�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Tuesday 25 October 2011

selepas 14 hari tiba

alhamdulilah aku selamat tiba di tanah air 13 oct lalu. tapi hanya selepas 2 minggu baru mampu mencuri masa bersila disini. kepulangan kali ini terasa peritnya. kerana ku tahu entah bila kaki ini mampu melangkah ke sana lagi. niat besar untuk hadir di majlis graduation nanti, namun dalam tempoh ini banyak yang berlaku entah mampu tidak hasrat itu tertunai nanti.

syukur dan rasa sedih melihat wajah mak bila aku sampai. melihat dia tersenyum menyambut aku tiba tidak mampu menghilangkan rasa bersalah meninggalkan dia selama 4 tahun. aku paham aku pergi bukan bersuka, namun terasa diri meniggalkan keluarga itu tidak dapat ku padam. sabar mak menanti, setia kakak menunggu tidak ada galang ganti pengorbanan mereka ini.

namun semua kesayuan itu terlindung dengan celoteh si kecil nana... alhamdulilah adik ada bersama jika tidak nahas dia.... tapi kami berkumpul keesokkan nya. meraikan kepulangan dan hari lahir aku. aku dilahirkan 12 oct. jadi sedang elok meraikan kejayaan ini dan hari besar aku..

dalam penat banyak yang aku harus uruskan.. tapi semua terjadi diluar kawalan. yang dirancang berjalan lancar. yang tetiba muncul amat memerlukan kekuatan untuk aku menerima. ku kira aku catatkan dulu perjalanan kakak.

dalam jetlag pun belum hilang. dengan rumah riuh dengan sikecil. 17 oct kakak dimasukkan ke hospital untuk tujuan operation esoknya. dalam tempoh ini aku bersama kakak siang dan malam. hanya ingin memberi dorongan. penat badan usahlah cakap. perjalanan 14 jam lepas belum pun rasa hilang lelah, aku dah tido dibangku hospital. tiap pagi tepat 5 pagi pulang untuk bersihkan diri. jam 8 atau paling lewat 9 dah muncul semula.

alhamdullilah mak abah mampu uruskan diri. 18 oct kakak operate. 18 oct hari paling penat sebab dalam penat aku masih harus mempamer senyum. penat tau senyum. kakak diusung ke dewang pukul 11 pagi. dalam 2.30 petang selesai dan dia berada di ward. kakak manja tak tentu. namun nasib keluarga ada pada masa ini. kakak kuat semangat. tepat 2 hari selpas operate kami dah nak keluar. alhamdullilah progress kakak pun elok dan dibenarkan pulang.

sekarang dah seminggu dan luka luar nampak sembuh. luka dalam ambil masa la. tapi kakak ahad pun dah diangkut ke kl meronda. macam macam. kini kesan operation tu ok, tapi rasa kurang rehat buat dia mudah penat. tapi paling bersyukur kerana penyakit kakak bukan the BIG C tu...

walau penat dan aku berehat tak ingat khamis selepas kakak keluar kerana dia dijaga oleh keluarga. tapi sukur ku panjat pada Nya kerana semua berjalan lancar hingga hari ini. Alhamdullilah.............

No comments:

Post a Comment