�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Wednesday 14 December 2011

hakikat itu..........

lemahnya terasa diri.... baru diduga dengan sekecil-kecil perkara diri telah mula terusik. belum lagi iman yang senipis kulit bawang ini diduga ... entah apalah yang akan jadi agaknya.........

hakikat dalam satu kehidupan, tidak mampu kita tolak bila sesuatu masalah itu tiba. walau masalah itu ketara jelas punca hakiki, penyebab dan yang terlibat. tapi kita tak patut nafikan masalah itu sebenarnya tertuju pada semua yang seangkatan. yang mempunyai jaringan dalam kitaran itu. cuma sebenarnya sedar atau tidak yang terlibat tanpa sedar ini turut diuji. jika yang terpikul merasa terbeban kerana kenyataannya titik punca olehnya. ini tidak bermakna yang sekeliling harus memerhati sahaja. cuma terpulang pada setiap individu untuk bertanggungjawap atau tidak. samada ingin terus menerus memberi alasan atau sama berbahu mengalas masalah. tapi lumrah alam siapa mahu memikul beban berat... namun, usahlah kita terlalu gusar, cepat atau lambat pasti DIA luruskan jalan penyelesaian buat kita.

membaca ungkapan ini amat mudah. aku tidak nafikan hakikat kebenaran tidak semudah itu. walau terasa perit pahit dan seakan mahu menjerit, kita tetap perlu hadapi masalah ini.

tak tahu mana silapnya. tak tahu mana titik mula dan aku turut hilang punca bicara. aku terus lalu laluan ini mengikut arus masa. sesungguhnya seperti kata-kata aku sebelum ini, semua anggapan buruk aku perlu tolak tepi. dan aku rasa aku memahami punca masalah ini. cuma kerana cara ditangani membuat aku rasa sedikit terpencil tapi tak terpencil mana rasa itu. cuma yang aku tidak faham tetiba rasa itu pudar. mungkin kerana penat berfikir terus menerus.... atau beginilah cuaca yang tak menentu. aku tidak membenci. aku tidak rasa apa-apa... aku rasa penat untuk terus menduga laluan mana dan bagaimana harus aku lalui laluan itu.

sejujurnya aku sudah tidak kisah kerana aku rasa aku temui apa yang aku perlu lakukan. mungkin apa yang aku fikir itu akan lebih keruhkan lagi apa yang telah terjadi tapi hati ini rasa penat. rasanya biarlah masa menentukan. bukan amarah mengusai diri kerana permasalahan diri. tapi aku sesungguhnya lebih kepada tiada rasa dihati. aku seakan lebih mengikut pada teori diri sahaja. entahlah........

sesungguhnya tabahkan lah aku kiranya ini hanyalah persinggahan. tabahkan lah kedua ibubapaku atas permintaanku ini. sekiranya benar ini jalannya ia tak kan kemana. setiap rasa yang tercetus bukanlah datang bersahaja. mungkin ini iringan daripada apa yang terjadi. biarlah masa menentukan mana arahnya........... walau hakikat tiada yang mendoa untuk sebuah kegagalan..............

No comments:

Post a Comment