�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Tuesday 6 December 2011

dua jiwa lain hati.............

kesan dari terlalu pagi hari ni, aku rasa mengantuk yang amat walau telah pekena kopi segelas. belum pun jam 9 aku terasa kuyu dibalik helaian thesis di depan mata. tetiba mobile phone berdering dan panggilan itu dari mak. dalam layu mata aku menjawap lebih2 lagi waktu office kena la nampak macam berkerja kan. tapi persoalan yang mak utarakan telah membuat aku terus terjaga hingga kini. awalnya aku masih terasa mamai dengan soalan mak sebab layan mata. tapi bila aku jawap bersahaja mak menekan nama rizal itu sekali lagi baru membuat aku berada di alam nyata. hakikatnya aku terasa ingin ketawa dan cuba aku sembunyikan. tapi aku rasa mak dapat menghidu dan dia mula menyatakan betapa dia gusar dengan cara aku. menghormati mak dan tak mahu menyakitinya aku eyakan dengan saranannya. tapi bila mak utarakan persoalan kedua, tidak boleh tidak gelak aku terus terhambur.... hingga kala aku mencatat disini aku masih mampu tergelak mengenang insiden itu.

walau aku tergelak, gelakan itu tidak bersambut. aku akhirnya setuju aja dengan saranan mak lagi. tapi hakikatnya mati aku kalau mak tahu tak der satu persiapan pun lagi dari aku. haishhh nak menyelesaikan masalah yang sedia ada pun aku jadi buntu.

tak cukup dengan insiden itu, tiba-tiba bunyi sms pula. kisahnya adik ipar aku mahukan confirmation berkenaan masa dan segala. jika tidak bertindan dia mahu ke australia berkursus. jawapan aku mudah saja. pergi aje kerana tak akan bertindan rasanya. bagai tidak percaya dia menjawap sms aku lagi. akhirnya aku terangkan dengan sekali panggilan. doaku agar apa ku lakukan ini memudahkan semua termasuk diriku. walau hakikat terlalu banyak soalan yang tak mampu aku jawap lagi...

pandang dari satu sudut, terasa lawak perkara ini dan amat mengelikan hati. tapi bila dilihat secara serius ia tidak boleh diambil lewa kerana banyak pihak terlibat nanti. entahlah... apa yang aku boleh katakan semuanya seakan terlalu awal untuk aku perkatakan. perjalanan ini bukan laluan aku seorang, perjalanan ini melibatkan dua jiwa lain hati. jadi bagaimana harus aku bagi satu kata pasti kerana kami masih belum jumpa jalan yang mudah lagi.........

No comments:

Post a Comment