�Rabbi Yassir wala tu-'assir. Rabbi tham-mim bil hayr. Rabbi zidni 'ilman war-zuqni fahman.�

�O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding.�

May Allah accept this prayer for all of us and for all Muslims.

Daisypath Graduation tickers

Friday 30 April 2010

hati kecil ini

aduhai hilang semua apa yang aku telah tulis. betapa hati terkesan dengan penulisan oleh Saifulislam.Com :: Kita Diuji Dengan Pilihan::

aku tak mampu untuk menyampaikan sebagaimana yang disampaikan. penyampaian yang bersahaja, namun isinya padat dan logiknya seiring. memudahkan minda untuk menerima. kerana itu kebanyakan akan aku copy paste, tapi akan ku menyelit jua untuk ingatan diri sendiri.


selalu sangat merungut atau mengeluh...... bukan ini yang nak..... bukan itu... entah kenapa gini... nie bukan pilihan.


terkadang aku sendiri.. terkadang tersampai ke telinga ini. tapi aku tekankan untuk diri dan keluarga sendiri.

sebenarnya aku pernah juga pikir, merungut aku sana sini, tp hakikat ini adalah pilihan diri.......
tapi membaca penulis ini, membawa hati aku pergi sekali... setiap bait penulisan ini begitu dekat dihati.

Setiap hari kita membuat keputusan. Semasa mendengar azan subuh, kita membuat pilihan pertama sama ada mahu bangun atau tidur kembali. Memilih baju, memilih kasut, memilih sarapan, dan memilih jalan. Pilihan-pilihan itulah tempat Allah menilai kita. Pilihan yang baik mengundang kebaikan. Pilihan yang jahat mengundang sesal lagi mudarat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bagaimanakah pilihan-pilihan kita setakat ini?

Pilihan semasa hidup susah.

Pilihan semasa hidup senang.

Semasa susah kita tiada banyak pilihan.

Semasa senang, kita diuji dengan banyaknya pilihan. Antara Halal dan Haram, antara Kufur dan Iman.

aku sungguh takut, takut jika aku beroleh senang. tika ini saja aku sering tergelincir. mampukah aku jika ke takuk itu nanti aku beroleh.... sungguh aku risau, mampukah aku memilih jalan yang baik......

Daripada Ibn Masoud radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya di antara perkara yang diketahui oleh sekalian manusia daripada kalam nukilan Kenabian ialah: Jika kamu sudah tiada rasa malu, maka buat sahajalah apa yang kamu suka! [Hadith riwayat al-Bukhari]

Malu yang datang dari Iman.


khuatir juga diri bila aku alpa, hilang malu itu....... terlalu banyak yang menakutkan... tapi sejauh mana aku berusaha untuk itu.

kembali kepada IMAN.

Iman yang membimbing kita membuat pilihan dalam kehidupan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya itulah hikmah mengapa kita diberi peringatan tentang TAQWA, saban minggu di Mimbar Jumaat ini.

TAQWA seperti yang dijelaskan dalam perbualan Ubai bin Kaab bersama Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhuma.

Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubai bin Kaab radhiyallahu ‘anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubai menjawab dengan menyoal: Apakah engkau pernah menempuh jalan yang banyak duri? Umar menjawab: Sudah tentu. Lalu Ubai bertanya lagi: Justeru apakah yang engkau lakukan? Umar membalas: Aku akan melangkah dengan teliti dan berhati-hati. Kata Ubai: Maka demikian itulah maksud TAQWA.


penerangan yang amat jelas yang membuat diri tersentak, teringat terus terdiam....

Sesungguhnya hidup kita ini adalah sebuah perjalanan. Di kiri dan kanannya ada banyak duri, banyak cabaran. Ada duri yang mengundang luka, yang berkehendakkan kita supaya berada di tahap sedar yang tinggi, serta sentiasa mampu mengawal diri.
Sedarlah!Kawallah!
Hidup ini menuntut kita membuat pilihan.Pilihlah jalan yang memberi bahagia Dunia dan Akhirat.

Jauhilah pilihan yang buta, mencari sedap yang seketika, tetapi derita selama-lamanya.

Jangan banyak memberi alasan.Semakin banyak memberi alasan, semakin hilanglah daripada hidupmu, rahmat dan bantuan Tuhan.


hingga ke nokhtar akhir penulisan ini menbuat jiwa meruntun. aku sesungguhnya semakin takut dengan kemampuan aku dalam kehidupan ini. terlalu banyak pilihan yang mampu meragut aku. ingin aku kembali... ingin aku mudahkan perjalan ini. ingin aku ringankan pemilihan dan permintaan diri. hari-hari yang berlalu kerana pilihan .......

sungguhnya aku memohon agar aku mampu memilih jalan yang putih, jalan yang lurus, agar aku tidak tergelincir dan terpalit.......

-terima kasih untuk penulis atas ingatan yang dilontarkan. aku begitu tersentuh dan melekat dihati penyampaian beliau ini. walau tanpa bebicara, tapi tulisan ini mampu meruntun jiwa-


nota notty: jika ada masa ingin aku kongsikan rasa hati aku atas penulisan beliau - Saifulislam.Com :: Bawalah Hatimu Pulang Ke Asalnya ::

kerana sesungguhnya hati aku kembali pulang ke asal sewaktu membacanya.

No comments:

Post a Comment