�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Thursday 6 October 2011

seminggu berlalu..........

terasa sesak nafasku ini......... ingin ku leraikan segalanya, namun ku perlu kekuatan untuk mulakannya... nampak mudah, namun ia tidak semudah yang dilihat....

bercakap mengenai rasa diri. entah mengapa terasa sebahagian diri kosong. seakan menanti apa akan tiba kemudian nanti. dalam pada itu, aku bersyukur dikurniakan rakan2 tak kira bangsa dan agama yang menghargai diri. walau hanya sekelumit, walau hanya lemparan senyum. namun, mereka tidak lokek mengucap tahniah. sangat tidak sangka, walau jauh dari keluarga namun masih ada yang ingat disini.

sedikit kesal bila apa yang kufikir benar terjadi. aku tidak ralat kunjugan tahniah tidak tiba. aku tidak ralat jika dendam kesumat terlempar kerna langkah diamku itu. cuma akal ku berkisar pada apa sebenarnya erti hormat menghormati dan menghargai. tapi benarlah jika ianya lakonan, segala tak akan kekal lama. apa erti hati itu jika amarah menguasai diri tanpa ada relevan untuk matikan api itu. jadi rentikan lakonan itu. aku lebih rela bercahayakan kebenaran walau pun pahit dari duduk memandang lakonan yang memualkan.

tapi dihujung aku bersyukur kerana laluan yang tercatat ini, pasti yang terbaik bagiku. Apa yang terjadi adalah pengajaran terbaik untuk diri. aku bersyukur...........

doaku, agar hati ini dapat dipandu, agar hati ini tidak sekedu hempedu, agar hati tidak ikut hasutan nafsu..................

No comments:

Post a Comment