�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Thursday 23 December 2010

dari jauh ku soroti...........

aku tahu aku terlalu banyak mempersoalkan sesuatu. hingga kadang mematikan deria rasa mereka yang terlibat bersama. persoalan yang kadang melampaui tiada mengandungi niat mengeji. tapi lebih pada memandang dari pelbagai segi cuma, aku mungkin melontarnya tanpa mengambil kira emosi empunya diri. maafkan aku kerana kelemahan ini.namun, tiada sebesar zarah pun rasa dengki atau apasaja yang seerti.

langkah membuang tabiat yang tidak disukai, aku cuba terapkan percaya pada patah kata. tanpa mampu melihat raut muka, aku buang segala firasat nakal yang muncul dalam hati dan fikiran ini. ku cuba kuatkan diri mempercayai walau kadang mudah juga aku melatah. hakikatnya, aku hampir berjaya. namun, aku terhidu sesuatu yang aku tidak tahu apa. ia bukan datang dariku. tapi lengok bicara membuat aku rasa sesuatu. aku sebenarnya pasti, walau eya dicorong sana, wajah pasti tidak puas dengan kata-kata ku. namun, ku tolak ke tepi untuk kurangkan jurang diri. tapi usah salahkan ku kerana kepincangan ini ku hidu atas cara diri sendiri.

lantas ku cuba meneliti kembali dan soroti apa yang telah terjadi. mulanya ku kira aku yang berlebih. kerana itulah sikap aku. tapi bila sesuatu itu terhurai, ia hanya mengambil masa berdikit-dekit untuk setiap persoalan terjawap. ku rasa kerana itu hati terasa sebal. hati terasa kedu. hakikat aku rasa aku patut marah dan tidak suka. tapi kali ini aku sendiri tak pasti, apa yang bergelodak dalam jiwa ku sendiri. cuma sesuatu yang pasti aku tidak selesa dengan rasa ini.

memandang kegelapan malam, ku rasa aku cuba menidakkan sesuatu yang agak pasti. ku rasa aku cuba menipu diri sendiri. ku rasa ku cuba warnakan cerita ini dengan cerita fantasi. tapi aku masih belum mampu untuk menentukan apa sebenarnya yang aku rasa.

tapi aku pasti perjalanan akhir ini, diatur atas segala kebaikan untuk diri. cuma kita manusia tidak mampu memandang. pelbagai sudut ku fikirkan, cuma aku berdoa agar kekuatan mampu dibekalkan. bukan kerana apa, kerana aku pasti tidak mampu mengangkat kepala bila telahan ku benar. terkadang timbul dihati kenapa begini akhirnya. sesuatu yang datang tidak bererti harus melupuskan sesuatu yang pernah dimiliki. namun, apa erti bila kata tak seiring dengan tindakan hati. pincang ini terjadi atas dasar apa. adakah kerana bangga diri. kata kerana ingin berkongsi, namun cerita apa yang diberi. langkah berkongsi umpama membangga diri.

aku tidak pernah meletakkan sesiapa ditepi. dari jauh kusoroti, aku keliru antara berkongsi dan bangga diri. lakonan bagaimana harus aku klasifikasikan beza cara ini. kerana itu ku rasa, ku gagah diri menyelamatkan hati, hati kami, hati aku sendiri. kuingin bayangan semalam hadir dengan warna yang kusenangi. pernah juga ku rasa ingin melepaskan diri dari keadaan ini. bukan kerana apa, kerana kita makin jauh dari apa yang pernah kita sepakati. cuma, aku biarkan keadaan berlalu begini. kerana aku pasti, semua ini akan berakhir jua nanti...........

No comments:

Post a Comment