�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Monday 20 September 2010

aku yang ingin lari dari sesuatu yang tak pasti....

satu ketika dulu rasa itu menebal. menebal seiring dengan persekitaran. lahirnya rasa itu adalah atas dasar tingginya nilai satu ukhuwah itu. namun, rasa itu hakikatnya tidak memberatkan mana-mana pihak. tatkala itu, keadaan beriringan dan rasa itu seakan sesuatu yang mampu merubah ke arah satu yang lebih baik. namun, rasa itu hanyalah bonus dan segalanya adalah ketentuan ILAHI.

sepantas masa berlalu, seiring zaman berubah, rasa itu hanyut begitu. dulu perginya seakan terkesan. namun, kini rasa itu tidak menjengah lagi. seiring dengan rasa, ukhuwah terus terjalin. namun tersurat dibalik pupusnya rasa, terlontar satu pandangan hina. yang selama ini terkabur dek pandangan lahiriah kita manusia. siapakah aku untuk menghakim kita sesama manusia. siapakah aku jika meletakkan amarah sebagai batas pergerakan kita.

namun, terkilan dek hati kerana kian bertambah masa, kian bertalu lontaran domba. terkadang tanpa ada asas kebenarannya. walau ada benar perilakunya, namun segala adalah seperti yang diminta. tiada sedikit onar atau dusta dalam satu pun kebenaran yang terus jelas bertimpa.

tapi rakus manusia mampu mengalih pandang. ada saja kata yang keluar tanpa usul periksa. sedar atau tidak, lagi banyak berkata lagi banyak menambah luka. sehingga hilang jawapan pada satu persoalan. tiadakah yang mampu menongkah domba. tiada yang mampu menegakkan yang hak. tiadakah yang mampu menoleh mana yang benar. tiadakah yang mampu meraih mana kebenaran.

lantas masa mengubat dan mengubah bicara langkah. diri seakan akur dengan aturan dunia mainan manusia. berpaksikan kebenaran yang terutas dililitan masa, aku lapang dada tiada ruang antara rasa. jika dulu pernah ada terpalit pelbagai rasa, kini aku sekadar bernafas riang kerana aku sedar itulah terbaik kerana tidak mungkin aku menang dalam perlawanan lakonan mainan manusia. namun, aturan ILAHI mendatangkan teka teki. walau terkadang aku juga tertanya-tanya, tapi aku pasti akan jawapannya. aku sendiri senang dengan aturan masa kerana memang aku sendiri mampu menilai dengan pemikiran manusia saja.

tapi persoalan itu terus terlontar lagi. namun,aku rasa usahlah kita menoleh ke belakang lagi kerana masa telah membuktikan tiada rasa mampu menongkat bahagia dalam kancah kita. tatkala usia mencecah ke tangga ini, aku hanya mahukan rasa yang benar mampu mewarnai hati dengan kecerian bukan terpalit dengan segala lumpur kesakitan.

inilah rasa tulus lahir dari hati walau sebenar ia mungkin merugikan diri. tapi siapa kita untuk meneka sesuatu yang tak pasti. aturan ILAHI adalah yang pasti, namun jika itulah kepastian dari NYA. pemikiran manusia ku belum mampu menjangkaui semua ii.

antara tohmahan tanpa mengira siapa, antara penghinaan tanpa ada rentinya arus. bagiku tiada ruang untuk pertahankan diri, jika berkata kita tersekat dalam arus. kerana kita dibekalkan dengan akal fikiran diri. mampu menongkah mana yang patut. jadi patutkah aku memptimbangkan keadaan sebegini. sudah terang lagi bersuluh, sudah terang lagi nyata. mana berdirinya rasa kita.

walau ianya tidaklah pasti, walau ianya mungkin akan kutangisi. bukan menyimpan dendam kesumat di hati. tapi lama masa berlalu, lama itu jugalah tohmahan terus berlaku. kerana aku masih ada harga diri, ku kira biarlah masa dan ILAHI sebagai penentu. tapi sebagai insan lemah aku memohon kiranya terbaik untuk ku untuk kuburkan rasa suatu masa itu. agar mampu ku curah pelangi dalam masa yang berbaki ini..........

No comments:

Post a Comment