�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Tuesday 13 December 2011

ikatan itu menjerat jiwa.......

rasa itu datang lagi... penat aku sendiri. kejap aku mampu mengawal emosi, kerap juga aku tergelincir dengan emosi sendiri. sudahnya aku membenarkan kata-kata gelora dalam tempoh diikat itu ada. sudahnya aku turut mengeyakan wujud rasa bimbang dalam hati....

lantaran dari ini, aku usahakan apa yang harus aku lakukan. banyak pandangan dari pak google. tapi aku mencari yang ada pendekatan dengan hati.. kerana gusar inilah mainan syaitan.

dalam pada sungutanku dengan keadaan diri, aku tetap rasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya apa yang ku minta ditunaikan jua. sememangnya aku tidak mahu berlebih dari segala sudut jika ada jodoh aku dikurniakan pasangan. dan inilah yang terjadi kerana kami jarang berkomunikasi. namun, rupanya banyak benda yang akan silih berganti tampil dikepala membuat aku mula meronta untuk membuka pelbagai bicara dengan si dia. kerap jiwa rasa tertekan dan gusar kerana banyak soalan keudara tanpa jawapan. tapi kerap jua aku mampu melembutkan jiwa. tidaklah perlu terlalu bertanya jika ia hanya mengundang bencana. kerap jua aku cuba tenteramkan jiwa dengan mengingati NYA. paling aku risau adalah lahirnya perasaan sayang dan timbulnya rasa ini selepas perjanjian ini termetri. akhirnya ini membawa aku ke laman ummu saif.

melayari laman beliau sementelah semalam aku baru memulakan pembacaan 'aku terima nikahnya' seumpama lengkap melengkapi keperluan diri dalam menangani kegusaran hati. rasa dan pandangan dari seorang bernama wanita terasa hampir dengan diri. diikuti dengan pandangan dari sudut agama oleh seorang bernama lelaki.

rasa segan pada diri atas rasa kasih yang tiba-tiba terkumpul membuat diri rasa malu untuk berbicara. namun, sebagaimana bicara ummu saif mustahil jika tiada sekelumit perasaan wujud dalam jiwa. ini meleraikan rasa kusut dihati kenapa diri tetiba dihujani rasa begini.

benar jua saranan untuk selalu bersangka baik. ini mampu untuk meleraikan jiwa yang kerap mengundang prasangka yang tidak baik bagi menghalang diri dari terlalai....

hakikat bukan kami tidak berbicara. tapi sememangnya keadaan kami membantu untuk kami bersederhana dalam berkomunikasi. tapi aku hanya insan kerdil yang kadang meminta dari yang sepatutnya. perlu lebih kerap mencari jalan menenangkan jiwa. dan sememangnya selain dari solat untuk menenangkan diri. diri jua perlu sentiasa diingatkan segala aturan ILAHI adalah yang terbaik untuk kita. Jika jodoh pasti tidak kemana. tapi segalanya pasti diiringi dengan ujian jua. namun, jika ikatan ini hanyalah sekadar persinggahan pada diri. hati ini perlu kuat untuk menerima kerana jika akhirnya ia tidak seperti yang dijangka, maka dia bukanlah jodoh yang terbaik buat kita.

bagaimanapun, aku hanya berdoa segalanya dipermudahkan kerana ini adalah laluan kedua bagi kami berdua selepas gagal percubaan pertama 13 tahun dulu... sesungguhnya perlu lebih banyak beringat dan berdoa dan solat dalam memperkemaskan kawalan diri .........

No comments:

Post a Comment