�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Thursday 8 December 2011

terasing didaerah sendiri

entah tak tahu kenapa jadi begini. mungkin peredaran masa membuat aku yang lupa. 4 tahun dulu tak akan sama lagi bila aku kembali. kini didaerah sendiri, perasaannya tak ubah seperti berada di daerah asing itu. kadang terasa lebih teruk di daerah sendiri. tekanannya terasa kerana kita terasa asing dibumi sendiri. pahit menelan terasing didaerah sendiri tak dapat digambarkan. eyalah semua telah punya kehidupan sendiri....

di daerah asing, walau jauh dari famili masih ada kawan untuk kadang bercakap dari terus sendiri. masih ada cara melupakan rasa hati dan paling tidak lapikkan hati kerana dibumi asing sendiri. tapi kini apa pula alasan untuk kaburkan diri. terkadang untuk bicara ditalian panggilan pun sukar kerana banyak alasan yang akan terus diberi. akhirnya ku telan sendiri kata hati, dimana pun bumi ku berdiri langit ku junjungi, akulah pewarna kehidupan aku ini. mendung, pelangi, corak carik mentari semua aku yang palitkan warna hari ini. tapi sakitnya sendiri dibumi sendiri sedangkan dikelilingi kawan dan famili tidak dapat diolah dengan kata. apa mampu aku bicara kerana semuanya berubah. aku harus menelan dan mengolah susunan diri mengikut arus ini.

malu, segan segala terasa kerana inilah pertama kali ku lempar rasa hati dicatatan ini. tapi ku kira jika aku cuba selindungi lagi makin parah diri ini. kerana tak mungkin aku mampu terus menelan ini sendiri. terciptanya laman ini untuk aku mengurangkan rasa hati. jadi mungkin ini jalan terbaik aku cuba ringankan rasa hati ini. buntu aku memikir masalah yang membaluti diri. tak tahu mana harus ku luahkan. segala ku telan sendiri dan membiar ia berlalu bersama masa. namun, tiap permasalah perlu penamatnya dan masa pasti mengiringi ini. begitulah permasalahan aku, masa kini telah tiba. tapi aku masih tiada jawapan apa yang harus aku lakukan....

permasalahan itu mudah padaku. namun, dalam dunia ini banyak hati perlu dijaga dan aku tidak pasti langkah mana yang harus aku bawa. dalam kemelut menyiapkan thesis ini aku tidak sunyi dengan permasalahan ini. banyak pihak perlu dijaga, banyak pihak kepentingan berbeza. aku tersepit diantara. walau apa pun aku bicara, pasti akan ada rasa yang curiga. sedangkan aku masih banyak lagi perkara yang tak mampu aku duga. entah kenapa kini masalah bertimpa-timpa hingga aku rasa sangat penat dengan diri. tak tahu lagi macam mana harus aku kemudi diri. langkah kanan bawa bencana, langkah kiri bawa bahana, mana-mana jalan yang ku ambil pasti akan ada saja masalahnya. kerana pandangan dan pemikiran kita berbeza.

itu belum lagi masalah hakiki yang belum terjawap lagi. masalah yang sipi itu aje membuat aku rasa bumi telah berpusing. jika masalah hakiki diketahui lagilah aku rasa seakan ingin pergi lari dari sini. kadang terfikir diri ini, dugaan apakah yang aku hadapi ini. peritnya terasa dan paling memedihkan kerana aku harus telan semuanya sendiri. jika aku berkongsi pun belum pasti orang memahami tapi mungkin akan lebih menambah masalah diri kerana mereka-mereka akan lebih suka memikir dengan cara mereka sendiri.........

sesungguhnya aku terasa penat dan aku tak tahu bila aku akan berhenti. larian ku tak beriring, larian ku kucar kacir, larian ku belum pasti menemui jalan akhir. aku hanya mengikut arus waktu dan tiba masa nanti aku pasti menghentikan larian ini bila terasa sudah tidak mampu walau masa belum dipenghujung...............

No comments:

Post a Comment