�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Thursday 22 December 2011

penat........

terus terang aku katakan yang aku rasa sangat penat. namun, aku terus melangkah menongkah arus. aku sedar sekembalinya aku ke tanahair pelbagai ragam dan kerenah aku perlu hadapi. namun, aku tak menduga sebegini sekali dugaan datang dan pergi.

rasaku belum ada lagi hari-hari yang benar-benar membolehkan aku rasa bagai masa itu terhenti. selepas satu satu datang menimpa. ia umpama petikan suiz lampu. padam di sana menyala disini, pada di sini terang pula di sana. penat penat ku rasa. setiap minggu ada sahaja perkara berbangkit. dan kerja ku terus membelenggu diri kerana fikiran yang terganggu. entah bagaimana aku harus menempuh perjalanan ini.

lebih sukar ku rasa bila ia melibatkan hati dan perasaan pelbagai pihak. kenapa manusia suka untuk menyukarkan. kenapa manusia suka kepada pertelingkahan. kenapa manusia suka menduga sesama manusia. kenapa... kenapa... kenapa manusia tidak boleh memahami sesama manusia.. kenapa manusia itu ego... tinggi manakah ego itu mampu membawa kita. penat aku dengan kerenah manusia begini. aku terasa tidak berdaya mengikut arus begini.

tidak cukup dengan ini, aku turut rasa terbeban dengan persoalan yang satu ini. sungguhnya sukar untuk aku kawal hati ini. sememangnya segala berpunca dari hati. tapi bila ada pemacu pada persoalan ini, hati menjadi semakin liar. hakikat aku telah terima keadaan ini. aku dapat rasakan adalah lebih baik tidak berhubung dari mendatangkan mudarat. tapi bila sesuatu itu perlukan jawapan, tindakan berdiam lebih mendatangkan curiga.

entahlah sampai bila aku diberi kekuatan untuk bersabar. sesungguhnya aku telah rasa kuat selepas penetapan hari itu. aku telah set di minda agar bersederhana dalam perhubungan ini. serasaku aku telah mampu mengawal hati ini. namun, terjahan persoalan semalam yang membawa kepada pelbagai persoalan bagi tindakan ku untuk hari ini. namun, sebagaimana biasa tiada penjelasan pada setiap yang berlaku. entah bagaimana harus aku lalui hidup ini nanti....

suka atau tidak, aku terus menongkah arus. yang pasti aku terasa penat............

No comments:

Post a Comment