwa mencari ketenangan hati.

lantaran dari keadaan ini, pagi ini mencatatkan sejarah diri. entah dimana silapnya kisahnya jam di mobile phone awal sejam dari sepatutnya. sudanya seawal 4.30 pagi aku telah membersihkan diri. tepat 5.30 pagi aku telah pun siap diri. mobile phone ku bilik menunjukkan lepas 6 pagi. namun, jam di astro menunjukkan 5.30 pagi. aku dengan confidentnya mematikan power supply astro dengan anggapan sesuatu tak kena kerana tak mungkin sebegitu pagi. aku terus membuka pintu rumah untuk memanaskan enjin kereta. hati terdetik sepi lagi pagi nie dan keadaan tidak seakan 6 pagi. akhirnya semua terjawap bila jam dikereta tertera 5.50 pagi. adusss pasti jiran tertangga merunggut paginya enjin kereta berbunyi. aku akhirnya perlu subuh semula kerana pasti tadi belum waktunya .

akhirnya ku tiba di pejabat tepat 7 pagi. terasa seakan tak keruan diri ini, dua hari lepas penyakit lupa tahap gaban mengamit diri, hari nie pula terlebih rajin hingga waktu pun dah tak pasti. ........... macam-macam terjadi dalam 2 3 hari ini......

Monday 5 December 2011

stress beban diri tak habis lagi........

stressnya rasa............ dah dua hari sindrom lupa melampau-lampau. semalam tak bawak kunci bilik. nasib kunci pendua dah pulang ke main office. dapatlah masuk bilik. hari nie plak teringgal pass masuk office. begang dengan diri sendiri...

masuk office tengok nama berturut-turut masuk senarai meeting. alahai.... kalau takat attend jer tak la nak kisah sangat. paling stress kalau ada kerja berikutan meeting tu. dah la correction tak selesai lagi...

sudah la maybe ni wake up call. sila berlari pantas untuk segerakan semua kerja tertunggak... hal peribadi pun buat kepala angin jugak. ishhhhhhhh............. cepat lah semua ni berlalu............

benarkah dugaan itu ada............

entah tak tahu dari mana aku harus bermula... aku keliru dengan diri sendiri. ikatan yang baru mampu mengubah diri??? mudah rasa itu menyelinap dipenjuru hati?? aku sememang keliru.... mudah jua hati tersentap ... kerap sangat bisikan gusar menerpa di hati... apatah lagi segalanya tiba-tiba.. pasti timbul 1001 keraguan...

sesungguhnya benar DIA menjanjikan bahagia namun tidak pula ia didatangkan mudah....

“Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang siapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak reda), maka Allah pun murka kepadanya.” (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi)

Melalui dugaan, maka bertambahkan keimanan kita apabila kita laluinya dengan penuh kesabaran. Apabila kita sudahi dugaan dengan berjayanya, maka kita merasa lega dan tenang. Dugaan juga membuatkan kita matang dan lebih mengenali antara pasangan kita. - credit nota fikir -

semoga aku diberi kesabaran dalam meniti arus ini.... doaku agar dikuatkan diri dari bisikan yang meruntuhkan hati ini.......... bisikan itu sesungguhnya meruntuhkan niat yang suci......

Friday 2 December 2011

sabtu yang panas

cuaca hari ini tidak seperti hari bekerja biasa. serasaku selalu hari seakan mendung walau terasa terik. pabila petang langit pasti mencurah ke bumi. tapi hari ini tidak kelihatan cuaca akan redup lagi. cuaca seakan memahami hari cuti. panas menjadikan diri seakan malas untuk melakukan apa saja....

diri masih dibelenggu dengan kerja. harapan hati agar mampu menyelesaikan satu bahagian ini. jika aku mampu menyudahkan ini, minggu depan aku mampu seragamkan 3 chapter awal dan menghantar ke sana untuk disemak lagi.

diri kemalasan lagi walau tahu banyak kerja yang menanti...

Thursday 1 December 2011

curiga itu, rasa itu ............

dalam diam aku terkadang terasa takut dengan diri sendiri... ku kira aku mampu membuang rasa risau dengan diri selepas 4 tahun berkelana. tapi rupanya kekurang itu masih belum mampu kutangani. dalam menempuh masa, aku makin terasa takut dan ragu dengan keupayaan sendiri. adakala curiga itu bagus, tapi curiga berlebihan pasti mendatangkan mudarat nanti. entahlah...........tuhan, kuatkanlah diriku, jauhi dari hasutan syaitan........

paling ku gusar jika percaturan ini hanya seketika.... tuhan, aku tidaklah kuat mana untuk menempuh ini jika itu berlaku. doaku, agar semuanya dipermudahkan kiranya inilah susunan Mu untuk ku.

dalam diam aku kenang kembali detik lepas. lebih banyak ku renung, banyak yang berlaku seakan yang aku hajati. yang pasti hajat ini biasa ku simpan rapi dihati. paling tidak pernah jua ku suarakan tapi pada suatu masa yang lama dahulu. pasti bukan pada si dia.

jarang sekali panggilan begitu diaju pada ku. panggilan yang ku cari... sungguh aku tak sangka, dalam reramai kenalan ku... hanya si dia memanggil ku begitu... panggilan itu ku ibaratkan gambaran diri sendiri. itulah perempuan, benda sekecil hama pun akan diambil kira. apa pun syukur pada ILAHI atas kurniaannya untuk ku..........

perasaan itu kembali mengamit lagi.......

cubaan untuk fokus pada keje selalu tergelincir. dalam tiap percubaan godaan datang beriring. dan aku tidak pernah gagal tergoda........ kerana tergoda lah aku disini .........

dari semalam ku cuba memandu diri dengan keje yang belum selesai. baru pagi ini ku berjaya menyelesaikan satu komen. dimana aku berjaya menjawap dalam satu ayat. tapi nyata perasaan girang dan senang umpama aku selesai satu chapter lagi... tersenyum kelat aku terkenang perasaan itu. kerana itulah rasa hati tatkala menulis dulu.... kini rasa itu menjelma kembali..............
terbang bersama ku.......... kangen

dedali

disaat aku mencintaimu......