�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Tuesday 6 December 2011

rabu pagi...

terjaga di malam hari kini bermula lagi. biasanya kekerapan ini bergantung pada kekusutan fikiran ku. tepat 3.30 pagi mata ini akan celik tiba-tiba... tak kiralah jika ku tidur awal atau selewat 12 malam. entah mengapa penyakit ini seumpama meresap dalam diri. awalnya aku tidak fahami diri tapi selepas setahun cuba menyiapkan thesis aku berjaya membawa titik kesimpulan pada penyakit ini. dalam aku merungut aku disedarkan dengan nukilan dari internet juga. aku bersyukur kerana bukan mudah untuk mengerakkan diri diawal pagi. kurang-kurang aku mampu bangkit sujud pada NYA. namun, semua ini bergantung pada kudrat dan ketabahan hati untuk bangkit dari empukan katil. aku manusia biasa yang kerap jua tewas dengan rayuan syaitan. hanya kecil jumlah diri bangkit tatkala jiwa meronta mencari penyelesaian jiwa mencari ketenangan hati.

lantaran dari keadaan ini, pagi ini mencatatkan sejarah diri. entah dimana silapnya kisahnya jam di mobile phone awal sejam dari sepatutnya. sudanya seawal 4.30 pagi aku telah membersihkan diri. tepat 5.30 pagi aku telah pun siap diri. mobile phone ku bilik menunjukkan lepas 6 pagi. namun, jam di astro menunjukkan 5.30 pagi. aku dengan confidentnya mematikan power supply astro dengan anggapan sesuatu tak kena kerana tak mungkin sebegitu pagi. aku terus membuka pintu rumah untuk memanaskan enjin kereta. hati terdetik sepi lagi pagi nie dan keadaan tidak seakan 6 pagi. akhirnya semua terjawap bila jam dikereta tertera 5.50 pagi. adusss pasti jiran tertangga merunggut paginya enjin kereta berbunyi. aku akhirnya perlu subuh semula kerana pasti tadi belum waktunya .

akhirnya ku tiba di pejabat tepat 7 pagi. terasa seakan tak keruan diri ini, dua hari lepas penyakit lupa tahap gaban mengamit diri, hari nie pula terlebih rajin hingga waktu pun dah tak pasti. ........... macam-macam terjadi dalam 2 3 hari ini......

No comments:

Post a Comment