�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Thursday 27 October 2011

jodoh itu ditangan NYA

16 hari selepas kepulangan terakhir ku. kerja-kerja hakikiku, kerja-kerja tertangguhku belum sempat langsung ku pegang. aku pasrah dengan ketentuan masa ini. lagi ku cuba mencari ruang, lagi terasa sesak nafasku.

sudah hampir 10 hari juga kakak selamat menjalani pembedahan. hibaku mengatasi kasihku padanya. kekuatan yang dipamerkan sedikit sebanyak menyentuh naluriku. kasihnya pada ku mengatasi kesakitan dialaminya ku rasa. 4 hari selesai pembedahan dia sudah lincah bergerak pada tahap orang yang baru selesai pembedahan. membantu menguruskan suatu persiapan yang tidak pernah terlintas dibenak fikiranku. bukanlah aku tak pernah fikirankannya, tapi aku tak terfikir begini jalan ceritaku.

9 oct 2011, 10 hari selepas 29 sept 2011 aku dikejutkan dengan satu panggilan dari bonda. namun, aku mengambil langkah tidak mengindahkannya kerana sukar untuk aku percaya walau banyak gambaran telah kakak berikan padaku. kala itu aku baru saja mampu merasakan kebenaran perjalanan ku 4 tahun yang lalu. ranjau dirantauan, perit laluan perjalanan itu membuat aku seakan tidak percaya semuanya berakhir. sungguh aku sukar untuk menerima yang aku berjaya akhirnya. Allah sukar nak digambarkan perasaan itu. gembira berbaur sedih, terbayang raut keluarga yang ku tinggal terbayang banyak beban yang aku tidak galas sedangkan aku patut disana. aduhhh semua itu mengusai perasaan mengiringi rasa kegembiraan sebuah kejayaan.

atas dasar sepi yang ku lahirkan, ku rasa tidak kurang 10 pesanan kakak tinggalkan di talifon. selepas sehari baru ku bertindak. ku mulakan dengan jenaka tapi ku pasti kakak mengenali aku lebih dalam. ku cuba untuk mengelak cerita itu dan lebih untuk mengajak mereka gembira atas kejayaan ini. ku tahu diamku mengundang gundah di hati semua kerena jawapan ku amat penting. ketahuilah aku sangat panic. aku seakan tidak dapat merasa, banyak persoalan timbul, banyak kemusykilan timbul. aku rasa aku hilang tempat berbicara. saat itu kalau ku boleh hentikan masa, akan ku hentikan masa, kalau mampu ku batalkan kepulangan ku, akan ku lakukan. aku hanya ada 4 hari sebelum kaki ini menjejaki bumi malaysia. ku pasti keadaan akan lebih tegang bila masa itu muncul.

cerita yang telah lama sepi, dekat 13 tahun kini terungkai lagi. satu perjalanan yang pernah gagal kini dicuba lagi. namun, tiada pernah antara kami membicarakan cerita ini walau aku kadang takut jodohku benar dengannya. tapi aku selalu berjenaka dengan kakak, masih kah dia mengingatiku lagi. berjenaka tidak sama dengan keadaan nyata. bila kenyataan itu timbul diri rasa sesak nafas. aku kira orang sekeliling merasakan aku saja bermain dengan perasaan. aku saja menlengah jawapan. tapi kenyataannya aku takut. sangat takut.

antara persediaan diri yang aku lakukan sekembali selepas 4 tahun, adalah aturan kehidupanku. aku lebih bersedia untuk berjuang bersendirian. bukan ku kata aku tidak mahu hidup berkeluarga. tapi aku berkira aku patut bersedia untuk sendiri kerana aku tiada siapa untuk disisi untuk itu. jadi perkhabaran bonda dan kakak amat mengoncang seluruh hidupku.

sukar untuk ku berfikir. ku iktiar dengan berkongsi sangsi dengan dua rakan. rakan yang ku kira mampu membantu dari segi rohaniku. nyata panduan dari mereka ku bawa hingga kini. berpaksikan kenyataan-kenyataan mereka, yang pernah ku lempar kepada kakak cuba ku terap kepada diri. namun, aku manusia biasa masih sukar untuk menyulamnya dilubuk hati. dalam pada aku cuba kuatkan hati untuk berfikir, bulatkan hati untuk lahirkan satu jawapan, banyak juga mainan syaitan bermain di fikiran. yang pasti aku banyak menangis dalam berfikir... kerana aku sangat takut. takut yang tidak dapat ku gambarkan. lebih lagi kali terakhir kami bertemu pada 2006, pada hari perkahwinan adik.

13 tahun tanpa bicara, akhir bersua 2006 tetiba hasrat ingin hidup bersama... manusia mana mampu menerima tanpa kuathir menguasai minda...........

namun, atas dasar apa aku menolak .....

kerana dia elok agamanya, kerana dia elok akhlaknya, paling utama dia menjaga tiang agamanya. penolakan hanya akan mendatangkan fitnah.

atas dasar itu, aku harus terus berfikir tapi tiap kali ia berakhir dengan tangisan. aku tidaklah sewarak mana, aku bukanlah muslimah yang baik, tapi aku mencari yang mampu membimbingku, mengingatkan ku dan membuat aku lebih menghayati hidup atas jalannya. kerana aku cemburu dengan kekuatan mereka-mereka yang mampu mengimbangi duniawi dan rohani........

atas dasar itu, aku berdoa agar ILAHI bulatkan hati ini dan aku berdoa agar aku dikurniakan kesabaran dengan laluan jalan ini, dan aku bertawakal dengan ketentuan ILAHI ini.......

satu yang ku rasa perlu ku ingatkan diri sentiasa dalam aku menemui kesukaran dalam meneruskan perjalanan ini bila sesuatu yang terjadi itu .......

aku tidak menyukai sesuatu, aku harus bersabar kerana apa yang aku tidak sukai itu, padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak........ (alnisa-ayat7).

No comments:

Post a Comment